Pengalaman Tukar Bateri Kereta Dengan Bateriku Com


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga hari anda dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, untuk artikel atau cerita kali ini adalah mengenai kecuaian seorang lelaki yang tidak ingin dikenali ramai iaitu aku sendiri
PENGALAMAN TUKAR BATERI KERETA DENGAN BATERIKU.COMPada pagi isnin yang kelam, aku sampai awal ke kawasan pejabat, tempat aku kerja. Kemudiannya dijadikan cerita, aku pun tidurlah di dalam kereta, tetapi disebabkan aku seorang yang cuai, aku lupa untuk mencabut kunci kereta selepas memberhentikan enjin. Nahh, selepas beberapa minit berdengkur dan sebagainya, aku cuba untuk memulakan enjin, tetapi gagal. Sudahhhhhh, nasib baik dekat dengan pejabat dah, jadi aku hanya menunggu waktu selepas kerja untuk membuat percubaan jumpstart

Waktu kerja berakhir, dan tibalah masa untuk aku menggunakan kudrat dan tenaga rakan-rakan sepejabat untuk membantu aku membuat jumpstart. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan, sebelum ini sudah berlaku kejadian yang serupa dimana kunci ditinggalkan ketika enjin sudah dimatikan, tetapi ukan akulah penyebabnya, orang lain yaa. Ketika kejadian itu, selepas jumpstart, semuanya berjalan lancar sehinggalah ke hari ini

Nak dijadikan cerita selepas jumpstart, aku membiarkan enjin bergerak selama lebih 30 minit, serta membawa kenderaan bersiar-siar di tempat yang penuh dengan kereta. Aku beranggapan keadaan sudah pulih, dan tibalah masa untuk aku mencekik. (Makan). Sampai sahaja di kedai makan, aku memberhentikan enjin, dan kemudiannya aku mencuba untuk start balik enjin tersebut, tetapi gagal. Sudahhh. Nasib baik sudah berada di parking kedai makan

Apabila sudah dua kali berlaku dalam hari yang sama, aku beranggapan bateri aku sebenarnya sudah betul-betul nazak. Tanpa membuang masa (walaupun lapar), aku terus menghubungi pihak Bateriku.com. Untuk info, ini merupakan kali pertama aku berurusan dengan pihak tersebut.  Jadi, seterusnya aku akan ceritakan pula bagaimana pengalaman aku dengan Bateriku.com

#1 HUBUNGI BATERIKU.COMPerkara pertama yang aku buat adalah dengan membuka laman web Bateriku.com dan kemudiannya menekan butang WhatsApp. Di situ, aku memberitahu permasalahan mengenai bateri kereta aku dan berikut adalah mesejnya



#2 MENGENALPASTI MASALAHUntuk pengetahuan anda semua, bateri aku sebelum ini kali terakhir ditukar adalah pada bulan 10 tahun 2022. Genap dua tahun berikutnya, bateri kereta aku pun akhirnya tidak dapat diselamatkan


Okay, selepas sahaja selesai dan aku sendiri pun sudah bersetuju untuk menukar bateri kepada yang baru, seterusnya pihak Bateriku.com memberitahu bahawa akan ada seorang mekanik yang akan datang ke tempat aku untuk membuat penukaran bateri

#3 PENUKARAN BATERI KERETABaiklah, sebenarnya aku dimaklumkan bahawa mekanik tersebut akan datang dalam jangka masa 30 minit hingga 1jam, jadi aku rasa sempat untuk aku mencekik, sebelum proses penukaran bateri dilakukan. Tengah sedap mencekik, aku dihubungi oleh mekanik tersebut tetapi beliau sangat memahami dan menyuruh aku selesaikan mencekik

Selesai mencekik, perut pun dah kenyang, aku menghubungi semula mekanik tersebut dan beliau pun tiba. 

#4 PROSES BATERIKU.COMBaiklah, selanjutnya, mekanik tersebut yang hadir dengan menaiki motorsikal membawa bateri yang telah dipersetujui. Sebelum menukar bateri, beliau membuat pemeriksaan pada bateri lama dan statusnya adalah 13.5%. Bermakna hanya tinggal banyak itu sahaja bateri yang ada dan sememangnya bateri itu dalam keadaan nazak


Seterusnya, mekanik tersebut memperlihatkan kemahiran pantasnya dalam menukar bateri, dan alhamdulillah selesai menukar dalam jangka masa kurang 5 minit. Selepas sahaja selesai, aku membuka balik enjin kereta, dan alhamdulillah, kereta mampu dihidupkan

Sebelum mekanik tersebut pulang, aku membayar duit bateri tersebut dengan cara pembayaran kod QR. Sangat memudahkan dan senang. Alhamdulillah

KESIMPULANNYASecara keseluruhannya, sebagai seorang manusia yang memiliki kenderaan serta menggunakannya setiap hari, perlulah beringat tentang penjagaan kereta termasuklah pada bateri kereta anda. Alhamdulillah, aku bernasib baik kerana ketika bateri itu nazak aku bukanlah berada di tengah jalan raya atau di persimpangan yang merbahaya, jika tidak, susah juga

Selain itu, sekiranya kejadian sama menimpa anda, jangan risau, sekarang ada banyak syarikat atau perniagaan yang menawarkan penukaran bateri 24/7 dengan harga yang berpatutan. Jadi, tak perlu risau sangat, risau sedikit sahaja berkenaan kos bateri baru

Sekian sahaja cerita kali ini, in shaa Allah sekiranya ada kisah menarik lagi dalam kehidupan, aku akan cuba untuk berkongsi di sini. 
BYE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/09/pengalaman-tukar-bateri-kereta-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Penyet Dihempap Treler

Kereta Penyet Dihempap Treler

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 88 hits
KOSMOKereta yang penyet akibat dihempap lori kontena manakala pemandunya terbunuh PloxBRASILIA Sebuah kereta di Brazil remuk teruk sehingga rata selepas dihempap sebuah treler lapor saluran berita Must Share News semalam nbsp Nahas berlaku ...
Tips Dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand

Tips Dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 155 hits
Tips dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand 19 Tips dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand Thailand sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong Malaysia sama ada untuk bercuti di Hatyai Phuket Krabi atau destinasi lain Salah satu cara y...
Parkir Halang Kereta Lain Cetus Perselisihan Faham Tetak Guna Pisau Pemotong

Parkir Halang Kereta Lain Cetus Perselisihan Faham Tetak Guna Pisau Pemotong

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 179 hits
Ilah Hafiz Azizilahhafiz abdulaziz bh com myTangkap layar daripada rakaman video tular yang menunjukkan insiden perselisihan faham disebabkan kereta terhalang di pekan Kepong semalam KUALA LUMPUR Perselisihan faham disebabkan kereta terhala...
Mayat Warga Emas Berdarah Dalam Kereta

Mayat Warga Emas Berdarah Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 89 hits
IVAN AMIRULSeorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta dalam kejadian di tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai di Kingfisher semalam Foto IVAN AMIRULKOTA KINABALU Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam ...
Remaja Tertekan Pedal Minyak Kereta Terjunam Dari Tingkat 1

Remaja Tertekan Pedal Minyak Kereta Terjunam Dari Tingkat 1

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 96 hits
BernamaSebuah Honda City dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terjunam dari tingkat satu Terminal One Seremban hari ini SEREMBAN Seorang remaja lelaki cedera di kepala selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu Pusat Pen...
Wanita Didenda Rm700 Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

Wanita Didenda Rm700 Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 77 hits
Ahmad Hasbiam hmetro com myWANITA didenda RM700 selepas bersalah membenarkan anaknya berusia 10 tahun memandu kereta FOTO Ahmad Hasbi Seremban Pekerja pembersihan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini atas tuduhan me...
Lelaki Sengaja Tendang Kereta Orang Di Parkir Ahli Keluarga Cuma Tengok Amp Gelak

Lelaki Sengaja Tendang Kereta Orang Di Parkir Ahli Keluarga Cuma Tengok Amp Gelak

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 185 hits
Sejak semalam tular di media sosial terutama Facebook tindakan seorang lelaki sengaja tendang kereta orang di parkir dan ahli keluarganya hanya melihat serta tergelak sahaja tanpa menegur perbuatan tersebut CCTV tunjuk kejadian tersebut Men...
Penerangan Jpjeplate Untuk Kereta Ev Harga Jpjeplate Dan Ciri Ciri Jpjeplate

Penerangan Jpjeplate Untuk Kereta Ev Harga Jpjeplate Dan Ciri Ciri Jpjeplate

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 124 hits
Kerajaan umum JPJePlate untuk Kereta EV Seiring dengan usaha kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif mesra alam Jabatan Pengangkutan Jalan telah memperkenalkan JPJePlate plat khas untuk kenderaan elektrik Plat ini diwajibk...
Panduan Dan Cara Tempah Jpjeplate Kereta Ev Online

Panduan Dan Cara Tempah Jpjeplate Kereta Ev Online

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 146 hits
Cara Tempah JPJePlate Kereta EV Kerajaan Malaysia perkenalkan sistem JPJePlate untuk rakyat Malaysia Anda boleh ikuti panduan dan cara tempah JPJePlate Kereta EV Sistem ini bukan sahaja membezakan antara kenderaan elektrik dan konvensional ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game