Pengalaman Jadi Wakil Putus Tunang
PENGALAMAN JADI WAKIL PUTUS TUNANG
Pertunangan merupakan satu ikatan di antara pihak lelaki dengan pihak perempuan yang berjanji untuk berkahwin. Ia tidak semestinya melalui acara atau majlis rasmi seperti menyarungkan cincin dan sebagainya. Jika kedua-dua pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin dan dimaklumkan kepada wali pihak perempuan, ia sudah dianggap sebagai bertunang.
Maka, haram bagi orang lain untuk meminang di atas pinangan perempuan yang sama. Rasulullah saw bersabda;
(Seorang) mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya. Oleh karena itu tidak halal bagi seorang mukmin membeli atas pembelian saudaranya dan tidak pula meminang atas pinangan saudaranya hingga dia meninggalkannya.’
(Hadis riwayat muslim)
Tetapi, ia dibolehkan jika pertunangan itu tadi terputus. Pertunangan bukan akad nikah. Pertunangan hanyalah sekadar perjanjian untuk berkahwin setelah melalui proses-proses perkenalan (suai kenal) dan membuat penilaian mendalam. Contohnya macam kita berjanji untuk membeli satu-satu rumah, kemudian setelah melihat dan meneliti, tiba-tiba kita menemui kecacatan tertentu ataupun pertimbangan kita berubah, lantas kita membatalkan perjanjian untuk membeli rumah tersebut. Begitu jugalah dengan pertunangan.
Setiap dari keduanya, baik lelaki ataupun perempuan, berhak untuk membatalkan pertunangan yang dibuat, meskipun tidak dipersetujui oleh salah seorang dari keduanya. Ia berbeza dengan lafaz cerai di mana kuasa melafazkan cerai adalah terletak pada tangan suami. Tunang tidak seperti kahwin.
Hukum membatalkan pertunangan.
“Pembatalan pertunangan ini hukumnya adalah harus, samada pembatalan itu dari si lelaki, atau wanita, atau wali kepada si wanita, kerana pertunangan itu bukanlah akad nikah atau perkahwinan, akan tetapi ia adalah janji untuk bernikah. Bagaimanapun pembatalan ini menjadi makruh sekiranya bukan kerana sebab-sebab yang jelas lagi syarie seumpama si wanita atau walinya nampak sesuatu yang tidak kena pada si lelaki sehingga memerlukan kepada dibatalkan pertunangan dan membatalkan penerimaan yang telah dibuat. Ataupun si lelaki nampak sesuatu yang tidak kena pada tunangannya yang memerlukan kepada pembatalan pertunangan, asalkan ianya daripada sebab-sebab yang diterima syarak.”
Dr Abdul Karim Zaidan, Al-Mufasshal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wal Bait Al-Muslim - (4/ 74)
Jadi jelas kepada kita bahawa meminang atas pinangan orang lain itu hukumnya haram, manakala memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab yang perlu adalah harus, dan dengan sebab-sebab yang tidak perlu (semata-mata mahu putus tanpa sebab) hukumnya adalah makruh.
Menyembunyikan pertunangan.
Hikmah sebenar pertunangan adalah untuk kenal mengenal dan mencari keserasian antara pasangan dan kedua-dua belah pihak keluarga. Jika tiada keserasian ataupun ada masalah ketika perhubungan, ia bukanlah suatu kesalahan untuk memutuskan perhubungan.
Atas sebab itulah ada hadis yang menyarankan supaya pertunangan tidak dihebahkan demi menjamin maruah kedua-dua belah pihak sama ada pihak lelaki mahupun perempuan. Lafaz tersebut berbunyi; “Zahirkanlah (war-warkan) perkahwinan dan sembunyikan (rahsiakan) pertunangan.” Namun hadis ini dhoif (lemah) seperti yang dinilai oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Dhoifah bilangan: 2494, dan di dalam Dhoif al-Jami’ al-Soghir 922.
Walaupun taraf hadis tersebut adalah dhoif dan tidak boleh dijadikan hujah, namun ia masih boleh dipakai untuk kegunaan sendiri bagi menjamin maruah diri dan menjaga aib jika suatu pertunangan itu tidak seperti yang diharapkan hingga ke jinjang pelamin.
Malah, ada sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki. Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis;
“Bantu-membantulah untuk menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.”
(Hadis Riwayat al-Tabarani. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)
Namun hadis ini tidak khusus kepada pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki.
Kesimpulan.
Pembatalan sesebuah pertunangan bukanlah suatu perkara yang menggembirakan. Namun adakalanya, ia menjadi langkah yang terpaksa dibuat demi menjaga maslahat yang lebih besar. Maka saya nasihatkan, bertunanglah dengan menjiwai hikmah pertunangan, agar pertunangan tidak menjadi fitnah dan benar-benar dapat dicapai kehendaknya yang digariskan syarak. Sebaik-baik pertunangan adalah dengan menyegerakan pernikahan, kerana ia lebih selamat dari fitnah dan lebih menyempitkan ruang-ruang untuk diganggu oleh syait
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2024/02/pengalaman-jadi-wakil-putus-tunang.html