Pengalaman Musim Sejuk Ke Seoul 8 Hari 7 Malam


Perjalanan ini bermula pada 31 Januari sehingga 07 Februari 2018. Tidak dirancang lebih awal secara terperinci. Sebenarnya ia hanyalah atas permintaan sahabat yang ingin melihat Seoul dan bawa beliau berjalan-jalan di sana. Aku pernah solo trip ke sini tahun sebelumnya. Jadi keghairahan untuk "balik kampung" tidak lah sekuat masa mula-mula datang. I love Seoul so much, tapi backpacker bajet menuntut banyak pengorbanan terutamanya soal kewangan dan masa. Itu la punca aku kurang teruja nak "balik kampung" masa tu. Risau bajet lari. Hahaha

Banyak hal yang terjadi, perancangan di ubah-ubah sehingga lah daripada berdua menjadi bertiga menjadi berempat. Pening kepala aku dibuatnya. Hahaha. Apa-apa pun enjoy sahaja dengan kawan-kawan bidan terjun yang dipaksa join haha. 
Oleh kerana tiada perancangan yang teliti, aku hanya ikut gerak hati dan gerak langkah mana nak tuju saja. Jadi, mereka ikutkan saja mana-mana yang terbaik. Trip musim sejuk di Seoul ni benar-benar memberi pengalaman baru. Suhu pada ketika itu lebih kurang -6 darjah celcius, tapi angin sepoi-sepoi bahasa yang datang seolah-olah -16 darjah celcius. Sumpah sejuk gila. Demam juga dibuatnya. Mungkin tak biasa dengan keadaan tu

Alhamdulillah perjalanan kami di sini berjalan dengan mudah dan enjoy!! Yang penting kawan-kawan happy. Happy ke idok?? 😂
PENGANGKUTANMacam biasa, pilihan utama Air Asia. Alhamdulillah walaupun last minute plan tapi kami masih dapat tiket yang kurang dari RM1,000 termasuk luggage. (Mahai kan? haha. Nasib la.)
Pengangkutan lain semasa di sana kali ini, selain subway, kami memilih bas. Sebab penat nak berjalan dan naik turun tangga di subway station pada musim sejuk. Kudrat yang ada nak melangkah pun seolah-olah 40% tenaga je. Sejuk betul

Perkhidmatan bas di Seoul sangat mudah. Setiap stop akan di maklumkan. Jadi tak ada masalah tersalah stop melainkan korang naik salah bas atau arah yang salah. Hihi. Sebenarnya, aku lebih suka berjalan dari tempat ke tempat yang berdekatan, boleh meluaskan pandangan, tapi ditekankan sekali lagi, faktor cuaca yang sejuk amat, nak berjalan jauh pun tak mampu. Mungkin bergantung kepada keadaan tubuh memasing la kot. 
PENGINAPANAku pilih di Sinchon. Ubah angin. Rasa tinggal di kawasan lain pula. Kawasan ini ramai anak-anak muda terutamanya pelajar universiti. Kawasannya berdekatan dengan Hongik University & Ehwa Women University. Kerana penginapan ini lah terubah-ubah perancangan percutian aku. Bukan masalah hostnya, masalah komunikasi sahabat. Haha. Di sini, kami tinggal bersama host, ibu beliau dan beberapa orang lain dari pelbagai negara. Tak sempat nak berkenalan pun, maklum tak mesra alam. Hahaha. Host very understanding and his mother very nice person too. Boleh menempah di www.booking.com atau www.airbnb.com dan cari JM Guesthouse Hongdae. 
APA YANG MENARIK DI SEOUL?1) Myeongdong
Lebih kurang macam pasar malam Masjid Jamek Kuala Lumpur hari Sabtu, tapi lebih havoc dan enjoy di sini. Terkenal dengan pelbagai kedai yang menjual skincare. Dan jangan lupa cuba makanan local street. Sedap

