Pengalaman Bercuti 3h 2m Di Kota Bharu


Adakah anda belum pernah pergi bercuti di Kota Bharu, Kelantan?
 
Mungkin ada yang setuju dengan saya, kalau saya katakan Kota Bharu bukanlah suatu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Kalau dari segi populariti, tempat-tempat seperti Kundasang, Cameron Highland, atau mungkin Pulau Langkawi lebih mendapat tempat dan perhatian.
 
Saya pernah terfikir, tak ada apa yang menarik untuk dilihat disini. Jadi, untuk apa saya nak pergi bercuti di Kota Bharu pula, kan?
 
Tapi sebenarnya saya silap. Rupa-rupanya ada banyak tempat yang menarik di Kota Bharu.
 
Anda suka shopping? Dekat Kota Bharu ada banyak tempat yang anda boleh kunjungi untuk shopping!
 
Anda suka mencuba makanan? Ya, ada banyak juadah kuih muih dan menu masyarakat tempatan yang sedap-sedap yang anda boleh nikmati sendiri. Ada banyak makanan tradisi dan kuih muih Kelantan yang sukar diperolehi di KL.
 
Bukan itu sahaja, malahan bagi mereka yang sukakan panorama pantai, dekat Kota Bharu ini juga ada beberapa pantai yang kita boleh kunjungi bagi menikmati keindahan alam. Boleh dikatakan, semua benda ada di Kota Bharu.
 
Saya nak kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ini, pengalaman percutian saya dan keluarga ke Kota Bharu pada awal bulan Ogos yang lepas.
 
Lepas habis kerja pada hari jumaat kami terus bertolak ke Kelantan. Kalau ikut maklumat yang diberikan di Google Map, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu akan mengambil masa lebih kurang 6 jam 36 minit.
 
Tapi saya rasa, kalau ambil kira faktor cuaca, cara saya memandu, keadaan jalan, berapa kali akan berhenti untuk isi minyak dan ke tandas, saya rasa dari 7 jam boleh drag masa sampai ke 10 jam atau 12 jam. Lagipun bila memandu jauh bersama orang tua dan anak kecik, memang macam tu lah lumrahnya.
 
Kebiasaanya kalau dari KL, waze akan cadangkan kita untuk gunakan laluan ke arah Gua Musang. Tapi dalam percutian ini, kami pilih untuk menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur dan seterusnya exit di Kuala Terengganu. Bila dah sampai di Kuala Terengganu, kami akan berehat semalaman sebelum menyambung perjalanan ke Kota Bharu selepas sarapan pagi keesokkan harinya.
 
Perjalanan dari Kuala Terengganu untuk ke Kota Bharu pula mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit ke 3 jam bergantung kepada cara pemanduan.
 
Kalau ada banyak singgah, sudah tentu masa perjalanan akan jadi lebih panjang.
 
Dari Kuala Terengganu, kami memang tak lepaskan peluang untuk berhenti dan singgah di beberapa tempat. Lagipun, laluan yang kami gunakan adalah dengan menelusuri kawasan pantai. Ada banyak tempat-tempat yang ada pemandangan yang cantik, yang buatkan kami rasa tertarik untuk berhenti sejenak.
 
Kalau dah nama pun bercuti, buat apa nak tergesa-gesa. Kalau rasa nak berhenti, berhenti sahajalah. Kita bukannya naik pengangkutan awam, yang mana kita hanya boleh berhenti dekat tempat yang dah ditetapkan semata-mata.
 
Laluan yang kami gunakan ada banyak kedai-kedai tepi jalan yang menjual keropok lekor.
Kemudian, bila dah agak lama memandu, berhenti sekejap untuk minum-minum sambil menikmati udang, ikan dan sotong celup tepung.
 
Tak lama lepas tu, berhenti sekali lagi untuk melihat keindahan kawasan pantai. Rasa seronok bila dapat dengar bunyi alunan ombak menghempas pantai dengan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa.
 
Pantai pertama yang menjadi tempat persinggahan kami adalah di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus.

Dekat pantai ini ada disediakan replika sebuah perahu dan juga papan tanda yang sangat sesuai kalau nak dijadikan tempat untuk bergambar. Jadi apa lagi, kita ambillah beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan dan menandakan yang kita dah pernah sampai ke pantai ini.
 
First impression saya, saya boleh katakan pantainya bersih, pasirnya cantik dan nampak macam selamat kalau nak mandi-manda. Tapi itulah, mungkin sebab masa ini agak awal, saya tak nampak pula ada pengunjung lain yang mandi-manda dekat pantai ini.

Apa pun kalau rasa nak turun ke laut, ada baiknya tanya dulu dengan penduduk setempat. Mereka lebih tahu, sama ada pantai ini selamat ataupun tidak kalau nak mandi manda.
 
Kadang-kadang kita sebagai orang luar ni, kita ingat tempat ini selamat. Tapi orang tempatan tak mandi dekat situ. Mungkin sebab ada obor-obor, atau keadaan pantainya yang sebenarnya kurang selamat. Apapun, bertanya dulu dengan orang yang lebih tahu.
 
Perjalanan diteruskan mengikut laluan tepi pantai.
 
Setiap kali ternampak papan tanda “Keropok Lekor” kami mesti akan berhenti sebentar.

Logiknya, setiap tempat yang menjual dan memproses keropok lekor, rasanya mesti tak sama. Sudah tentu setiap pengusaha mempunyai resipi rahsia mereka yang tersendiri. Oleh sebab kami pun tak tahu mana satu kedai yang paling sedap, jadi kami pun berhenti di setiap kedai.
 
Syaratnya kedai tersebut mesti terletak disebelah kiri sebab mudah nak singgah.
 
Sepanjang perjalanan, bila ada kesempatan saya akan whatsapp Pn Suriya, owner homestay di Kota Bharu tempat dimana saya akan menginap nanti. Memang dah jadi kebiasaan, saya akan update dimana lokasi saya dan pada jam berapa saya dijangka akan tiba di homestay.
 
“Saya masih dekat area Pantai Penarik. Saya mungkin akan sampai lewat, sebab banyak kali berhenti. Mama dengan abah nak shopping keropok lekor…” Saya memulakan chat di whatsapp.

 
“Oh masih kat area Penarik ya. Kat sana sohor dengan celup tepung. Try la singgah. Dekat area Kota Bharu nanti dah susah nak jumpa yang sedap macam dekat Penarik…” Balas Pn Suriya.
 
Nampak gayanya, kena cuba juga berhenti dekat mana-mana restoran yang menjual celup tepung ni.
 
Sepanjang jalan tu memang ada banyak papan tanda restoran yang menjual menu celup tepung. Saya tak tahu, mana satu restoran celup tepung yang terpaling sedap. Jadi, saya singgah je dekat mana-mana yang saya rasakan senang nak masuk.
 
Warung Celup Tepung Mok Ngoh Kemudian saya terjumpa Warung Celup Tepung Mok Ngoh.

Dekat papan tanda ada ditulis “Depan Nelayan Resort”.
 
Apa yang membuatkan saya tertarik untuk singgah makan disini adalah dari segi susun atur warung ini. Dari jauh lagi kelihatan sangat menarik.
 
Ditambah pula dengan adanya tempat makan yang begitu unik.

Rasa sedap tak sedap, itu belakang cerita. Apa yang penting, kita singgah dan cuba dulu.
 
Kami order udang, sotong dan juga ikan. Udang dan sotong diletakkan dalam satu pinggan, manakala ikan diletakkan dalam pinggan yang lain.

Makan ketika masih panas dengan sos pencicah. Boleh tahan sedap.

No wonder la menu celup tepung ni begitu popular. Boleh dikatakan sepanjang jalan disekitar Penarik ini, kebanyakkan restoran dan warung ada menawarkan menu celup tepung.

Lepas dah habis makan, boleh berjalan ke arah tepi pantai. Dekat sini kawasan lapang yang saya rasa mungkin biasa dijadikan tempat berhimpun kalau ada sebarang acara.
 
Perjalanan saya teruskan ke Kota Bharu.
 
Ikut perancangan awal, saya nak terus check in ke homestay di Kota Bharu tempat yang kami akan menginap sepanjang percutian ni. Tapi tuan rumah beritahu yang kami tak dapat nak check in awal sebab tetamu sebelum ini masih belum keluar. Jadi kena ikut standard time untuk check in, iaitu pukul 2.00 petang.
 
