Pengalaman Pertama Daftar Anak Masuk Kolej Intec Shah Alam


 
Masa berlalu begitu pantas... anak sulung dah menamatkan zaman sekolah, dan kini bermula alam baru iaitu... campus life. Masa entry pertama blog ni dibuat... anak sulung baru berumur 9 tahun... sekarang dah 18 tahun 😂.
Selepas dapat keputusan tawaran biasiswa daripada Yayasan Peneraju dan juga tempat belajar di INTEC Shah Alam, maka dalam tempoh 5 hari dah nak kena bersiap untuk hari pendaftaran... memang kelam kabut... jadi bersiap dengan apa yang ada saja lah untuk hari pendaftaran. Kalau nak tau persediaan mungkin boleh baca blog ni....

Sejarah INTEC
INTEC Shah Alam ni lebih dikenali sebagai tempat persediaan pelajar sebelum ke luar negara. Perkataan INTEC tu sendiri daripada "International Education College" dimana sebelum ni juga dikenali sebagai PPP (Pusat Pendidikan Persediaan) dan PPLN (Pusat Persediaan Luar Negeri)

INTEC ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai pusat persediaan di bawah ITM Mara. Pada tahun 2010, INTEC telah dinaiktaraf sebagai kolej dan pada tahun 2014 INTEC telah diswastakan dan tidak lagi bernaung di bawah MARA

Berikut adalah program pengajian yang ditawarkan di INTEC Shah Alam :-- American Degree Transfer Programme- A-Levels- A-Levels (German)- Association of Chartered Certified Accounts (ACCA)- Certified Accounting Technician (D-CAT)- Foundation in Accounting (FIA)- Korean Preparatory Programme- Japanese Preparatory Programme- South Australian Certificate of Education International (SACE)- Diploma in Business Management- Diploma in Accounting- Diploma in Scientific Halal Practices- Diploma in Islamic Finance- Diploma in Public Management and Governance- Certificate in Finance, Accounting and Business- Association of Chartered Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants in England and Wales- English Language Proficiency- Learn Korean with us- ICDL - The Digital Skills Standard- ACCA Accelerate Programme- ACCA Intensive Revision Course - ACCA Modular Programme (Part-time)
31 Julai 2023 (Isnin) - Hari PendaftaranKami decide untuk check in di homestay sekitar Shah Alam... untuk mengelakkan sebarang kelewatan yang tak patut masa hari pendaftaran. Secara tentatifnya... sebelah pagi adalah pendaftaran di kolej, dan sebelah petang adalah pendaftaran di asrama. Selepas sarapan di homestay, kami terus ke Intec Shah Alam di Seksyen 17 untuk pendaftaran.
Suasana di hari pendaftaran INTECINTEC ni kecik je macam sekolah... jadi tak jauh untuk jalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain. Belajar pun dalam kelas macam kat sekolah... Kelebihannya... mudah nak tanya lecturer on the spot dalam kelas, kalau ada apa-apa yang tak faham. Dulu pun, INTEC ni sebahagian daripada kolej ITM/UiTM. So, hari orientasi dia pun cuma 1 hari je lah... tak macam di kampus lain.
Perpustakaan INTECAsrama Pelajar INTEC
Agak-agak kat mana ye asrama pelajar INTEC? Secara tradisi dan sinonimnya asrama INTEC ada 3 iaitu kolej Cendana, Akasia dan Cemara. Kolej Akasia dan Cemara terletak di Seksyen 18 Shah Alam... lokasi dan suasana yang agak happening... boleh pergi mall, kedai makan dan beli barang runcit dengan jalan kaki je... Tapi yang kureng best sikit... kalau dapat tingkat atas (takde lif), fasiliti bangunan lama, dan kekadang takde air ☺.

Alhamdulillah... rezeki Adam dan batch dia kali ni sebab dapat kolej atau asrama baru yang dikenali sebagai Palm Garden terletak di Bandar Baru Klang... dan bertentangan dengan i-City Shah Alam. Ini adalah inisiatif daripada Intec sendiri yang berurusan dengan sebuah syarikat yang menyediakan penempatan pelajar di sekitar Shah Alam. Yayasan Peneraju juga telah request daripada Intec untuk ditempatkan semua pelajar bawah tajaan mereka di Palm Garden sahaja.
Bersama penyelaras asrama aka boss syarikat yang sediakan penempatan pelajar...
Siapa kenal??Palm Garden ni ialah apartment dimana ada beberapa unit belum terjual dan sudah terjual bersetuju untuk menyewakan unit tersebut kepada mana-mana pihak berminat. Walaupun lokasinya agak jauh dari Intec berbanding kolej lain (20 minit perjalanan), tetapi kelebihannya adalah fasiliti yang bagus, ada gym, badminton court, swimming pool, ada lif. Apartment ni 3 bilik.. dimana 1 bilik boleh muat 2 pelajar, ada kitchen cabinet dan dibenarkan memasak (boleh jimat kos makanan luar), ada mesin basuh, ada peti sejuk, ada wifi (bil utiliti tak boleh lebih RM200 sebulan.. kalau lebih pelajar kena tanggung).

Ruang belajar di ruang tamu
1 bilik 2 orang = 3 bilik 6 orang

dapat mesin basuh baru


kitchen cabinet
Nak dapat rumah ni pun tak seindah yang disangka lah... 😂. Pada mulanya dapat rumah lain di Tingkat 1, tapi rupa-rupanya renovation rumah tu belum siap sepenuhnya... dan memang tak boleh nak tinggal situ... lepas request unit lain, dapatlah replacement rumah sekarang di Tingkat 19

Walau dimana lokasi sekalipun terletaknya asrama pelajar INTEC... ada bas yang disediakan sebagai pengangkutan dari asrama ke kolej. Para pelajar kena alert dengan jadual perjalanan setiap bas... untuk mengelakkan lewat masuk ke kelas.
Sekiranya ingin bawa kenderaan sendiri... kena cek dengan penyelia asrama masing-masing kerana setiap asrama berbeza peraturannya. Contohnya jika asrama di Palm Garden, ada bayaran tambahan parking sekiranya ingin bawa kereta sendiri.

Mudah-mudahan dapat stay asrama atau rumah ni sampai habis belajar... dan tak perlu pindah ke kediaman lain... Amin.....





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mohdalizal.blogspot.com/2023/10/pengalaman-pertama-daftar-anak-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Anak Dapat Sekolah Kisas Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang

Pengalaman Anak Dapat Sekolah Kisas Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 473 hits
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi anak kami seterusnya juga dapat masuk ke Tingkatan 4 KISAS untuk tahun 2023 Dapat juga ikut jejak langkah Baca Dari segi persediaan dah tak kelam kabut sangat sebab dah ada pengalaman sebelum ni masa aba...
Pengalaman Pertama Anak Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh

Pengalaman Pertama Anak Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 350 hits
Mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak anak adalah impian dan harapan setiap ibu bapa Bukannya kesempurnaan yang dikejar tetapi suasana tempat belajar yang terbaik dan kondusif diperlukan bersama sama rakan rakan yang positif untuk pergi...
Semanis Croffle Dan Bingsu Di Madam Croffle Aeon Mall Shah Alam

Semanis Croffle Dan Bingsu Di Madam Croffle Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 209 hits
Sabtu lepas kami keluar makan tengahari di Eco Grandeur Lab sahaja sebab Ahad memang cadang nak ke KL kak ana dah janji nak jumpa kawan sekolah di Sunway Putra Jadi malas nak ke KL dua kali lak Tapi biasa la dah cuti memang jarang duk rumah...
Makan Sama Sama 28 29 Oktober 2023 Di I City Shah Alam

Makan Sama Sama 28 29 Oktober 2023 Di I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 229 hits
Jom Makan Nasi Lemak Sama Sama Berlangsung pada 28 29 Oktober di i City mari kita bersama sama raikan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang paling ikonik Menampilkan hidangan nasi lemak terbaik dari seluruh Malaysia sertai kami dan nikmat...
Putusan Mk Soal Batas Usia Capres Cawapres Jadi Pintu Masuk Anak Muda Ke Pilpres

Putusan Mk Soal Batas Usia Capres Cawapres Jadi Pintu Masuk Anak Muda Ke Pilpres

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 258 hits
Efriza menilai juga ada anggapan negatif dari putusan MK itu karena sejumlah faktor
Pengalaman Anak Exam Pksk

Pengalaman Anak Exam Pksk

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 465 hits
UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2022 dan digantikan dengan secara menyeluruh Sebelum ini UPSR dan PT3 juga tidak dilaksanakan bermula tahun 2020 disebabkan pandemik covid 19 PKSK pula dilaksanakan bukan sebagai pengganti U...
Pengalaman Anak Mohon Biasiswa Halatuju Pendidikan Selepas Spm

Pengalaman Anak Mohon Biasiswa Halatuju Pendidikan Selepas Spm

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 351 hits
Selepas keputusan SPM diumumkan maka bermulalah perjalanan anak anak untuk halatuju mereka ke menara gading samada ke matrikulasi kolej atau universiti Antara perkara yang perlu mereka tahu dan kena tahu ialah samada terdapat mana mana bada...
Sebelum Ni Satu Bag Je Sekarang Pertama Kali Bawa Anak Bercuti Wany Hasrita Kongsi Cerita

Sebelum Ni Satu Bag Je Sekarang Pertama Kali Bawa Anak Bercuti Wany Hasrita Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 169 hits
Pengalaman pertama kali membawa anak bercuti memang terasa cukup mendebarkan Inilah yang dilalui oleh penyanyi Wany Hasrita yang pertama kali membawa bayi comelnya bercuti bersama suami Kongsi Wany menerusi Instagramnya banyak pengalaman in...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy