Pengalaman Menjadi Seorang Blogger Dan Cabarannya Masa Kini


 Pengalaman Menjadi Seorang Blogger Dan Cabarannya Masa Kini | Salam semua, dunia "blogging" sekarang amat berbeza jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lepas. Permulaan untuk saya memulakan blog sekitar pada tahun 2011 adalah saya tertarik dengan membaca blog orang lain yang suka menulis kisah kehidupan mereka untuk diabadikan di dalam blog. Terfikir untuk menjadikan blog sebagai satu diari atas talian satu ketika dulu, saya tidak percaya sehingga sekarang ini saya bertahan dan masih lagi seorang blogger. 


Cuma apa yang bezanya sekarang, jika dulu saya menulis untuk suka - suka, tapi sekarang ini dengan blog juga saya sudah boleh menjana pendapatan. 
Walaupun untuk permulaannya, seperti terlalu banyak masa yang dibazirkan untuk mengetahui selok - belok blog. Tapi percayalah, di penghujungnya ada kemanisan yang sedang menanti. 
Dari hanya buat blog untuk suka - suka untuk coretan diari di blog dan sekarang ini saya sudah labelkan diri saya sebagai seorang lifestyle blogger. 
Dunia "blogging" lebih meriah apabila pembaca yang mengunjungi blog memberi komen untuk artikel yang telah diterbitkan. Berkongsi artikel yang bermanfaat kepada pembaca adalah kepuasan saya. 

Pilihan Untuk Menjadi Blogger Ataupun Influencer Zaman "blogging" awal - awal dulu memang seronok sebab masa itu dunia "blogging" memang meriah. Singgah untuk komen di blog orang lain bukan saja dapat kenal sesama blogger tapi juga untuk menjaga hubungan sesama blogger. 
Apabila timbulnya media sosial masa kini seperti Instagram, Tik Tok, Twitter, Youtube, Facebook dan banyak lagi, mulalah perkataan Influencer disebut - sebut

Pada mulanya, saya pun tidak faham sangat istilah influencer sebenarnya, merujuk kepada siapa dan apa fungsi influencer. Tanpa saya sedar, sudah ramai juga blogger telah beralih untuk menjadi influencer dan mempunyai pengikut yang sangat ramai. 
Dulu, pembaca banyak buat carian di Google untuk mencari info yang berkaitan. Sejak media sosial telah berubah ikut arus teknologi ini dan lebih menarik, semakin ramai yang lebih suka menghabiskan  masa di aplikasi untuk mencari info yang berkaitan

Sejak saya ambil khidmat review untuk diterbitkan di blog,saya sudah berkolaborasi dengan banyak brand untuk menulis tentang produk mereka di blog. 
Dalam masa yang sama brand meminta juga untuk post di mana - mana media sosial yang ada. Secara tak langsung, produk yang saya telah review bukan saja ada carian di Google malah ada carian di media sosial. 
Mungkin saya boleh dikategorikan sebagai blogger dan juga influencer. Tapi lebih kepada mikro influencer sebab pengikut tidak berapa ramai. Saya pun tidak merasakan diri ini influencer hebat, sebab saya lebih berminat kepada penulisan di blog. Tapi apa salahnya, jika brand minta untuk post di media sosial saya akan ikut saja. 
Cara menjadi influencer hebat bukan senang juga. Banyak faktor yang perlu diambil kira. 

Cabaran Menjadi Seorang Blogger Masa Kini 
Ramai nak jadi blogger bila dapat tahu yang dengan blog juga boleh jana pendapatan pasif. Tapi, percaya lah tak semua orang mampu nak jadi seorang blogger. Saya sendiri pun macam tak percaya hingga sekarang boleh bertahan dan masih seorang blogger. Pengalaman sepanjang 10 tahun dalam dunia blogging mengajar saya banyak perkara. 
Walaupun teknologi digital makin lama makin berkembang, banyak cabaran yang saya sudah lalui hingga sekarang masih lagi cabaran bagi seorang blogger. 
1. Konsisten Dalam Penulisan Blog Tidak dinafikan, saya akui sukar untuk konsisten dalam membuat penulisan di blog. Ada kalanya saya mengalami writer's block sebab kekurangan idea untuk terbitkan artikel di blog. Ini masalah bagi blogger seperti saya untuk teruskan menulis dalam blog. Bukan mudah sebenarnya untuk menulis dan nak fikirkan konten untuk pembaca. 
Ada banyak faktor yang diambil kira. Bukan setakat nak fikir untuk penulisan di blog saja, nak cari gambar yang menarik untuk diletakkan di blog ataupun video. 
2. Memahami SEO ( Search Engine Optimization ) Sebagai seorang blogger perlu memahami apa itu SEO ( Search Engine Optimization ). Itu cabaran bagi saya untuk memahami selok belok SEO. Sepanjang bergelar sebagai seorang blogger, sampai sekarang pun saya masih belajar tentang teknik dan strategi untuk menerapkan SEO dalam setiap artikel yang saya terbitkan. 
Sudah tentu konten yang saya tulis adalah untuk mendapatkan kedudukan yang baik di search engine. Mestilah artikel yang saya nak tulis berada di halaman pertama di page Google. 
Terutamanya dari segi algoritma Google yang sentiasa berubah - ubah setiap waktu. Lebih - lebih lagi bila saya menerima job berbayar untuk mempromosikan produk klien. Saya ingin memastikan artikel yang saya tulis sampai kepada pembaca. 
3. Pengurusan Masa Bila dah ada blog, saya akui untuk uruskan blog memang menjadi masalah dari segi masa. Kerja - kerja menulis di blog ini bukan senang jika tidak ada pengurusan masa. Adakalanya, blog berehat dari konten terbaru sebab tidak ada masa mencari ruang untuk menulis. 
Mood pun memainkan peranan utama dalam menulis blog. Biasanya, memang saya perlukan suasana tenang sebab nak fikirkan idea untuk menulis. 
Apapun, saya kena bijak untuk uruskan masa dan ruang untuk blog. 
4. Market BloggerHingga sekarang ini, blogger masih diperlukan oleh brand untuk mempromosikan produk mereka di blog. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya adalah market blogger yang boleh dikatakan merosot. Kerja menulis bukan senang ditambah lagi dengan persaingan di kalangan influencer yang lain. 
Tapi ini bukan mematahkan semangat saya untuk tinggalkan dunia blogging. Cuma saya kena berikan yang terbaik untuk brand melihat hasil kerja saya. 

Pencapaian Dalam Dunia Blogging Sepanjang saya bergelar blogger, saya belajar banyak perkara, disebabkan dunia blog juga saya mula mendapat undangan event. Jemputan - jemputan ke acara tertentu memang amat penting bagi penganjur menggunakan blogger untuk mempromosikan dengan menulis artikel di blog. 
Selain itu, saya mula kenal dengan group blogger yang lain. Bila berkongsi minat yang sama, baru rasa semangat untuk blogging tetap ada. Masa ini lah dapat kenal dengan lebih rapat dengan blogger lain

Untuk pencapaian di blog pula, walaupun banyak cabaran yang saya sebutkan seperti di atas, tapi syukurlah penat lelah berbaloi, trafik meningkat, selalu dapat tawaran job untuk khidmat review sama ada dari dalam dan luar negara. 
Tapi yang penting tidak boleh duduk dalam zon selesa sangat, banyak lagi nak kena memperbaiki kualiti blog. 
Bina Personal Branding Sejak saya menjadi seorang blogger, saya banyak bina profile di mana - mana media sosial untuk menarik pengguna internet ke blog. Selain daripada akaun Instagram dan Facebook, pada tahun 2018, saya telah buka channel Youtube dan telah terbitkan video di sana. Sehingga kini, channel Youtube saya sudah mencecah 13.6 K subscribers. 
Ini secara tidak langsung, dapat menarik pengguna dari Youtube untuk mengunjungi blog saya. 
Bagi saya, personal branding amat penting untuk blogger dan juga influencer. Blogger dan influencer ada peranan tersendiri, tapi untuk mencapai ke tahap yang seterusnya, kena banyak bina personal branding yang kukuh untuk brand melihat keupayaan kita. 
Jika anda tanya, bagaimana cara menjadi blogger ataupun influencer, Jika minat menulis, boleh menjadi seorang blogger, jika anda mempunyai pengikut yang ramai di mana - mana media sosial, anda boleh menjadi influencer yang hebat. 
Anda boleh pilih niche mana yang anda lebih berminat dan mula lah bina personal branding anda sekarang. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/09/pengalaman-menjadi-seorang-blogger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Seorang Penggali Kubur Semasa Mempersiap Lubang Kubur Orang Berdosa

