Pengalaman Menyertai Xpdc Integriti 2023 Menang Video Kreatif


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Tak sangka tahun 2023 sudah semakin menghampiri penghujugnya. Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu acara yang aku sertai bersama geng KembaRojak [AlongMurni & Zayani] iaitu program XPDC Integriti 2023

{tocify} $title={KANDUNGAN}
PENGALAMAN MENYERTAI XPDC INTEGRITI 2023
XPDC Integriti 2023 adalah pertandingan berkonsep gabungan acara antara 'Amazing Race' dan 'Treasure Hunt' di mana setiap kumpulan  yang terdiri daripada  3 hingga 4 orang bertanding untuk mencari petunjuk dan menyelesaikan teka-teki berdasarkan petunjuk yang diberikan. Mereka akan mengharungi beberapa jenis cabaran di lokasi yang menarik, bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran secara fizikal dan mental demu untuk melengkapkan pertandingan ini


Berlangsung pada tarikh 9 Disember 2023, acara bermula seawal jam 7.30 pagi di persekitaran Dataran Wawasan Putrajaya. Pendaftaran kenderaan dan juga penyerahan nombor pasukan, pelekat kenderaan dan t-shirt rasmi pertandingan serta sarapan diberikan sebelum acara utama bermula pada jam 9.30 pagi

Tepat jam 9.30 pagi acara utama bermula di mana para peserta dilepaskan serta dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Nor Yahati Binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia.
Untuk durasi selama 4 jam, XPDC Integriti 2023 ini menyaksikan penyertaan 147 pengamal media dan kakitangan agensi kerajaan, membentuk pasukan tiga atau empat individu. Setiap pasukan memulakan pengembaraan yang mendebarkan melalui lokasi yang ditetapkan di Putrajaya untuk mencapai objektif pertandingan ini

Antara aktiviti yang kami iaitu para peserta lakukan adalah memanjat titian tangga Putrajaya, bermain lompat tali, berkayak, bergambar di lokasi ikonik di sekitar Putrajaya dan sebagainya. 


Oh ya, kami juga perlu menyelesaikan teka-teki berdasarkan rangkaian kedai-kedai sekitar Presint 15 Putrajaya. Memang susah sebenarnya. Selain itu, ada juga tugasan untuk membeli barangan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan dan juga tugasan media sosial dimana kami perlu memuat naik gambar dan video

Alhamdulillah, semakin menghampiri jam 1.30 tengahhari, kami pun berjaya menyelesaikan tugasan semampu yang mungkin. Masa yang perlu ditamatkan oleh para peserta adalam pada jam 1.30 tengahhari, sekiranya lewat markah akan ditolak. 
HADIAH XPDC INTEGRITI 2023
Oh ya lupa pula nak cerita pasal hadiah yang bakal diterima oleh pemenang. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang XPDC Integriti 2023 adalah seperti berikut ;-
Juara : RM3,000.00Naib Juara : RM2,000.00Ketiga : RM1,000.00Keempat hingga Kelima : RM500Keenam hingga Kesepuluh : RM200
Video Kreatif (IG) : RM300Photo Kreatif (IG) : RM200Caption Social Media Terbaik (IG) : RM200

KEMBAROJAK MENANG VIDEO KREATIF ! View this post on Instagram A post shared by Zayani Zulkiffli (@nzayaniz)


Alhamdulillah, walaupun KembaRojak tidak berjaya mendapat tempat dalam senarai 10 terbaik, tetapi kami berjaya bagi kategori Video Kreatif ! Untuk mendapat tempat 10 terbaik secara peribadinya aku rasa agak sukar kerana banyak kumpulan yang memang berpengalaman dalam treasure hunt / explorace

Tetapi alhamdulillah, kami berjaya juga bagi kategori yang lain. Yang paling seronok bagi aku adalah dapat melakukan aktiviti dengan kawan-kawan dan juga dapat jalan-jalan sekitar Putrajaya. In shaa Allah sekiranya XPDC Integriti akan diadakan di tahun 2024, aku dan rakan-rakan pasti akan turut serta

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/12/pengalaman-menyertai-xpdc-integriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Kaleidoskop 2023 Menhan Prabowo Perkuat Alutsista Sampai Diplomasi Pertahanan

Video Kaleidoskop 2023 Menhan Prabowo Perkuat Alutsista Sampai Diplomasi Pertahanan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 137 hits
Kilas Balik 2023 Menteri Pertahanan Prabowo Subianto dalam memperkuat dan memodernisasi pertahanan Indonesia yang masih terus bergulir
Unit Trust Labur 1000 Dapat Untung 500 Dalam Tempoh 6 Bulan Menang Dana Terbaik Asia Tahun 2023

Unit Trust Labur 1000 Dapat Untung 500 Dalam Tempoh 6 Bulan Menang Dana Terbaik Asia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 199 hits
Unit trust adalah sejenis pelaburan kolektif yang melibatkan pengumpulan wang daripada pelabur dan melaburkan wang tersebut dalam portfolio pelbagai aset seperti saham bon hartanah dan sebagainya Unit trust membolehkan pelabur untuk memilik...
Jpnin Tidak Menyertai Dan Menyokong Penganjuran Forum Rasionalism Belia Antarabangsa 2023

Jpnin Tidak Menyertai Dan Menyokong Penganjuran Forum Rasionalism Belia Antarabangsa 2023

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 236 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional JPNIN ingin menegaskan bahawa forum ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan JPNIN Poster dan kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adala
Pengalaman Ke Perarakan Merdeka 2023 Di Dataran Putrajaya

Pengalaman Ke Perarakan Merdeka 2023 Di Dataran Putrajaya

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 409 hits
Ini atrikel throwback sebab CIk iena nak clearkan gambar and all the video Actually tak banyak gambar banyak video Jadi Cik iena juga akan kongsikan video vlog Perarakan Merdeka 2023 di Dataran Putrajaya Bergambar bersama abang bomba yang l...
Sbs Drama Awards 2023 My Demon Menang Besar

Sbs Drama Awards 2023 My Demon Menang Besar

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 335 hits
Drama Korea My Demon mencipta Kejayaan Gemilang di SBS Drama Awards 2023 Pada malam SBS Drama Awards 2023 satu drama telah mencuri perhatian dan menggegarkan pentas dengan kemenangan yang megah My Demon My Demon NetflixSong Kang dan Kim Yoo...
Video Keras Andika Eks Panglima Di Tim Ganjar Relawan Langsung Diserang Anggota Tni

Video Keras Andika Eks Panglima Di Tim Ganjar Relawan Langsung Diserang Anggota Tni

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 158 hits
Wakil Ketua Tim Pemenangan Nasional Ganjar Mahfud Andika Perkasa buka suara soal pengeroyokan dilakukan anggota TNI terhadap relawan
Video Internal Kubu Amin Panas Sudirman Said Beda Pendapat Dengan Nasdem

Video Internal Kubu Amin Panas Sudirman Said Beda Pendapat Dengan Nasdem

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 256 hits
Relawan Anies Muhaimin 2024 menilai langkah dan pernyataan co captain Timnas AMIN Sudirman Said menjalin komunikasi dengan eksternal adalah pelanggaran
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ilham Decor Raya Selepas Balik Dari Kampung

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Iwan Fals Aku Bukan Pilihan Chord

Senarai Ipad Terbaru 2025 Dan Spesifikasi Lengkap Semua Model Ipad Latest

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More