Pengalaman Mendaki Bukit Bendera Disember 2018 Bersama Keluarga


By : Mohd Firdaus Mat Saad (Facebook Profile)
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menziarahi blog ini. Saya doakan anda semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah

Mendaki Bukit Bendera Bersama Keluarga
Rasanya, ini dah kali ke 10 saya mendaki Bukit Bendera

Ada beberapa laluan untuk naik ke atas. Cuma yang saya pernah naik adalah dari Moon Gate dan dari Heritage Trail
Kedua duanya mempunyai pengalaman yang berbeza. 
Baca Pengalaman Ikut Moon Gate : Klik Sini
Baca Pengalaman Ikut Heritage Trail : Klik Sini
Pendakian Bersama Keluarga
Ni first time kami sefamily mendaki bersama

Saya selalu juga naik Bukit Bendera ni. Bukan apa, macam best jugak la. Boleh beriadah sambil sihatkan badan


Nak naik Bukit Bendera, anda kena pergi ke Kebun Bunga / Botanical Garden di Penang untuk parking kereta. 

Para peserta semuanya ceria. Saya nasihatkan mereka bawa air satu orang 1 liter. Sebab semuanya jenis tak pernah hiking. So, air sangat diperlukan. Takut penat, haus. Mana nak cari air dalam perjalanan tu


Bergambar di Moongate dulu. Pintu masuk nak naik Bukit Bendera. 
Dari kiri Adam, 13 tahun, Abg Jan 46 tahun, Aiman 12 tahun, Kak Aza 46 tahun, Hazim 17 tahun, saya 37 tahun, Farees 9 tahun, Aiman 13 tahun


Naik laluan Moongate ni memang ada laluan bertangga macam ni memula tu. Apa lagi, memasing dah nak mengah. Maka pit stop pertama. Semua ambil nafas dulu


Lets the journey begin

Semua masih bersemangat dan bertenaga


Saya bagi tahu mereka, perjalanan dijangka ambil masa 3 jam. Ini pengalaman saya yang terdahulu. Paling lama pun 3 jam 30 minit. Ada jer kawan buat 2 jam 30 minit. Total jarak dijangka adalah 6km

Ini bukan pertandingan yer, it's time to enjoy yourself dan layan alam semulajadi yang mendamaikan


Rehat lagi. Minum dulu sambil makan bekalan yang ada


Tengok muka Aiman ( Kiri ) pun boleh nampak kepenatan yang dia sedang lalui. Actually dia baru nak baik demam tu. Tapi pergi juga trip ni sebab kalau tak join hari ni, tak tahu bila lagi nak dapat peluang macam ni


Suasana yang cantik sepanjang pendakian ini


Laluan jalan semuanya cantik dan elok. So, just enjoy the journey


Ada laluan denai yang kecil macam ni. Naik turun bukit gak la sebenarnya. Bukan sekadar naik saja. 

Ada tempat rehat macam ni, kita rehat dulu. Semua orang memberi kata kata motivasi buat Aiman. He is fighting with his own spirit


So far so good. Semua yang lain masih bersemangat dan steady. 

Selepas dua jam setengah, kami sampai ke laluan bertar ini. Di sini ada dua jalan. Boleh naik terus mini tar ni atau pilih jalan jungle tracking lagi


Biasa saya pilih jalan tar. Sebab tak pernah lalu ikut hutan ni. Tapi, dia orang semua nak naik ikut hutan. Sebab dalam perjalanan ada orang advise naik ikut hutan. Lagi dekat katanya. So saya ikut sahajalah. 

Perjalanan diteruskan dengan memasuki laluan hutan semula. Saya tak pernah lalu lagi jalan ni. So, kita tawakkal sajalah. Dah jalan lebih kurang 400m, semua orang macam tak sedap hati. Betul ke jalan kami lalu ni? 
Saya dan Hazim ditugaskan untuk patah balik nak tengok kalau kalau kami ada terlepas simpang. Huhu. Nak patah balik tu terasa macam azab

Sampai balik ke jalan raya tadi, ternyata tiada simpang yang kami terlepas. Maksudnya betullah jalan tu

Tiba Tiba....

Ada salah seorang dari peserta bagi tahu, "Nak terberak........................."
Haha.. ku dah cakap awal awal. Kat dalam hutan ni tak ada tandas. Dah bagi tahu dah tadi, urusan tandas perlu disettlekan sebelum naik

Nak sampai destinasi mau lagi setengah jam paling cepat. 
Saya tanya dulu, "Boleh tahan tak? Kalau boleh tahan, cuba bertahan dulu. Kalau dah tak boleh tahan, bagi tahu awal awal. Nak kena cari tempat 'parking' awal awal."
Dia bersetuju untuk bertahan sambil berjalan laju. 
So, kami berpecah. Saya dan dia terpaksa laju ke hadapan nak sampai ke puncak bukit bendera lebih awal

Malangnya.... Baru 5 minit jalan, dia dah surrender

Tak boleh tahan dah. 
Apa lagi, terus kami cari port untuk membuat pelaburan terbaik. Nak yang betul betul terlindung tu memang tak der lah yer

So, masuk dalam hutan sket, then pepandai jer lah. 
Nasib baiklah ada air dan tisu. So, kira boleh tahan lah juga

Hehe.. At least, ia jadi satu pengalaman berharga untuk dia

Siapa dia? Biarlah rahsia

 Kami teruskan perjalanan lagi. Memasing makin penat


Jumpa balik jalan bersimen pula


Then jumpa jalan yang saya selalu guna lalu Laluan Warisan. Adoi, macam jauh lagi jer ni


Semua orang makin kepenatan. Perjalanan masih jauh. Huhu... Pendakian diteruskan


Selepas 4 jam pendakian, akhirnya kami sampai jua ke puncak Bukit Bendera. Semua kepenatan. It's not easy. Summary, kami tersalah jalan. Kalau naik ikut jalan bertar, kami hanya akan berjalan 6km. Tapi hari tu, kami berjalan total 8km. Saya tak tahu jalan mana yang saya salah. Sebab saya sendiri tak pernah guna laluan tu


Atas bukit bendera ada macam macam ais krim dan ais kacang yang sekali tengok, bergetar tulang rusuk. Apa lagi, belasah order la


Semua orang sorang satu aiskrim. Saya dan Farees share jer lah. Sebab Farees tak leh makan ais banyak. 
Kemudian, kami turun kembali ke bawah dengan keretapi Bukit Bendera jer lah. Bayar RM3 jer untuk turun

Di stesen bawah, kami order grab dan terus kembali ke Botanical Garden ke tempat parking kereta

Begitulah ceritanya

Pengajaran :
1. It's a nice journey. Kalau boleh, try lah sekali naik Bukit Bendera ni dengan hiking. Kalau weekend memang ramai naik. So, jangan takut nak sesat. Bila dah jalan tu, ikut jer orang

2. Datang awal ke Moongate. Sebaiknya mula pendakian jam 7.00 - 7.30 pagi. Masa ni ramai orang mula naik. Jangan takut sangat dengan sesat jalan. Sebab dia ada satu jalan. Sangat minimum belok belok ni

3. Boleh download Apps View Rangers. Ia apps macam Waze tapi untuk hiking dalam hutan

4. Bawa air 1 liter untuk yang tak biasa naik. Anda mungkin perlu banyak air. Dalam perjalanan 3-4 jam tu tak ada orang jual air yer

5. Bila sampai laluan bertar, kalau dah emergency. Tahan ajer kereta atau motor untuk naik ke atas. Bayar la sikit duit kat depa

6. Bagus bawa anak anak join sekali, sebab ia boleh melatih minda mereka untuk 'Berjuang Sehingga Ke Garisan Penamat'

7. Saya bawa Farees first time masa umur 9 tahun. Rasanya 9 tahun dah boleh kot. Kalau 7 tahun rasa macam 50-50 gak la

8. Sepanjang perjalanan ada Line Celcom penuh yer. So, boleh la nak call in case of anything happen


Balik rumah, Opah bagi RM50 setiap seorang cucu yang berjaya sampai ke puncak Bukit Bendera


Senyum ajer Azri

Ok. That's the story

Semoga anda boleh plan trip untuk family anda. Insya Allah, it's a nice journey

Mohd Firdaus Mat SaadMotivating And Inspiring Others

Baca Pengalam Kami Sekeluarga Bercuti Di Escape Theme Park, Teluk Bahang Penang Di Sini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2018/12/pengalaman-mendaki-bukit-bendera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru

Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 592 hits
Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru 20 Januari 2019 yang lalu aku berpeluang membuat aktiviti baru yang sebelum ni tak pernah aku lakukan dan tak terfikir untuk aku buat iaitu hiking Pernah la ada yang ajak tetapi masa tu aku belum...
Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 721 hits
It s A Place For Those Who Love NatureAssalamualaikum Siapa pernah pergi ke Escape Theme Park Penang Alhamdulillah saya dah pergi 2 3 kali sebelum ni Memang best tapi harga memang agak mahal So jom layan story pengalaman saya ke Escape Them...
Top 5 Entry Pada Bulan Disember 2018 Sii Nurul

Top 5 Entry Pada Bulan Disember 2018 Sii Nurul

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 364 hits
AssalamualaikumBismillahHai guys rindunya aku dengan laptop T T Lama sangat tunggu adik aku cuti Sekarang baru berpelunag mahu melunaskan rindu mahu menulis blog Setelah sekian lama tidak update hari ini aku ingin menulis entry wajib dalam ...
Kira Kira Salah Siapa Kok Para Perawat Demo Berkali Kali Di Tahun 2018

Kira Kira Salah Siapa Kok Para Perawat Demo Berkali Kali Di Tahun 2018

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 404 hits
Senyumperawat com Pasti ada penyebab yang meresahkan sehingga para perawat demo berkali kali di tahun 2018 Berita seputar itu pun tak sedikit jika ditelusuri pada laman pencarian Beberapa di antaranya tidak jauh jauh perihal kesejahteraan B...
Update Saya Sedih Dengan Tindakan Netizen Yang Tularkan Rakaman Video Tolonglah Hormati Perasaan Keluarga

Update Saya Sedih Dengan Tindakan Netizen Yang Tularkan Rakaman Video Tolonglah Hormati Perasaan Keluarga

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 384 hits
UPDATE Saya Sedih Dengan Tindakan Netizen yang Tularkan Rakaman Video Tolonglah Hormati Perasaan Keluarga Saya sedih dan kesal dengan tindakan netizen yang tularkan rakaman video arwah berlari menyelamatkan diri dalam keadaan terbakar Masya...
Saat Pasar Stagnan Penjualan Mobil Penumpang Mitsubishi Meroket 174 Persen Di 2018

Saat Pasar Stagnan Penjualan Mobil Penumpang Mitsubishi Meroket 174 Persen Di 2018

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 289 hits
Ketika kinerja otomotif nasional stagnan pada 2018 Mitsubishi Motors Indonesia justru menorehkan kinerja eksponensial Penjualan kendaraan penumpangnya naik 174 persen dibandingkan tahun sebelumnya Berapa kontribusi model Xpander
Company Trip To Pangkor Island 2018

Company Trip To Pangkor Island 2018

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 429 hits
Sebenarnya cerita ni lama sangat dah Tapi peduli pulak aku dah lama pun nak update jugak hahaha PMula mula company trip aku dekat sunway lagoon ja Tapi aku tak masuk nama pun sebab malas Kulit aku mana boleh air clorin pastu panas lama lama...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab