Pengalaman Pertama Kali Bergelar Seorang Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
29 April 2018 merupakan detik yang penuh bermakna dalam sejarah hidup di dunia ini. Seorang cahayamata yang diberi nama Zulaikha dilahirkan. Sehari sebelum hari kelahiran aku. Memanglah hadiah yang cukup menggembirakan. Ini merupakan pengalaman pertama kali menjadi seorang bapa (aku guna gelaran daddy).

Tidak pernah menguruskan bayi Terus terang, aku memang tak pernah menguruskan bayi seumur hidup ini. Andai ada kelahiran anak saudara atau sanak saudara mahupun sahabat handai, aku hanya akan memerhati sahaja daripada jauh dengan kegembiraan. Memang tak berani nak memegang bayi yang baru lahir, walaupun dah beberapa bulan usianya.
Pernah jugalah memegang bayi yang dah berusia beberapa bulan, tapi itu pun kekok dan perlu bantuan daripada orang lain untuk meletakkan ke dalam dakapan aku. Rasanya majoriti lelaki memang begini, walaupun tak dinafikan ada yang mahir menguruskan bayi seawal beberapa minit bayi tersebut dilahirkan. Tahniah diucapkan.

Pengalaman pertama untuk segalanya Banyak perkara yang aku buat untuk pertama kali, ini anak aku sendiri, mengapa tidak menjadikan ianya tanggungjawab untuk sama-sama membesarkan dan menguruskan sejak dari kecil lagi. Pada mulanya, memang ragu-ragu juga, untuk mendukung anak kecil yang comel ini.
Pipi merahnya membuatkan hati berbunga-bunga, permintaan yang telah lama dipohon daripada Tuhan telah pun terjawab dan ianya sudah di depan mata. Tiada lagi alasan untuk tidak menjaga amanah Tuhan ini sebaiknya.

Apabila tiba di rumah, waktu tu hari ketiga kelahiran, aku mengambil tanggungjawab untuk turut sama menguruskan bayi Zulaikha. Mendukung beliau, mencuci najis beliau, memberikan susu, menukar pakaian dan apa sahaja yang aku boleh lakukan, aku lakukan sebaiknya.
Memang awal-awal tu kekok, sehingga harini masih ada banyak perkara boleh diperbaiki, namun disebabkan aku mengambil langkah untuk turut sama terlibat, ianya memberikan kefahaman yang lebih mendalam. Alangkah ruginya andai kita telah bergelar seorang bapa, tetapi membiarkan isteri kita sahaja yang menguruskan ketika anak masih bayi.

Lihat dan buat Disebabkan tiada kelas spesifik yang dihadiri, tanpa pengalaman sebelum ini, aku lebih banyak belajar daripada pemerhatian seumur hidup ini. Apa yang pernah dilihat sebelum ini cuba diaplikasikan dengan berhati-hati. Anak kecil ini tidak mengerti lagi erti kehidupan, menjadi tanggungjawab sebagai seorang bapa untuk menguruskan segala keperluan bayi Zulaikha.
Waktu tidurnya, waktu bila perlu menyusu, dan pelbagai lagi diatur dan diselia agar tidak terlepas. Tambahan pada awal kelahiran, baby Zulaikha mempunyai jaundice, pantauan lebih rapi agar dapat kurangkan ukuran jaundicenya. Memang alhamdulillah, selepas 14 hari, ukuran jaundice baby Zulaikha telah turun ke tahap 90.7 sahaja.
Tidak perlulah lalui proses prolonged jaundice yang memerlukan pemeriksaan darah secara menyeluruh.

Perancangan masa hadapan untuk anak kecil ini Sepanjang tempoh lebih kurang 18 hari ini, aku setiap hari berfikir mengenai masa hadapan dan persediaan yang aku perlu lakukan. Satu per satu perkara yang di fikirkan, semuanya demi kebaikan baby Zulaikha yang telah diamanahkan. Memang terus terang, agak menduga minda terutama 8 hari kebelakangan ini.
Ada banyak keputusan yang perlu diambil, walaupun ianya mungkin tidak akan menggembirakan semua pihak. Namun demi kepentingan bersama, ianya perlu diambil. Banyak aktiviti atas talian buat masa ini terpaksa di tangguhkan untuk memberi laluan perancangan yang lebih jitu.
Mohon doa daripada rakan-rakan agar semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar, aku hanyalah seorang hamba Tuhan yang serba kekurangan. Ada ketika, terasa seperti tidak berdaya untuk meneruskan, namun itu hanyalah bersifat sementara, tiada ujian yang diberikan Tuhan kecuali Dia tahu hambanya boleh hadapi selagi bersabar dan berharap kepadaNya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eizil.com/pengalaman-pertama-kali-bergelar-seorang-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aina Makan Aiskrim Ikea Kali Pertama

Aina Makan Aiskrim Ikea Kali Pertama

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 634 hits
Pergi IKEA Cheras cari almari baju untuk adik Aina Nak beli rak baju IKEA MALM tapi kehabisan stok tapi kalau nak beli online masih ada dalam stok Sebelum kami ke IKEA Cheras Mummy dah periksa masih ada 84 rak baju IKEA siri MALM 4 laci ber...
Buat Pertama Kali Serpihan Pesawat Mh370 Dipamerkan

Buat Pertama Kali Serpihan Pesawat Mh370 Dipamerkan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 270 hits
Berikutan dengan penularan serpihan bangkat pesawat yang dikatakan dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Max 2014 lalu serpihan terbabit kini sedang dipamerkan kepada orang ramai Buat pertama kalinya serpihan terbabit dipa...
Fiskal Kerajaan Ph Flipflop Punca Khazanah Rugi Kali Pertama

Fiskal Kerajaan Ph Flipflop Punca Khazanah Rugi Kali Pertama

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 660 hits
Khazanah Nasional Berhad syarikat pelaburan kerajaan mencatatkan kerugian RM6 3 bilion untuk tahun 2018 Ini adalah kerugian pertama yang dicatatkan oleh Khazanah untuk tempoh 10 tahun Pada tahun 2017 Khazanah mencatatkan keuntungan sebelum ...
Khazanah Nasional Rugi Buat Kali Pertama

Khazanah Nasional Rugi Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 412 hits
Nilai aset bersih Khazanah Nasional turun RM25 bilion kepada RM91 bilion pada akhir tahun 2018 berbanding RM116 bilion tahun sebelumnya Manakala Khazanah merekodkan kerugian RM6 3 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM2 896 bilion tah...
Buat Pertama Kali Raden Muhammad Rafael Dikongsikan Kepada Peminat Mawar Rashid Selamat Bersalin

Buat Pertama Kali Raden Muhammad Rafael Dikongsikan Kepada Peminat Mawar Rashid Selamat Bersalin

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 742 hits
Semalam pelakon Mawar Rashid telah memaklumkan kepada peminatnya bahawa dia telah selamat melahirkan putera sulungnya dua hari lepas jam 11 33 malam Menurut suaminya Raf Yaakob atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob telah memberitahu b...
Walaupun Jarak Usia 29 Tahun Reena Kongsikan Buat Kali Pertama Bagaimana Terpikat Dengan Pelakon Popular Aman Graseka

Walaupun Jarak Usia 29 Tahun Reena Kongsikan Buat Kali Pertama Bagaimana Terpikat Dengan Pelakon Popular Aman Graseka

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 766 hits
MODEL dan pelakon baharu Reena Areena mengakui terpikat dengan sikap suaminya Aman Graseka 51 yang romantik dan penyayang Malah selebriti berusia 29 tahun ini mengakui perbezaan umur yang jauh bukanlah satu halangan buat mereka Alhamdulilla...
Pertama Kali Menginap Di Symphony Suites Hotel Ipoh

Pertama Kali Menginap Di Symphony Suites Hotel Ipoh

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 496 hits
Kalau anda ke Ipoh keluar tol Simpang Pulai dari arah selatan pasti akan jumpa sebuah hotel baharu yang dikenali sebagai Symphony Suites Hotel Kalau waktu malam hotel ini sangat mudah dicam kerana ia berwarna warni dengan lampu neon Di wakt...
Pertama Kali Restoran Gabungan Citaras Timur Tengah Dan Siam Di Ecurve Mutiara Damansara

Pertama Kali Restoran Gabungan Citaras Timur Tengah Dan Siam Di Ecurve Mutiara Damansara

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 595 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Pertama kali Maha dapat rasa dua hidangan daripada dua negara yang jauh berbeza tapi masih tetap Halal dalam satu restoran Ini keunikan yang ada pa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids