Pengalaman Menjadi Petugas Untuk Covid 19
Assalammualaikum.. Dah lama jugak Eyza tak menulis kat sini. Macam-macam yang dah jadi sepanjang Eyza menyepi kat Blog. Memandangkan sekarang Virus Covid-19 makin teruk, Eyza memang busy sangat
Satu Dunia terkesan dengan Wabak Covid-19 sekarang ni. Tak terkecuali kita kat Malaysia ni. Walaupun ada juga yang kata ni semua propaganda je, tapi kami sebagai petugas kesihatan memang hari-hari akan jumpa kes yang positif. Lantak la orang nak percaya ke tak. Moga Allah lindung kita semua dari wabak ni
Eyza mula terlibat menjadi Petugas untuk Covid-19 kalau tak silap dalam Bulan Feb 2020. Sebelum tu Eyza cuma uruskan dekat pejabat je, tak perlu turun lapangan. Bila kes makin banyak, memang perlukan ramai petugas turun. Bohong la kalau kata tak takut. Eyza takut sebenarnya. Mula-mula nama naik, memang tak nak. Macam-macam yang Eyza fikir
Tapi, selepas Eyza timbangkan masak-masak dan fikirkan staff yang tak cukup, Eyza pun turun lapangan. Lagipun sebagai staff kesihatan, memang kena bantu team yang ada. Pertama kali turun macam-macam yang Eyza fikir. Siap bawa baju spare. Habis je tugasan, terus balik mandi dekat pejabat. Risau ada virus yang terlekat di baju ke apa.
Pengalaman yang paling Eyza akan ingat bila kami semua turun lapangan untuk saringan di Chow Kit. Pertama di Pasar Chow Kit dan kedua di Wisma Hock Ann. 2 tempat ni yang bagi Eyza paling mencabar sebab Panas dan masa tu pulak Bulan Ramadan. Hanya Allah je yang tahu perasaan kami dengan pakai PPE yang panas, tengah berpuasa dan kena berjalan ke sana sini di tengah Panas. Baju kat dalam tak payah cerita la, memang lencun habis
Dekat Wisma Hock Ann pun Bulan Ramadan jugak. Ni palinggg sangat mencabar. Dengan pakai Full PPE dan Mask N95, kami semua kena menapak naik tangga bangunan setinggi 14 tingkat. Bayangkan pakai PPE Panas dengan Mask tebal naik tangga. Eyza nyaris rasa rasa nak pengsan sebab kurang oksigen. Akhirnya Eyza terpaksa tarik turun sikit mask, bagi oksigen masuk dan duduk tepi tarik nafas. Lega rasanya bila boleh bernafas balik
Ada antara kawan2 yang dah muntah dan pengsan. Alhamdulillah, Eyza masih mampu selesaikan tugas masa tu. Allah je tahu perasaannya bila semua dah selesai
Bagi Eyza pengalaman menjadi petugas untuk Covid-19 ni memang tak ternilai. Benda ni boleh dijadikan kenangan tahun 2020. Sampai sekarang kami masih bertugas, cuma bezanya sekarang kami bertugas di Hotel-hotel Kuarantin
Alhamdulillah, makin lama Eyza dah makin suka turun lapangan. Walau berisiko, kita Tawakal je pada Allah. Dalam masa yang sama, kita amalkan SOP yang betul dan cara membuang PPE dengan betul bagi mengelakkan jangkitan. InsyaAllah kita terhindar dari jangkitan
Tak banyak kami harapkan, just semua orang jaga diri, jaga SOP dan kalau tak ada apa2 urusan kat luar duduk je kat rumah. Kes dah makin banyak. Petugas kesihatan pun dah makin ramai yang kena kuarantin
Sekarang ni KL, Selangor dan Putrajaya tak boleh rentas Daerah. Ramai yang kena kerja dari rumah. Kami yang petugas kesihatan memang tak dapat WFH, memang kena kerja. Cuti pun dibekukan. Harap semua ni cepat berakhir. Eyza pun sepatutnya hujung bulan ni balik kampung, tapi dengan kenaikan kes sekarang ni rasanya memang tak dapat
Moga kita semua terpelihara dari wabak Covid 19 ni. Stay safe semua
#KitaJagaKita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eyzamiel.com/2020/10/pengalaman-menjadi-petugas-frontliners.html