Pengalaman Menawan Puncak Bukit Dinding
Walaupun peristiwa ni berlaku dan terjadi masa cuti sekolah yang lepas, Cik Melor tetap nak cerita, nak berkongsi perasaan bangga diri kerana berjaya menawan puncak Bukit Dinding. Uiii famous amos betul Bukit Dinding ni kepada pendaki-pendaki sekitar KL tau
Anak-anak Cik Melor tergoda nak panjat Bukit Dinding ni setelah hari-hari lalu disitu, tengok banyak kereta duk park tepi jalan
Nampak tak betapa gagah perkasa dan bersemangatnya anak-anak Cik Melor mengatur langkah menuju ke permulaan pendakian Bukit Dinding tu. Acah-acah tinggi bebenor Bukit Dinding tu kan eiihh Cik Melor ni kalau berangan tak ingat dunia hahahaha.
Tengok la Senah eh. mereka tinggai mommy di belakang merayap sensorang. Puas Cik Melor merayu-rayu supaya patah balik dah tak larat Senah eh. Haram tak diendahkannya rayuan Cik Melor malah mereka tinggai pula Cik Melor jalan sensorang. Sakit lutut punya pasal terkangkang Cik Melor mendaki Bukit Dinding tu Senah eh.
Sampaikan hati bebudak tu tingai mommy mereka di belakang sensorang huhuhuh
Tinggi ke tak tinggi bukit dinding tu Cik Melor tak ambil kisah dah . Yang Cik Melor ingat nak cepat sampai puncak dan nak cepat turun dari Bukit Dinding tu . Nak balik rumah nak gantung kaki tigggi-tinggi . tak tahan sakitnya lutut tak dapat le nak cerita ke orang
Ketinggian 2350 tu belum sampai puncak Bukit Dinding la gi Senah eh. Masih perlu mendaki dalam 5 minit lagi baru betul-betul sampai puncak. Di puncak Bukit Dinding ada menara telekom sebagai mercu tanda dah sampai puncak.. Biasa orang bergambar kat menara telekom sebagai kenangan
Cik Melor anak beranak tak lepas peluang bergambar depan menara telekom tu. Buat kenangan Senah eh. Tapi sayang kerana silaunya matahari tak nampak pula menara telekom tu kui kui kui
Sekali terjumpa pula dengan member yang gi mendaki sensorang. Apalagi bergambar le kami
Masing-masing dah kepenatan. Kalau boleh tak terus landing kat situ je. Walaupun keletihan yang amat kami tetap gembira kerana telah berjaya menawan puncak Bukit Dinding. No more panjat bukit la gi ya anak-anak.
Tak menjahit keeee!!!!. Bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cmelor.blogspot.com/2019/04/pengalaman-menawan-puncak-bukit-dinding.html