Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka


Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka - Haritu kitaorang bercuti ke Melaka, dalam senyap-senyap suami dah booking penginapan ye. Bila sampai tempat penginapan tu, nad teruja sangat. Tak sangka ya dekat Melaka ada satu penginapan dengan suasana yang tenang dan mendamaikan macam dekat kampung. Betul-betul "hidden gem" tempat ni dan sesuai untuk staycation dengan pengalaman menenangkan jauh dari kesibukan kota. Nama penginapan ni pun sesuai la dengan tempatnya iaitu Rekta Habitat. Rekta Habitat, sebuah lokasi penginapan dengan konsep cabin villa, menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati suasana damai dan udara segar seperti di kampung

Masuk je dalam perkarangan Rekta Habitat ni, tengok suasana hijau menyelubungi kawasan ini dan memberikan rasa ketenangan. Dikelilingi pokok hijau yang rimbun, angin sepoi-sepoi bahasa, ditambah pula dengan bunyi burung berkicau—memang terasa dekat dengan alam semula jadi. Best gila! 
Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka 

Nak pergi ke Rekta Habitat ni senang je, buka Google Maps, taip “Rekta Habitat Melaka”, dan ikut je arah yang diberikan. Dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Rekta Habitat mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit hingga 2 jam bergantung kepada trafik. Kalau jalan lancar, boleh sampai lebih cepat! 
Konsep Cabin Villa yang Unik dan Cantik


Keunikan Rekta Habitat terletak pada konsep penginapannya yang berasaskan cabin villa. Setiap unit direka dengan sangat cantik dan unik, menampilkan interior yang moden tetapi tetap mengekalkan elemen semula jadi. Terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan dengan harga yang berbeza



Masa ni suami yang pergi daftar untuk ambil kunci bilik. Kitaorang tunggu dekat lobi dia ni. Lobi pun cantik dan selesa macam ni. Suka betul la tengok

Harga dan Pilihan Bilik
Rekta Habitat menawarkan beberapa jenis penginapan dengan harga yang berbeza mengikut saiz dan kemudahan bilik. Di sini ada Pool View, Street View, Garden View, Corner View, dan Farm View

Selain itu terdapat juga sebuah Rumah Melaka yang boleh dijadikan tempat penginapan bagi mereka yang inginkan pengalaman menginap dalam suasana rumah tradisional Melayu







Suami nad booking untuk 1 Bedroom Suite, yang dilengkapi dengan satu bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu, meja makan serta balkoni yang luas. 
Kemudahan asas yang disediakan termasuk tempat minuman, seterika, pengering rambut, tempat seterika, tuala dan sejadah. Tapi dekat sini takde berus gigi dan ubat gigi, hanya ada sabun mandi sahaja. Jadi, korang kene la bawa toiletries tu.  
Nad suka dengan biliknya sangat selesa, bersih, wangi dan dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan maksimum


Kolam Renang Luas



Salah satu keistimewaan utama di Rekta Habitat ialah kolam renangnya yang besar, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Bagi nad, memilih tempat penginapan dengan kemudahan kolam renang adalah satu keutamaan kerana ia menjadikan percutian lebih menyeronokkan, terutamanya jika bercuti bersama anak-anak. 
Mini Farm untuk Pengalaman Alam Semula Jadi



Selain kolam renang, satu lagi tarikan menarik di Rekta Habitat ialah mini farm yang terdapat di dalam kawasan ini. Walaupun tidak terlalu besar, ia cukup untuk memberikan pengalaman menarik kepada kanak-kanak yang ingin melihat dan berinteraksi dengan haiwan seperti kambing, ayam dan itik. Aktiviti ini pastinya menyeronokkan bagi mereka yang jarang berpeluang mendekati haiwan ternakan

Sarapan Pagi dengan Sentuhan Tradisional


Untuk sarapan, Rekta Habitat menyediakan nasi lemak bersama kuih-muih tradisional dihantar terus ke bilik dalam bakul rotan, memberikan pengalaman ala kampung yang unik. Hidangan ini bukan sahaja menarik dari segi penyampaian, tetapi juga sangat sedap

Mempunyai Event Space




Bagi mereka yang merancang untuk mengadakan majlis atau acara khas, Rekta Habitat juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti kawasan BBQ, surau, tandas, dewan serbaguna serta kawasan luas yang sesuai untuk majlis perkahwinan, majlis korporat, team building dan family gathering. 
Lokasi Strategik
Rekta Habitat bukan sahaja menawarkan pengalaman staycation yang menarik, tetapi juga mempunyai lokasi yang sangat strategik. Ia hanya mengambil masa 5 minit untuk ke Pantai Klebang dan 20 minit untuk ke Bandar Melaka, menjadikannya tempat penginapan yang ideal bagi mereka yang ingin meneroka keindahan bandar bersejarah ini





Secara keseluruhannya, percutian di Rekta Habitat memang best. Sesuai sangat bercuti dengan keluarga di sini. Dengan suasana yang mendamaikan, kemudahan yang lengkap serta pengalaman unik yang ditawarkan, tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Korang yang nak bercuti ke Melaka, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Rekta Habitat – sebuah destinasi staycation yang pasti tidak akan mengecewakan

Untuk Tempahan
Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh layariWebiste: www.rektahabitat.comContact : +6010-5518058Email: [email protected]: https://www.facebook.com/therektahabitatInstagram: https://www.instagram.com/rektahabitat/Tiktok : https://www.tiktok.com/@rektahabitat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2025/01/pengalaman-menginap-di-rekta-habitat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Tegur Pekerja Asing Yang Gunakan Taman Permainan Di Melaka

Lelaki Tegur Pekerja Asing Yang Gunakan Taman Permainan Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 171 hits
Seorang lelaki Malaysia baru baru ini berkongsi pengalamannya menegur sekumpulan pekerja asing yang mengambil tempat di satu taman permainan walaupun terdapat papan tanda yang menyatakan hanya untuk penduduk tempatan Dalam video TikToknya p...
Ppsm Poor Turnout At Melaka Floating Market Due To Pedestrian Bridge Construction

Ppsm Poor Turnout At Melaka Floating Market Due To Pedestrian Bridge Construction

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 142 hits
As of yesterday the floating market has attracted 433 215 visitors since its opening along the Melaka River in June last year Screengrab via Instagram Melaka Floating MarketMELAKA The Melaka Floating Market s low visitor turnout which recen...
Lrt Laluan Mutiara Bukti Kerajaan Perpaduan Balas Budi Rakyat Pulau Pinang

Lrt Laluan Mutiara Bukti Kerajaan Perpaduan Balas Budi Rakyat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 171 hits
HarapandailyJanuary 19 2025Projek Transit Aliran Ringan Laluan Mutiara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang membuktikan bahawa kerajaan perpaduan ingin membalas budi rakyat Pulau Pinang kata Ahli Par...
Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 263 hits
Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau PinangAdrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau PinangPort makan malam sempoi di Sungai Dua Pulau Pinang ni korang boleh try di Restoran Adrianna Ikan Bakar Citarasa Sebenar Kuala Perlis Korang boleh pilih se...
Pas Dijangka Terajui Pulau Pinang Pru17 Penganalisis

Pas Dijangka Terajui Pulau Pinang Pru17 Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 163 hits
harakahdaily comFebruary 1 2025KUALA LUMPUR Peningkatan populasi Melayu di Pulau Pinang dijangka memberi kelebihan kepada PAS untuk menerajui Perikatan Nasional di negeri itu pada masa depan kata penganalisis politik Felo Kanan Institut Hal...
Pulau Pinang Paling Selamat

Pulau Pinang Paling Selamat

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 143 hits
Zuwairi Md YusofBerkat kepimpinan Chow Kon Yeow bukan Char Kuey Tiau dan barisan EXCO2 PHBN Penang berjaya mendahului senarai negeri paling selamat di Malaysia Ini di buktikan lagi dengan kejayaan PDRM menangkap sebuah bot yang cuba menyelu...
Qr Code Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Qr Code Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 234 hits
Kini lebih mudah berhubung dengan kami melalui QR Code Website Homestay Bonda Banda Hiir Melaka
Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025

Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 317 hits
Assalammualaikum Dunia Hari minggu lalu jalan jalan Melaka wak hehehehee Melaka nie memang tak kan puas dan jemu kalau berjalan Mee rebusSate Sungai Melaka Part makan lagi lar jangan berkira sangat kalau datang Melaka kalau teringin tue Haa...
9 500 Premises In Melaka Found With Aedes Breeding Sites

9 500 Premises In Melaka Found With Aedes Breeding Sites

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 154 hits
Melaka health director Ruzita Mustaffa said 626 of the 6 157 premises in the state inspected from Jan 1 to 18 this year were found to be breeding sites for Aedes mosquitoes PETALING JAYA A total of 9 500 premises or 9 7 of the 98 299 premis...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Disangka Bakal Naik Pelamin Hawa Rizwana Tampil Menafikan Bukan Saya Yang Nak Kahwin