Pengalaman Menarik Short Vacay Di Kuak Hill Resort Lenggong


Pengalaman Menarik Short Vacay Di Kuak Hill Resort Lenggong  | Memang tak sangka akan mencuba camping walau berkali fikir nak rasa pengalaman bercamping tapi risau lebih banyak dari keinginan tu sebab dulu waktu bercuti di Taman Negara, pengalaman dalam hutan tu memang cukup menakutkan 


Cadangnya kami nak bermalam di Ipoh sebab rindu nak bercuti di Hotel Putrade macam dulu sambil jalan-jalan dan makan-makan tapi bila dari Kedah dah lewat pula nak hantar Ayong ke Lenggong, jadi DH cakap kita overnite di Kuak Hill Resort yang dia google.



Alhamdulillah, memang mudah buat booking online untuk penginapan di Kuak Hill Resort ni dan harga pakej termasuk shuttle. Mula tu terfikir kenapa kena naik shuttle, jauhkah? rupanya sebab resort ni terletak di tanah tinggi dan memang tak boleh naik dengan kenderaan biasa.


Terima kasih en suami (DH) yang buat last minute request untuk bercuti kat sini memandangkan dari Kedah kami ke Lenggong untuk hantar Ayong yang kena bertugas sebagai urusetia temuduga di KKTM. Ayong pun sempat meninjau ke sini sebelum kami turun balik untuk hantar dia ke lokasi dia perlu bertugas


Kalau sesiapa yang hantu durian tu wajib datang waktu ni sebab sekarang musim durian bukit yang cukup murah harganya. Kalau tak silap RM5 atau RM8 sekilo, malahan kata pekerja kat sini harga RM1 pun ada.




Glamping site 1 terletak di aras tertinggi berbanding glamping site yang lain. Mujur ambil ni sebab kalau ambil Glamping site 2, jenuh juga umi nak naik tangga


Setiap glamping site ada 2 khemah dome untuk 4 orang dengan saiz 10m², juga diberikan sleeping bag, camping mat, lampu, kipas dan extension wire. Sementara ada ruangan untuk rehat bersebelahan khemah yang menempatkan meja dengan 4 kerusi dan hammock


Jangan risau kesejukan sebab khemah ni agak panas tapi kalau musim sejuk, khemah ni cukup sesuai



Nak book villa tapi kesemua villa penuh, so sedapkan hati untuk jangan risau sebab khemah ni bukan atas tanah



Ada 5 glamping site dengan setiap glamping site harganya berbeza dan termasuk sarapan pagi untuk 4 orang bagi setiap glamping site. Kalau ada tambahan orang, boleh buat add ons breakfast hanya RM10 sahaja.


Harga Glamping Site

Hidden Spot = RM299 | Glampsite 1 = RM289 | Glampsite 2 = RM269 | Glampsite 3 = RM249 | Glampsite 4 = RM229 | Glampsite 5 = RM199

Harga untuk Villa VILLA 1: CLOSED FOR RENOVATION WORK | VILLA 2: RM 349(Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat) | VILLA 3: RM 299 (Sun-Thur) / RM349 (Fri-Sat) | VILLA 4: RM 699 (Sun-Thur) / RM749 (Fri-Sat) | VILLA 5: RM299 (Sun-Thur)/ RM349 (Fri-Sat) | VILLA 6: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat) | VILLA 7: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat) | VILLA 8: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat)


Kafe yang beroperasi dari jam 7.30 pagi hinga 9.30 malam. Pakej penginapan termasuk sarapan pagi bagi empat orang dan kalau ada tambahan orang, boleh add ons saja. 

Malam tu anak-anak dah kelaparan, jadi makan malam kami dengan nasi goreng cina dan nasi goreng ikan masin yang sedap, malah portion nasi goreng pun banyak


Sarapan pagi kami dengan nasi lemak bungkus, kuih keria dan kuih karipap yang cukup sedap. Ada free flow bijirin, roti dengan jem, kopi dan teh 

Surau yang luas boleh menempatkan lebih kurang150 orang, cukup cantik dan mengadap seluas mata memandang. 


Ada dua kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kolam renang ini pula dibuka hingga 1230 malam. Jadi kalau nak berendam sampai kecut pun boleh



Di sini terdapat aktiviti yang menarik untuk anak-anak seperti Bird Aviary yang menempatkan burung merak dan burung, ada arnab dan nak naik ATV pun boleh


Selain dari tu kita boleh melihat pelbagai tanaman herba yang ditanam disini dan madu pun ada disini dan dusun buah-buahan dan pemandangan indah dan dari resort kita boleh lihat jambatan Raja Muda Nazrin yang terletak di Tasik Raban




Bangun pagi selepas solat tu, DH dah siap sedia tunggu di ruang makan yang mengadap Tasik Raban. Niatnya nak tengok matahari dan awan yang bergulung tapi tak kesampaian sebab petang waktu kami sampai tu hujan



Jujurnya memang sangat recommended untuk bercuti ke sini sebab kemudahan yang ada, tiada gangguan bintang liar atau buas, para staff yang cukup mesra dan makanan yang sedap


Alamat  : Lot 3538 Kg. Lata Papan, Kampung Kuak, 34200 Lenggong, Perak | No telefon :013-870 5101

Untuk tempahan anda kena buat tempahan secara online di website www.kuakhillresort.com



Kami check out dalam jam 10 pagi sebab nak elak dari kesesakan jalan memandangkan esok (hari Selasa) DH dan KY akan naik kerja tapi otw keluar tu sempat jugak kami berhenti di Dataran Tasik Raban untuk ambil gambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan balik.


Kami pun menggunakan Jambatan Raja Muda Nazrin ni untuk ke destinasi seterusnya. Jadi sila tunggu sambungan perjalanan kami selepas ni.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/06/pengalaman-menarik-short-vacay-di-kuak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jerai Hill Resort 1000 Kaki Di Atas Gunung Begitu Mempesonakan

Jerai Hill Resort 1000 Kaki Di Atas Gunung Begitu Mempesonakan

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 252 hits
yang terletak 1000 kaki di puncak Gunung Jerai dikenali sebagai Jerai Mountain Resort Kedah merupakan resort bertaraf 4 bintang Resort ini adalah milik Perbadanan Pembangunan Negeri Kedah yang menawarkan 72 bilik chalet mewah yang terdiri d...
D Beris Puncak Resort Lokasi Menarik Untuk Outdoor

D Beris Puncak Resort Lokasi Menarik Untuk Outdoor

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 207 hits
Puncak D Beris terletak di Tasik Beris Sik Kedah Sesuai untuk photoshot Apa yang menarik di sini 1 Landscape yang menarik untuk photoshot2 Aktiviti berkayak3 Aktiviti memancing 4 Tapak perkhemahan di sediakan bagi yang ingin berkhemah Di si...
15 06 2022 Fokus 4 45 Panas Keluarga Arwah Adib Menarik Balik Rayu

15 06 2022 Fokus 4 45 Panas Keluarga Arwah Adib Menarik Balik Rayu

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 198 hits
Jun 15 2022 KELUARGA ARWAH ADIB MENARIK BALIK RAYUAN KOMITAL HANYA MAHUKAN KEADILAN UNTUK ARWAH Dia individu yang bekerja dalam bidang profesional tidak sepatutnya dimaafkan begitu sahaja namun saya tidak mahu pening kepala lagi fikir pasal...
Mengenal Sbr Instrumen Investasi Yang Menarik Dengan Sejumlah Keunggulan

Mengenal Sbr Instrumen Investasi Yang Menarik Dengan Sejumlah Keunggulan

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 123 hits
Belum banyak yang tahu instrumen investasi satu ini sangat cocok dipilih oleh investor pemula salah satunya karena minim risiko
Jom Teroka Taiping 10 Tempat Menarik Terkini Di Taiping

Jom Teroka Taiping 10 Tempat Menarik Terkini Di Taiping

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 228 hits
Cuti sekolah lepas kami ke bumi Taiping Kenapa pilih Taiping Suami tanya soalan ini dalam kereta Kita nak ke mana ni Taiping atau Sabak Bernam Lantas juju dan Abg Qi jawab serentak TAIPING Ya baju dah siap packing baru buat keputusan dalam ...
Video Momen Menarik Prabowo Ajari Gibran Menunggang Kuda Di Hambalang

Video Momen Menarik Prabowo Ajari Gibran Menunggang Kuda Di Hambalang

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 137 hits
Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka memenuhi undangan Menteri Pertahanan Prabowo Subianto Gibran mendatangi kediaman Prabowo di bukit Hambalang Desa Bojong Koneng Bogor Sabtu 18 Juni 2022 Di rumah Ketua Umum Partai Gerindra itu Gibran dia...
Gopeng Glamping Park Hidden Gem Di Perak Yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Gopeng Glamping Park Hidden Gem Di Perak Yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 275 hits
Tontoni Video Menarik Yang Kami Hasilkan Di Lokasi ini memang sesuai untuk ampa yang ingin cuba sesuatu yang baru lebih lebih lagi bersama rakan rakan atau keluarga korang Lokasi ini memang sesuai untuk sesi bonding bersama mereka Tak perlu...
Samsung Electronics Debuts Stranger Things Inspired Short Film With Galaxy S22 Ultra

Samsung Electronics Debuts Stranger Things Inspired Short Film With Galaxy S22 Ultra

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 215 hits
In its latest collaboration with Netflix Samsung makes the most of the S22 Ultra s Nightography features to celebrate the show s season four premiere Samsung Electronics Co Ltd debuted Make STRANGER Nights Epic a short film that leverages t...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation