Pengalaman Diri Sendiri Dijangkiti Covid19


Pengalaman diri sendiri dijangkiti Covid19
Assalamualaikum.
Tak tahu nak bermula dari mana. Sebab yang berlaku semuanya sekelip mata. Dan bila ia terjadi, memang terus je badan terus jadi lemah.
Bermula ceritanya, hari Isnin (4.10.2021), saya ke ofis. Waktu tu rasa tekak sedikit gatal-gatal dan hidung berair. Saya fikirkan biasa je tiada apa yang memudaratkan. Mesti sebab kurang minum air ni, tu yang rasa tekak sakit.
Petang tu dekat ofis, badan mula rasa nak demam. Disebabkan ada sakit tonsil dan saya memang expect ni berpunca dari tonsil. Saya kata sahla tonsil saya bengkak dan melarat la ni.
Jadi  balik dari kerja, saya ambil Dzar dari tadika. Kemudian selepas Maghrib, saya dan suami ke klinik.
Waktu tu bila doktor cek je tekak saya, katanya tekak awak merah menyala. Kalau merah macam ni ada jangkitan kuman. Antara 2, sama ada kuman biasa atau pun kuman C. C tu untuk Covid 19 la.
Memang waktu tu berderau darah saya, memang risau serisaunya. Paling risau pada anak-anaklah.
Cek sendiri dengan Saliva test kit Dalam hati kuat mengatakan tonsil saya bengkak. Tapi tak sedap hati pulak. Sampailah, saya buat sendiri ujian guna Saliva test yang saya beli di klinik. Satu test kit RM19.90 jadi saya beli 2 ketul, saje nak standby.

Bila cek je, Allahuakbar, memang saya terkejut sangat-sangat!! Test kit naik 2 line. Astaghfirullah.
Terus saya terduduk. Teringat kawan-kawan kat ofis yang saya bersama dengan diorang satu hari. Waktu ni saya rasa bersalah sangat-sangat!!
Saya tak tahu, kalau saya tahu memang saya takkan ke ofis hari tu. Seriusly waktu ni saya dah rasa down walau benda ni tak sahih selagi tak buat PCR.
Perkara pertama, bila jadi macam ni. Saya terus inform bos dan rakan pejabat. Dan suami terus minta saya asingkan diri kat bilik bawah ni. Memang kami terus kuarantinkan diri.
Memang terkejutla member ofis, dan masing-masing panik nak buat apa. Ini kira kes pertama berlaku kat pejabat. Dan group whatsapp tu saya mendiamkan diri je, yang banyak bersuara adalah bos. Thank you lah bos, dan maaf sebab banyak susahkan.
Seriusly waktu ni saya dah rasa down sangat. Dan automatik tak boleh fikir apa nak buat.
Ok itu bab close contact.
Buat swab PCR untuk pengesahan Untuk lebih kepastian, saya buat PCR pada 8.00 pagi, 5/10/2021. Waktu ni demam dah mula start ya. Badan pun lesu je.
Menunggu keputusan PCR memang sangat mendebarkan. Semua orang mendoakan agar saya negatif dan demam biasa. Terima kasih semua atas doa kalian.
Tapi dalam hati saya berat mengatakan saya Covid 19 sebab tanda-tanda tu sangat jelas.
Paling beri semangat adalah keluarga, sahabat dan kawan pejabat. Walau dalam hati ni risau dikecam, tapi itulah saya pun tak minta jadi macam ni.
Dan bila dapat result PCR pada 6/10/2021 jam 10.40 pagi, sahla Covid 19 detected dengan bacaan CT Value 15 macam tu.
Tanda-tanda dan gejala Covid-19 Seriusly semua tanda-tanda dan gejala C19 tu saya alami. Demam panas yang tinggi dan berulang-ulang. 4 jam sekali wajib makan panadol. Sakit urat badan ni tak tau nak cakap.
Tidur tak lena sebab sakit badan dan tak selesa sebab demam tinggi dan berulang selama 5 hari. Batuk dan perit tekak ditambah dengan selesema. Dada rasa sempit setiap kali tarik nafas yang dalam. Deria bau dan deria rasa hilang masa hari ke 2.
Memang tidur tak lena dan kerap terjaga. Toleh kiri, toleh kanan. Ambil selimut sebab badan seram sejuk. Tapi lepas tu badan berpeluh dan panas pulak.
Adui serba serbi tak kena. Nak bernafas pun sakit dada. Dan batuk yang kerap.
Dan paling penting kena standby Panadol yang banyak ya, at least 2 papan. Pastikan dalam 4 jam macam tu, makan panadol lagi. Sebab demam akan berulang.
Petua untuk legakan pesakit Covid-19 Apa petua yang orang kata elok untuk redakan sakit ni, semua Alhamdulillah saya buat.
Minum air lemon, hidu wap bunga cengkih, kumur-kumur dengan air garam, kumur listerine. Makan habbatus sauda. Kemam bunga cengkih.
Hari ke dua tu deria bau dan deria rasa sudah tiada. Dah tak dapat nak bau wangi, busuk, dan tak dapat rasa manis, masam atau sedap.
Takpe jangan sedih-sedih. Sebab kena kuat mental kita ni. even fizikal ni sedikit lemah, tapi mental dan emosi kita kena kuat untuk lawan sakit tu. Kita ada anak-anak kecil yang masih perlukan kita.
Jadi jangan patah semangat. Doa tu senjata untuk kita waktu ni. Sebenarnya itulah pesan mak dan mak mertua saya. Huhuhu so sweet maks. Terima kasih atas doanya.
Syukur suami dan anak-anak tidak dijangkiti
Selalu dengar cerita orang lain kena Covid19 tapi tak sangka sekarang pengalaman diri sendiri dijangkiti pula. Paling saya bersyukur sebab suami dan anak-anak tidak dijangkiti.
Walau kuarantin di rumah, tapi paling sedih bila tak dapat nak peluk anak-anak. Yang bongsu tu selalu tanya, “Bila ibu nak sihat?”…Mujurla masih depan mata, bolehla lepaskan rindu.
“Macamana agak-agak boleh kena kuman ni?” Saya pun tak tahu nak jawab bila orang tanya mana saya dapat kuman ni. Sebab bukan boleh nampak dengan mata kasar. Bila saya tahu je saya positif Covid-19. Saya terus ambil tindakan;-
Beritahu semua contact rapat saya, jika korang kat ofis jadi informlah mereka yang sepatutnya. Kuarantin diri di rumah dan sebaiknya di bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain. Saya hubungi terus Pejabat Kesihatan terdekat. Mereka bagitau di dalam aplikasi My Sejahtera akan dikemaskini dengan status warna merah. Dan saya hanya perlu kuarantin di rumah (HSO – Home Surveillance Order) tanpa perlu ke CAC. Setiap hari wajib jawab soalan di MS. Tapi jika keadaan korang makin teruk sila terus ke hopsital kerajaan atau CAC ya. Wajib beli oxymeter. Kebetulan saya beli ni di farmasi Materia Medica Saujana Utama, waktu ni order guna grab je. Alhamdulillah kebetulan ada promosi harga pulak oxymeter tu. Teruskan pengambilan panadol, vitamin C, Habbatus sauda dan apa yang memanfaatkan untuk kesihatan diri. Berfikiran positif, banyakkan senaman ringan untuk paru-paru kekal aktif bernafas. Kembali bekerja selepas kuarantin Kalau orang tanya sakit tak Covid? Memang sakit. Walau saya tahap 2, tapi memang sakit rasanya.
Bab nak bernafas dan sempit dada tu yang buat rasa sedih. Terus teringat Allah. Ingat nak mati.
Itu yang orang kata bila sakit baru nak ingat Allah. Mungkin selama ni saya lalai..Allahuakbar!
Saya faham, bila kita dijangkiti Covid, orang lain memang risau nak dekat dengan kita. Macam tu juga anak-anak dan suami. Diorang risau nak dekat lepas saya habis kuarantin.
Tapi Alhamdulillah tempoh kuarantin 10 hari tu memang cantik aturannya. Memang sesuai je sebab lepas 10 hari dah rasa badan kuat sikit.

Nak tak nak kita pun memang biasakan diri untuk hidup bersama virus ni. Seperti virus influenza juga.
Selepas habis kuarantin 10 hari. Masih ada kesan selepas tu. Badan saya penat, lesu dan batuk-batuk. Kalau untuk batuk ni, saya elakkan minum air sejuk atau ais batu. Kalau tidak, lagi semput dada nanti.
Lepas tu, saya kerap kemam bunga cengkih. Gigit-gigit dan rasa berangin tu membantu la kita lega dari batuk-batuk. Saya masuk ofis minggu ke 2 selepas kuarantin, aircond kan sejuk kan. Time tu memang kerapla batuk.
Jadi wajib ya bawa tiger balm untuk sapu kat dada. Dan kemam bunga cengkih. Ikhtiar dan doa, Allah jua yang menyembuhkannya.
Inilah pengalaman diri sendiri dijangkiti Covid 19. Harapnya menjadi panduan untuk semua. Dan saya doakan kita semua dihindari wabak ni dan bagi yang dijangkiti, semoga segera sembuh hendaknya.
The post Pengalaman diri sendiri dijangkiti Covid19 appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2021/11/pengalaman-diri-sendiri-dijangkiti-covid19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Sebab Pentingkan Diri Sendiri

Kalah Sebab Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 244 hits
HAMZAH RIE NAKenapa kalah teruk Keadilan Ini terjadi pencatur dalaman mencatur utk kuatkan gawang masing2 bukan nak kuatkan gawang parti Nak letak calun Tak bincang nak buat perkara besar harus bermusyawarah dahulu Bukan dah buat keputusan ...
Hiburan Kalau Dulu Saya Tak Jadi Diri Sendiri Mawi Akui Lebih Selesa Hidup Tanpa Populariti

Hiburan Kalau Dulu Saya Tak Jadi Diri Sendiri Mawi Akui Lebih Selesa Hidup Tanpa Populariti

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 254 hits
Walaupun nama penyanyi ini sudah tidak banyak diperkatakan oleh orang ramai seperti dulu namun Mawi selesa dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang ini Menurut Mawi dia beranggapan populariti serta kemasyuran yang diraihnya selepas memenan...
Dewan Panas Lebai Tumpat Kena Kaw Kaw Memalukan Diri Sendiri

Dewan Panas Lebai Tumpat Kena Kaw Kaw Memalukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 187 hits
KERANA KONONYA MAHU JADI HERO BERBAHAS TIADA IKUT BUTIRAN DAN BERMAIN SENTIMEN LEBAI TUMPAT KE KAW KAW DAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI Sumber Video Parlimen
Model Yang Berkahwin Dengan Diri Sendiri Telah Bercerai Slpas 90 Hari

Model Yang Berkahwin Dengan Diri Sendiri Telah Bercerai Slpas 90 Hari

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 249 hits
SAO PAULO BRAZIL Seorang model dari Brazil yang berkahwin dengan dirinya sendiri pada September lalu memilih untuk bercerai selepas 90 hari kerana telah menemui cinta baharu lapor portal berita MailOnline semalam Perkahwinan Cris Galera 33 ...
Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 180 hits
Bertemu dalam segmen DrivingDiary aku HahaHari tu masa balik menziarahi parents aku kat JB dia bagi chance kat aku untuk bawak kereta Cuak jugak Aku dah laaaaaama tak bawak kereta atas highway As long as you can go kata dia Cewah Lepas je s...
Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 203 hits
Bertemu dalam segmen DrivingDiary aku HahaHari tu masa balik menziarahi parents aku kat JB dia bagi chance kat aku untuk bawak kereta Cuak jugak Aku dah laaaaaama tak bawak kereta atas highway As long as you can go kata dia Cewah Lepas je s...
Hiburan Tiada Masa Untuk Diri Sendiri Miera Leyana Sibuk Uruskan Anak Dan Rumah Tangga

Hiburan Tiada Masa Untuk Diri Sendiri Miera Leyana Sibuk Uruskan Anak Dan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 348 hits
Pelakon jelita mengakui bahawa dia kini tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana terlalu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan juga isteri 5 bulan lalu Cukup 4 Bulan Baru Kami Akan Tunjuk Muka Bayi Miera Leyana Dah Sebulan B...
Sibuk Urus Anak Miera Liyana Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

Sibuk Urus Anak Miera Liyana Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 391 hits
SIBUK menjalankan tanggungjawab sebagai ibu pada Mei lalu pelakon Miera Liyana mengakui dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri Menurut Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Seri Kasmi dia sememangnya memberikan keutamaan kepada bayin...
Petua 17 Khasiat Tidak Mementingkan Diri Sendiri

Petua 17 Khasiat Tidak Mementingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 226 hits
BELON Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim Sebelum menamatkan kuliah Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon Belon yang d...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life