Saya pun sebenarnya tak ada masalah dengan masa untuk check in tu. Lagipun, saya masih berada Terengganu. Perjalanan masih ada lebih kurang 100KM lagi baru saya akan sampai di Kota Bharu.
 
Oleh sebab tak boleh nak buat early check in, saya pun terus set waze ke destinasi yang pertama di Kota Bharu, iaitu Kota Bharu Street Art.
 
Kota Bharu Street Art Kalau kita translate, jadilah ia Seni Jalanan Kota Bharu.

Dekat sini kita boleh melihat karya seni yang dilukis didinding-dinding bangunan. Pada waktu saya datang kesini, temanya adalah Palestin.
 
Siapa yang minat seni, minat bergambar, maka kena cari masa untuk jalan-jalan dekat sini. Lokasinya terletak di Medan Ilmu Kota Bharu, Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu. Saya syorkan anda luangkan lebih kurang 20 – 30 minit disini. Biasanya kalau tak ramai orang, tak susah nak bergambar.
 
Selesai jalan-jalan dekat sini, barulah saya terus ke homestay. Dalam percutian ini, saya menginap di sebuah homestay di Kota Bharu yang dikenali dengan nama Rumah Tamu Ayahandabonda.

Kalau anda ada perancangan untuk ke Kota Bharu dan berkenan untuk menginap di homestay ini, anda boleh buat tempahan melalui Agoda melalui link ini.
 
Ataupun, kalau nak buat tempahan melalui Airbnb, boleh ke pautan berikut.
(sila lakukan perbandingan harga sebelum membuat tempahan)
 
Proses untuk check in dekat homestay ni pun senang je. Kunci rumah diletakkan dalam safety box yang letaknya betul-betul sebelah pintu. Tuan rumah akan berikan password untuk buka safety box tersebut dan ambil sendiri kunci.

Inilah dia homestay yang kami pilih untuk check in sepanjang percutian kami di Kota Bharu.
 
Kami masuk rumah ini lebih kurang pukul 4.15 petang. Rehatkan badan sekejap, dan selepas Asar barulah kami keluar dan bersiar-siar di sekitar Kota Bharu.
 
Persoalannya, kalau waktu petang, kat mana tempat yang best untuk kita pergi bersiar-siar?
 
Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu Destinasi pilihan kami pada petang itu ialah di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
 
Mesti ramai yang dah tahu, dahulunya tempat ini dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi. Namun, ianya ditukar kepada nama Pantai Cahaya Bulan.

Penduduk setempat biasanya akan memanggil nama tempat ini sebagai PCB.
Pantai Cahaya Bulan = PCB
Pantai Cinta Berahi = PCB
 
Hmm… agak-agaknya lah kan, bila orang setempat sebut PCB, diorang ini merujuk kepada nama yang lama ke nama yang baru ye?
 
Pantai Cahaya Bulan ini merupakan pantai yang memang meriah. Waktu petang, memang ada ramai pengunjung yang datang beriadah disini.
 
Dekat PCB ini ada macam-macam kemudahan yang disediakan untuk pengunjung, antaranya chalet, hotel, tandas awam, medan selera, pelbagai gerai menjual pelbagai barangan dan sebagainya. Tempat nak parking kenderaan pun ada banyak dekat sini.

Aiii si kecik ni pun dah pandai shopping sejak datang bercuti ke Kota Bharu ni… 
 
Niat asal, nak duduk santai disini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Tapi tak sangka pula cuaca petang tu tak berapa mengizinkan.

Dari jauh kelihatan awan gelap dan selang beberapa minit, angin bertiup dengan begitu kuat sehingga menerbangkan pasir-pasir pantai. Bila dah jadi macam tu, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah beredar.
 
Mungkin kena datang sini sekali lagi, untuk tengok pemandangan matahari terbenam disini.
 
Makan malam di KST Ikan Bakar Sepanjang jalan dari Pantai Cahaya Bulan untuk ke Wakaf Che Yeh, hujan turun dengan agak lebat. Kalau nak jalan-jalan sekitar uptown Wakaf Che Yeh, memang tak sesuai.
 
Kalau nak terus balik ke homestay pula… ermm nak makan apa malam ni? Dekat homestay bukannya ada makanan. So, saya pun pilih untuk singgah makan malam dulu di Restoran KST Ikan Bakar.

Apa maksud KST? Entah. Saya pun tak tahu. Saya ada cuba Google apa maksud KST tu, tapi tak jumpa pula. Boleh jadi sebab saya tak bersungguh-sungguh nak tahu, sebab tu tak jumpa.
 
Waktu hujan-hujan macam ni, teringin nak makan ikan bakar, sup dan ulam-ulaman. Bila tengok restoran ini memang menyediakan pelbagai ulam-ulaman segar macam ni, terus rasa happy.

Ya, happy yang tak terkata. Tak adalah sampai meloncat dan menjerit keriangan. Tapi rasa happy la. Kiranya tak sia-sia pilih restoran ini.
 
Ulam tu saya minta mama yang tolong pilihkan. Macam-macam jenis ulam yang dia ambil. Ulam yang saya tak kenal pun ada juga.

Inilah menu untuk makan malam kami. Kalau anda nak tahu, daun ulam yang berwarna biru tu sedap. Rangup macam keropok. Entah apa nama ulam tu.
 
Uptown Wakaf Che Yeh Kami makan dengan perlahan-lahan. Orang kata, se-slow yang mungkin.
 
Dengan harapan, lepas habis makan nanti hujan akan reda. Kalau hujan dah reda, bolehlah jalan-jalan sekitar Uptown Wakaf Che Yeh. Tapi kalau hujan masih tak reda, terpaksalah kami balik ke homestay sahaja.
 
Oh ya, bagi yang tak tahu lagi, dari Restoran KST Ikan Bakar tu boleh jalan kaki je untuk ke Uptown Wakaf Che Yeh ni.

Pasar malam ini memang cukup besar. Kalau setakat satu jam, memang tak puas nak jalan-jalan dekat sekitar pasar ini.
 
Kalau boleh luangkan 2 ke 3 jam, itu just nice. Lagi seronok kalau bawa “modal” yang secukupnya. Baru rasa berbaloi pusing-pusing dalam ini.


Hari pertama biasanya memang kita tak beli apa-apa. Lebih kepada nak survey, nak tengok-tengok dulu. Melainkan kalau ada sesuatu tawaran yang betul-betul susah untuk dilepaskan, barulah terus beli.
 
Saya rasa best juga pasar malam ni. Banyak benda yang menarik. Dari segi harga, tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Harga pula masih boleh ditawar. Kalau memang betul-betul nak beli, boleh minta diskaun sedikit. Biasanya akan dapat, walaupun cuma minta kurang RM1…
Bolehlah kalau nak shopping sakan dekat sini. Cuma satu je masalahnya… duitnya tak ada pulak..
 
Selesai jalan-jalan dekat pasar malam ni, kami terus balik ke homestay dan tamatlah aktiviti untuk hari pertama. Kita sambung esok hari pula.
 
Kopitam Kita Hari kedua bercuti di Kota Bharu, kami memilih Kopitiam Kita sebagai tempat untuk breakfast.

Saya rasa tempat ini memang sentiasa ramai dengan pengunjung. Tak kisahlah sama ada anda datang awal pagi ke, lewat sikit ke, pasti restoran ini dipenuhi dengan pengunjung.
 
Ramai yang sanggup beratur untuk menikmati menu yang disajikan di kopitiam ini. Walaupun kena beratur panjang, anda tak perlu risau sebabnya dekat bahagian dalam ada banyak meja dan kerusi yang disediakan. Servis yang diberikan juga sangat pantas.
 
Kalau kena beratur sekalipun, hanya untuk beberapa minit sahaja.

Menu yang popular di Kopitiam Kita ini adalah Roti Titab. Roti Titab ini merupakan sekeping roti yang agak tebal. Ianya dibakar terlebih dahulu dan selepas itu dipecahkan telur separuh masak dibahagian tengah manakala disetiap penjuru diletakkan pula kaya. Rasa kaya yang digunakan juga sangat sedap.
 
Saya bukannya penggemar kaya, tapi rasa kaya dekat sini memang saya boleh enjoy. So memang tak peliklah kalau kopitiam ini sentiasa ramai dengan pengunjung. Selain roti titab, menu lain seperti nasi lemak, nasi berlauk dan pelbagai lagi juadah turut disediakan disini.
 
Saya rasa next time kalau ada peluang dapat bercuti di sekitar Kota Bharu, boleh datang ke sini lagi.
 
Pasar Besar Siti Khadijah Selesai bersarapan pagi di Kopitiam Kita, saya menuju ke destinasi seterusnya pula iaitu Pasar Besar Siti Khadijah.
 
Pasar Siti Khadijah ini tidak begitu jauh dengan Kopitiam Kita. Jaraknya lebih kurang 1.5KM sahaja. Sesetengah orang lebih suka breakfast di Pasar Siti Khadijah memandangkan pada hari itu mereka memang nak jalan-jalan dekat dalam pasar ini.
 
Ikutlah mana-mana satu yang anda suka.

Pasar Siti Khadijah ini merupakan sebuah bangunan tiga tingkat.
 
Tingkat bawah dikhaskan untuk barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan runcit dan sebagainya.
 
Untuk tingkat dua dan tiga, anda boleh dapatkan pelbagai barangan seperti baju, alat mainan, telekung, kain pasang untuk buat baju kurung, kain sutera, songket dan macam-macam lagi.

Barang-barang yang dijual di pasar ini ada yang sama dengan yang dijual di Uptown Wakaf Che Yeh.
 
Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan barang-barang yang dijual disini, kita boleh buat tawar-menawar. Cubalah minta penjual sedikit diskaun, kalau betul-betul serius nak beli.
 
Kalau baca tips dari orang-orang yang biasa datang ke Kelantan, mereka akan suggest untuk berkomunikasi dalam dialek Kelantan kalau nak dapatkan pengurangan harga. Sejauh mana keberkesanannya, saya tak dapat nak sahkan. Tapi boleh jadi memang betul.
 
Makan tengahari di Singgora Hor Dah penat shopping di Pasar Siti Khadijah, kami terus balik ke homestay untuk berehat. Penat memandu hari sebelumnya masih terasa.
 
Lebih kurang jam 12.30 kami terus bergerak menuju ke Singgora Hor. Ada reservation dibuat untuk makan tengahari disini.

Singgora Hor ini jaraknya hanya lebih kurang 5KM sahaja dari Homestay Inap AyahandaBonda. Memang sangat dekat.
 
Biasanya pengunjung yang nak mencuba menu masakan di restoran ini, perlu membuat tempahan lebih awal. Mereka tak menerima pelanggan yang walk in.

Memang special menu makan tengahari kali ini.
 
Ada ayam kampung yang digoreng, ikan bakar, siput sedut masak lemak, udang masak sambal, telur dadar, sayur masak lemak, sambal kechupu, ulam-ulaman dan budu. Aroma dan rasa masakkannya pasti membangkitkan selera.
 
Tahukah anda, apa benda kechupu tu? 
 
Muzium Kelantan Dah siap makan tengahari, kami balik ke homestay. Berehat sekali lagi.
 
Mungkin sebab faktor usia. Pergi satu tempat, selepas dah siap urusan, mesti nak balik homestay sekejap untuk rehat-rehatkan badan. Kalau ikutkan, memang petang tu nak tidur je dekat homestay.
 
Tapi rasa sayanglah pula. Masa dibiarkan berlalu begitu sahaja. Walhal, ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada dalam list yang masih belum dikunjungi.
 
Pada hari tersebut, cuaca di Kota Bharu agak panas. Agak kurang sesuai kalau nak buat aktiviti luar.

Jadi saya pilih untuk masuk ke tempat yang ada aircond. Dekat mana lagi kalau bukan di muzium. Tempat seterusnya yang saya pergi adalah di Muzium Kelantan.
 
Dekat Kota Bharu ini ada banyak muzium, dan setiap muzium ini waktu operasinya hanya setakat jam 4.45 petang sahaja. Jadi nak tak nak kena pilih, nak lawat muzium yang mana satu dulu.
 
Bazar Tok Guru Bazar Tok Guru ini hanya 500 meter dari muzium Kelantan.

Saya tak bercadang nak masuk ke dalam sebab masa tak mengizinkan. Saya rasa kalau nak jalan-jalan dekat dalam ni, kena datang sekali lagi. Mungkin tahun depan.
 
Pintu Kota Sultan Ismail Petra Pintu Kota ini merupakan binaan ikonik bagi negeri Kelantan.
 
Ibarat macam replika burung helang gergasi jika di Pulau Langkawi.

Sebagai tanda kenang-kenangan yang anda dah pernah sampai di bumi Kelantan, bolehlah bergambar dihadapan pintu kota ini.
 
Muzium Adat-Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) Dekat kawasan yang sama, ada sebuah lagi muzium yang diberi nama Muzium Adat-Istiadat Diraja Kelantan.

Saya tak berkesempatan nak masuk ke dalam muzium, sebab waktu ini telahpun melepasi waktu operasi muzium. Saya cuma dapat ambil gambar dari luar sahaja.
 
Pantai Senok Rasa macam terlalu awal kalau nak balik ke homestay.
 
Lalu saya pun buat keputusan untuk pergi ke Pantai Senok pula.

Pantai Senok ni orang kata tempatnya sangat cantik, ada ala-ala Pulau Nami yang terletak di negara Korea Selatan.

Boleh jadi sebab dekat Pantai Senok ini ada banyak ditanam pokok rhu secara berbaris dan sangat teratur, menjadikan tempat ini memiliki pemandangan yang begitu indah.
 
Kali ini saya tak tunggu sehingga matahari terbenam. Dah puas jalan-jalan dekat tepi pantai, saya terus balik ke homestay.
 
Dinner grab food Bila dah balik homestay, serius rasa penat pula nak keluar balik untuk cari tempat makan. Hari kedua ni sahaja dah beberapa kali keluar, then balik homestay, lepas tu keluar lagi, kemudian balik semula.
 
Mujurlah, dekat homestay tempat kami menginap ini, ada akses yang baik untuk kita order makanan sama ada dari Grab ataupun Foodpanda.

Dekat kawasan berdekatan ada banyak kedai-kedai makan. Kalau tengok dari segi jarak dan delivery fee, hanya RM2.00 menandakan jarak kedai makan dari homestay tak begitu jauh.
 
Saya order mee celup, memandangkan sepanjang bercuti disini, saya belum dapat peluang untuk makan mee celup.
 
Breakfast di Restoran Nasi Kerabu Panji Hari ketiga di Kota Bharu.
 
Hari ini sebenarnya merupakan hari terakhir percutian kami. Ikut perancangan awal, kami nak terus check out pada awal pagi kemudian baru cari tempat untuk sarapan pagi.
 
Semalam dah makan dekat Kopitiam Kita, tak kan nak repeat tempat yang sama. Kebetulan sepanjang bercuti ini, kami belum pernah masuk ke mana-mana restoran nasi kerabu.
 
Jadi pada hari terakhir ini, kami makan di Restoran Nasi Kerabu Panji.

Restoran ni betul-betul bersebelahan dengan stesen minyak Caltex.

Dari homestay untuk kesini hanya lebih kurang lima minit sahaja. Memang sangat dekat. Sebab tu saya kata, lokasi homestay yang kami pilih memang begitu bagus.
 
Kebanyakkan tempat-tempat menarik dan juga tempat makan memang berada sangat dekat. Bila dah selesai makan, baru kami balik ke homestay, masukkan barang-barang yang dah siap packing dalam kereta dan check out.
 
Serunding rumah hijau Sesiapa yang memandu melalui jalan Pasir Mas – Rantau Panjang, mesti akan perasan kewujudan sebuah rumah banglo yang terletak betul-betul ditepi jalan ini.
 
Ada yang datang sini semata-mata untuk bergambar kenang-kenangan, dan ada juga yang datang untuk shopping beberapa buah tangan untuk dibawa pulang ke tempat asal.
 
Sesetengah orang, ada yang panggil tempat ini dengan nama Serunding Rumah Hijau.

Tapi kalau kita taip “serunding rumah hijau” di applikasi waze, tak jumpa pula nama tempat ini.
 
Sebenarnya, disini adalah tempat dimana serunding dihasilkan. Boleh waze sahaja tempat ini dengan nama “Perusahaan Serunding & Dodol Hjh Wan Sabariah Pasir Mas“.
 
Kalau anda pernah dengar, “serunding kampung laut“ atau “serunding original kampung laut“, haa dekat sinilah serunding itu dibuat dan diproses.

Dekat sini bukan cuma ada serunding dan dodol ye. Ada macam-macam lagi barang yang kita boleh beli, antaranya sambal kering, asam, keropok, kuih kapit, rempeyek, cakar ayam dan banyak lagi.
 
Kalau rasa-rasa masih belum cukup shopping dekat Pasar Siti Khadijah dengan Uptown Wakaf Che Yeh, bolehlah datang shopping ke sini pula. Kebanyakkan serunding yang dijual disekitar Kota Bharu, stoknya datang dari sini. Dari segi harga, harga serunding dekat sini juga lebih murah.
 
Pantai Sri Tujoh Dari rumah hijau, kami naik ke atas lagi menuju ke Tumpat.
 
Dekat sini ada beberapa pantai yang saya teringin nak tengok. Alang-alang dah sampai sini, baik gunakan masa yang ada sebaik-baiknya untuk jelajah seberapa banyak tempat menarik yang ada di Kelantan sebanyak yang mungkin.
 
Seterusnya kami ke Pantai Sri Tujoh yang terletak di Tumpat.

Kali pertama saya sampai ke tempat ini, first impressions saya mengatakan tempat ini tak sama macam pantai-pantai lain yang biasa saya kunjungi.
 
Selalunya kalau pantai, kita akan terus nampak kawasan berpasir. Tapi dekat Pantai Sri Tujuh ini keadaannya sedikit berbeza.

Saya rasa seolah-olah berada di sebuah tasik yang besar.
 
Pantai ini dinamakan sebagai Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan sebuah kawasan rekreasi yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Keadaan muka bumi yang berteluk membuatkan air disini lebih tenang dan sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti.
 
Dekat sini pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti memancing, berkayak atau sekadar duduk berkelah sambil menikmati panorama serba hijau yang sungguh mengasyikkan.
 
Jika anda bernasib baik, juga boleh melihat aktiviti menebar jala yang dilakukan oleh penduduk setempat, yang sebahagiannya mencari rezeki sebagai nelayan. Menariknya, nelayan disini bukan sekadar mencari rezeki dengan menangkap ikan, mereka juga melakukan aktiviti penternakan ikan dalam sangkar dan memproses ikan masin.
 
Pantai ini berdekatan dengan stesen KTMB Tumpat dan juga tempat membeli-belah bebas cukai di Pengkalan Kubor.
 
Pantai Geting Tak sampai 3KM dari Pantai Sri Tujuh, ada satu lagi pantai yang cukup popular dan tak kurang menariknya.

Pantai yang dimaksudkan adalah Pantai Geting.
 
Dekat kawasan pantai yang berpasir ada dibina buaian. Mungkin tak salah kalau saya katakan, buaian ini adalah sebagai ikon pantai ini.

Sesiapa yang berkunjung ke pantai ini, memang tak sepatutnya melepaskan peluang untuk bergambar sambil duduk di buaian ini. Lebih syahdu lagi apabila dapat bergambar berlatarbelakangkan pemandangan laut.
 
Seperti lain-lain pantai yang saya kunjungi sebelum ini, iaitu Pantai Cahaya Bulan, Pantai Senok dan Pantai Sri Tujuh, dekat pantai ini juga banyak ditanam pohon rhu.

Pokok rhu yang ditanam secara tersusun ini, bukan sahaja bertujuan untuk mencantikkan pemandangan, namun pada masa yang sama, ia juga menyediakan tempat yang teduh untuk para pengunjung berpiknik. Satu lagi fungsi pokok rhu ini adalah untuk menghalang berlakunya hakisan pantai.
 
Dekat sini, tempat penginapan yang paling hampir dengan pantai ialah D’Geting Beach Resort.

Saya sempat luangkan masa lebih kurang setengah jam dekat pantai ini, sebelum meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. Actually kalau boleh memanglah saya nak stay lebih lama, tapi apakan daya, perjalanan untuk balik ke Kuala Lumpur memakan masa yang agak panjang.
 
Pasar Besar Tanah Merah Dari Pantai Geting, Tumpat saya teruskan pemanduan untuk kembali ke Kuala Lumpur.
 
Kali ini laluan yang digunakan adalah laluan menghala ke Pasir Mas, dan seterusnya singgah pula di Pasar Besar Tanah Merah.

Kiranya pasar Tanah Merah ini sebagai last check point untuk shopping, sebelum teruskan perjalanan balik ke KL.
 
Pasar ini lebih kurang sama macam Pasar Besar Siti Khadijah. Persamaan itupun dari segi barangan yang dijual.

Dekat sini juga kita boleh dapatkan keropok, serunding, dodol, kacang, dan macam-macam lagi.

Ada pelbagai jenis jeruk. Bila dah sampai KL, baru rasa menyesal sebab tak beli jeruk petai dalam balang tu. Masa ada dekat depan mata, takut nak beli.
 
Actually bukan takut nak beli, takut bila makan jeruk petai tu, nanti sakit perut sebab gastrik.

Tengoklah nanti, kalau rasa macam teringin sangat, mungkin saya akan try cari dekat Shopee.
 
Dalam pasar ini juga ada bahagian yang menjual pakaian.

Walaubagaimanapun koleksi pakaian yang dijual tidaklah begitu banyak pilihan kalau dibandingkan dengan Pasar Siti Khadijah.
 
Bila lalu dekat bahagian yang menjual makanan, saya tertarik dengan urat keting ini.

Masa makan malam dekat Restoran KST Ikan Bakar, kami ada order sup keting. Rasa sup tu memang sedap.
 
Bila lalu dekat sini, tiba-tiba teringat sup urat dekat KST and perut pun auto jadi lapar. Almaklumlah masa ni belum makan tengahari lagi.

Inilah menu yang saya order. Simple but memorable.
 
Sup urat keting, nasi putih dengan air minuman aiskrim soda. (Amerika weyhh)
 
Bila dah selesai urusan dekat Pasar Tanah Merah, kami teruskan perjalanan untuk balik ke KL. Untuk perjalanan balik, sekali lagi kami menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Dari Tanah Merah, kami terus menuju ke Kuala Terengganu dan dari situ terus masuk ke LPT.
 
Inilah dia serba sedikit perkongsian jadual percutian saya dan keluarga di Kota Bharu. Kalau ada pembaca yang ada merancang untuk pergi ke Kota Bharu, tapi masih belum tahu nak buat aktiviti apa, mungkin boleh jadikan perkongsian ini sebagai panduan.
 
Selamat bercuti saya ucapkan!
 
 
The post Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/bercuti-di-kota-bharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda

Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 237 hits
Anda memerlukan sebuah homestay di Kota Bharu Most likely jawapan anda adalah ya Sebab tu anda baca posting ini Sekiranya anda ada perancangan untuk ke Kelantan dan merancang untuk menginap di sekitar Kota Bharu saya ingin kongsikan pengala...
T17f28 Dari Kota Bharu Ke Tbs Naik Bas Transnasional

T17f28 Dari Kota Bharu Ke Tbs Naik Bas Transnasional

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 248 hits
Jam 7 30 malamKami bertolak dari Kampung Delima singgah di Masjid Wakaf Bharu untuk tunaikan solat Isya Jam 8 20 malamKami sampai di Hentian Bas Tesco Kota Bharu tapi apabila sampai di depan kaunter Transnasional ia tutup dengan notis semua...
11 Ragam Kuliner Pontianak Sajian Sedap Dari Kota Khatulistiwa

11 Ragam Kuliner Pontianak Sajian Sedap Dari Kota Khatulistiwa

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 191 hits
Sajian kuliner ini nggak boleh ketinggalan kalau kamu pergi ke Pontianak
Tiga Kota Ini Bisa Jajal Internet Dari Myrepublic

Tiga Kota Ini Bisa Jajal Internet Dari Myrepublic

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 121 hits
MyRepublic melanjutkan perluasan area layanan ke seluruh Indonesia Pada semester kedua tahun ini terdapat tiga kota baru yang terlayani jaringan MyRepublic yakni Serang Cilegon dan Lampung Total saat ini sudah 18 kota di Indonesia yang terl...
Destinasi Wisata Ngawi Yang Membuatmu Tak Sanggup Berhenti Merindukan Kota Ramah Ini

Destinasi Wisata Ngawi Yang Membuatmu Tak Sanggup Berhenti Merindukan Kota Ramah Ini

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 212 hits
Banyak hal menarik yang bisa kamu jumpai saat menyambangi Ngawi inilah beberapa di antaranya
Why It S Fun To Holiday In Kota Kinabalu From The Mountain To The Sea

Why It S Fun To Holiday In Kota Kinabalu From The Mountain To The Sea

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 173 hits
If you don t just want to go island hopping around the TARP you can hire a private boat for snorkelling diving and other water activities too Photos ANDREA FILMER Ah buaya The exclamation by our boatman at the Klias Wetlands sent almost eve...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator