Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran


Pertama kali kena naik mahkamah sebab kereta kesayangan tiada roadtax dan insuran, bukan sebulan dua tapi dah lebih 6 bulan! Malahan black hawk tu dah kami bawa balik kampung di Kedah, singgah merata tempat juga. Tak pernah dalam sejarah terlupa bayar road tax dan insuran kereta sejak punya kereta dan memandu seawal usia 22 tahun (lulus lesen kereta pada 22 April 1992)



Kecuaian Suatu PengajaranKisahnya, pada bulan Disember tahun lepas, habibi pergi kerja naik kereta sebab musim hujan dan bila dia balik dia beritahu yang dia kena saman dengan JPJ sewaktu memotong kenderaan JPJ tu. Bila ditahan dia berhentilah sebab tahu dia tak buat kesalahan tapi bila pegawai JPJ check dalam sistem, black hawk dah tamat tempoh insuran dan road tax. 
Memang pelik sebab selama 14 tahun bawa kereta ni dan lebih 30 tahun memandu, tak pernah kami lupa dan selalu pastikan insuran dan road tax dibayar tepat pada masanya. Memang dah diperbaharui dan bila balik tu cari dan godek kat email. dan akhirnya kami terima hakikat memang ianya tidak diperbaharui. 
Tak tahu macam mana boleh lupa dan benda dah pun terjadi. Reda dan berserah padaNYA
Syukur tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kereta kami tu tiada kedua-duanya. Mana taknya kami dah balik kampung, dah sampai ke Ipoh, ke Bidor dan hantar KC ke Puncak Alam hampir setiap minggu.
Bila dah tau dah tamat tempoh road tax dan insuran tu memang zasslah habibi pergi renew. Alhamdulillah, settle satu bab. 
Apa pun dia tetap kena naik mahkamah pada 11 Februari 2024, sehari sebelum kita berpuasa.
Maka, dia pun godek la tanya en google, apa yang perlu dilakukan, berapa kena bayar dan apa kena jawab bila kat mahkamah nanti. Rasa tenang sikit hati dia sebab tahu saman yang dikenakan masih pada tahap kami mampu bayar.


Tiba-tiba datang pulak surat untuk umi dari JPJ, dag dig dug juga. Bila buka rupanya umi pun kena naik mahkamah atas kesalahan tiada cukai jalanraya dan insuran. Mungkin sebagai tuanpunya kereta, untuk sahkan kenderaan tu dibenarkan, itu yang dapat fikiran kami berdua.
Tidak ya!
Empunya kereta perlu tahun, bila orang lain menggunakan kenderaan dan di saman oleh JPJ, maka secara otomatiknya tuan punya kenderaan juga disaman.
Untuk pengetahuan semua, kesalahan dan saman JPJ ni akan dikenakan tindakan terus naik mahkamah ya.


Pengalaman Naik MahkamahUmi dah siap bagitau adik yang umi tak boleh jaga bonda sebab kena ke mahkamah dan mujur Ayong ambil cuti untuk bawa kami ke Mahkamah. Bukan apa, kat mahkamah tu pasti susah nak dapat parking jadi perlu seseorang untuk bawakan supaya kami tak lewat untuk perbicaraan. Uishhh perbicaraan tu. Waktu tengah menaip entri ni pun masih dug dag bila sebut mahkamah.


2 hari sebelum kami ke mahkamah, habibi kena Bella Palsy. Allahuakkbar, kami diduga lagi dengan kesihatan. InsyaAllah, umi akan tulis kisah habibi ni di entri lain.


Perasaan cuak bila dapat surat saman dan kini kena pula nak court? Risau akan jumlah yang perlu di bayar memandangkan kedua-dua kami dikenakan saman. Hanya Allah swt yang tahu dan memang umi berdoa supaya dipermudahkan dan tidak dikenakan bayaran yang besar.
Kami tiba seawal jam 7:05 pagi. Cuaca masih belum terang dan boleh tengok pemandangan cantik Masjid Wilayah jadinya habibi sempat la ambil gambar, walau dengan musibah yang melanda dirinya.


Memang kami awal dan kami kena tunggu sebab jam 7.30 baru boleh masuk ke dalam bangunan Mahkamah Sambil menunggu tu berboraklah kami dengan satu pasangan yang turut di kenakan saman JPJ. tapi si suami guna motor kepunyaan isteri dan tiada roadtax sebab masalah sistem waktu nak perbaharui.
Larangan dari habibi, jangan ambil gambar dalam mahkamah dan bilik perbicaraan.
Bila dibenarkan masuk tu perasaan masih tak tenang, siap bersalawat dalam hati untuk tenangkan diri. Jauh pulak bilik perbicaraan saman ni, memang hujung sekali. Kalau sakit lutut memang kena berhenti sekali dua juga tu.
Sampai di depan bilik perbicaraan. kena tunggu dan beratur. Pegawai akan minta surat saman dan kad pengenalan untuk mereka periksa dan tunggu lagi sehingga pintu mahkamah dibuka untuk kami sermua masuk untuk dibicarakan.

Jam 8.15 kami masuk ke dalam bilik dan menanti perbicaraan, dah macam berada dalam drama kes perbicaraan pulak rasanya.


Denda Saman KesalahanBila semua pesalah dah berada dalam bilik pebicaraan, pegawai pendakwa akan terangkan proses perbicaraan, jumlah yang akan dikenakan dan diingatkan jikalau sesiapa tiada wang yang mencukupi, diminta pergi ke JPJ untuk buat penukaran tarikh kerana bila sudah jatuh hukuman, boleh dipenjara kalau tidak cukup duit untuk membayar.


Menurut pendakwaraya, denda yang akan dikenakan untuk kesalahan tiada insuran kenderaaan sebanyak RM2000 dan kesalahan tiada cukai jalan sebanyajk RM1000.


Allahuakbar, makin seram sejuk la juga rasa. Tetiba terasa nak tanya habibi, ada tak sejumlah wang sebab kalau seorang dah 3k, kami berdua dah 6k sebab denda untuk yang membawa kenderaan dan denda empunya kenderaan. InsyaAllah, cukup kata habibi. Hati masih tak tenang ya.


Pendakwaraya kemudian menerangkan yang pesalah boleh membuat rayuan selepas dibicarakan dan setiap rayuan lazimnya sebanyak RM300 bagi satu kesalahan.


Bila disebut tu otak dah mengira, kalau rayuan habibi kena bayar RM600 dan umi pun akan kena RM600. Maka, jumlahnya akan jadi RM1,200 tapi habibi kata tak per, dia ada duit yang mencukupi. Bukan apa, risau dalam akaun tak cukup dan risau sebab umi dahlah tak bekerja dan juga duit sebanyak tu boleh digunakan untuk banyak keperluan lain.


Proses PenghakimanBila hakim masuk je, semua pesalah diminta bangun dan nama-nama kami dipanggil untuk tampil duduk di kerusi panjang sementara nama kami akan dipanggil ke hadapan.
Ingatkan kami harus berdiri di kandang pesalah, tidak rupanya. 
Nama pesalah akan disebut, mereka akan bangkit dan berdiri mengadap hakim dan kesalahan akan dibaca oleh pendakwaraya. Pendakwa akan bacakan kesalahan dengan akta beserta waktu kejadian berlaku.
Kalau dah bersalah tu, memang kita harus akui kesalahan dan minta buat rayuan dikurangkan denda dengan alasan yang munasabah seperti hanya suami yang bekerja, anak masih bersekolah dan sebagainya.
Kemudian denda akan dikurangkan mengikut budii bicara hakim dan disebut secara langsung semasa kita masih berdiri. 
Selesai perbicaraan tu, kami ke bilik sebelah untuk bayar denda.


Kategori Kesalahan1. Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Bersalah atas pertuduhan - Denda RM200.00,  setiap seorang
2. Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Bersalah atas pertuduhan - Denda RM0.00, setiap seorang



Keputusan PerbicaraanAlhamdulillah, selepas rayuan tu, hukuman tetap dikenakan dan habibi kena bayar RM200 dan umi pun kena bagi RM200 bagi kesalahan tiada cukai jalan sementara kesalahan tanpa insuran tiada denda dikenakan. 
Jadi secara keseluruhan kami harus membayar sebanyak RM400.00. Alhamdulillah, lega yang amat sangat.
Memang syukur sangat.
Selepas dijatuhkan hukuman, kami diarah ke bilik sebelah untuk membuat pembayaran. Masa ni baru la boleh terasa nak berborak dengan mereka yang telah selesai dibicarakan. Sempat pula sesama kami bertanya berapa jumlah yang dikenakan selepas rayuan.



Selesai hal kat mahkamah, perut pun berkeroncong, jadi habibi ajak kami makan capati kat Duta Beriani. Mujur masih awal, kalau tak memang panjang juga barisan. Ini pun rezeki juga kan

Tip Hadir Mahkamah Saman JPJOkay, ini hasil google dan pengalaman hadir di mahkamah bagi pertuduhan yang dikenakan
1. Pastikan anda bawa dokumen yang lengkap seperti kad pengenalan, lesen, resit saman JPJ, dan kad bank kerana pembayaran tunai tidak diterima.
2. Datang awal pada jam 8 pagi sebab bukan hanya untuk saman JPJ tapi juga saman Polis akan disebut dalam mahkamah yang sama. Untungnya saman JPJ disebut dahulu kemudian saman Polis jadi masa menunggu tidak terlalu lama.
Sekiranya datang lambat, sebagai contoh 9 pagi ke atas, kebanyakan pegawai JPJ sudah habis daftar kes saman.
3. Selepas mendengar harga saman, sebaiknya anda pergi ke pejabat JPJ (seperti disarankan pegawai pendakwa) ambil tarikh baru hadir ke mahkamah.
4. Apabila nama dipanggil, pertuduhan dibacakan, akui kesalahan dan buat rayuan. Bagi alasan munasabah dan jumlah saman akan dikurangkan oleh hakim.
5. Bayar saman dengan kad debit, simpan resit dan saman serta tunjukkan kepada pegawai JPJ. Pastikan anda simpan resit pembayaran.


Peringatan / AmaranSekiranya anda tidak perasan tarikh yang diperlukan untuk hadir ke mahkamah dan anda secara tidak sengaja tidak hadir untuk dengar sebutan kes itu, kemungkinan besar satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana telah melanggar perintah JPJ yang sepatutnya memerlukan anda datang ke mahkamah.
Bagaimanapun, jika memang tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah, pergi sahaja ke mana-mana JPJ dan beritahu alasan untuk dapatkan tarikh yang baharu.
Alhamdulillah. Sesungguhnya urusan kami dipermudahkan oleh Allh swt


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/11/pengalaman-naik-mahkamah-saman-jpj-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 167 hits
Lain dari yang lain Jika biasanya rombongan sekolah naik bas lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur Melalui satu akaun Tik Tok aznia razizan ke...
Mahkamah Cadang Mahathir Anwar Selesai Saman Secara Mediasi

Mahkamah Cadang Mahathir Anwar Selesai Saman Secara Mediasi

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 130 hits
Mahkamah cadang Mahathir Anwar selesai saman secara mediasiSITI NUR ZAWANINovember 19 2024Mahkamah Tinggi mencadangkan agar saman fitnah yang difailkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ...
X Elon Musk Pindah Saman Ke Utara Texas

X Elon Musk Pindah Saman Ke Utara Texas

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 91 hits
Tindakan undang undang terhadap X akan segera dibicarakan di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Utara Texas Perubahan ini pertama kali diumumkan bulan lepas seiring dengan kemas kini terma perkhidmatan dan polisi privasi X Dengan perubahan ini...
Salah Kerajaan Juga Lamabt Buat Penerangan Saman Saja Standing Onder Ni Jnagan Biarkan

Salah Kerajaan Juga Lamabt Buat Penerangan Saman Saja Standing Onder Ni Jnagan Biarkan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 108 hits
Punya lama lebai dan walau syok mainkan isu 1 2 dijawab secara oleh Menteri Dalam Negeri Rupanya angka 1 2 juta tu tak betul Ianya berasal dari soalan Tak pastilah mana dia kutip nombor tu juga kot Hakikatnya angka itu salah Malah Hamzah Za...
Patut Lebai Ni Lihat Di Kelantan Jadi Elok Saman Ja Sampai Tinggal Telor

Patut Lebai Ni Lihat Di Kelantan Jadi Elok Saman Ja Sampai Tinggal Telor

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 123 hits
Bukankah di Kelantan Kerajaan negeri telah memajak 890 hektar kepada Syarikat Li Yong Bo untuk tanaman Musang King Baca sini Di Pahang hanya 23 96 hektar sahaja dipajak 99 tahun kepada Syarikat China untuk industri Kerajaan Pahang menjelask...
Pas Sudah Bayar Saman Fitnah Lebih Rm2 Juta

Pas Sudah Bayar Saman Fitnah Lebih Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 177 hits
Jika mahu hentikan budaya fitnah jgn tarik saman PN TIDAK RASA MALU MENIPU RAKYAT Kita semua sudah maklum bagaimana seorang Ustaz dari negara jiran ketika berceramah di sana memberitahu dia berasa hairan bangsa kita berpolitik sepanjang mas...
Pemilik Aset Muflis Ftx Saman Anthony Scaramucci Fwd Us Dan Lain Lain

Pemilik Aset Muflis Ftx Saman Anthony Scaramucci Fwd Us Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 140 hits
Syarikat cryptocurrency yang bankrap FTX baru sahaja mengemukakan 23 tuntutan mahkamah pada hari Jumaat terhadap Anthony Scaramucci firma hedge fundnya SkyBridge Capital serta beberapa organisasi lain termasuk Crypto com dan kumpulan pelobi...
Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 107 hits
KOSMO SEBUAH kereta terjatuh dari jambatan setinggi 9 14 meter Foto PTINEW DELHI Tiga lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dari sebuah jambatan setinggi 9 14 meter yang belum siap sepenuhnya selepas menggunakan aplikasi Si...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok