Pengalaman Sertai Sustainability Hunt 2022 By Alam Flora


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, baru-baru ini aku diberi peluang yang sangat berharga untuk menyertai satu program kelolaan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) iaitu program Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora. Program yang disertai seramai 30 pengamal media ini diadakan di Taman Tugu, Kuala Lumpur. Melalui program ini banyak sebenarnya pengetahuan tentang aspek penjagaan alam sekitar yang aku dan rakan-rakan belajar. Selain itu, aku juga dapat berjumpa ramai kawan baru. ✌
ALAM FLORA MENYOKONG AGENDA KELESTARIAN ALAM SEKITARSebelum bercerita tentang program itu sendiri, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengorak langkah lebih jauh dalam mengguna pakai pendekatan holistik ke arah kelestarian yang merangkumi aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merentas rantaian nilai. Ini dilakukan melalui beberapa program dan inisiatif yang melibatkan pengalihan sisa dari tapak perlupusan dan kemudahan rawatan sisa

Ketua Pegawai Operasinya, Azahari Zainal Abidin, berkata Alam Flora kini berada di landasan yang betul untuk menambah baik aspek kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antaranya ialah menggunakan teknologi digital dalam operasi hariannya, dengan memantau kenderaan operasinya bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, dan dengan mengurangkan sisa bahan api yang boleh mengurangkan kesan karbonnya


Alam Flora juga telah membangunkan Kemudahan Kitar Semula Bersepadu (IRF) untuk mengurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah dan telah banyak mempromosikan program 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan membantu mencapai matlamat untuk mengurangkan sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025

“Kita harus ingat bahawa mengekalkan persekitaran dan menjaga kebersihan adalah usahasama semua pihak. Untuk melakukan itu, informasi mengenai amalan kelestarian alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima informasi yang cepat dan tepat untuk aktiviti harian mereka.”
SUSTAINABILITY HUNT 2022 BY ALAM FLORA
Tibalah masanya untuk aku ceritakan pengalaman aku sepanjang program ini berlangsung. Seawal 7 pagi lagi kami semua sudah berkumpul di Taman Tugu. Selesai bersarapan, seterusnya adalah aktiviti senaman untuk regangan badan. Sebenarnya ramai juga peserta program ini yan aku kenal dan pernah jumpa di beberapa acara sebelum ini. Tetapi lebih menarik apabila program ini turut disertai seorang selebriti dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ummi Nazeera


PEMBAHAGIAN KUMPULAN: Setiap kumpulan perlulah mempunyai seramai 6 orang. Alhamdulillah, aku bersama dengan rakan-rakan blogger dan juga seorang influencer terkenal dan aku lebih teruja kerana Ummi Nazeera turut menjadi ahli untuk kumpulan kami! Ahli lain adalah Rhys William, Dboy Studio, Chin Yee dan Carol Lam. Kumpulan kami adalah kumpulan Merah

AHLI KUMPULAN MERAH

Okay seterusnya adalah bermulanya SUSTAINABILITY HUNT! Terdapat 5 checkpoint yang mempunyai tugasan masing-masing. 
CHECKPOINT 1: TRASH ENCYCLOPEDIA
Di checkpoint ini kami perlu mencari barangan yang disembunyikan sekitar kawasan tersebut dengan menggunakan kompas. Setelah menjumpai barangan tersebut, kami perlu mengasingkan barangan tersebut mengikut tong kitar semula yang sesuai

Selain itu, untuk setiap barang yang dijumpai juga perlu dipadankan dengan barangan yang lebih lestari untuk alam sekitar. Sebagai contoh, beg plastik dipadankan dengan beg serbaguna yang boleh diguna berulangkali. Di sini aku sendiri dapat belajar sebenarnya banyak barang-barang dirumah yang sebenarnya ada pilihan yang lebih lestari untuk digunakan

CHECKPOINT 2: SUSTAINABILITY CHAMPION
Di sini pula tugasannya lebih mudah. Kami perlu menjawab beberapa soalan melalui QR Code yang diberi. Soalan dan jawapannya pula perlu dijawap dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Soalan yang diberikan adalah mengenai jejak karbon atau carbon footprint. Carbon footprint merupakan satu ukuran tentang kesan aktiviti seharian dilakukan terhadap pelepasan gas Karbon Dioksida melalui pembakaran bahan bakar fosil

Tahukah anda bahawa setiap hari sebanyak 31 billion Tan gas Karbon Dioksida yang dilepaskan diruangan atmosfera? Memang banyak, disini aku dapat belajar bahawa banyak juga aktiviti seharian yang melepaskan CO2 tertinggi. Yang paling banyak pastinya daripada kenderaan yang bernama kereta

CHECKPOINT 3: THE TREE'S LAST MESSAGE
Aktiviti disini sebenarnya agak sukar bagi aku. Aktivitinya adalah anda perlu menulis mesej terakhir daripada pokok-pokok yang ditanda untuk ditebang bagi projek perumahan dan sebagainya.  Menulis bagi pihak pokok itu sendiri membuatkan aku rasa sedih tetapi dalam masa yang sama ada rasa geram terhadap mereka yang degil dan membuat operasi pembalakan secara haram. 
CHECKPOINT 4: UPCYCLE
Recyling adalah proses memusnahkan bahan-bahan tersebut untuk dijadikan barang baru manakala Upcycle merupakan aktiviti yang menggunakan bahan tersebut menjadikannya barang baru dalam bentuk yang asal. 
Aktiviti di checkpoint ini adalah sangat menarik. Setiap seorang daripada kami diberikan baju lama dan unting. Menggunakan dua bahan itu kami perlu menyediakan beg serbaguna yang cantik dengan panduan krew yang bertugas.  Upcycle sememangnya satu aktiviti yang sangat baik kerana dapat mengurangkan kos untuk menghasilkan bahan yang baru

CHECKPOINT 5:  THE SEED OF LIFE
Checkpoint terakhir adalah bercucuk tanam. Di sini kami belajar tentang proses tanaman microgreen. Microgreen merupakan tumbuhan kecil yang diperkenalkan di restoran sekitar California, U.S pada tahun 1980-an. Tumbuhan ini bersaiz kecil tetapi penuh dengan nutrisi, penuh dengan khasiat dan rasa yang sedap. 
Microgreen ini boleh dituai pada 7 sehingga 21 hari selepas ditanam. Sangat pantas bukan?! Selain itu, bekas tanamannya juga kami menggunakan bekas plastik yang kebiasaannya digunakan untuk bawa pulang makanan. 

SELESAISelesai sahaja di checkpoint 5 maka berakhirlah aktiviti Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora. Sebelum berakhirnya program, majlis pemberian hadiah diadakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang. Untuk pengagihan hadiah, terdapat tiga kategori iaitu Media Arus Perdana, Blogger, KOL dan Influencer. 
Setiap kategori pula akan menerima jumlah hadiah yang sama iaitu, tempat pertama memenangi hadiah wang tunai RM500. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM300 dan RM150. 
Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, tetapi bagi aku sendiri program ini sangat baik kerana memberi kesedaran dan pengetahuan yang lebih banyak tentang betapa pentingnya alam sekitar untuk kita semua

Apa-apapun aku sekali lagi berterima kasih pada Alam Flora atas jemputan untuk sertai program ini dan diharap agar program ini dijadikan sebagai acara tahunan dan in shaa Allah aku pasti akan sertai lagi


MENGENAI ALAM FLORA SDN BHDAlam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan


#AlamFloraSustainabilityHunt2022 #JomRawatBumi #BeyondWasteManagement #OnlyOneEarth #WorldEnvironmentDay



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/06/pengalaman-sertai-sustainability-hunt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cyber Eco Hunt 2022 Anjuran Alam Flora Di Kuantan

Cyber Eco Hunt 2022 Anjuran Alam Flora Di Kuantan

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 279 hits
Pada 17 Jun 2022 yang lepas aku dan rakan rakan blogger yang lain berkesempatan untuk sertai program Cyber Eco Hunt yang julung julung kalinya dibuat di Kuantan Pahang Untuk pengetahuan korang Program CEH ni dah menjadi program tahunan yang...
Jom Sertai Pertandingan Pengaturcaraan Perisian Codewar 2022

Jom Sertai Pertandingan Pengaturcaraan Perisian Codewar 2022

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 321 hits
Bersempena dengan Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi menerusi Agensi Angkasa Malaysia dengan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka bersama sama akan men...
Senarai 10 Kedai Selera Melayu Di Shah Alam Wajib Cuba 2022

Senarai 10 Kedai Selera Melayu Di Shah Alam Wajib Cuba 2022

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 174 hits
Malaysia memang dikenali sebagai syurga makanan dari pelbagai negara Ada makanan Western Arab Cina mamak campuran pelbagai budaya dan bermacam lagi Apa apa pun bila dah tekak Melayu semestinya akan kembali ke citarasa asal Jom kami kongsika...
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 251 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
Pusing Selangor Dulu Travel Hunt 2022 Tonjolkan Keunikan Produk Pelancongan Di Daerah Hulu Langat

Pusing Selangor Dulu Travel Hunt 2022 Tonjolkan Keunikan Produk Pelancongan Di Daerah Hulu Langat

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMungkin ada yang perasan di media sosial aku baru baru ini aku ada sertai satu travel hunt anjuran Tourism Selangor Alhamdulillah pengalaman aku sertai acara ini memang sungguh menarik dan seronok In shaa ...
Variasi Baharu Durian Tahun 2022

Variasi Baharu Durian Tahun 2022

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 338 hits
Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah memperkenalkan varieti durian baharu dikenali D216 dan D217 yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang Sungai Tok Pawang Bedong dekat Sungai Petani Kedah Warna isi durian J Sparrow adalah perang k...
Arab Saudi Lancar Pelan Operasi Musim Haji 2022

Arab Saudi Lancar Pelan Operasi Musim Haji 2022

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 153 hits
Arab Saudi lancar pelan operasi musim haji 2022 Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2022 11 30PM
Analisis Gelombang Elliott Bitcoin Pada 20 Jun 2022

Analisis Gelombang Elliott Bitcoin Pada 20 Jun 2022

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 199 hits
Kami tidak mengatakan bahawa kami tidak dapat melihat Bitcoin menurun lebih banyak dan mungkin lebih dekat kepada 12 184 di mana gelombang C akan sama panjang dengan gelombang A Namun apabila gelombang II ini selesai maka kita dapat melihat...
Senarai Top 60 Sekolah Berasrama Penuh 2022

Senarai Top 60 Sekolah Berasrama Penuh 2022

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 230 hits
Sekolah Berasrama Penuh atau SBP adalah merupakan antara sekolah pilihan untuk menghasilkan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia Terdapat 69 buah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia yang mana ada ada di antaranya berusia lebih 100 tah...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik