Pengalaman Pakai Smart Powerbank Baozu M1
Pernah dengar nama Powerbank Baozu M1? Rasanya ramai yang tak tahu kewujudan powerbank ni memandangkan terlalu banyak powerbank kat pasaran.
Jadi apa istimewanya powerbank Baozu ni dengan powerbank yang lain
Istimewanya powerbank Boazu ini dengan powerbank lain adalah ciri-ciri supercharge yang tidak ada pada powerbank lain. Supercharge yang ada pada powebank Boazu ini sesuai sangat digunakan oleh Oppo, Oneplust dan juga Huawei yang mempunyai support charging yang laju.
Macam saya sendiri adalah user oppo oneplus 5t jadi bila nak beli powerbank ini agak ragu sikit tapi bila tengok review semua kata terus on beli je powerbank dengan harga RM139. Tulah harga paling murah setakat ini jumpa dekat shopee.
Memang ternyata bila dah charge je hp oneplus saya dengan Boazu memang keluar logo dash dari hp oneplus 5t menandakan charging laju bukan charging biasa.
Smart Powerbank Baozu M1
Info Tentang Powerbank Boazu M1Untuk pengetahuan ampa, M1 ni merupakan powerbank generasi baru yang menyokong hampir kesemua teknologi pengecasan pantas yang wujud setakat la ni. Badan kecik, tapi menyokong pelbagai teknologi pengecasan pantas.
Teknologi apa yang dia sokong tu?
Bahagian Input Type-C : 9V/2A, 5V/3A, dan 5V/2A.Protocol Input Type-C : FCP = Fast Charging Protocol dan QC = Qualcomm® Quick ChargeBahagian Output Type-C : 5V/3A.Bahagian Output Type-A : 4.5V/5A, 5V/4.5A, 5V/4A, 9V/2A, 9V/1.67A, 12V/1.5A, dan 15V/1A.Protocol Output Type-C/A: SCP = Super Charging Protocol, FCP = Fast Charging Protocol, VOOC = Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging atau nama pendek dia Flash Charging, Dash Charge (konsep lebih kurang macam VOOC 🤣), AFC = Adaptive Fast Charging (bukan AFC bola tau 😅), QC 2.0, 3.0 = Qualcomm® Quick Charge, PE/PE+ = Pump Express/+, dan BE 1.2 = Battery Charging.
Berapa lama nak cas bagi penuh M1 ni?
Guna Pengecas Baozu 24W = Lebih kurang 2 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip laju2.Guna Pengecas 9V/2A = Lebih kurang 3 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip perlahan2.Guna Pengecas 5V/2A = Lebih kurang 4 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna putih kelip perlahan2.
Lampu Penunjuk dia simple sahaja, tiada display, hanya 4 lampu penunjuk untuk tunjuk baki tenaga M1 ni dan yang menunjukkan betapa bijaknya M1 ni, tak perlu nak tekan on, hanya cucuk sahaja kabel dari M1 ke telefon anda maka secara automatiknya dia akan mengecas telefon anda yang kehabisan jus bateri. Untuk periksa tinggal berapa tenaga tu hanya tekan sekali dan dia akan tutup dengan sendirinya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2018/10/pengalaman-pakai-smart-powerbank-baozu.html