Pengalaman Bercuti Di Perth Australia



Sebelum ini aku ada cerita persediaan yang perlu dibuat jika anda ingin travel, melancong atau bercuti di mana-mana tempat dan aku jadikan Perth sebagai contoh. Di sana aku kongsikan sendiri pengalaman sebelum bertolak ke negara Kangaru tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun tidak sempurna tetapi dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.


Jadi entry seterusnya, aku nak kongsikan pula pengalaman aku selama berada di Perth, Australia selama 4 hari di sana. Bercuti bersama keluarga berjumlah 5 orang semuanya.


Aku akan pecahkan dengan beberapa ciri iaitu dari segi pengangkutan, tempat-tempat menarik di Perth, layanan daripada warganegara Australia, shopping, makanan, cuaca semasa, tempat penginapan dan juga mata wang atau currency Austrlia berbanding Malaysia.
Jika anda mahu ikuti perkongsian di mana-mana platfom media sosial, anda boleh membuat carian menggunakan #pengalamanperth #syokperthPengalaman Bercuti di Perth, Australia PengangkutanDi bandar Perth sendiri, mereka mengutamakan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan keretapi. Bas pula disediakan khidmat berbayar dan juga bas percuma yang dipanggil CAT Bus. Jadi di CBD Perth, lebih baik anda menggunakan CAT Bus atau berjalan kaki sahaja. Lebih menjimatkan. 
Tetapi jika anda ingin pergi ke tempat yang lebih jauh seperti Fremantle, selain disediakan bas, juga disediakan keretapi yang pasti memendekkan masa perjalanan

Kadar kekerapan bas bagi aku ok sahaja, lebih kurang 5-10 minit pasti akan ada bas yang sampai. Masa ketibaan juga ditunjukkan di setiap perhentian bas, jadi anda boleh  tahu bila bas seterusnya akan tiba


Selain itu, aku perlu menggunakan kereta sewa untuk sampai ke destinasi yang lebih jauh seperti di Lancelin. Ini kerena, ianya tidak disediakan pengangkutan awam untuk sampai ke sana. Anda perlu dapatkan kereta sewa. 
Aku menggunakan perkhidmatan Aries Car Rental selama 2 hari di sana. Lebih terjamin jika ada apa-apa berlaku. Owner kepada car rental tersebut adalah warganegara Malaysia yang sudah menetap di sana, jadi urusannya lebih memudahkan


Aries Car Rental yang terletak di CBD Perth Perjalan di dalam kereta sewa menuju ke Pinnacles Bas yang dibawa daripada Airport (Bus 380) Maklumat terpangpang, lagi 3 minit CAT Bus akan tiba Keretapi ketika menujuk ke Frementle Kereta sewa je
Tempat-Tempat MenarikSelama aku dan keluarga berada di Perth, kami sempat singgah dibeberapa tempat-tempat tarikan pelancong yang rata-ratanya dicadangkan oleh pengunjung yang pernah sampai di Perth. Jika anda ada 4 hari, cuba la atur jadual ke tempat-tempat tersebut sesuai dengan masa yang ada

Jika di CBD Perth, sudah pastinya tempat-tempat tarikah moden yang anda boleh lawati seperti di Elizabeth Quay, The Esplanade, King's Park dan sebagainya


Sebaliknya jika berada luar daripada bandar Perth, anda boleh hayati pemandangan cantik dan unik seperti di pantai Fremantle, bukit pasit di Lancelin atau digelar Lancelin Sand Dunes dan juga gurun di Pinnacles

Terlalu banya tempat menarik disana, mungkin anda perlu duduk disana sekurang-kurangnya seminggu baru puas untuk pusing seluruh Perth


Lancelin Sand Dunes terletak diutara Perth Tak sampai Blue Bot Shed, tak sampai Perth Shopping di Frementle Market, cari barang souvenir Round House di Frementle Nak tengok Koala datang Caversham Wildlife Park Kat sini pun ada Kangaroo
Layanan WarganegaraDi Australia sekarang, menjadi semakan ketat bagi melalui imigresen dan Perth juga tidak terkecuali. Kalau anda baca pengalaman orang yang bercuti di Perth terutamanya, pasti anda rasa sedikit takut untuk pergi ke sana

Tetapi jika anda tak buat salah, buat apa nak takut bukan. Terdapat pelbagai tips yang dikongsikan bagi memudahkan perjalanan di Perth. Pada hari kami sampai di sana, flight landing lebih kurang 2 pagi, dan bahagian imigresen tidak menanyakan banyak soalan pun tetapi hanya melihat itinerary dan juga senarai makanan yang kami sediakan. Siapakan semua dokumen, pasti memudahkan anda kelak

Layanan daripada penduduk di sana juga begitu baik. Nak minta tolong tangkap gambar pun senang dan memudahkan. Siap ada yang boleh cakap melayu, rupanya pernah duduk indonesia. 
Selain itu, situasi di dalam bas pun bagus. Ada yang tolong tunjukkan di mana kita perlu turun untuk sampai ke destinasi tersebut. Ada juga wargakota yang menegur kami dan mencadangkan beberapa tempat-tempat menarik untuk dapatkan makanan halal disekitar Perth


Kenal dengan Puan Linda, empunya Aussin di E-Shed Market.  Burung yang suka berdamping dengan anda ketika di Kailis Fish n Chip. Be prepared! Penduduk Perth yang boleh berbahasa Indonesia yang tolong snap gambar ni. Friendly orangnya
PenginapanPenginapan di sana, kami menggunakan khidmat Airbnb bagi memudahkan tempahan dan mencari pelbagai pilihan penginapan. Ada jenis rumah, bilik, hotel, apartment dan banyak lagi. Akhirnya kami putuskan untuk menempah sebuah apartment yang berada di dalam bandar Perth sendiri.

Apartment tersebut adalah Perth City Apartment yang betul-betul berhadapan dengan Watertown Brand Outlet. Jadi lokasi apartment ini sangat strategik, depan perhentian CAT bas, depan shopping mall dan juga berada di dalam CBD Perth.


Apartment tersebut kelengkapannya semua cukup; untuk memasak, mandi, heater, peti ais dan macam-macam lagi. Iainya sesuai untuk 4-5 orang ahli.

Untuk yang mahu menggunakan Airbnb anda boleh guna daftar disini menggunakan link diberi bagi yang baru berdaftar untuk dapatkan RM165 off untuk tempahan pertaman
Have you tried Airbnb? Sign up with my link and you will get up to RM165 off your first trip. https://www.airbnb.com/c/aimana1757?s=13&shared_item_type=9&virality_entry_point=13Gambar yang disediakan di website Airbnb adalah sama seperti gambaran sebenar. Best apartment ni.


Perth City Apartment di kawasan Wellington, Perth Bahagian ruang tamu disertakan dengan TV dan Aircond/heater Pandangan hadapan, juga terdapat Central City Stay Apartment di situ
ShoppingUntuk membeli belah, selain daripada dapatkan barangan makanan harian, kami shopping di beberapa tempat seperti di Watertown Brand Outlet, E-Shed Market dan juga Big W

Sedia maklum, penginapan kami berhadap dengan Watertown Brand Outlet, jadi selama di sana, kami sempat pergi sebanyak 2 kali sebab jalan kaki ambil tidak lebih 5 minit. Nak cari makanan pun ada didalamnya


Selain mall, kami shopping di E-Shed di Frementle bagi mendapatkan barangan buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia. Ada sebuah kedai kepunyaan warga Indonesia yang mesra pelanggan dan barangnya nampak lebih murah berbanding di Fremantle Market. Nama kedai tersebut Aussin gabungan antara Austrlia dan Indonesia

Di Fremantle Market juga tempat yang sesuai untuk membeli belah kerana banyak kedai disediakan dan anda hanya perlu pilih sahaja mengikut perbelanjaan anda. 



MakananRugilah kalau kita sampai di negara orang tetapi tidak mencuba makanan local mereka. Jadi di Perth kami sempat rasa 2 menu utama yang dicadangkan oleh orang ramai iaitu di Kailis Fish n Chips dan juga Charcoal Chicken Dianella Plaza.

Fish n Chips dengan fish yang segar beserta fries yang besar. Cukup 2 set untuk 5 orang. Sangat banyak portion yang disediakan. Selain itu, tempat tersebut sangat cantik iaitu berada di tepi diamana bot-bot kecil berlabuh. Sambil makan sambil tengok pemandangan Lautan Hindi.

Charcoal Chicken Dianella Plaza pula menyediakan makan ayam panggang dan juga ribs yang sangat sedap disertakan juga nasi beriyani. Daging ayam dan ribs sangat lembut dan anda memang patut untuk mencuba. Sekadar ingatan, Ahad je kedai ni dan pelanggannya sangat ramai.


Selain itu, aku berkesempatan untuk mecuba minuman coffee dan coklat yang sangat segar yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai runcit, mart seperti woolworth, Coles, West mart dan banyak lagi la. Katanya ada juga ayam halal dijual, tetapi kene cari brand tersebut. Kami tidak berkesempatan untuk cuba sebab sudah bawa beberapa makanan daripada Malaysia.

Makanan wajib dibawa sudah tentu meggi, makan dicuaca sejuk, terus ianya menjadi seperti spageti 5 star. hahah




CuacaCuaca disana kalau mengikut google weather akan mengalami hujan disepanjang hari bagi hari permulaan kami. Ya betul, pagi sahaja sudah hujan dan cuaca sangat sejuk. Tetapi hujan mereka sekejab-sekejab tetapi kerap. Hujan 5 minit, 20 minit selepas itu hujan kembali. Tetapi tiba hari esoknya hujan dan kurang dan kami nampak matahari. Alhamdulillah.

Suhu yang pernah dicatatkan paling sejuk adalah 8°C iaitu pada waktu malam dan pagi manakala paling tinggi adalah 18°C. Dinasihatkan tak payah la nak breakfast kat park pada waktu pagi, sejuk tangan nanti weh. Untuk ke arah utara Perth, semakin panas sikit tapi masih 18°C.

Bagi aku sudah cukup sweater biasa, pakai mask sebab Perth sentiasa berangin, sejuk muka nanti, pecah bibir, perit amat. Glove biasa sudah memadai.




CurrencyUntuk kadar tukaran wang Australia Dollar (AUD), hari aku tukar tersebut AUD1 = RM2.93. Untuk barangan jualan di sana, harga barang sana sama sahaja dengan Malaysia. Sebagai contoh, harga tiket bas RM4 di Malaysia, tetapi di Perth berharga AUD4. Tapi kene la convert. Haha Ya, sebab duit kita kecil kan. Jadi bahagian mana boleh jimat, kita jimat seperti bawa makan dari Malaysia.




Aplikasi WajibDi Perth, selain Map atau Peta yang boleh didapati di Aiport sendiri, anda juga perlu menggunakan pertolongan tambahan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Anda boleh muat turun beberapa aplikasi yang aku sendiri gunakan selama berada di Perth. Sangat membantu menyelesaikan masalah. Aplikasi tersebut adalah My Optus, Transperth dan juga Google Maps.

My Optus digunakan sepanjang berada di sana bagi mendapatkan capaian data Internet. Aku menggunakan plan AUD20 dengan diberi 12GB data internet. Aku menggunakan khidmat thetering untuk berkongsi dengan 5 device yang lain dan kelajuan hampir 20mbps. Disana selain menggunakan sosial media, aku menggunakan internet bagi google maps untuk pemanduan.


Aplikasi Transperth pula digunakan bagi mengetahui setiap hentian bas dan train. Di mana kami perlu berhenti, bas berapa kami perlu naik dan waktu perjalanan. Tetapi sebenarnya aplikasi Google Maps nampak lebih membantu daripada Transperth.

Aku menggunakan aplikasi Maps ini hampir 95% untuk pemanduan arah. Jalan kaki ke, naik bas ke, naik kereta semua menggunakan aplikasi Maps ini. Ianya lengkap dengan hentian, waktu perjalanan dan sebagainya. Tetapi anda perlu juga muat turun Maps Offline kawasan Perth sebab di bahagian Pinnacle terutamanya, tiada capaian Internet, jadi Maps Offline dapat membantu untuk petunjuk arah.

 
 

Secara jujur, Perth sangat cantik lagi-lagi bila berkaitan dengan alam semula jadi baik pantainya, tamannya, gurun, laut dan langit yang sentiasa membiru. Bandarnya juga tenang dengan pemandangan moden yang cantik. Cuaca pun sejuk dan best untuk berjalan kaki.

Sekadar perkongsian daripada orang disana, kalau nak datang Perth cuba elak datang di musim panas; dengan suhu sehingga 40°C dan juga katanya, barangan di sana akan meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda. Ini kerana, pada waktu tersebut, ramai pelancong Eropah akan ke sana untuk mendapatkan suhu yang panas tersebut.


Masa yang sesuai untuk melawat Perth seperti yang dicadangkan adalah bulan Ogos sehingga Oktober kerana pada masa tersebut sudah musim bungan dan suhu tidaklah terlalu sejuk. Harap perkongsian ini memberi sedikit gambaran bila anda tiba di Perth kemudian.

Jadi inilah serba sedikit perkongsian pengalaman di Perth, Austrlian. Jadi kepada pembaca lain yang ingin ikuti cerita penuh selama aku di Perth, anda boleh ikuti link di bawah atau dengan carian di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dengan #pengalamanperth dan #syokperth

Pengenalan | Hari Pertama | Hari Kedua | Hari Ketiga | Hari Keempat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2019/07/pengalaman-bercuti-di-perth-australia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Traveloka Promo Flight To Australia Bercuti Secara Jimat Ke Perth Western Australia

Traveloka Promo Flight To Australia Bercuti Secara Jimat Ke Perth Western Australia

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 397 hits
TRAVELOKA PROMO FLIGHT TO AUSTRALIA BERCUTI SECARA JIMAT KE PERTH WESTERN AUSTRALIA Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Apa khabar Entri hari ini mummy nak share tentang cuti cuti di Western Australia Korang tahu tak tentang Sementa...
Korea Utara Tuding Mahasiswa Australia Yang Baru Dibebaskan Sebagai Mata Mata

Korea Utara Tuding Mahasiswa Australia Yang Baru Dibebaskan Sebagai Mata Mata

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 184 hits
Alek Sigley 29 tahun mahasiswa asal Australia sempat ditahan beberapa hari oleh pemerintah Korea Utara Pyonyang menuding pemuda asal Negeri Kanguru itu adalah mata mata untuk kantor berita NK News
Different Types Of Homes You Can Build In Australia

Different Types Of Homes You Can Build In Australia

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 239 hits
Building a House in Australia What Are Your Options There is no doubt that it can seem tempting to build your own home in Australia It can give you opportunities that having to choose The post appeared first on
Wni Di Australia Jadi Korban Penipuan Pajak

Wni Di Australia Jadi Korban Penipuan Pajak

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 158 hits
Tahun keuangan di Australia berlangsung dari 1 Juli sampai 30 Juni dan mulai 1 Juli sampai 31 Oktober adalah waktunya warga harus membuat laporan pajak tahunan yang dikenal dengan nama tax return
Samsung Australia Dituduh Mengelirukan Pengguna Mengenai Ketahanan Air Peranti Galaxy

Samsung Australia Dituduh Mengelirukan Pengguna Mengenai Ketahanan Air Peranti Galaxy

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 183 hits
Peranti mercu Galaxy S sudah mempunyai kemampuan S Pada awalnya sistem pintu digunakan pada Peranti Galaxy S10 kini hadir dengan port terbuka tetapi mempunyai tahap ketahanan IP68 Di Australia Samsung telah dituduh mengelirukan pengguna men...
Majlis Perkahwinan Adat Melayu Meriah Disambut Di Bumi Australia

Majlis Perkahwinan Adat Melayu Meriah Disambut Di Bumi Australia

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 476 hits
Kalau kita tengok majlis perkahwinan Melayu sekarang memang sukar kita nak jumpa majlis yang mengikut tradisi seperti orang dulu dulu tiada lagi rewang dan gotong royong malah semua sudah tersedia dan tinggal bayar sahaja Berlainan pula den...
8 Kontainer Sampah Impor Diduga Terpapar Limbah B3 Dikembalikan Ke Australia

8 Kontainer Sampah Impor Diduga Terpapar Limbah B3 Dikembalikan Ke Australia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 199 hits
Kami memberikan waktu selama 90 hari dari sekarang kepada perusahaan yang mengimpor delapan kontainer ini untuk mengembalikan ke Australia katanya
Armadale House 1 By Mitsouri Architects In Victoria Australia

Armadale House 1 By Mitsouri Architects In Victoria Australia

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 217 hits
Project Armadale House 1 Architects Mitsouri Architects Location Armadale Victoria Australia Area 3 229 sf Photographs by Michael Kai Photography Armadale House 1 by Mitsouri Architects The Armadale House 1 is a renovation and extension pro...
Azmin Tidak Perlu Bercuti Kerana Siasatan Dijalankan Tun M

Azmin Tidak Perlu Bercuti Kerana Siasatan Dijalankan Tun M

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 281 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu bercuti sementara siasatan dijalankan berhubung video kontroversi yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu Beliau berkata...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp