Pengalaman Menunggang Kuda Di Cappadocia Turki Yang Pasti Tidak Boleh Dilupakan



Mungkin bagi anda pengalaman berkuda atau Horse Riding buat pertama kali sangat teruja dan gembira. Tetapi ianya tidak bagi aku, lagi-lagi bila aku naik atau tunggang kuda buat pertama di Cappadocia, Turki.

Selain daripada nikmati pemandangan hebat di pekan Gerome, bermalam dalam cave hotel serta mengikut Jeep Safari Tour untuk menyaksikan Hot Air Ballon, aku ada juga serta aktiviti menunggang kuda atau Horse Ride.
BACA : Itinerari Penuh Ke Cappadocia dan Istanbul Selam 9 Hari Di Turki
Sebenarnya di Cappadocia ni terlalu banyak aktiviti yang anda boleh lakukan selain daripada berkuda, anda juga boleh sertai Green Tour, Red Tour, Camel Tour, Salt Lake, rent a car, Salt Lake, ATV ride dan banyak lagi.
Jika mengikut itinerari awal, aktiviti Horse Ride ni tiada dalam senarai atau KIV sahaja. Tetapi atas desakan dan 'perlu teman' adik aku, jadi kena la juga  berkuda. Dia takpa, dah banyak kali tunggang kuda, ini pengalaman pertama aku.
Harga Dan Tempahan Aktiviti Menarik Di Cappadocia, TurkiUntuk anda yang ingin buat tempahan lebih awal bagi menyertai mana-mana aktiviti selama di Cappadocia, Turkiye, boleh guna Klook sahaja. Disenaraikan antara aktiviti, harga dan tempahan seperti dibawah
Hot Air Ballon Flight Experience - RM908 (Klik sini)
Cappadocial Instagram Tour - RM355 (Klik Sini)
Historical Cappadocia Red Tour - RM330 (Klik sini)
Horseback Riding - RM228 (Klik sini)
Green Tour - RM219 (Klik sini) 
Ballon Chasing Photo Tour at Sunrise - RM71 (Klik sini) 
Quad Safari Ride - RM228 (Klik sini)
Turkish Night - RM289 (Klik Sini)
Whirling Dervish Show - RM126 (Klik sini)
Jeep Safari Tour - RM380 (Klik sini)
Goreme Hiking Tour - RM888 (Klik sini)
Harga Aktiviti Horse Riding Di Cappadocia, TurkiyeIni antara kelebihan aktiviti yang ada di Cappadocia. Anda boleh buat tempahan last minit macam aku decide nak naik kuda ni. Aku nak pergi petang, pagi tu pun aku boleh tempah. Banyak tempat anda boleh buat tempahan disana. Pergi je mana-mana kedai yang ada buat travel & tour.
Macam aku, ada buat tempahan secara whatsapp. Bagi tahu nak amik pakej Horse Ride pada waktu bila dan bayaran yang ditawarkan ketika itu adalah €25 seorang (lebih kurang RM115). Tapi untuk lebih selamat, anda boleh beli pakej di Klook sahaja untuk Horseback Riding disini.
Kemudian pada belah petang tersebut, ada van yang jemput kami di hotel bersama orang lain juga yang menyertai aktiviti tersebut dan seterusnya terus ke tapak aktiviti berkuda tersebut.
Pengalaman Menunggang Kuda (Horse Riding) Di Cappadocia, TurkiAktiviti Horse Ride di Cappadocia hanya diadakan pada belah petang di Gerome National Park iaitu 2 jam sebelum matahari tenggelam. Pada hari kejadian tu, seingat aku gerak dalam pukul 4 petang ke tapak kuda dan terus bergerak.
Tempoh tunggang kuda secara keseluruhan adalah 2 jam untuk naik dan turun. Dalam tempoh tersebut, akan ada berhenti seketika di kawasan gua yang ada church dalamnya. Tak ingat nama tempat tu apa. Disitu juga, antara tempat tertinggi di national park ni.
Berhenti minum dan tunggu sunset dalam 20 minit macam tu. Serius SANGAT CANTIK PEMANDANGAN atas ni. Boleh tengok pemandangan batu tajam di sekitar kawasan dan boleh tengok kawasan yang luas. Pada hari tersebut ada sunset sikit, sebab terlindung awan sikit.

Tetapi untuk sampai ke kawasan yang cantik ini, aku perlu hadap azab yang bagi aku 'cukup kali ni je la aku naik kuda'. Lepas ni memang aku taknak naik dah lah. Naik kuda mainan di fun fair lagi menarik kot haha
Inilah pengalaman yang paling menarik untuk aku dan juga menjadi antara pengalaman yang menakutkan. Sampai aku rasa, tak semua sesuai untuk join Horse Ride disini. Hati tak kental, takpayah la naik.
Anda akan diberikan seorang seekor kuda dan topi keselamatan. Biasa kalau tunggang kuda kat taman, akan ada orang bawakan kan? Ini tidak, kuda tersebut telah dilatih untuk mengikut kuda yang lain dihadapan. Kita akan bergerak bersama-sama dalam satu barisan yang panjang. Hanya kuda depan sahaja dibawa oleh pemandu arah (guider). Kuda lain ikut sahaja.
Jadi secara amnya, anda tidak perlu buat apa-apa. Kuda tersebut akan jalan dengan sendiri mengikut kuda depan hingga ke destinasi. Tapi ada juga diajar, kalau kuda tu sibuk makan, tarik talinya untuk masuk semula ke barisan.
Pada awalnya, kita semua akan bergerak sebaris di tempat yang lapang dan mendatar. Untuk permulaan, bagi aku biasa sahaja. Kemudian kuda dah start naik bukit sikit tetapi masih dalam kawasan yang luas terbuka.
Akhirnya kuda akan start memanjat di celah-celah batu tajam, lalu sebelah cerun apabila sudah sampai kawasan yang lebih tinggi dan pernah juga mendaki tempat yang curam. Alhamdulillah, nasib semua kuda lepas.
Bayangkan, anda tak pernah tunggang kuda. Kuda anda dapat pula besar. Tak faham sistem nak kawal kuda. Tiada guider yang bawa untuk kuda aku dan terpaksa lalu tepi-tepi cerun weh. Serius, kalau kuda tu silap langkah, memang boleh terjunam ke bawah.
10 minit awal, boleh la tenang lagi. Bila dah start 10 minit terakhir sebelum sampai ke kawasan rehat tu, serius cuak sepanjang perjalanan. Lagi pula, kuda aku ni jenis suka makan. Pantang nampak daun pokok, dia stop makan. Terpaksa la aku tarik supaya masuk semula dalam barisan.
Sepanjang tempoh mendaki ke atas, aku cuak dan alhamdulillah tiada apa-apa terjadi pada aku TETAPI berlaku pada orang lain. Yes, ada salah seorang pelancong dan kebetulan sempat borak di ladang kuda tersebut sebelum tu. Seingat orang Indonesia.
Pasti ngeri untuk dia, apabila kudanya melompat dan katanya sebab dia bersin sahaja yang mana telah menyebabkan kuda tersebut terkejut. Disebabkan itu, kuda terlompat dan dia jatuh ke belakang. Perghh cuak masa dengan dia cerita.
Kat atas tu memang ambil gambar je la. Bukan senang nak sampai ke kawasan ini walaupun dalam hati masih takut ni hahaha Terfikri pula lepas ni, nak turun bukit pula. Lagi teruk gayanya ni.


Aku naik dah cuak, now terpaksa hadap sekali lagi untuk turun dari bukit pula. Seperti biasa, kena lalu celah batu tajam, di tepi-tepi cerun bukit yang dalam dan paling seksa kena ubah posture badan apabila kuda ingin turun. Badan kena menghadap kebelakang sikit, bagi mengelakkan kita tersembam kedepan.
Masa turun ni, aku teringat, memang ada lalu satu kawasan yang hampir gila dengan cerun bukit. Kalau tergelincir memang arwah dah la. Ada satu pelancong ni, kuda dia bergerak ke arah cerun tu, tak tahu kenapa. Nasib baik kuda stop tiba-tiba. Kalau tidak, memang dia dengan kuda kebawah la jawabnya.
Perghh seram aku tengok moment tu. Berlaku depan mata beb. Alhamdulillah kami semua turun dengan selamat menaiki kuda masing-masing kecuali pelancong yang jatuh kuda tu. Dia takut punya pasal, turun jalan kaki sahaja. Waktu turun ambil masa tak lama dalam 10 minit je rasanya.
Kalau nak tengok antara pengalaman aku dan adik aku menaiki kuda untuk Horse Riding di Goreme National Park, Cappadocia Turkiye, anda boleh tengok video youtube dibawah dari mula hingga habis.

Tips Aktiviti Horse Riding Di Cappadocia, TurkiyeJadi mengikut pengalaman aku sendiri yang bukanlah berani sangat naik kuda ni, nak kongsi untuk anda yang ingin sertai aktiviti Horse Ride di Cappadocia

Pakai pakaian yang sesuai iaitu berseluar. Hari makan sejuk ketika itu, jadi bawa la baju sejukStretching terlebih dahulu, sebab nak panjat kuda tu tinggi juga. Takut cramp ke apa nanti, susah pulaBawa kamera letak kat dada (Beli Insta360 ni, kecil style). Cantik juga kalau dapat rakam moment dari atas kuda.Boleh minta tolong guider yang lain ambilkan gambar sepanjang perjalanan. Dieorang boleh bantu, jangan risau.Nak ambil gambar guna fon sendiri boleh je sebelah tanganBaca doa banyak-banyak supaya kuda tak naik gila dan dapat kuda yang dah kenyang.Jangan bersin secara tiba-tiba. Jangan buat kuda terkejut. Tidak melayang nanti.Ambil gambar sepuas-puasnya bila sampai kat atas. Serius cantik gila pemandanganKalau ada duit lebih, boleh beli gambar yang dieorang ambilkan guna kamera. Bagi sekali dengan frame. Ok la. Harga tak ingat, lebih kurang RM20 la. Taknak beli pun takpa
Jadi itulah antara pengalaman menarik dan mungkin mengerikan untuk aku selama join aktiviti Horse Ride di Cappadocia, Turkiye.
Jika tanya aku, cukuplah sekali ni aku naik kuda lagi-lagi di Cappadocia. Lepas tu taknak dah la. Baik tunggang benda lain pula lepas ni. hahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/07/pengalamain-menunggang-kuda-di-cappadocia-turki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Malaysia Bukan Tak Boleh Cakap Apa Apa Cuma Jangan Fitnah Dan Caci Maki Orang Lain

Di Malaysia Bukan Tak Boleh Cakap Apa Apa Cuma Jangan Fitnah Dan Caci Maki Orang Lain

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 199 hits
Di Malaysia tak boleh cakap apa apa dakwa SanusiSanusi Nor berkata dakwaan hasutan terhadapnya bermotifkan politik menjelang PRN enam negeri pada 12 Ogos ini Samuel ChuaSELAYANG Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mendakwa kerajaan menyekat kebe...
Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 125 hits
Apa tak boleh cakap apa apa Boleh je Cakap la isu kebajikan rakyat isu ekonomi isu antarabangsa Banyak je isu boleh digunakan untuk PRN Tapi itu la Nak cerita isu tu semua tak reti Jadi terpaksa jugak mainkan isu 3R Nak tunggang sentimen ag...
Alahai Ko Pun Tak Boleh Kritik Juga

Alahai Ko Pun Tak Boleh Kritik Juga

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 80 hits
Ala masa kau jadi kerajaan usik skit terus kena kutip Time tu Sanusi koyak ke Tanyer je jgn marah
Corong Pam Botol Pam Susu Tak Boleh Guna Lama Lama Ini Jangka Hayat Breast Pump

Corong Pam Botol Pam Susu Tak Boleh Guna Lama Lama Ini Jangka Hayat Breast Pump

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 113 hits
Aksesori pam susu sebenarnya ada tempoh hayatnya sendiri Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini kerana tanggapan kita terhadap pam susu adalah gajet penyusuan yang selagi fizikalnya elok selagi itulah kita akan pakai Kaunse...
Ibu Mengandung Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Ibu Mengandung Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 211 hits
Ibu mengandung tak boleh tinggal buah Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat bergantung pada apa yang ibu makan Sebab tu kena pilih makanan yang baik baik untuk dibawa masuk ke perut supaya anak dapat khasiatnya sama Tinggalkan m...
Saya Tak Boleh Kawal Sering Dikritik Malas Menari Jennie Bp Dedah Perkara Sebenar

Saya Tak Boleh Kawal Sering Dikritik Malas Menari Jennie Bp Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 170 hits
Peminat pasti tahu bahawa Jennie BLACKPINK sering menerima kritikan kerana kelihatan kurang bertenaga ketika membuat persembahan di atas pentas ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Jennie telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan podcast Dua Lipa Du...
Banyak Perkara Saya Tak Boleh Buat Sebab Saya Idola K Pop Jennie Blackpink

Banyak Perkara Saya Tak Boleh Buat Sebab Saya Idola K Pop Jennie Blackpink

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 206 hits
Bukan senang tau nak jadi idola K Pop ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Jennie BLACKPINK telah tampil berkongsi mengenai pelbagai perkara menerusi rancangan podcast Dua Lipa At Your Service Dalam podcast itu menceritakan tentang kerjayanya se...
Saya Malu Lee Jongsuk Akui Dah Tak Boleh Bawa Watak Pelajar Sekolah

Saya Malu Lee Jongsuk Akui Dah Tak Boleh Bawa Watak Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 103 hits
Bagi siapa yang sudah lama menonton K Drama pasti tahu bahawa Lee Jong suk sering membawa watak sebagai pelajar sekolah pada satu ketika dahulu ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Lee Jong suk telah mengadakan acara perjumpaan bersama peminat Dear My...
Nampak Dia Sedih Tak Boleh Beri Autograf Sikap Jennie Bp Pada Peminat Warga Emas Ini Dipuji

Nampak Dia Sedih Tak Boleh Beri Autograf Sikap Jennie Bp Pada Peminat Warga Emas Ini Dipuji

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 194 hits
Sebagai seorang selebriti Jennie BLACKPINK pastinya akan sentiasa menghargai peminat yang menyokongnya ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Jennie telah tiba di Lapangan Terbang Incheon dari Paris selepas selesai mengadakan konsert jelajah kumpu...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Santri Di Lamongan Diduga Dianiaya Temannya Korban Diikat Hingga Dibanting Ke Lantai

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More

Selamat Hari Ibu

Ph Mendahului Kiraan Undi Awal Polis Tentera



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Pn Untuk Melayu Ph Untuk Bukan Melayu

Berhadapan Dengan Selat Melaka Masjid Al Hussain Memantulkan Warna Warna Yang Indah

Pengurusan Mitashamika Junjung Kasih Kesudian Al Sultan Abdullah Tengku Hassanal Lawat Kiosk Jualan

Lama Tunggu Grab Chef Anis Nabilah Tawar Diri Hantar Lelaki Oku Penglihatan Balik Rumah

Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam