Pengalaman Menarik Naik Perahu Dondang Sayang Menyusuri Cruise Tasik Putrajaya



Lepas check-out Zenith Hotel, kami terus menuju ke Cruise Tasik Putrajaya. Seperti yang kami rancang, nak naik perahu dondang sayang menyusuri Tasik Putrajaya. 
Cruise Tasik PutrajayaSejak 2003, Cruise Tasik Putrajaya akan membawa anda menikmati pemandangan menarik daripada sudut pandang tasik ke 20 tarikan di Putrajaya. Antaranya Masjid Putrajaya, Istana Darul Ehsan. Jambatan Wawasan, Monumen Alaf Baru, Istana Kehakiman dan Jambatan Putra. Pengunjung boleh memilih mod pelayaran sama ada menaiki bot persiaran berhawa dingin bersama 70 penumpang lain atau perahu gondola yang menawarkan perjalanan yang lebih intim dan romantik yang didatangkan dalam kapasiti 4 atau 6 tempat duduk. Bagi yang memilih persiaran, Cruise Tasik Putrajaya juga menyediakan ‘Pengalaman Makan yang Berbeza’ di restoran bertaraf 5 bintang.—Perbadanan Putrajaya
Dua tiga kali juga kami pusing roundabout dekat Masjid Putra tu cari parkir. Mujurlah nampak ada satu kereta keluar parkir. Dapatlah kami parkir dekat sikit di sekitar roundabout  tu. Tak jauh nak menapak. 
Meriah suasana ramai pengunjung hari Ahad. Kalau tak ada parkir, kami surrender je nak pergi lain kali. Dah dapat parkir tu, Let's go! Nampak arah papan tanda ni, terus ke sini.

Turun escalator dan kemudian ke kiri, jalan terus. Tunggu tangga dan ke kiri lagi jumpalah kaunter untuk beli tiket Cruise Tasik Putrajaya



Harga tiket Cruise Tasik PutrajayaAda dipaparkan pakej berserta harga. Sebelum beli tiket, bolehlah buat kira-kira dan keputusan nak ambil pakej yang mana satu. Kami ambil pakej perahu dondang sayang tu.

Encik Suami beli tiket. Kena tunjuk IC sekali untuk setiap penumpang yang nak naik. Baru boleh claim harga warganegara. Bukan warganegara, harga dia mahal sikit as usual

Perahu dondang sayang untuk warganegara, kategori dewasa seorang RM30. Perjalanan 25 minit sahaja. 
Putrajaya Cruise ticket price 2025


Naik perahu dondang sayang dapat free gift kipas tangan ni. Tak pastilah untuk pakej perahu dondang sayang sahaja atau semua yang naik. Tapi dapat 1 je masalahnya. Agaknya untuk pasangan, dia bagi satu. 
Kami beli tiket jam 12.04 tengah hari. Ikut jadual perahu dondang sayang akan berlepas jam 12.15 tengah hari. Tak lama menunggu. Kami terus ke Gate B untuk ke jeti. Penjaga gate buka pintu dan kami terus ke jeti

Masa menunggu buka tu sempatlah berbual dengan pekerja tu. Saya tanya, perahu dondang sayang tu kena tunggu penuh ke baru jalan? Dia kata tak, ikut jadual. Jadinya, kami berdua je lah naik perahu dondang sayang tu masa tu

Tapi tak tahulah kot akan datang lain pula cerita dia kan. Mana tahu nak jimat minyak dan tenaga ke kan, tunggu sampai penuh penumpang baru jalan

Katanya lagi, jarang orang naik perahu dondang sayang. Ramai suka naik joy cruise dan cruise sightseeing tu. Mungkin mereka datang ramai-ramai kot. Mana muat untuk dondang sayang ni sebab untuk 6 orang je. 
Dapatlah  kami berdua je conquer perahu dondang sayang tu. Sampai situ, petugas suruh kami pakai life jacket. Lifesafe jacket pun nampak baru. Selesa dipakai. Ada banyak saiz, pakai mana yang sesuai

Tak ada briefing apa-apa di sini sebelum naik perahu


Di jeti sebelum naik perahu, photographer suruh posing dulu ambil gambar. Macam biasalah kan nanti gambar tu akan dicetak dan kalau berminat boleh beli. 
Masa pijak jeti ni sedikit bergoyang sebab dia terapung. Ingatkan tak goyang. Kena hati-hatilah ye. 
Perahu dondang sayangjoy ride & perahu dondang sayang
Kami pilih untuk duduk depan sekali, luas permandangan tanpa halangan. Lepas tu menyesal sebab panas. Patut duduk di barisan nombor dua. Nak tukar tempat duduk dah terlambat. Nasiblah


Tapi kami enjoy je. Panas tang kaki je. Muka dan badan tak kena panas sebab masih bawah bumbung. Perahu berlayar tak laju dan tak perlahan sangat. Biasa je. Cuaca panas tapi kena angin rasa lah sejuk sikit. 

Zenith Hotel PutrajayaZenith Hotel POV dari Tasik Putrajaya. Tak sempat nak perhati mana satu bilik yang kami stay tu



Sepanjang menyusuri Tasik Putrajaya ni dapatlah melihat beberapa bangunan ikonik di kiri dan kanan tasik. Air tasik bersih gred A seperti yang saya dah ceritakan dalam post check in Zenith Hotel

Kami betul-betul menikmati permandangan sepanjang perjalanan. Tak ada penerangan apa-apa semasa naik perahu ni. Lebih bagus sekiranya ada penerangan ringkas tentang mercu tanda yang ada di sini. Kannn... 
Millennium monumenMillennium monumen
Masjid Tuanku Mizan Zainal AbidinMasjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi
Jambatan gantung monorel/ Putrajaya monorel bridgeJambatan gantung monorel ni sampai sekarang masih terbengkalai. Tak tahu akan diteruskan atau tidak projek ni.

Jambatan Gantung Monorel/ Putrajaya Monorel Bridge
Laluan naik Perahu Dondang Sayang ni sampai Jambatan Gantung Monorel ni je. Lepas tu patah semula. Kalau naik Sightseeing Cruise atau joy ride tu lagi jauh sikit perjalanan dia. Tak tahulah kenapa tak sampai sana. Mungkin perahu ni tak sesuai sampai sana kot

Perjalanan ke jeti semula barulah saya ambil gambar Masjid Putra ni. Lagi cantik ambil masa perjalanan pulang ke jeti.


Di tempat life jacket tadi photographer tunjuk gambar yang dah siap dicetak. RM20 sekeping. Kami beli jugalah sebab macam okay je harga tu. Kalau RM50 memang taklah kami beli. Gambar pun cantik, salah satu faktor untuk membeli juga


Lepas naik perahu, naik di bangunan atas ni tengok panorama Cruise Tasik Putrajaya. Panas matahari terpacak atas kepala. Waktu tengah hari kan. Mendapatlah sunburn, berbelang kulit muka balik rumah. 
Dahlah pakai moisturiser je sebab alergik dengan sunscreen dan tak boleh pakai foundation bagai. Senipis moisturiser tu mana mahunya nak tapis pancaran matahari


Ramai betul pelancong dari luar datang ke Putrajaya ni. Nak ambil gambar tanpa manusia pun payah. Ambil je lah mana yang boleh


Itu je lah ceritanya di Putrajaya. Kalau datang weekdays kuranglah sikit sesaknya kot. Lebih tenang gitu. Nak cari parkir pun senang lagi


See you when I see you Putrajaya. Selalu juga ke Putrajaya tapi jarang sekali nak explore. Padahal banyak tempat-tempat menarik di Putrajaya ni.
Datang ke Putrajaya silalah naik boat, perahu atau cruise di sini. Best! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/09/cruise-tasik-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Syed Saddiq Jawab Soalan Siapa Anak Kesayangan Netizen Terhibur Yang Paling Sayang

Ibu Syed Saddiq Jawab Soalan Siapa Anak Kesayangan Netizen Terhibur Yang Paling Sayang

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 380 hits
Baru baru ini tular sebuah video memaparkan ibu kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika menjawab soalan mengenai anak yang manakah menjadi kesayangannya Jawapan yang diberikan beliau nyata mencuit hati sekaligus mengh...
Hiburan Inkues Ya Allah Kenapa Aku Dibenci Kalau Saya Terjun Dari Sini Adakah Masih Ada Orang Sayang Saya Zara Qairina

Hiburan Inkues Ya Allah Kenapa Aku Dibenci Kalau Saya Terjun Dari Sini Adakah Masih Ada Orang Sayang Saya Zara Qairina

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 960 hits
Dua pelajar telah memberi keterangan bahawa mereka pernah mendengar Zara Qairina mengemukakan soalan soalan hipotesis itu kata peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili salah seorang kanak kanak yang dikaitkan dengan Allahyarham Menurut arw...
Pasto Sayang Chord

Pasto Sayang Chord

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1941 hits
Am F Dm E Am Em Aku takkan pernah berhenti F C Mencintaimu sampai aku mati Dm Am Aku akan selalu setia F G Menemanimu setiap waktu Am Em Tak pernah terpikir olehku F C Untuk menghianati cintamu Dm Am Engkau satu satunya wanita F G Yang sela...
Arif Roy King Cruise Into Hk Open Quarter Finals

Arif Roy King Cruise Into Hk Open Quarter Finals

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 581 hits
The Macau Open champions defeated compatriots Choong Hon Jian Haikal Nazri in their last 16 match Wan Arif Wan Junaidi and Yap Roy King won the Macau Open in August PETALING JAYA Men s doubles shuttlers Wan Arif Wan Junaidi Yap Roy King cru...
Video Panggil Sayang Amp Wife Pada Bff Tular Gadis Tampil Jelaskan Hubungan Sebenar Keluarga Pun Tahu

Video Panggil Sayang Amp Wife Pada Bff Tular Gadis Tampil Jelaskan Hubungan Sebenar Keluarga Pun Tahu

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 420 hits
Sebuah video TikTok yang memaparkan kemesraan dua gadis bertudung mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial Aksi mereka berpelukan di hadapan cermin dan gambar cium pipi yang tersebar membuatkan netizen mula berspekulasi bahawa mereka pas...
Bagaimana Nak Bertahan Untung Kontraktor Kecil Susut Harga Bahan Asas Naik

Bagaimana Nak Bertahan Untung Kontraktor Kecil Susut Harga Bahan Asas Naik

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1552 hits
Kontraktor kecil minta kerajaan pantau kenaikan harga bahan binaan asas dengan lebih ketat Bulan lepas Indeks Kos Bahan Binaan meningkat antara 0 1 hingga 0 6 bagi semua kategori bangunan di kebanyakan kawasan di Semenanjung PETALING JAYA S...
Phone Kini Diskaun Rm500 Pengguna Phone Dan Disyor Naik Taraf

Phone Kini Diskaun Rm500 Pengguna Phone Dan Disyor Naik Taraf

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 757 hits
Sebagai usaha menggalakkan penggunanya menaik taraf kepada model terbaru Phone Nothing kini menawarkan diskaun eksklusif untuk pengguna Phone dan Phone dari 15 September hingga 3 Oktober Pembeli akan mendapat potongan sebanyak RM500 untuk k...
Naik Angin Ditegur Merokok Lelaki Bergaduh Dengan Wanita Hamil Dan Suami

Naik Angin Ditegur Merokok Lelaki Bergaduh Dengan Wanita Hamil Dan Suami

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1053 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myLELAKI berang ditegur oleh pekerja restoran serta sepasang suami isteri ketika merokok di dalam restoran sehingga berlaku perselisihan faham nbsp FOTO Ihsan Pembaca Shah Alam Seorang lelaki bertindak agresif d...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanda Tanda Seorang Lelaki Tidak Lagi Menyayangi Isterinya

Gegar Vaganza 2025

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Dengan Bidara

Printing Kotak Packaging Lipmatte Custom Tambah Nilai Premium Pada Produk Anda

Apam Eno

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global