Pengalaman Facial Di Murad Vitamin C Quenching Facial


PENGALAMAN FACIAL DI MURAD : VITAMIN C QUENCHING FACIAL - Lama tak pi facial, muka dah berkerak-kerak dan kadangkala jadi gatal walau dah buat double triple cleanse kat rumah sendiri. Tetap tak sama dengan facial kat Murad ni ha ! Siapa je tak kenal dengan jenama Murad. Rata-rata semua kenal dengan jenama Murad ni. Mummy memang suka dengan produk Murad. Walau harganya agak mahal. Tapi berbaloi sangat-sangat !

Baca : MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE SPF 50 MELINDUNGI, MENCERAHKAN DAN MEMBAIK PULIH KULIT !

PENGALAMAN FACIAL DI MURAD EMPIRE SUBANG JAYA : VITAMIN C QUENCHING FACIAL
Sebelum mummy cerita tentang PENGALAMAN FACIAL DI MURAD EMPIRE SUBANG JAYA. Mummy pernah pakai produk Murad ke? Eh..dah tentulah pernah pakai. Kalau tak, tak kan jiwa berkobar-kobar nak buat FACIAL DI MURAD EMPIRE SUBANG JAYA. 

Murad mempunyai banyak rangkaian produk. Pada pengenalan dengan jenama Murad..mummy mencuba menggunakan Murad City Skin Age sebagai sunblock kulit mummy terlebih dahulu. Lebih setahun juga, mummy memakainya dari tempoh berpantangkan baby Daim sampai Daim nak masuk 18 bulan.

Berbaloi beli produk Murad ni, tau. Tahan lama, jimat duit.
Baca : PELANCARAN MURAD CITY SKIN DUO - CITY SKIN AGE DEFENCE SPF 50 DAN CITY SKIN OVERNIGHT DETOX MOISTURIZER
Oleh kerana nampak serasi dengan produk kecantikan dari jenama Murad. Mummy terus plan nak buat FACIAL di Murad. Kulit muka ni, lama jugak lah tak buat facial. Berkerak dah tu. Huhuhu.
Kali ini apakah rawatan mummy untuk FACIAL DI MURAD EMPIRE SUBANG JAYA? Okay, untuk rawatan kali ini, Mummy mencuba Vitamin-C Quenching Facial yang berharga RM369 selama 75 minit.
Best ke FACIAL DI MURAD untuk VITAMIN C QUENCHING FACIAL ? Rangkaian mana satu dari Murad yang mummy gunakan semasa FACIAL DI MURAD untuk VITAMIN C QUENCHING FACIAL
Nak tahu? Jom layan gambar-gambar di Murad terlebih dahulu !

Seperti biasa, sampai je di Murad. Sesi pertama ialah scan kulit muka dulu.  Analysis kulit dan apakah masalah besar kulit wajah ni ha. Benda ni, sebenarnya paling mendebarkan bagi mummy. Seram nak tahu result muka ni.

Hahaha..padan muka, sape suruh malas p facial, kan?

Tadaaa..ni masalah kulit yang mummy hadapi ! Masalah kulit seperti, wrinkles, pores, pigmentation tapi tak lebih 20%.

Consultant beritahu, kalau lebih 60% tu merbahaya. Alhamdulillah syukur kulit  masih okay.

Tapi, okay atau tidak, sepatutnya memang WAJIB sebulan sekali buat facial. 

Ni pulak, mesin yang akan di gunakan semasa facial. Bye-bye wrinkles....jangan datang lagi tau ! hahaha

Posing dalam bilik sebelum facial, kemas teratur dan nampak selesa. Pengubat stress jugak, ni hehehe

Ready untuk tidur hehehe. Tidur-tidur ayam...mummy memang pantang orang usap kepala ke muka. Memang boleh cepat tertidur huhu.

Muka sebelum VITAMIN C QUENCHING FACIAL, huhuhu menyampah !

Okay...ni semua adalah antara produk Murad untuk facial. Tapi, bukan semua lah pakai untuk muka mummy. Nanti mummy tunjukkan apa telah di gunakan untuk kulit wajah mummy ye.

Mula-mula, kulit mummy di bersihkan di cuci bersih dan skrub secara double cleansing. Siap massage dengan soothing Massage Cream.

Allah sedapnya muka kena urut, best !

Lepas tu, beauticians skrubkan kulit mummy dan massage lagi sebelum steam muka.



Selepas steam, kulit wajah mummy di urut lagi dengan mesin yang mummy tunjuk di atas tadi.

Selesai sahaja massage dengan mesin tersebut, kulit wajah mummy dah nampak V shape sket.
Selepas siap, terus di letakkan krim-krim seperti di atas bertujuan untuk anti aging, melembabkan kulit juga. Sebab kulit mummy agak kering sedikit.

Mummy paling suka Murad Hydro-Dynamic Quenching Essence tu, memang kulit lembab tapi tak berminyak. Selesa sangat !


Selepas facial, muka nampak runcing sket !

Cantik, tak


Memang beza kulit sebelum dan selepas VITAMIN C QUENCHING FACIAL
HARGA FACIAL DI MURAD

Keesokkan harinya, make up pun kulit tak nampak bercapuk ! Nampak licin sekata je.


Memang terbaik produk Murad ni. Memang mummy sangat berpuas hati. Beautician Murad nasihatkan mummy untuk datang setiap bulan facial di sini. Jika nak nampak kulit lebih sihat dan cantik.
Insyaallah, jika begini hasilnya, memang boleh cuba ke Murad lagi.

Korang kalau nak try facial di Murad, selain MURAD VITAMIN C QUENCHING FACIAL ada juga facial jenis lain-lain harga FACIAL DI MURAD serendah RM159 je ! Tapi kena booking online di http://www.method.murad.com.my/

Untuk keterangan lanjut mengenai Murad pula, boleh layari ke : www.murad.com.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azlindaalin.com/2018/11/pengalaman-facial-di-murad-vitamin-c-quenching-facial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Luas Shukor Mampu Perkasa Mu

Pengalaman Luas Shukor Mampu Perkasa Mu

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 337 hits
Bekas kapten kebangsaan Mohd Shukor Adan Foto alchetron comPengalaman luas Shukor mampu perkasa MUMELAKA Peminat bola sepak Melaka United mahu pengurusan skuad terbabit menyenaraikan bekas kapten kebangsaan Mohd Shukor Adan bagi mengharungi...
Pengalaman Jaga Anak Penumonia

Pengalaman Jaga Anak Penumonia

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 553 hits
Assalamualaikum Dua minggu lepas 2 November 2018 adik baby semput Dia tak batuk tapi nafas dia semput macam orang asthma tu Malam tak lena tidur asyik terjaga Stress gila aku sebab tak cukup tidur Pagi tu BS wasap kata nafas baby laju Bila ...
Ameng Spring Dedahkan Pengalaman Dia Dis3bat 10 Kali Ketika Di Penjara Apa Yang Dia Cerita Amat Teliti

Ameng Spring Dedahkan Pengalaman Dia Dis3bat 10 Kali Ketika Di Penjara Apa Yang Dia Cerita Amat Teliti

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 316 hits
Ameng Spring Dedahkan Pengalaman Dia Dis3bat 10 Kali Ketika Di Penjara Apa Yang Dia Cerita Amat TelitiAmeng Spring Dedahkan Pengalaman Dia Dis3bat 10 Kali Ketika Di Penjara Apa Yang Dia Cerita Amat Teliti
Pengalaman Menikmati Menu Belut Yang Sangat Mendebarkan Di Inaara Restaurant

Pengalaman Menikmati Menu Belut Yang Sangat Mendebarkan Di Inaara Restaurant

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 279 hits
Pengalaman Makan Belut Yang Sangat Mendebarkan Di Inaara Restaurant Assalamualaikum hi korang Jika sebelum ini daku telah kongsikan antara restoran masakan ketam yang best dan sedap di Kota Bharu kali ini daku nak share tentang satu lagi me...
Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah

Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 991 hits
Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah Assalamualaikum rasa macam nak throwback pengalaman berniaga di hari sukan sekolah sebab sejak dua tiga minggu lepas keyword ni asyik naik dekat dashboard je Alhamdulillah bila ulang baca ...
Norrela Kongsi Pengalaman Hidup Melalui Lagu Di Dalam Moonstruck

Norrela Kongsi Pengalaman Hidup Melalui Lagu Di Dalam Moonstruck

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 265 hits
Hello pembaca kesayangan Baru baru ini Misz ella telah dijemput untuk ke pelancaran album Moonstruck yang dihasilkan oleh Puan Norrela Izni Bila dicerita serba sedikit tentang biodata Norrela Misz ella sangat kagum dan teruja Makanya pada 1...
Daya Tarikan Baru Domino S Pizza Dengan Piza Daging Carik Terbaharu Alami Pengalaman Berpizza Bertaraf 5 Bintang

Daya Tarikan Baru Domino S Pizza Dengan Piza Daging Carik Terbaharu Alami Pengalaman Berpizza Bertaraf 5 Bintang

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 415 hits
Daya Tarikan Baru Domino s Pizza Dengan Piza Daging Carik Terbaharu Alami Pengalaman berpizza bertaraf 5 bintang Seiring dengan menunaikan janjinya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta nilai tinggi dan kemudahan ke...
Cara Mencuci Muka Dengan Facial Cleanser Betul Dan Berkesan

Cara Mencuci Muka Dengan Facial Cleanser Betul Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 821 hits
Cara Cuci Muka yang Betul dan BerkesanSelama ini agak agak betul tak cara kita cuci muka dengan facial cleanser Ada segelintir pengguna yang telah menggunakan pelbagai pembersih wajah tapi tidak berkesan terhadap kulit mereka itu apa yang m...
Original Dianz Vitamin Dianz Trusted Seller

Original Dianz Vitamin Dianz Trusted Seller

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 846 hits
ORIGINAL DIANZ VITAMIN TRUSTED SELLER Haii ada sape sape nak kulit cantik dan gebus sempena nak menyambut tahun 2019 nanti ada lagi sebulan je weh nanti transform kulit jadi lawa dari sebelumnya haaa kalau berminat boleh la cuba Dianz Vitam...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis