Pengalaman Masak Lemang Sendiri Raya Puasa Tahun Lepas Yang Mengujakan
Sempena nak raya tahun ini, aku nak kongsi pengalaman masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas. Mengujakan sungguh tau. Seperti di ketahui, tahun lepas aku pindah ke rumah baru. Rumah ini adalah rumah di kawasan kampung. Jadi dah namanya duduk di rumah bertanah ini, suami mengajak aku masak lemang sendiri. Buat pertama kali aku masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas. Nasib baik menjadi dengan jayanya tau..!
Pengalaman Masak Lemang Sendiri Raya Puasa Tahun Lepas Yang Mengujakan...
Raya tahun lepas seperti nak raya tahun ini juga iaitu tak boleh rentas negeri untuk berhari raya. Nak tak nak kena cari alternatif sendiri untuk meriahkan raya. Jadi aku masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas. Berdebar juga di buatnya sebab walaupun pernah berkali-kali tengok mak di kampung buat lemang tapi aku setakat tengok dan membantu sesikit saja.
Paling risau nak mengisi daun pisang ke dalam buluh tu. Takut daun terperosok ke dalam. Tapi zaman sekarang youtube ada. jadi untuk memastikan betul atau tidak cara memansukkan daun pisang, aku tengok youtube. Beras pulut pula kena di rendam dulu. Kena rendan bagi beras pulut itu lembut. Aku rendam waktu pagi waktu petang bolehlah proses memasukkan daun ke dalam buluh dan seterusnya di masukkan pulut dan santan.
Aku tak dapat nak agak waktu tu sebanyak mana beras pulut yang nak di gunakan. Tengok buluh ada yang besar, ada yang kecik dan panjang. Bila dah buat dan isi pulut dalam buluh, banyak berlebihan beras pulut yang telah di rendam. Nak tak nak aku rendam terus dalam air. Dua bulan kemudian, beras pulut jadi bedak sejuk.... haha!
Santan pun banyak berlebihan. Aku bekukan santan dan di gunakan pada waktu lainnya. Itulah pengalaman berharga buat pertama kali masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas. Kali kedua buat lemang sendiri pada raya haji tahun lepas selepas itu. Tak cukup beras pulut pula. Ada lebihan buluh lemag 2 batang. Nak buat macam mana, tak dapat nak agak lagi banyak mana lemang dan buluhnya.... haihh!
Lemang yang aku masak sendiri raya puasa tahun lepas ini di bakar oleh anak bujang dengan en. suami. Bakar menggunakan kayu terpakai yang di kumpul dari tempat pembinaan di tempat kerja en, suami. Nak masak ini, selapas di nyalakan api, waktu kayu-kayu sudah tinggal berbara, baru di letakkan lemang dengan cara menyandarkan di batang besi. Lemang di sengetkan dan di bawahnya lah api yang berbara itu.
Pembakaran di buat selepas maghrib melangkau ke isyak dalam 4 jam barulah siap di bakar. Kena rajin di balik-balikkan buluh untuk lemang masak sekata. Jaga api dengan betul agar bara tidak terlalu marak menyala dan mebakar buluh lemang. Sentiasa kena berjaga-jaga, kalau tidak dapat lemang rentung lah jawabnya.
Jomlah kita semak cara dan bahan masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas. Selain nak bercerita pengalaman masak lemang, aku nak ingartkan balik cara masak lemang ini. Macam-macam nak kena pastikan. Beras pulurnya, santanya dan rasa garamnya yang seimbang. barulah lsedap, lazat dan lemak berkrin nanti.
Pengalaman Masak Lemang Sendiri Raya Puasa Tahun Lepas Yang Mengujakan... Bahan masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas: Buluh lemang Daun pisang Beras pulut Santan Garam secukup rasa *kuantiti bahan ikut keperluan sendiri yer!
Cara masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas:
Rendam beras bulut sekurang-kurangnya 4 jam sebelum proses mengisi beras pulut kedalam lemang dan membakar lemang . Lagi lama lagi bagus sebab untuk mendapatkan tekstur lemang yang lembut nanti. Buluh lemang di basuh dan di toskan hingga kering.
Daun pisang di buang empulurnya yang keras. Sekiranya daun pisang tua, layur atas api dapur yang kecil seketika bagi melembutkan daun pisang untuk mudah di gulung. Selepas itu di lap bersih.
Masukkan daun pisang ke dalam buluh dengan berhati-hati agar gulungan daun pisang tidak terperosok ke dalam. Kalau ada pelepah pisang, gunakan pelepah daun pisang itu sendiri untuk mengepit daun pisang dan di masukkan perlahan-lahan.
Beras pulut yang di rendam sekurang-kurangnya 4 jam tadi di toskan airnya dengan menggunakan tapis. Setelah benar-benar tos, gaul dengan santan yang telah di campur dengan garam secukup rasa.
Sudukan beras pulut tadi kedalam buluh lemang yang telah di letakkan daun pisang ke dalammya dan tinggalkan 2 ruas jari kedalanan lemang. Selepas tu masukkan santan pula, tnggalkan satu inci untuk santan membuak nanti.
Buat sehingga habis dan seterunya bakar dengan api yang berbara di kawasan luar rumah selama lebih kurang 4 -5 jam. Balik-balikkan batang buluh sekali-sekala untuk ia masak dengan sekata.
Boleh tambah santan sekiranya air santan kering terlalu cepat walaupun lambat lagi nak masak. Apabila air kering dan buluh pun sudah bertukar dari warna hijau ke hijau kecoklatan, bolehlah di angkat.
Bila dah hampir sejuk, olehlah di kopek kulit buluh lemang dan di ambil lemang dan di potong-potong untuk di makan juadah lemang bersama rendang daging ataupun rendang ayam.
Sempurnalah hari raya kami sekeluarga dengan pengalaman masak lemang sendiri raya puasa tahun lepas yang mengujakan. Tahun ini aku nak masak lemang lagi. Tengak berkira-kira bajet bahan-bahan dan menempah buluh lemang untuk di buat lemang nanti.
Nak dapatkan pelbagai resepi rendang daging klik SINI dan rendang ayam klik SINI tau!
p/s: Tahun ni suami nak masak 20 batang lemang. Suka dia tahun lepas masak lemang menjadi dengan cantik. Siap berangan nak jadi pembuat lemang kalau dah berhenti kerja nanti... huhh!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2021/05/masak-lemang-sendiri-cara-masak-lemang-raya-puasa-lepas.html