Pengalaman Seorang Penggali Kubur Semasa Mempersiap Lubang Kubur Orang Berdosa

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 560 hits
Seorang penulis sebuah blog di Arab saudi pernah meminta seorang penggali kubur Baba Ji menceritakan pengalamannya mengenai keadaan kubur orang orang berdosa ketika beliau mempersiap lubang kubur untuk jenazah tersebut walaupun dia sendiri ...
9 Cara Mudah Untuk Menjadi Seorang Yang Sentiasa Kreatif Menarik Untuk Diamalkan

9 Cara Mudah Untuk Menjadi Seorang Yang Sentiasa Kreatif Menarik Untuk Diamalkan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 267 hits
Semua orang mampu jadi kreatifArtikel kali ini adalah sumbangan En Azad Jasmi Beliau merupakan seorang usahawan berjaya seorang coach dalam bisnes dan seorang peminat tegar dunia automotif terutamanya kereta berprestasi tinggi Boleh follow ...
Ajarkan Anak Lakukan Pekerjaan Rumah Zaskia Mecca Jadikan Pengalaman Sulit Masa Kecilnya Untuk Mendidik Anak

Ajarkan Anak Lakukan Pekerjaan Rumah Zaskia Mecca Jadikan Pengalaman Sulit Masa Kecilnya Untuk Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 306 hits
Pengalaman hidup yang pernah Zaskia alami menjadi hal berharga bagi caranya mendidik anak supaya lebih kuat tangguh dan terampil
Takut Gil4 Masa Tu Fazura Kongsi Pengalaman Bawa Fatima Dine In

Takut Gil4 Masa Tu Fazura Kongsi Pengalaman Bawa Fatima Dine In

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 292 hits
Pelakon Nur Fazura mended4hkan dia pernah membawa anaknya Fatima keluar dine in atau menikmati makanan di restoran Kata Fazura meskipun ketika itu k3s C0vldl9 tidak setinggi seperti masa kini namun dia tetap berjaga jaga Back when it was st...
Nutrisi Penting Yang Harus Dipenuhi Di Masa Kehamilan Menyusui

Nutrisi Penting Yang Harus Dipenuhi Di Masa Kehamilan Menyusui

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 217 hits
Menantikan hadirnya si buah hati adalah momen yang paling dinanti oleh setiap pasangan suami istri Sambil menantikan kehadiran si kecil dalam perut ibu perlu dilakukan upaya agar momen kehamilan bisa segera terjadi Sebenarnya ada banyak car...
Hiburan Cik B Perlukan Masa Ds Vida Menangis Perkahwinan Tak Direstui Anak

Hiburan Cik B Perlukan Masa Ds Vida Menangis Perkahwinan Tak Direstui Anak

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 184 hits
Sedia maklum sejak kebelakangan ini kisah percintaan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya Iqbal Zulkefli sedang hangat diperkatakan oleh warganet ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSemalam Datuk Vida membuat siaran l...
Jaga Jaga Ejen Cia Ini Seru Kepada Kejatuhan Pas Melanggar Amanat Tol Guru Dalam Masa Sama Pas Main Dua Kolam

Jaga Jaga Ejen Cia Ini Seru Kepada Kejatuhan Pas Melanggar Amanat Tol Guru Dalam Masa Sama Pas Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 199 hits
Nik Abduh mahu Umno Pas bersama walau akui SPRM masih terima tekanan politikOleh FAZLI RADZI September 9 2021Berserta tanda pagar Istiqamah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menegaskan perlunya parti itu dan Umno ...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kencana Lore 2

Salah Faham Mengenai Fruktosa

Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser

Barbarik Peluru Cokelat Chord

Arjuna 89 Takdir Memisahkan Chord