Pengalaman Dan Panduan Lengkap Didik Anak Pakai Hijab Sejak Kecil


Pengalaman Dan Tips Lengkap Untuk Didik Anak Pakai Hijab Sejak Kecil | Assalamualaikum, hi korang! Hari ni daku nak share pengalaman dan tips lengkap untuk didik anak pakai hijab sejak kecil. Dalam erti kata lain cara untuk mengajar anak perempuan pakai tudung dari kecik supaya si anak dapat biasakan diri kelak. 

Sebelum tu, daku memang dah lama sebenarnya pasang impian untuk ada seorang anak perempuan yang comel berhijab. Syukurlah selepas punya lima anak lelaki kini Allah SWT anugerahkan seorang puteri untuk ku realisasikan misi yang telah ada sejak dulu.

Tapi dalam masa yang sama daku tahu mendidik anak bertudung pada usia kecil bukanlah mudah. Namun demi impian, daku cuba juga berusaha untuk ajar anak perempuan pakai tudung dari kecil sedaya yang termampu.



PANDUAN LENGKAP UNTUK DIDIK ANAK PAKAI HIJAB SEJAK KECIL
Disebabkan daku ni tak ada sebarang ilmu mengenai cara untuk ajar si Kasih ni berhijab maka daku cuba dengan kaedah try and error secara berperingkat. Tiada cara yang spesifik untuk mengajar anak bertudung sejak kecil, tetapi apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian cara yang daku telah praktikkan pada Kasih Sufi. Nak tahu apakah cara yang ku lakukan tersebut? Jom baca semuanya satu demi satu. 

Langkah #1 : Mulakan Dengan Pemakaian Sepit Rambut


Sejak Kasih baru berusia berberapa bulan daku telah mula biasakan Kasih dengan pemakaian sepit penghias rambut. Daku sengaja pakaikan dengan sepit dalam bentuk yang agak besar supaya Kasih sedar yang di atas kepalanya sedang ada sesuatu. 
Sepit yang agak besar ini juga dapat menghindari anak dari tertelan. Sepit-sepit ini daku beli dari kedai RM2.10 je! Takde nya beli yang mahal-mahal hingga tahap membazir. 

Hubby selalu tegah Kasih secara lembut dari tanggalkan sepit rambut dengan kata pujian cantik dan comel
Kalau nak tahu, waktu fasa langkah no 1 ini memang agak mencabar kerana Kasih asyik nak tarik je sepit tu dari rambutnya. Mujurlah encik suami tolong bantu dengan sering memuji Kasih dengan perkataan COMEL, CANTIK, LAWA dan sebagainya.

Asal Kasih capai nak buang je terus suami sekat dengan pegang tangan Kasih sambil memuji Kasih dengan perkataan comel dan cantik... Sebagai contoh, "Comelnya anak abah pakai sepit... lawa anak abah arini." Alhamdulillah kadangkala menjadi dan kadangkala Kasih tetap juga tanggalkan sepit tu. hehehe.. 
Langkah #2 : Berubah Kepada Pemakaian Head Band 

Setelah itu daku mula pakaikan Kasih dengan headband pula. Daku ingat lagi bila ibu mertuaku asyik tegur kenapalah di beri cucunya ni pakai headband yang besar tu kat kepala. Buat rimas je katanya. Hehe... daku cuma tersenyum dengan memberitahu yang niatku nak biasakan Kasih dengan ada benda di atas kepalanya


Sewaktu di langkah ke dua ni, Kasih masih sama seperti tadi. Kasih selalu nak capai buang headband dari atas kepala sebabnya beliau suka nak buat main. So, kami semua (daku,suami dan anak-anak) akan terus puji Kasih dengan perkataan comel, cantik dan sebagainya setiap kali pakaikan headband pada Kasih.

Langkah #3 : Amalkan Suka Ikat Rambut Anak Selalu

Tak kisahlah ikat rambut bentuk macamana, janji ikat! Kenapa perlu biasakan amalan ikat rambut begini pada anak? Sebab pertama supaya anak jadi terbiasa untuk ikat kemas rambutnya terutama selepas mandi. 
Dan sebab lain adalah untuk anak tahu bagaimana patut dikemaskan rambut yang mula panjang. Manakala sebab terakhir adalah untuk memudahkan lagi urusan pemakaian tudung nanti. Yelah, nak pakai tudung eloklah di ikat dulu rambutnya kan

Langkah #4: Pakaikan Baby Dengan Anak Tudung Sendiri

Inilah saat mula-mula daku kenalkan tudung pada Kasih. Daku tak terus beli tudung bayi mahupun kanak-kanak, sebaliknya daku pakaikan Kasih denan anak tudung sendiri. Kat rumah lepas mandi, daku ikatkan rambut Kasih dan daku pakaikan Kasih dengan anak tudung ni. Tak ke mana-manapun, hanya kat rumah saja cuma nak biasakan Kasih dengan 'penutup rambut' di atas kepala. 
Then daku pun mulalah ajak Kasih berselfie untuk tunjuk rupa dirinya sendiri dengan kata pujian comel dan cantik seperti biasa. 
Langkah #5 : Pakaikan Kasih Dengan Tudung Sendiri Ala-Ala Mak Jemah! 

Tengoklah sendiri gambar kat atas ni. Inilah ragam aku bersama Kasih sewaktu di rumah demi untuk mengapai impian untuk Kasih dapat membiasakan diri dengan hijab. Ada saja daku lilitkan Kasih ni dengan apa jua tudung. Untuk elakkan Kasih dari berasa rimas daku ajak Kasih  berselfie supaya Kasih dapat lihat rupanya sendiri.


Langkah #6 : Potong Tudung Lama Milik Sendiri Untuk Anak

Akhirnya apabila Kasih mula menginjak usia 1 tahun, daku nekad untuk selongkar tudung lamaku dari jenis instant yang sudah lama tidak ku pakai. Tanpa rasa serba salah daku potong labuh dan saiz tudung tersebut supaya sesuai dengan ketinggian dan saiz wajah Kasih

Penat jalan-jalan, balik rumah terus terlena
Kebetulan kat rumah memang ada mesin jahit jadi cepatlah dapat siapkan tudung untuk Kasih. Saat bawa Kasih keluar dari rumah daku akan pakaikan Kasih dengan tudung tersebut. Tak kisahlah hendak ke taman mainan, ke bandar, ke kedai dan sebagainya. 
Walaupun berhampiran saja tapi daku pakaikan tudung ni untuk Kasih. Teruja sangat rasa hati bila Kasih sama sekali tak tanggalkan sejak dari mula keluar dari rumah sehinggalah balik ke rumah semula. 
Langkah #7 :  Dapatkan Tudung Kanak-Kanak Yang Sebenar

2 helai tudung hadiah dari maklong Ina untuk Kasih 
Daku agak bernasib baik kerana saat daku sedang berusaha untuk kenalkan Kasih dengan amalan bertudung ni, kakak iparku sendiri telah hadiahkan 2 helai tudung untuk Kasih. Pucuk di cita ulam mendatang kata orang tua! Ke dua-dua tudung ini di jahit sendiri oleh kakak iparku yang berada di Penang dan terus diposkan pada Kasih sebagai hadiah. Rezeki rezeki! 
Suka Shopping Tudung Budak Online Untuk Harga Yang Lebih Jimat!
Kini Kasih telah genap berusia 18 bulan dan saat ini syukur alhamdulillah Kasih sudah semakin kenal dengan amalan pemakaian tudung. Daku juga sudah mula shopping tudung kanak-kanak sedikit untuk tambahkan koleksi hijab milik Kasih. Antara seller yang pernah ku gunakan dapatkan tudung untuk Kasih ini adalah seller dengan nama AISYAH RUQAYYAH yang aktif di lamanweb Shopee. 


Shopping online begini senang pun senang. Tak payah susah payah bawa baby ke pasaraya berjam-jam. Tak payah juga sibuk cari parking dan sebagainya. Pilih saja mana yang suka dan tungu penghantaran sehingga ke depan pintu rumah. So far sepanjang gunakan servis daripada beliau alhamdulillah produk juga sampai dengan cepat. 
Feedback dari pelanggan lain juga banyak yang positif. Moga-moga seller dapatlah kekalkan harga yang murah-murah begini untuk hijab anak



Sekarang alhamdulillah, Kasih Sufi dah mula biasakan diri dengan tudung. Malah jika Kasih nampak saja daku kenakan tudung maka dia juga akan ikut capai sehelai dari koleksi tudung miliknya di rak. Nampaknya impianku untuk miliki anak suka bertudung sejak kecil semakin cerah, alhamdulillah. 

Daku juga ada terbaca yang mengenai ajar anak bertudung ini dapat dikaitkan dengan sikap malu dalam diri anak apabila mereka besar kelak. Jika ya moga Kasih dapat terus menjadikan amalan bertudung ini dengan gaya hidupnya nanti. 

Si Manja Tampak Makin Comel Dan Bergaya
Daku memang suka lihat Kasih semasa pakai hijab. Entahlah, nampak comel sangat! Suka juga dapat kenakan tudung yang sesuai mengikut warna baju yang sedang di pakai Kasih. Apa yang buatkan daku lebih best of courselah sebab dapat pakai tudung dari rona colour yang sama dengan Kasih.


Lufya Omar Pernah Dikecam Nitizen Kerana Pakaikan Tudung Pada Bayinya
Bercerita tentang pengalaman dan panduan tentang cara latih anak menutup aurat sejak kecil ini daku terus teringat akan kisah Lufya Omar. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Itulah cara didikan yang dipraktikkan oleh pelakon Lufya Omar terhadap anaknya. Lufya mula kenalkan akan tudung pada bayinya supaya amalan memakai tudung dapat mula didekatkan biarpun anaknya masih kecil.

Namun siapa sangka, tindakan Lufya itu mendapat kritikan para netizen dengan menganggap yang anaknya itu masih kecil. Takut panas nanti. Bagiku pula, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Begitu juga dengan Lufya  dan begitu juga dengan diriku. Tidak salah kita mendidik anak-anak dari kecil supaya dapat memperkenalkannya dari awal.


Tapi itu juga tak bermaksud di paksa pakai. No! Daku sendiri tahu Kasih Sufi baru saja berusia 18 bulan dan daku juga tahu yang cuaca di Malaysia ini panas. Kerana itu jika Kasih Sufi tarik hingga tertanggal tudung maka daku akan terus masukkan tudung ke handbag saja. Takdenya nak terus paksa Kasih pakai juga-juga. Ini nak mengajar supaya anak seronok dengan tudung bukannya nak tunjukkan yang tudung ni rimas dan membebankan.  
Pengalaman Dan Perasaan Dalam Mendidik Anak Pakai Hijab

Senang je kan nak ajar anak bertudung dari kecik? InsyaAllah, kalau betul ada impian untuk membudayakan pemakaian tudung sejak dari usia kanak-kanak. Perlukah kita ajar anak kita berhijab ketika masih kecil? Jawapan tu atas diri masing-masing. Tepuk dada tanya hati. Jika rasa perlu maka bolehlah bermula dari sekarang dan jika rasa nanti dulu boleh tangguhkan. 



Yang penting macamana sekalipun wajib asuh anak budaya pakai tudung serasi dengan tuntutan agama kita. Ops sebelum terlupa, yang paling utama sekali ibu mestilah bertudung sebelum ajar anak pakai. Itulah serba sedikit pengalaman dan panduan cara bagaimana mendidik anak perempuan pakai tudung sejak kecil dan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada yang memerlukan. 

Ameen.... 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/05/pengalaman-dan-panduan-cara-ajar-anak-pakai-tudung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Sadoo Memudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung Untuk Ibu Dengan Anak Kecil

Baby Sadoo Memudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung Untuk Ibu Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 714 hits
Assalamualaikum Musim perayaan hari raya Aidilfitri bakal tiba 2 minggu lagi Sebagai seorang ibu perkara yang paling Fiza ambil berat adalah penyediaan makanan bayi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung dan juga apabila tiba di kampung...
Tampil Beda Di Sidang Vanessa Angel Pakai Hijab Pemberian Teman Pria

Tampil Beda Di Sidang Vanessa Angel Pakai Hijab Pemberian Teman Pria

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 402 hits
Ditanya apakah akan terus berhijab setelah hari ini Vanessa hanya minta didoakan Insya Allah doakan saja ya kata dia
Anak Tak Meragam Waktu Malam Sejak Umur 1 Bulan Bapa Ini Kongsi Tip Anak Tidur Lena

Anak Tak Meragam Waktu Malam Sejak Umur 1 Bulan Bapa Ini Kongsi Tip Anak Tidur Lena

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 420 hits
Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata Kadang kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam Baca Selanjutnya Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran...
Wanita Kongsi Pengalaman Anak Nampak Kakak Ketika Bermalam Di Hutan

Wanita Kongsi Pengalaman Anak Nampak Kakak Ketika Bermalam Di Hutan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 773 hits
Pastinya ada ujian getir buat para pendaki lagi lagi yang suka membawa bersama anak bermalam di dalam hutan pergunungan apatah lagi saat berdepan gelap malam debaran mistik yang boleh terlihat oleh hijab pandangan anak yang mulus hatinya In...
Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 686 hits
Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa Tak kisahlah separuh atau suku hari latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lap...
Stop Paksa Anak Peluk Semua Orang Ibu Bapa Perlu Tukar Mentaliti Walaupun Anak Masih Kecil

Stop Paksa Anak Peluk Semua Orang Ibu Bapa Perlu Tukar Mentaliti Walaupun Anak Masih Kecil

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 747 hits
Walaupun anak masih kecil sudah tiba masanya ibu bapa sekarang berfikiran lebih jauh Pelbagai isu dan kes yang berlaku melibatkan kanak kanak kecil Kes kes Pedophilia kerap berlaku di negara ini tanpa kita sedar Dari kecil lah anak anak per...
Masih Kecil 3 Anak Artis Indonesia Dihadiahi Kendaraan Super Mahal

Masih Kecil 3 Anak Artis Indonesia Dihadiahi Kendaraan Super Mahal

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 364 hits
Para selebritis ini tak segan untuk mengelontorkan uang ratusan juta untuk memberikan hadiah super mewah untuk para anaknya
Komentar Di Tata Cara Shalat Istikharah Niat Doa Dan Panduan Lengkap Oleh Sunaryo

Komentar Di Tata Cara Shalat Istikharah Niat Doa Dan Panduan Lengkap Oleh Sunaryo

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 319 hits
Assalamualaikum pak ustad sya minta solusi nya saya lagi suka sama perempuan tapi dia non muslim padahal niat ku baik klo dia mau saya ingin dia jadi mualaf tapi dia klo dekatin saya kalo dia lagi butuh sesuatu saja mohon petunjuknya pak us...
Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 667 hits
Sedangkan kita yang telah dewasa ini pun bertarung dengan nafsu makan rasa letih sepanjang hari mengantuk dan mudah marah apa lagi kanak kanak yang baru belajar berpuasa kan Untuk anda yang nak melatih anak berpuasa tu bolehlah ikut tip ni
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization