Pengalaman Ukjk Ptd Pada Tahun 2019


Selepas 3 tahun mula mendaftar di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA9 di https://spa9.spa.gov.my/ ini merupakan kali pertama aku hadiri Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan, UKJK 2019.
Sebenarnya ini merupakan panggilan kedua, selepas panggilan pertama bagi jawatan lain, aku tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Untuk kehadiran sulung pada saringan UKJK kali ini, ia merupakan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD).
Selepas berjaya saringan pertama (ujian online) yang diadakan pada bulan Mei 2019 yang lepas, kini bagi saringan kedua yang perlu ditempuh iaitu UKJK.
UKJK PTD 2019 kali ini, bermula pada 7 Julai 2019 sehingga 11 Julai 2019 seperti yang diberitahu oleh pegawai di pusat ujian aku. Katanya lagi, lebih 8000 calon yang berjaya ke saringan UKJK kali ini. Jika sebelum ini, anda boleh membuat semakan UKJK PTD 2019 di pautan Portal Semakan.
Berbeza dengan saringan pada tahun-tahun sebelum ini dimana, selepas ujian UKJK, anda akan ketahui terus keputusan dan hari yang sama anda akan melalui saringan seterusnya iaitu Program Assessment Centre (PAC) PTD. Kali ini, selesai UKJK, anda perlu menunggu keputusan yang akan dimaklumkan kemudian dan jika berjaya barulah akan melalui saringan seterusnya iaitu PAC PTD.
UKJK PTD Bermula Aku merupakan sesi yang pertama yang diadakan pada 7 Julai 2019 di IPG, Bangi yang bermula pada jam 7 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Peserta yang diberi tahu sepatutnya hadir pada sesi tersebut adalah seramai 140 lebih, tetapi yang hadir hanya dalam 110 orang calon sahaja.
Pendaftaran dibuat bermula seawal 7 pagi sehingga 8 pagi. Pada hari tersebut, anda wajib cetak surat tawaran daripada SPA dan juga mengemukakan kad pengenalan asal sebagai proses pendaftaran. Secara rasminya, sekirannya anda tidak berbuat demikian, penyertaan anda terbatal. Tetapi ikut atas budi bicara pegawai tersebut. Mungkin disini sahaja markah anda sudah hilang atas ketidakpatuhan arahan yang diberi.
Dalam sesi UKJK PTD 2019 ini, anda diberitahu dimana, anda diperhatikan setiap masa oleh pegawai urus setia selama berada didalam kawasan ujian.
Selesai sesi pendaftaran, anda akan diberi nombor badan yang akan digunakan sepanjang ujian diadakan. Di sana, anda hanya dikenali dengan nombor badan sahaja, bukan melalui nama sebenar hatta nama samaran sekali pun.
Seterusnya, anda akan diberi taklimat ringkas berkaitan proses ujian yang akan dijalankan dan disusuli dengan pengagihan mengikut kumpulan. Pada hari tersebut, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai hampir 20 calon. Aku merupakan kumpulan ke 5 sebab daftar lewat. hehe
BACA JUGA : Penglaman Jawab Peperiksaan SHO Di NIOSH Bandar Baru Bangi
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) PTD 2019 ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Saringan Kesihatan dan Saringan UKJK itu sendiri.
Di dalam saringan kesihatan pula terbahagi kepada 2 iaitu:
Pemeriksaan Tekanan Darah Pemeriksaan Kadar Denyutan Nadi Manakala Saringan UKJK:
Ujian Body Mass Index (BMI) Ujian Bangun Tubi 1 Minit Ujian Genggaman Tangan Ujian Duduk dan Jangkau Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter (Bleep Test) Jadi dalam dewan tersebut, setiap kumpulan akan melalui semua proses ujian tersebut bergilir-gilir. Bagi kumpulan aku, ianya bermula daripada Ujian Genggaman tangan, Duduk dan Jangkau, BMI, Bangun Tubi 1 Minit, Saringan Kesihatan dan akhirnya dibuat serentak iaitu Ujian Larian Ulang Alik 20 Meter atau digelar Beeb Test.
Saringan Kesihatan UKJK PTD Disini anda akan diukur tekanan darah dan juga kadar denyutan nadi. Ada pihak pegawai kesihatan yang akan mengambil bacaan terhadap anda.
Tips disini, elakkan nervous berlebihan sebelum melalui ujian ini. Cuma tenangkan diri bagi mengelakkan tekanan darah anda meningkat antaranya berguraulah dengan rakan-rakan anda ketika itu.
Senarai Ujian UKJK PTD Berikut merupakan senarai ujian UKJK bagi penjawatan PTD yang akan dilalui oleh semua calon :
1) Ujian Body Mass Index (BMI) Pada ujian ini, ada akan diukur berat badan dan ketinggian untuk mendapatkan bacaan Body Mass Index (BMI) supaya berada didalam bacaan yang ditetapkan. Syarat lulus BMI adalah 19-29.
Jadi disini, anda boleh mula kira dirumah dan pastikan bacaan tersebut berada didalam lingkungan tersebut. Jika tidak, sudah pasti markah akan dipotong.
2) Ujian Bangun Tubi 1 Minit Untuk Ujian Bangkit Tubi 1 Minit atau Curl Up Test ianya menguji daya tahan otot abdomen anda dalam masa 1 minit. Ujian ini, senang dilihat, tetapi agak sukar untuk dibuat.
Anda perlu mengangkat separa badan dan tangan anda perlulah melebihi garisan yang telah dibuat. Jika lepas garisan, baru akan dikira. Anda boleh berhenti bila-bila masa, tetapi akan berhenti setelah 1 minit.
Jangan buat terlalu laju dan terlalu perlahan. Ambil masa juga untuk bernafas. Berlatih lah terlebih dahulu dirumah sebagai tips penting.
Beginilah keadaan ketika ujian dijalankan. Anda kene bangun dan capai garisan ke 2.
3) Ujian Genggaman Tangan  Ujian Genggaman Tangan ini dijalankan untuk mengukur kekuatan statik otot tangan anda dengan menggunakan handgrip dynamometer. Ujian ini mudah dilakukan berbanding ujian lain, keputusan hanya terletak pada kekuatan tangan anda sahaja.
Cuba selaras handgrip tersebut supaya akan memberikan keselesaan kepada genggaman tangan anda. Ujian ini akan menggunakan tangan utama anda dan diberikan 2 kali percubaan. Markah tertinggi akan diambil pada 2 kali percubaan tersebut.
Beginilah rupa alatan yang digunakan ketika itu iatu dynamometer. 4) Ujian Duduk dan Jangkau  Ujian Duduk dan Jangkau ini dijalankan untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring anda. Ujian ini juga dijalankan sebanyak 2 kali dan markah tertinggi akan diambil.
Ujian dilakukan dengan anda duduk dengan melunjurkan kedua-dua kaki anda ke depan dan menolak penanda ukur menggunkan tangan anda sejauh yang boleh menghala ke arah hujung kaki anda
Lagi jauh, lagi bagus. Katanya, ujian ini memberi kelebihan kepada perempuan, sebab atas faktor kelenturan badan mereka. Jadi anda lenturkanlah badan anda sebelum datang ujian UKJK.
Lebih kurang beginilah keadaan ketika ujian dijalankan bagi duduk dan jangkau 5) Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter (Bleep Test) Ujian ini dilakukan selepas semua saringan selesai dibuat kerana ianya memerlukan ruang yang luas. Ketika itu, ianya dilakukan oleh 20 calon serentak dengan 10 pegawai sebagai pencatat markah.
Untuk Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter ia lebih kepada mengukur tahap pengambilan oksigen maksimum atau tahap stamina anda dalam jarak 20 meter lari ulang-alik.
Untuk larian ini ada beberapa level dan shuttle. Semakin tinggi level, kelajuan berlari semakin meningkat. Anda mesti sampai ke setiap garisan sebelum bunyi beep bagi mengelakkan anda ditamatkan larian.
Tips: Untuk mengelakkan anda pancit lebih awal, katanya, jangan nafas menggunakan mulut.
Selesai semua ujian tersebut, anda dibenarkan pulang terus selepas mengembalikan nombor badan kepada urus setia. Anda tidak akan tahu markah ujian anda. Jadi kalau nak tahu, anda haruslah kira sendiri ketika ujian dijalankan.
Dari situ, anda boleh hitung sendiri, anda berjaya ke saringan seterusnya iaitu PAC ataupun tewas disaringan UKJK.
Menurut maklumat awal, PAC PTD 2019 akan diadakan pada Ogos 2019, jadi keputusan UKJK PTD 2019 akan diumumkan sebelum itu lagilah. Aku berharap, jika ada rezeki di PTD 2019 ini, adalah. Selamat berjaya juga kepada calon lain yang melalui UKJK PTD 2019 sebelum ini.
Tips Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah Sekiranya anda lepas ujian UKJK ini, anda akan memasuki peringkat seterusnya untuk temuduga atau interview. Cadangan, anda boleh dapatkan ebook info dan tips temuduga Kerajaan dibawah ini. Semua info ada tertulis padanya. Anda hanya baca dan praktiskan ketika sesi interview nanti.
Untuk dapatkan, anda hanya klik sahaja pada butang dibawah
Download DISINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aimanabdullah.com/pengalaman-ukjk-ptd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadir Selepas 20 Tahun Menanti Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu

Hadir Selepas 20 Tahun Menanti Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 68 hits
Hadir selepas 20 tahun menanti Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya Syed Shamsul mendirikan rumah tangga Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung ke...
Pemain Bola Berusia 22 Tahun Meninggal Dunia Rebah Ketika Sesi Memanaskan Badan

Pemain Bola Berusia 22 Tahun Meninggal Dunia Rebah Ketika Sesi Memanaskan Badan

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 108 hits
ReutersZONDI bermain diposisi tengah untuk pasukan Durban City FOTO AgensiDurban Pemain bola sepak Afrika Selatan Sinamandla Zondi meninggal dunia selepas rebah ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan divisyen kedua antara Durban City ...
Orient Raikan 75 Tahun Dengan Model Mako Terhad Warna Baru Untuk Mako 40

Orient Raikan 75 Tahun Dengan Model Mako Terhad Warna Baru Untuk Mako 40

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 146 hits
Untuk meraikan ulang tahun ke 75 Orient melancarkan tiga model edisi terhad dari siri Orient Mako yang ikonik beserta tiga warna baru untuk Orient Mako 40 yang popular Gabungan pesona sporty dan keselesaan sehari hari koleksi Mako ini direk...
Kenapa Umur 35 Hingga 45 Tahun Boleh Menjadi Fasa Yang Mencabar Ramai Yang Merasakan Tempoh Ini

Kenapa Umur 35 Hingga 45 Tahun Boleh Menjadi Fasa Yang Mencabar Ramai Yang Merasakan Tempoh Ini

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 71 hits
Kenapa umur 35 hingga 45 boleh jadi fasa yang mencabar Ramai yang rasa tempoh ni penuh dengan cabaran kan Dari tekanan kerja yang makin banyak masalah kesihatan yang mula datang hingga tanggungjawab keluarga yang semakin besar Kadang kadang...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 207 hits
Seorang remaja berusia 18 tahun Zhou Deli mendakwa dia ditolak oleh dua bank berbeza ketika memohon untuk membuka akaun peribadi bagi PTPTN kerana namanya berada dalam senarai hitam Menurut Kwong Wah penyiasatan mendapati bahawa Zhou Deli s...
36 Tahun

36 Tahun

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 40 hits
Sekarang aku berada ni umur yang sepatutnya aku bertenang Tapi aku tak boleh bertenang Orang lain gaji belas ribu aku gaji ribuan saja Orang beli rumah aku sewa rumah saja Anak orang dah besar boleh bergaya boleh pergi ke mana mana je Tapi ...
Tujuh Glc Pahang Catat Keuntungan Berdasarkan Prestasi Kewangan Beraudit Pada Tahun 2023 Dua Lagi Rugi

Tujuh Glc Pahang Catat Keuntungan Berdasarkan Prestasi Kewangan Beraudit Pada Tahun 2023 Dua Lagi Rugi

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 53 hits
KUANTAN Tujuh syarikat berkaitan kerajaan di Pahang mencatatkan nilai keuntungan berdasarkan prestasi kewangan beraudit pada tahun 2023 manakala dua lagi syarikat induk merekodkan kerugian Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai...
Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 132 hits
Kasih yang pernah terlerai kini kembali bertaut apabila penyanyi terkenal Sufian Suhaimi mengesahkan bahawa dia kini kembali menjalin hubungan cinta dengan wanita bernama Rania selepas perpisahan mereka pada tahun 2023 Hubungan yang kembali...
Housemate Ku Pocong Rumah Sewa Jalan Kebun Shah Alam

Anwar Betrays Reform By Endorsing Appointments For Political Loyalty

Ains Dan Delima Masa Depan Pembelajaran Berteraskan Ai Dan Teknologi

Check In Eastin Hotel Penang

World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

Doosan Construction Equipment Solusi Andal Perlengkapan Konstruksi Dan Spare Part Alat Berat

Zaid Toys With Bold Rafizi As Macc Chief

Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Prove Divisive Label Sarawak Dap Tells Sim

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah

Pas Should State Its Stand On Beng Hock S Case First

Comment On Beras Parboiled Bagus Untuk Diet By Mizi