2) Naksan Park & Ihwa Mural Art
Naksan Park. Boleh jalan sepanjang tembok ini dan sampai ke Dongdaemun (kalau gigih berjalan)
Permandangan dari Naksan Park dengan usaha gigih korang hiking. 
Salah satu mural art di Ihwa
Ihwa Mural Art
Kena hiking sikit la ke sini. Kalau musim sejuk ni macam kurang daya tahan sikit. Hahaha. Ada pelbagai lukisan dinding bagi mereka yang pencinta seni. 
3) Itaewon
Aku gelarkan ia kawasan Muslim. Senang nak cari makanan halal. Senang nak beli daging halal. Senang nak cari prayer room. Seoul Mosque terletak di sini. Tempat wuduk bagi wanita di luar. Tak tau kalau ada yang lebih dekat, tak jumpa

4) Cheonggye Plaza
Ada prayer room terdekat di KTO Seoul Office. Hanyalah seumpama mercu ke Cheonggyecheon. 
5) Cheonggyecheon
Cheonggyecheon (ditengah, boleh terus berjalan ke arah kanan atau kiri)
Pelangi petang di Cheonggyecheon. 
Cheonggyecheon adalah stream yang panjang sepanjang 8km atau lebih. Boleh berjalan sejauh mana yang korang mampu untuk berjalan. 
6) Dongdaemun Design Plaza
LED Rose di Dongdaemun Design Plaza
LED Rose, selepas terbenamnya matahari. 

7) Nami Island 
Nami Island Winter Time
Sedikit jauh dari bandar Seoul, tapi pulau kecil yang puas hati untuk dijelajahi. Tempat pertemuan dua hati Jun Sang dan Yu Jin dalam "Winter Sonata"
8) Ehwa Women University & Hongdae Street
Antara yang menjadi tarikan pelancong asing

9) Trick Art Museum
Seperti 3D Art Museum yang ada di tempat lain, tapi ia lebih menarik kerana terdapat apps yang boleh di aplikasi di telefon bimbit untuk merekod video korang seumpama ikan duyung yang berenang-renang di lautan atau naga yang membawa korang menempuh lautan api. Nampak menarik kan? Cuba la masuk. 
10) Bukchon Hanok Village
Bukchon Hanok Village
Kawasan rumah-rumah lama yang kaya dari kurun entah ke berapa yang masih lagi utuh. Ada di antaranya tidak lagi berpenghuni tapi di jaga dengan baik. 
Ada banyak tempat-tempat lain yang menarik yang boleh korang jelajahi. Antaranya Korean War Museum, Insadong, Ssamziegil bagi yang minat dengan kesenian, Namsangol Hanok Village dan beberapa Palace seperti Gyeongbukgung, Daesukgung bagi yang minat dengan sejarah, Haneul Park, Gangchon Rail Park, France Petite, Lotte World dan Everland bagi yang suka kepada extreme games di theme park, Banpo Rainbow Bridge dan Hangang River Park bagi yang suka duduk-duduk release tension atau Noryangjin Market untuk cuba makanan laut seperti King Crab yang segar. Sepanjang 8 hari di sini, ada tempat-tempat yang kami tidak pergi. Tidak berkesempatan. 
Itinerary secara ringkas selama 8 hari :Topup T-Money KRW40,000Check-in JM Guesthouse Hongdae selama 7 malam KRW127,500ItaewonTrick Eye Museum (Entrance ticket KRW15,000)Hongdae StreetMyeongdong (makanan halal di Kampungku - sila dm mereka di facebook dahulu takut datang sia-sia sebab fully booked) Namsan Park (boleh ambil shuttle bas no 2/3/5 bergantung dari arah mana korang datang, boleh rujuk sini)Nami Island (teksi ke Nami KRW4,000 satu perjalanan, entrance KRW13,000)Hard Rock Cafe, Lotte WorldGwanghwamun Gate / Statue of King Sejong / Statue of Admiral Yi Sun SinHalal KitchenBukchon Hanok VillageCheonggye PlazaCheonggyecheonDongdaemun Design Plaza - LED RoseNoryangjin MarketYeouido Hangang RiverEhwa Women UniversityInsadongSsamziegilNamdaemun Market






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iezym.blogspot.com/2018/07/pengalaman-musim-sejuk-ke-seoul-8-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip Ke Siem Reap Cambodia 4 Hari 3 Malam

Trip Ke Siem Reap Cambodia 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 122 hits
Ini entry paling tak senonoh Gonna make up everything like everything bila ada free time okay All the information below semuanya copy paste terus daripada Notes yang di catat semasa hari This is a content summary only Visit my website for f...
Percutian Deepavali 2021 Bakar Bakar Dan Rebus Rebus Di Malam Hari

Percutian Deepavali 2021 Bakar Bakar Dan Rebus Rebus Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 374 hits
assalamualaikum salam sejahtera bersua di laman blog di petang Sabtu alhamdulillah ada ruang utk duduk setempat dan releks update blog sambil menunggu bread maker menguli 1kg doh ada 3 4 jenis roti nak dihasilkan ptg ni in shaa Allah nak be...
Magik Musim Sejuk

Magik Musim Sejuk

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 251 hits
Apa yang magiknya musim sejuk Hanya gambar yang dapat jelaskan segalanya
Tiga Hari Dua Malam Bercuti Di Rumah Nenekku Sayang

Tiga Hari Dua Malam Bercuti Di Rumah Nenekku Sayang

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 305 hits
Tiga Hari Dua Malam Bercuti di Rumah Nenekku Sayang Finally pulang menjenguk nenek kat kampung Raya haritu tak dapat balik kampung sebab tak boleh rentas daerah Kami kat Pasir Gudang nenek kat Batu Pahat Hm First time tak dapat balik sana S...
10 Hari 9 Malam

10 Hari 9 Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 368 hits
Selama 10 hari 9 malam saya meninggalkan rumah di PP untuk pulang ke kampung halaman di Johor dan menjenguk rumah sendiri di NS Antara persiapan yang saya dan suami buat sebelum pulang ke kampung melakukan ujian kendiri COVID 19 Kit ujian k...
Itinerary Kota Kinabalu Kundasang 4 Hari 3 Malam

Itinerary Kota Kinabalu Kundasang 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 397 hits
Kos Bercuti Ke Kota Kinabalu Kundasang Bersama KeluargaAssalamualaikum Hai korang ni adalah post yang korang akan suka kita cerita kat sini KOS SEBENAR bercuti tak ada hidden hidden cost ok mana post yang viral viral bercuti kos 1k 1 5k tu ...
Pengalaman Naik Teksi Sungai Di Melaka Waktu Malam Jan 2021

Pengalaman Naik Teksi Sungai Di Melaka Waktu Malam Jan 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
PENGALAMAN DI SUNGAI MELAKA JAN 2021 Kembara Sungai MelakaSungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan ...
Diberi Masa Lima Hari Ini Tindakan Kpdnhep Terhadap Pemilik Restoran Jual Ikan Siakap Harga Empat Angka

Diberi Masa Lima Hari Ini Tindakan Kpdnhep Terhadap Pemilik Restoran Jual Ikan Siakap Harga Empat Angka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 368 hits
ALOR SETAR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP diminta melakukan s iasatan secara telus bagi memastikan pengguna tidak dit indas dengan harga makanan tidak munasabah di sebuah restoran di Langkawi
Presiden Jokowi Pimpin Hari Pahlawan Di Tmp Kalibata

Presiden Jokowi Pimpin Hari Pahlawan Di Tmp Kalibata

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 164 hits
Untuk mengenang jasa para pahlawan dan pejuang pejuang bangsa mengheningkan cipta dimulai kata Jokowi
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat

Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain