Pengakuan Terbuka Mahu Jadi Perdana Menteri Kj Tempah Kekalahan


 
Rasanya Khairy Jamaluddin atau KJ adalah pemimpin UMNO yang pertama mengaku secara terbuka dirinya mahu jadi Perdana Menteri.
Sebelum ini, walaupun seseorang pemimpin UMNO itu memang diketahui sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri atau berkedudukan makin hampir dengan kerusi tersebut, tetapi tidak pernah ada yang secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.
Secara umumnya mereka masih berselindung atau malu-malu untuk mengakui mahu jadi Perdana Menteri.
Ini kerana risiko membuat pengakuan itu boleh menjadi senjata yang menikam karier sendiri akhirnya.
Pak Lah atau Tun Abdullah Badawi ketika sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak pernah secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.
Beliau ketika itu tetap menjadi timbalan yang setia kepada Tun Mahathir Mohamad sehinggalah diserahkan jawatan itu kepadanya pada 2003.
Begitu juga dengan semua Perdana Menteri yang lain, sebelum sampai ke jawatan Perdana Menteri, tidak pernah mereka secara terbuka meluahkan keinginan dalam hati terhadap jawatan tertinggi itu.
Ismail Sabri Yaakob, sebelum jadi Perdana Menteri, tidak pernah kita dengar ada mengakui secara terbuka mahu jadi Perdana Menteri.
Begitu juga dengan pemimpin lain seperti Hishammuddin Hussein misalnya, walau diketahui beliau ada cita-cita ke arah itu dan sentiasa pula berusaha meningkatkan kariernya dalam UMNO, tapi tidak pernah walau sekali pun mulutnya mengeluarkan kenyataan mahu jadi Perdana Menteri.
Lain benar nampaknya dengan KJ, belum pun memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden UMNO, bahkan beliau tiada apa-apa jawatan dalam hireaki parti ketika ini dan sedang berjuang untuk memegangi kerusi Sungai Buloh pada 19 November ini, luahan keinginan menjadi Perdana Menteri itu sudah pun diluahkannya secara terbuka.
“Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti, kita pimpin Malaysia… Insya-Allah.
“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan, satu hari nanti, saya mahu memimpin UMNO.
“Satu hari nanti, saya mahu menjadi Perdana Menteri anda untuk membangunkan negara ini, tapi saya mesti menang di sini dulu,” kata calon Barisan Nasional (BN) itu semasa ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi.
Tidak salah lagi tujuan KJ meluahkan keinginannya itu ialah agar pengundi Sungai Buloh tidak ragu-ragu untuk memberi kemenangan kepadanya pada pengundian 19 November nanti.
Mungkin ini senjata terakhirnya untuk memenangi kerusi Sungai Buloh memandangkan peluangnya untuk menang lagi masih samar berikutan majoriti kemenangan PKR di kerusi tersebut pada PRU14 lalu adalah lebih 26,000 undi.
Meskipun kedatangannya ke Sungai Buloh setelah diketepikan daripada Rembau setakat ini disambut baik oleh pengundi, tinjauan juga mendapati peluangnya untuk memang masih lagi 50-50.
Kelebihan pencabarnya, R Ramanan daripada PKR, selain beliau amat disenangi oleh penduduk tempatan, dua DUN dalam Parlimen Sungai Buloh iaitu Kota Damansara dan Paya Jaras memang sedia dalam genggaman PKR setelah memenangi pada PRU14 lalu.
Paya Jaras diwakili oleh Khairuddin Othman, manakala Adun Kota Damansara ialah Shatiri Mansor.
Melalui dua Adun berkenaan, usaha mendekati pengundi pasti lebih mudah bagi R Ramanan dan ini suatu kelebihan buatnya berbanding KJ.
Persoalan di sini, apakah dengan pengakuan secara terbuka mahu jadi Perdana Menteri itu boleh membawa keuntungan kepada KJ untuk memenangi kerusi Sungai Buloh?
Adakah pengundi Sungai Buloh boleh terpikat dengan perkara itu?
Atau mungkinkah, musuh dan pesaingnya dalam UMNO yang turut mengidam kerusi Perdana Menteri akan mula berusaha memastikan kekalahannya di Sungai Buloh ini? – ShahbudinHusin 09/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/pengakuan-terbuka-mahu-jadi-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Peluang Kepada Anwar Untuk Jadi Perdana Menteri Pulihkan Ekonomi Negara

Beri Peluang Kepada Anwar Untuk Jadi Perdana Menteri Pulihkan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 258 hits
Rakyat Malaysia perlu memberikan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri menerusi pilihan raya umum kali ini selepas calon calon lain terbukti tidak layak dan gagal Ini kerana saingan utama Pakatan Harapan iait...
Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 267 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional namun berkata Agong mempunyai hak mutlak untuk memilih ketua kerajaan selari dengan Perlembagaa...
Apa Yang Membezakan Anwar Ibrahim Dengan Semua Perdana Menteri Sebelum Ini

Apa Yang Membezakan Anwar Ibrahim Dengan Semua Perdana Menteri Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 312 hits
Dr Madhi HasanMengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri t...
Buat Apa Jadi Perdana Menteri Kalau Bacul Anwar Dakwa Ismail Muhyiddin Tak Bela Nasib Golongan Petani

Buat Apa Jadi Perdana Menteri Kalau Bacul Anwar Dakwa Ismail Muhyiddin Tak Bela Nasib Golongan Petani

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 194 hits
Buat apa jadi perdana menteri kalau bacul Anwar dakwa Ismail Muhyiddin tak bela nasib golongan petaniPengerusi Pakatanan Harapan Anwar Ibrahim menyelar dasar kerajaan yang didakwa terus berpihak terhadap kartel yang memonopoli import beras ...
Benjamin Netanyahu Kembali Terpilih Jadi Perdana Menteri Israel

Benjamin Netanyahu Kembali Terpilih Jadi Perdana Menteri Israel

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 288 hits
Kemenangan kursi mayoritas di parlemen Israel atau Knesset memungkinkan Netanyahu kembali terpilih menjadi PM Israel
Jom Bantu Aishah Bagi Pastikan Anwar Jadi Perdana Menteri

Jom Bantu Aishah Bagi Pastikan Anwar Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 255 hits
PERHATIAN PENTINGSemalam saya ternampak calon PH untuk kerusi Bagan Serai Aishah Sheikh Ismail menohon dana dari orang ramai untuk membantunya merampas kerusi Bagan Serai Tersendu hati saya dengan rayuan berkenaan Saya sangat memahami akan ...
Pengakuan Terbuka Mahu Jadi Pm Mungkinkah Kj Akan Dipastikan Kecundang Di Sungai Buloh

Pengakuan Terbuka Mahu Jadi Pm Mungkinkah Kj Akan Dipastikan Kecundang Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 161 hits
Rasanya Khairy Jamaluddin atau KJ adalah pemimpin Umno yang pertama mengaku secara terbuka dirinya mahu jadi Perdana Menteri Sebelum ini walaupun seseorang pemimpin Umno itu memang diketahui sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri at...
Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 259 hits
Majlis Peguam sokong Tommy Thomas dan menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Jelas bahawa Majlis Peguam adalah ahli komponen gabungan Pakatan Harapan
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan