Pengalaman Menggunakan Xiaomi Mi A2 Lite


Pengalaman Guna Xiaomi Mi A2 Lite | Sebenarnya agak terlambat untuk saya terbitkan artikel ini kerana saya mula menggunakan peranti Xiaomi sejak awal Disember 2018 lagi. But I want to write it anyway. Ini merupakan pertama kali saya guna telefon Xiaomi. Selepas banya membaca tentangnya, I chose Xiaomi Mi A2 Lite.

Sebelum itu, mari saya terangkan secara ringkas tentang jenama Xiaomi.

Xiaomi merupakan sebuah pengeluar barangan elektronik khususnya gajet dari China. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Xiaomi Malaysia mula diterima ramai. Ini kerana mereka menjual telefon berspesifikasi tinggi pada harga rendah.

Kebanyakan ciri yang ada setanding iPhone dan beberapa telefon high-end lain. Begitu juga dengan smartwatch fitness tracker seperti Fitbit dan Amazfit. Testimoni Xiaomi juga dilihat baik setakat ini.

Kenapa beli Xiaomi?
Well, saya ada iPhone 5s yang menang dari contest iPhone 5s Gajet Impian anjuran Denaihati itu masih boleh digunakan. Tetapi memandangkan storage-nya cuma 16GB, saya tidak dapat melakukan kemaskini iOS. Jadi banyak apps penting seperti Twitter, Instagram, Unfold, Snapseed, dan lain-lain sudah tidak boleh digunakan.

[Baca] Cara Semak Xiaomi Original

Oppo R1L juga masih elok, tapi masih menggunakan Android KitKat. Juga menyebabkan banyak apps tidak boleh dimuat turun.


Jadi, saya tertarik dengan Xiaomi Mi A2 Lite. Ia merupakan telefon yang spesifikasinya sedikit kunrang berbanding Mi A2.

Mi A2 Lite juga dinilai baik oleh majoriti tech Youtubers sehingga mengangkat peranti ini sebagai smartphone terbaik pada harga bajet.

Jika anda tengah usha telefon baharu, dan nak tahu sama ada Xiaomi ok ke tak, teruskan membaca artikel ini. Saya akan ulas dengan terperinci tentang pengalaman pakai handphone Xiaomi. Anggap je artikel ini adalah ulasan Xiaomi Mi A2 Lite.

Pengalaman Menggunakan Xiaomi Mi A2 Lite
Sistem Operasi Android One
Xiaomi Mi A2 Lite dijana berasaskan Android One, iaitu sistem operasi keluaran Google sendiri. Android One memberikan pengalaman penggunaan Android asli, selain kemaskini lebih pantas, dan boleh mengemaskini Android yang terkini.

Pada saya Android One memang lancar dan padu. Masa saya beli, ia menggunakan Android 8.1 Oreo. Dan kini menjana Android 9 Pie. Kemaskini terbaharu mengalamai banyak penambahbaikkan, dari segi shortcut, interface, fungsi radio, dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan, hanya peranti Android One sahaja yang bakal menerima kemasikini automatik ini.

Cip Mi A2 Lite menggunakan cip Snapdragon 625, pilihan memori 3GB/4GB RAM. Ia membawakan cip lapan-teras Cortex-A53 2.0 GHz dengan penggunaan GPU Adreno 506, Agak berkuasa. Especially at this price point.

Skrin
Hadir dengan skrin 5.84-inci Full HD+ dengan nisbah 19:9. Hampir menggunakan Skrin Infinity, tetapi diganggu dengan kehadiran notch atau takuk untuk memberi ruang kepada kamera. Which I dont really mind the existence of the notch.

Kamera
Kamera yang terbina pada peranti ini agak rendah jika dibandingkan dengan Mi A2. Peranti ini disokong dengan dual-camera. Iaitu sensor utama 12MP f/2.2 dan sensor kedua 5MP f/2.2 untuk keupayaan kesan bokeh.

Kamera Mi A2 Lite jika dirakam di outdoor atau dalam pencahayaan yang terang memang mantap. Tetapi pada penggambaran low-light, ia agak mengecewakan. Malah, kadang-kala kesan bokehnya tampak tidak natural.

Pada saya ini bukanlah satu masalah besar jika dilihat pada harga peranti ini. Kalau anda mahukan kualiti kamera yang lebih baik, saya cadangkan beli Mi A2. 


Night photo
Selfie
Disclaimer: I am not in this photo.


Rekaan
Salah satu sebab utama mengapa saya berminat pada peranti ini adalah rekaannya yang menawan. Ia dibina berasaskan logam yang memperlihatkan kesan premium. Sekilas panda yang kelihatan seolah peranti kelas atasan.

Pengimbas jap jari diletakkan di bahagian belakang, dan jangka masa unlock yang pantas.

Bateri
Percaya atau tidak, Mi A2 Lite ini hadir dengan bateri 4000 mAh. Ia dapat dicas sepenuhnya dalam masa kira-kira 2 jam.

Sebagai pengguna sederhana, saya menggunakannya selama 3 hari selepas pengecasan penuh. Yup. Itu termasuk browsing, sosial media, menonton video, dan 4 hingga 5 PUBG matches.

Speaking of PUBG, anda boleh bermain permainan video high end dengan lancar tanpa lagging. Telefon ini hanya memberikan haba suam yang sangat minimal. For a budget phone, this is impressive.

Harga Xiaomi Mi A2 Lite Malaysia
Hah, dah berkali-kali saya sebut ini adalah telefon bajet kan? Kalau nak tahu harganya cuma RM729 (3GB/32GB) dan RM849 (4GB/64GB).

Tetapi saya beli secara online di Lazada dengan harga RM679 untu versi 4GB/64GB. Saya membayarnya dengan harga RM604 sahaja selepas menggunakan voucher RM70. Murah kan? Ini adalah salah satu kelebihan telefon Xiaomi.


[Baca] Pengalaman Beli Handphone di Lazada

Murahkan? Anda boleh beli dari seller gStore di Lazada. Seller ini dipercayai dan dinilai baik dari pelanggan.

Beli di sini - https://goo.gl/Lqcs6J


Kalau anda nak tengok testimoni Xiaomi, survey sahaja video review di Youtube.

Kelebihan dan kekurangan Xiaomi
Kekurangan
Kualiti gambar pada low-light tidak memuaskan.Tidak menawarkan sokongan USB-CTiada pengecasan pantasKemunculan sejumlah iklan Adsense pada peranti. Ini kerana ia dijual harga berpatutan. Jangan risau, ada cara buang iklan pada telefon Xiaomi. Akan saya terangkan dalam artikel akan datang. 
Kelebihan
Android One IR Blaster yang berfungsin untuk mengawal mengawal sejumlah perkakasan elektrik seperti TV.3.5mm AudiojackKualiti kamera selfie dan outdoor yang memuaskan.Bateri 4000 mAh,Skrin 19:9Dual sim cardSlot microSD
Kesimpulan
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan fungsi dan spesifikasi yang ditawarkan Xiaomi Mi A2 Lite. Walaupun ia cuma peranti middle-end pada harga bajet, spesifikasinya setanding dengan peranti premium.

Jika ditanya telefon Xiaomi bagus atau tidak, pada saya sangat bagus dan berbaloi. Mi A2 Lite adalah antara peranti terbaik pada harga bawah RM1,000. Paling best, ia dijana dengan Android One.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nikkhazami.com/2019/02/pengalaman-menggunakan-xiaomi-mi-a2-lite.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Pengalaman Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 337 hits
PENGALAMAN MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai reader semua Teruja Bonde hendak kongsikan pengalaman Bonde dengan anda semua Setelah sebulan pemakaian produk Aloe AC Clean B...
Kelak Kita Akan Dapat Melihat Telefon Pintar Xiaomi Menggunakan Multi Kamera

Kelak Kita Akan Dapat Melihat Telefon Pintar Xiaomi Menggunakan Multi Kamera

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 327 hits
Xiaomi hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Light dimana melalui kerjasama ini Light akan menawarkan teknologi pengimejan pengkomputeran kepada peranti mudah alih keluaran Xiaomi Pengumuman ini hadir lanjutan daripada pengenala...
Pengalaman Membeli Dan Menggunakan Produk Althea

Pengalaman Membeli Dan Menggunakan Produk Althea

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 402 hits
Assalamualaikum Pengalaman pertama membeli di platform Althea dan tidak mengecewakan Barang tiba seminggu selepas pesanan dibuat Kenapa seminggu sebabnya produk memang dari Korea Jauh datangnya Parcel pink yang menambat hatiKita tengok apa ...
Perbandingan Sony Xperia 1 Samsung Galaxy S10 Dan Xiaomi Mi 9

Perbandingan Sony Xperia 1 Samsung Galaxy S10 Dan Xiaomi Mi 9

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 241 hits
Sony Xperia 1 ialah peranti mercu dengan skrin 4K OLED pertama di dunia Ia adalah penjenamaan semula siri XZ Premium sebelum ini Keunikan lain Xperia 1 ialah skrin memanjang 21 9 yang membolehkan ia menonton video pada nisbah wayang yang se...
Xiaomi Merancang Untuk Menggandakan Bilangan Kedai Eropah Menjelang Akhir Tahun Ini

Xiaomi Merancang Untuk Menggandakan Bilangan Kedai Eropah Menjelang Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 273 hits
Xiaomi merancang untuk menggandakan bilangan kedai Eropah menjelang akhir tahun ini Pembuat telefon Cina masih belum membuat jalan yang penting di pasaran Amerika Syarikat tetapi itu tidak mengganggu mereka mereka terlalu sibuk memfokuskan ...
Spotify Akan Menggantung Atau Mengharamkan Akaun Yang Menggunakan Penghalang Iklan

Spotify Akan Menggantung Atau Mengharamkan Akaun Yang Menggunakan Penghalang Iklan

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 247 hits
Spotify kini mempunyai lebih 200 juta pengguna sebulan tetapi hanya 95 juta melanggan kepada perkhidmatan premium berbayar Dengan akaun percuma pengguna masuh boleh menstrim muzik kegemaran tetapi diselang seli dengan iklan Terdapat penggun...
Jepun Menghampiri Sasaran Menggunakan Peranti Elektronik Terbuang Untuk Dikitar Semula Menjadi Pingat Olimpik

Jepun Menghampiri Sasaran Menggunakan Peranti Elektronik Terbuang Untuk Dikitar Semula Menjadi Pingat Olimpik

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 266 hits
Seperti umum sedia maklum Jepun merupakan tuan rumah untuk Sukan Olimpi 2020 kelak Selari dengannya Jepun melakukan beberapa inisiatif termasuk menggunakan peranti elektronik terbuang untuk dikitar semula menjadi pingat pingat pada acara su...
Black Shark 2 Tertiris Peranti Gaming Xiaomi Snapdragon 855

Black Shark 2 Tertiris Peranti Gaming Xiaomi Snapdragon 855

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 276 hits
Xiaomi mempunyai banyak sub jenama untuk banyak jenis produk Baik dari telefon pintar sehinggalah peranti berhubung Salah satu sub jenama Xiaomi adalah Black Shark Ia adalah jenama untuk telefon pintar yang memfokuskan gaming Kita sudah lih...
Mi Mix 3 Versi 5g Resmi Diumumkan Xiaomi

Mi Mix 3 Versi 5g Resmi Diumumkan Xiaomi

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 250 hits
Xiaomi akhirnya mengumumkan smartphone pertamanya yang mendukung 5G Hal itu dilakukan dalam event yang digelar oleh Xiaomi saat gelaran Mobile World Congress 2019
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik