Pengalaman Jaga Anak Bersunat Kaedah Laser


Cuti sekolah tempoh hari qaseh balik kampung sebab Rayyan nak berkhatan / bersunat di kampung. Tahun ni dia dah masuk tahun 2, disclaimer ~ qaseh tak pernah memaksa Rayyan untuk bersunat awal tau, atas kemahuan dia sendiri, so bagi yang cakap kesian dekat anak ke apa, no worries tiada paksaan dari ibu bapa nya haha 

$ads={1}
Pendapat peribadi, qaseh rasa lebih mudah nak handle anak bila berkhatan dari awal, dia takde la rasa malu or segan untuk qaseh check, nak mandikan dia pun okay, nak jaga pun okay. Bayangkan bila anak dah besar, dah tahu malu haaa kesian dia haha 
Rayyan nak bersunat dekat kampung sebab nak sekali dengan sepupu-sepupunya, lagi eksited bila dia dengar bersunat sekali dengan sepupu. So 3 orang lah bersunat sekali, ikutkan nak join yang khatan perdana yang ramai-ramai tu kan, tapi tak jadi la sebab mesti panjang drag masa. Seronok memang seronok hehe tapi takpela qaseh sunatkan Rayyan di klinik sahaja
Nak dijadikan cerita, awal-awal pak saudara qaseh dah booking tapi tu lah banyak klinik dah penuh, so ada klinik 1 ni terima, qaseh risau jugak sebab klinik ni agak lama, bila tengok doktor pun dah berumur haaa mula la cuak maknya pun haha, tapi husnuzon la, lagi tua lagi berpengalaman……. 
Klinik pertama 
$ads={1}
Dah sampai dekat klinik pada hari kejadian, so 3 orang ni masukla bilik doktor untuk check, yes doktor nak check dulu samaada boleh tak mereka bersunat, i think doc ni lebih ada sifat empati, 3 3 budak ni,alat sulit diorang ni macam susah nak buat,Rayyan je namapk ok sikit  hahahaha so tiga orang kena cancel semua. I rasa macam lega sikit sebab maybe doktor pun taknak buat jugak sebab ramai haha tapi takpe
Pastu decide untuk cari klinik yang lebih okay, dan memang ada khas untuk berkhatan. So alhamdulillah ada ikut date yang qaseh nak, sebabnya laki qaseh kena balik KL so taknak lah waktu hari berkhatan Rayyan, dia takde . Dipendekkan cerita book la untuk 3 orang, that time ada Promosi Berkhatan RM120 tapi kaedah laser je 
Berkhatan/Bersunat Kaedah LaserQaseh dah buat research lah jugak sikit-sikit, laser ni takdelah susah sangat nak jaga berbanding berkhatan biasa,so proceed je dengan kaedah tersebut. Kaedah laser ni, dia macam besi halus yang panas (laser rod haba) kemudian dia lalukan ajer di bahagian kulit tu hingga putus. Semerbak bau bilik dengan bau hangit kulit ahahaha 
Drama Bersunat Of course lah ada drama dia, Rayyan pulak manjooooo, but qaseh tak suka nak bandingkan dengan anak orang lain, so takpe hadap je kenangan sekali seumur hidup ni haha, 3 orang ni pun ada la drama nya jugak, tapi of course lah sebab sakit kan & depa takut, maknya pun takut sebenarnya. 
Masing-masing main fon bagi hilang cemas ~ hahaMula-mula dengar budak-budak lain menangis haaa masing-masing dah cuak, taknak bersunat la, tak jadi lah haha tapi misi tetap diteruskan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan gituuu
Rayyan paling last dipanggil untuk bersunat, awal-awal masing-masing taknak jadi terawal haha so memang Rayyan last sebab dia paling kecik. Dorang nangis sebab betullah doktor cakap, kalau macam ‘takde batang’ sangat, so sakitlah sikit nak bagi ‘kepala’ keluar, tapi kena bagi keluar lah baru boleh buat 
Depa meraung part tu je lah dengan part nak bius, lah semua takut jarum dan sakit sikit la. Rayyan pulak, mulut tu tak berhenti bunyi weh, sabo je la. Dah menangis 1 hal, lepastu sibukkk nak tengok ‘anunya’ kena potong. Tapi aku rasa kan, doktor tak bagi bius habis dengan betul sangat kot, sebab masa laser tu Rayyan still rasa panas jugak. 
Proses Bersunat Kaedah Laser 
$ads={1}
Fuhhh pengalaman weh tengok sendiri proses bersunat, yeeee qaseh tengok je la untuk pengalaman, selama ni tertanya macamana proses bersunat sebab kitonya perempuan ahahahaha. Prosesnya,mula-mula part nak bagi ‘keluar kepala’ so ibu bapa rajin-rajin kan cuci atau bahasa kg ‘leceh’ supaya takdela susah sangat atau melekat, yang lagi sakit bila zakar buta, Rayyan senang sikit sebab tak tenggelam [sorry ye for educational purpose] hahah
Next baru lah doctor cuci kekotoran dan bius dekat bawah ‘anunya’ haaa dekat sini aduhh kena pegang la sikit Rayyan sebab dia dah nampak jarum so banyakla ayat dia keluar
‘Doktor jangan guna jarum ye’
‘Doktor tipu dosa tau’
‘Doktor nanti masuk api neraka ya’
Aduh geram nak plaster mulutnya, haha tak menjadi lah trick bagi fon tu. Bila dah bius, doktor mula laserkan, aku rasa gunting lagi laju kot dari laser haha tapi yang okaynya takde lah keluar darah banyak sangat, sebab bila laser dia berhentikan proses pendarahan,yess ada baca pasal ni. 
Dah habis proses laser, doktor jahit pulak, hanya 3 jahitan. Kiri kanan dan belakang. Waktu menjahit tu mulut nya tak berhenti lagi membebel tapi dah tak sakit la, cuma Rayyan ni memang agak penakut sikit & manjooo so layankan je la. 
Dah siap semua, keluar pintu semua sengih-sengih walaupun bekas air mata masih berjejehan. Haha qaseh pun tak tahu sebenarnya kenapa Rayyan nak bersunat, sebab i tak tipu ye, i terus terang cakap, bersunat ni sakit jugak dan dia akan potong sikit kulit, tapi dia cakap okay je haha alhamdulillah semua berjalan dengan lancar 
Proses Menjaga Anak Berkhatan Laser
$ads={1}Untuk awal-awal ni pastikan jangan bagi luka terkena air, lap-lap je badan diorang buat sementara waktu Balutan tu better buka awal, kalau tak ia akan jadi kering melekap pada luka, so menyakitkan. Kalau dah melekap, titis air sedikit demi sedikit bagi senang tercabut.Kalau macam ada air bisa, lap dengan gauze/ kapas lembut/ putik kapas, pastikan kering sentiasaNak senang, keringkan dengan kipas. Pakai kain pelikat lagi selesa.Jangan bagi anak aktif bergerak sana sini, bagi je anak berbaring, minimakan pergerakan duluKalau doctor bagi ubat, sapukan dan makan mengikut nasihat doktorPantang makan, elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan / alergiPart menjaga ni, awal-awal mak-mak kena struggle sikit. Anak mula rasa pedih atau sakit tapi tak sampai tahap menangislah. Doktor bagi ubat demam/tahan sakit dan antibiotik. So jangan lupa habiskan ubat antibitik tu ye.Untuk Rayyan, doktor takde pulak bagi ubat kuning tu, sepupu dia dua orang, doktor bagi, ermm sebabnya luka Rayyan tak besar 
Tapi qaseh mintak sikit ubat kuning dengan kakak ipar, walaupun doktor cakap tak payah letak pun takpe, tapi aku ketegaq letak jugak la, sebab bila tak letak macam lambat kering. Dalam 2 3 hari je qaseh titiskan, kemudian nampak okay so qaseh dah tak sapu dah. Jangan ikut saya, saya sebagai mak Rayyan sukahati saya la nak letak sikit pun :p
So far nak jaga dia takdela susah sangat cuma part tidur tu yang geram sikit, siang hari sakit-sakit tapi malam hari kemain tido buaihhhh, maknya tidur-tidur ayam sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk proses penyembuhan, qaseh rasa ikut atas individu / budak jugak. Rayyan seminggu jugak luka dia baru nampak kuping-kuping tapi dah boleh jalan je
Part mandi, awal-awal qaseh lap-lap je badan dia dengan kain basah. Balutan boleh bukak selepas sehari atau 2 hari, tapi better buka je dalam masa 24 jam, tu pun melekat dengan isi kulit dia yang luka, so kena basahkan sikit supaya terlerai. Haaa pedih lah sikit bila kena air
Nak tunggu luka sembuh sepenuhnya tu pun lambat jugak, qaseh perasan Rayyan tak kencing, memang syak dah dia takut. Hari ke-2 or ke-3 baru dia kencing, memang pedih dan ngilu la sikit. That’s why dia takut, tapi kena biasakan, kena ajak dia pergi kencing kalau tak dia akan tahan. 
Part gelembung tu i think makan masa jugak nak surut, boleh perhatikan dari masa ke semasa as long luka dah kering, tiada nanah, tiada air bisa dan masalah lain yang anak-anak hadapi, so tunggu je gelembung di area ‘kepala’ tu surut. Qaseh baca dalam 1-3 minggu jugak. Pantau je lah, as long anak tak sakit, tak demam atau mengadu apa-apa yang berkaitan 
Qaseh stay dekat kampung dalam 2 minggu, so dalam masa 2 minggu tu dah boleh berjalan elok, mandi sendiri, cuma setiap kali selepas mandi, keringkan sekering-keringnya. Rayyan tak bagi umi dia lap sebab seriau, so halakan depan kipas bagi kering sendiri. Selepas kencing pun sama, kena basuh bagi bersih dan lap kering. Kalau asyik basah nanti lamberttt lagi luka nak elok, boleh jadi jangkitan juga kalau always basah
Barang Yang Penting Untuk Anak Bersunat -Seluar Sunat
-Kain Pelikat Budak tapi kalau anak korang saiz besar pakai je pelikat dewasa
Seluar sunat tu sangat membantu ye bila Rayyan dah start boleh bergerak ke sana sini, so ‘anunya’ tak bergesel pada kain or seluar, kain pelikat pulak, berguna waktu malam or selepas mandi, nak angin-anginkan bagi kering. Disebabkan di kampung so macam zaman dulu-dulu lah, ikat tali pada kayu bumbung rumah, settle ~ 
Waktu balik ke Kl pun dia pakai seluar sunat dan seluar biasa je, dah tak rasa sakit dan ngilu. Selesa untuk perjalanan jauh. Bila dah balik sini, makin hari makin okay, sekarang pun dah boleh pakai seluar biasa. Luka dah kering sepenuhnya cuma gelembung masih nampak lagi tapi Rayyan takde rasa sakit apa-apa dah. Hope dari masa ke semasa makin kecut. 
Alhamdullillah, fasa bersunat anak lelaki dan selesai. Sangatlah lega, anak Umi dah dewasa :p fuhh panjang betul karangan saya kali ni, nanti dia dah besar boleh la baca kenangan Rayyan sendiri :p








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.qasehdalia.com/2024/05/pengalaman-jaga-anak-bersunat-kaedah-laser.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Asyik Nak Suap Anak Makan Biar Anak Explore Gunakan Kaedah Baby Led Weaning

Tak Perlu Asyik Nak Suap Anak Makan Biar Anak Explore Gunakan Kaedah Baby Led Weaning

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 192 hits
Sudah terbiasa bagi kita untuk menyuapkan anak setiap kali makan Apa kata sesekali kita biasakan anak untuk makan sendiri Berikan bayi kecil kita sepenuhnya kepercayaan Salah satu cara yang mama wajib cuba adalah menggunakan kaedah Baby Led...
Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum nbsp Taekwondo journey diteruskan untuk hero dan heroin mama dedi Kalau nak kejar setiap tournament memang tak sempat Itu yang bila ada tournament memang mama yang terlebih ekcited Untuk tahun 2023 ini tournament kedua buat ...
Pemuda Biadap Anak Guru Rupanya Caprice Beri Duit Pesan Jaga Mak

Pemuda Biadap Anak Guru Rupanya Caprice Beri Duit Pesan Jaga Mak

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 112 hits
Caprice beri duit kepada pemuda biadap yang memaki anaknya Airiel Qashaf di direct message baru baru ini selepas membawanya menunaikan solat di masjid Seram tengok isteri Cap marah Tindakan berkenaan dibuat setelah menemukan pemuda terbabit...
Umrah Bersama Anak Autisme Bapa Ini Kongsi Tip Pengalaman Di Tanah Suci

Umrah Bersama Anak Autisme Bapa Ini Kongsi Tip Pengalaman Di Tanah Suci

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 191 hits
bersama anak bapa ini kongsi tip dan pengalaman di Tanah Suci Bukan mudah untuk membawa anak anak yang masih kecil pergi bercuti Terpaksa melalui perjalanan memakan masa yang agak panjang dan mengawal keadaan dan emosi anak memang cukup men...
Anak Usia 9 Tahun Tewas Tenggelam Di Waduk Tanah Merah Jakarta Utara

Anak Usia 9 Tahun Tewas Tenggelam Di Waduk Tanah Merah Jakarta Utara

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 94 hits
NF awalnya berenang di Waduk Tanah Merah bersama empat temannya yang lain
Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 152 hits
Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di Sungai Balak Batang Kali hari ini Memetik laporan Sinar Harian Mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun dan...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri