Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan



 
Salam to all my readers,


| Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa, Negeri Sembilan | Boleh dikatakan lama jugalah aku tak pergi hiking until baru ini aku ada nampak posting seseorang dalam group hiking. Dia pergi hiking solo ke Bukit Batu Sawa, N9. View cantik gila dengan berlatarbelakangkan awan carpet. Jadi, aku sajerlah text Sue, cakap kat dia jom pergi minggu ini. Sekali member ONN weyhh..Aku cakap pergi Ahad pun takpe kalau Sabtu ko kerja. Dia kata dia cuti pula, jadi jalan jerlah. Plan nak ajak Elly sekali, tapi member ada urusan lain, jadi kami gerak berdua jerlah


Macam biasa, sebelum pergi buat research sikit mana pintu masuk, parking, selamat ke tak, berapa km naik ke atas. Aku buat survey 2 3 blog lain juga, kot-kot ada info tambahan. Malam nak pergi tu, aku tidur rumah Sue, Sue cakap kalau gerak dari rumah aku nak ke sana ambil masa dekat 2jam, kalau gerak dari rumah dia hanya ambil masa 1jam 1/2 je. Aku pun on jerlah, dah dia kata tidur rumah dia. Jumaat malam lepas magrib, dia dah terpacak depan rumah aku. Sebelum tu kami siap-siap pergi ke KK mart, beli roti & biskut untuk sarapan keesokan hari


30/7/2022 - Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa, Negeri Sembilan
Kalau nak ke Bukit Batu Rawa, N9 ini korang just waze/google maps Bukit Batu Sawa Parking/ Trailhead. Kami gerak sekitar jam 5.00am macam tu, solat dekat mana-mana perhentian. Google maps bawa jalan dalam sekali nak masuk jalan nak hubungkan highway tu pula tutup (tanah runtuh). Jauh jugalah nak patah balik nak ke jalan besar. Takkan tak jadi lagi pula kan, so kami decide patah balik masuk highway betul.  Bagi mengelakkan tak jumpa perhentian sembahyang, kami solat siap-siap dekat masjid area hulu langat tu juga, baru gerak ke N9


Ada hikmah kami patah balik lalu jalan raya besar, sebab kami lalu jalan New Zealand ini. Cantik gila weyhh!! Tenang je laluan sini, jalan pun masih cantik lagi. Dalam pada menyanyi-nyanyi dalam kereta, know know dah sampai Jelebu. Singgah pula stesen minyak, masuk tandas siap-siap. Cantik juga area kawasan perkampungan N9 ini, sejuk, tenang, laluan kawasan kampung yang banyak berkabus sepanjang jalan. Pendek cerita sungguh mendamaikan.
Finally sampai juga lorong Bukit Batu Sawa, so kena masuk lorong ini. Kalau korang nampak Sekolah Kebangsaan Perondong tu tandanya dah nak sampai, selekoh ini terletak di hadapan sedikit.


Tempat Letak Kenderaan- Terhad


Dah sampai korang teruskan perjalanan sampai nampak satu kawasan lapang untuk park kereta, sini kena bayar RM3. Nanti ada akak minta bayaran. Dari sini nak ke pintu masuk Bukit Batu Sawa, kena jalan dalam 10min jugalah. Kalau tak tahu boleh tanya akak dekat situ juga, nanti dia maklumkan nak lalu mana.


Btw, pada mereka nak naik Bukit batu Sawa ini kena dapatkan permit terlebih dahulu, boleh dapatkan permit dekat pintu masuk nanti. Ada abang jaga, just bayar RM5 seorang.



Nampak laluan ini, jalan depan lagi, terus je until jumpa papan tanda dekat bawah


Dapatkan permit nak masuk abang ini, hanya bayar RM5 seorang, nanti dapat tag kena pakai dekat tangan. Kiteorang masuk seawal jam 8.00am tapi keluar jam 12.00pm Maigad nak ketar lutut dibuatnya. Salah diri sendiri. Abang ini bagi direction nampak pencawang tnb terus belok kanan, tapi makesure korang kena betul-betul sampai dekat pencawang baru belok ke kanan, bukan half way nampak pencawang belok ke kanan. Nanti jadi macam aku entah mana ceruk rantau



Ini jalan permulaan, santai-santai je jalan. Kita akan masuk dari kebun getah dahulu, sampai dekat pencawang baru redah hutan belantara gitu.

Ini pun muka confident, masa kiteorang nak naik tu ada lagi 1 kumpulan awal dari kiteorang, tapi tak terkejar dorang dah mendahului dulu. So, terpaksalah berdua je jalan


Inilah hutan kiteorang sesat, aku cakap dengan Sue ini macam dah lain, dah sejam orang tu kata 20 min je sampai. So, aku dengan Sue patah balik ke pencawang. Mujur sampai dekat pencawang ada orang baru turun, kiteorang terus tanya korang lalu mana, then dia pun tunjukkan laluan masuk. Aku dengan Sue waktu tu dah 50% je, tapi dah datang jauh tak naik rasa rugi, jadi slow2 daki ke atas


Ikutkan kalau kiteorang naik ke atas dalam jam 8.30am sempat je tengok awan karpet, waktu tu memang banyak lagi kabus kepuk-kepuk. Ini kawasan yang salah kiteorang lalui. Still belah kanan, namun kiteorang masuk lorong halfway dari pencawang. Dekat 2 jam jugalah perjalanan membuang masa, sempat jugalah merasa pengalaman kena gigit pacat. Alhamdulillah sepanjang perjalanan baik tempat sesat & nak naik ke atas, laluannya cantik, kawasan nak mendaki pun tak menggerunkan sangat, cuma nak turun agak curam, so kena berpaut pada tali yang disediakan


Dia jadi mengah dan memenatkan sebab kiteorang dah salah jalan, then patah balik nak mendaki laluan yang betul. Perghhh dia punya kegigihan tu Tuhan je tau. So, aku taknak korang sesat macam kami berdua, jadi, makesure korang betul-betul berada di pencawang, nanti lalu belah kanannya. Bukit Batu Sawa ini teletak di kawasan Jelebu, Negeri Sembilan. Ia berketinggian 333.33M  dan membolehkan orang ramai mendaki dalam jangka waktu yang singkat. Est boleh sampai ke puncak bukit sekitar 20min sahaja. Bergantung pada pace masing-masing. Jangan paksa diri untuk cepat-cepat, buat santai-santai Insyallah sampai. Aku rasa, semalam aku dan Sue cover 2 bukit. Dekat 3 jam nak sampai atas. 2 jam buang masa sesat. hahaha...Pengalaman sungguh


Kalau korang dah dekat dengan dahan pokok kemerah-merahan ini, itu tandanya korang dah nak sampai ke puncak bukit.  Awal perjalanan dari pencawang kena mendaki sedikit, jadi jalan je slow-slow. Tak lari pun bukit tersebut. 

Nanti akan jumpa beberapa laluan bertali. Laluan bertali tu juga merupakan hint dah nak sampai puncak bukit. Ambil masa 10-15min nak sampai ke puncak



Muka dah barai gila sebab kepenatan. Aku dengan Sue cadang nak repeat ke sini lagi nanti, nak makesure naik betul-betul pagi bukan jam 12.00. Lawa je waktu tengahari, tapi nak sangat tengok awan karpet. Dalam pada perjalanan nak ke atas, korang juga boleh lihat tumbuh-tumbuhan yang cantik seperti di bawah



Okaylah, ini merupakan trail pertama kiteorang hiking luar daripada KL. Next time kiteorang nak repeat lagi ke sini. Sebelum terlupa, korang boleh juga tengok moment2 kiteorang pergi hiking Bukit Batu Sawa, N9 dekat channel youtube aku. Aku saje buat, untuk kenangan di hari tua. Enjoy!



Thank you for reading guys!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2022/08/pengalaman-hiking-bukit-batu-sawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan

Tawaran Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 604 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kini menawarkan Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS kepada graduan lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Timur Tengah dan tempatan y...
Youths Must Continue Fight For Democracy Says Negeri Sembilan Prince

Youths Must Continue Fight For Democracy Says Negeri Sembilan Prince

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 165 hits
Negeri Sembilan prince Tunku Zain Al Abidin Tuanku Muhriz said the alternatives to democracy are too dire to contemplate KUALA LUMPUR A Negeri Sembilan prince has urged Malaysian youths to continue preserving democracy saying the alternativ...
Resipi Rendang Pucuk Ubi Sedap Cara Orang Negeri Sembilan

Resipi Rendang Pucuk Ubi Sedap Cara Orang Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 337 hits
Enaknya menikmati sajian Rendang Pucuk Ubi yang dimasak menggunakan resipi dan cara orang Negeri Sembilan ini Memang berasa setiap rencahnya Sangat sedap dimakan bersama nasi malah jika diratah begitu sahaja juga sangat nikmat Bagi anda yan...
Potret Kri Teluk Calang 524 Tni Angkatan Laut Kapal Angkut Tank Buatan Dalam Negeri

Potret Kri Teluk Calang 524 Tni Angkatan Laut Kapal Angkut Tank Buatan Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 128 hits
KRI Teluk Calang 524 resmi masuk dan memperkuat jajaran TNI Angkatan Laut Menariknya KRI ini merupakan Kapal Angkut Tank buatan dalam negeri Melansir dari akun YouTube TNI ANGKATAN LAUT Jumat berikut potret KRI Teluk Calang 524 TNI Angkatan...
Tingkatkan Penggunaan Produksi Dalam Negeri Di Lingkungan Bumn Telkom Sharing P3dn

Tingkatkan Penggunaan Produksi Dalam Negeri Di Lingkungan Bumn Telkom Sharing P3dn

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 143 hits
Ketua Tim P3DN TelkomGroup Soendojoadi mengatakan bahwa sosialisasi ini merupakan wujud komitmen Telkom dalam meningkatkan penggunaan produk dalam negeri di lingkungan BUMN melalui pengembangan kapabilitas secara sinergi serta meningkatkan ...
Kerajaan Cadang Bina Litar Di Setiap Negeri Untuk Bangunkan Sukan Permotoran

Kerajaan Cadang Bina Litar Di Setiap Negeri Untuk Bangunkan Sukan Permotoran

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 204 hits
The ReporterFoto The StarKerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob b...
Tapi Kkerajaan Negeri Kamu Kata Kelantan Sebuah Negeri Yang Makmur

Tapi Kkerajaan Negeri Kamu Kata Kelantan Sebuah Negeri Yang Makmur

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 170 hits
Bukan pilih kerja nak hidup glamor kami keluar niat cari rezeki kata perantau dari Kelantan August 12 2022 Pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi dan kepelbagaian kerja menjadi faktor membuatkan anak Kelantan merantau untuk mengubah taraf...
Hiburan Cakaplah Apa Apa Kita Masih Chill Neelofa Nasihat Pihak Batu Api Jangan Penatkan Diri Timbulkan Isu Inai

Hiburan Cakaplah Apa Apa Kita Masih Chill Neelofa Nasihat Pihak Batu Api Jangan Penatkan Diri Timbulkan Isu Inai

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 413 hits
Biarpun menerima banyak komen negatif mengenai produk inai keluaran miliknya iaitu Nunha usahawan serta selebriti Neelofa bertegas bahawa dirinya mempercayai pada rezeki Katanya kepada pihak Media Hiburan Inai Nunha tidak bersaing dengan ma...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab