Pengakuan Hadi Awang Cerahkan Petisyen Umno Beroleh Kemenangan


 
Daripada sudut yang lain, “fatwa politik” Presiden Pas, Hadi Awang bahawa memberi wang kepada pengundi ketika kempen pilihan raya adalah sedekah dan bukan rasuah, dengan jelas merupakan suatu pengakuan amalan itu memang dilakukan parti tersebut.

Berikutan ia pula dikeluarkan susulan tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen terhadap keputusan PRU15 lalu bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu, ia juga suatu pengesahan perbuatan memberi wang kepada pengundi memang berlaku sekurang-kurangnya di ketiga-tiga kawasan terbabit.

Jika tidak, mengapa Hadi dengan selamba mengatakan memberi wang kepada pengundi adalah sedekah dan bukan rasuah?

Tetapi, tahukah Hadi bahawa perbuatan memberi wang ketika kempen pilihan raya adalah suatu perbuatan rasuah dan menyogok pengundi serta suatu kesalahan dalam undang-undang pilihan raya?

Kalau mahu bersedekah, kenapa tidak melakukannya di luar waktu kempen?

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said mengesahkan pihaknya telah memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 lalu membabitkan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Ahmad berkata, petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari itu dibuat kerana berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.

Dakwanya lagi, pengagihan wang sebenarnya turut berlaku di lapan kawasan Parlimen di Terengganu, namun disebabkan kesukaran mendapatkan saksi, hanya tiga petisyen dapat difailkan buat masa ini.

Bersama kenyataan Hadi itu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin juga mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan memberi gambaran bukan suatu kesalahan memberi wang kepada pengundi.

Katanya, apabila kita bercakap tentang memberi wang, niat adalah lebih penting mengenai perkara itu.

“Saya fikir kita perlu berhati-hati berkenaan niat mengapa wang diberikan dan juga orang yang memintanya,” katanya lagi.

Makna kata, petisyen UMNO Terengganu itu sudah ada merit untuk mendapat kemenangan di mahkamah nanti.

Mungkin kena kerja lebih sikit, berdasarkan pengakuan Hadi itu juga, tidak bolehkah BN dan PH berusaha mencari bukti berlakunya amalan memberi wang di semua kerusi yang dimenangi Pas pada PRU15?

Entah-entah semua kerusi dimenangi parti itu hanya kerana wang, bukan disebabkan perjuangan? – ShahbudinHusin 23/01/2023.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/pengakuan-hadi-awang-cerahkan-petisyen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Man Rubbishes Hadi S Defence Of Cash Handouts

Umno Man Rubbishes Hadi S Defence Of Cash Handouts

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 240 hits
Umno information chief Isham Jalil says the PAS president should not come up with reasons to justify bribery PETALING JAYA An Umno leader has rubbished PAS president Abdul Hadi Awang s defence of cash handouts in three constituencies in Ter...
Parti Politik Main Isu Judi Arak Sebar Islamofobia Di Malaysia Hadi Awang

Parti Politik Main Isu Judi Arak Sebar Islamofobia Di Malaysia Hadi Awang

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 226 hits
agendaily com23 01 2023Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Islamofobia yang disebarkan parti politik tertentu dan beberapa pihak lain dalam kalangan rakyat di Malaysia bertujuan mengadu domba ...
Hadi Should Repent For His Justification Of Handouts Umno Veteran

Hadi Should Repent For His Justification Of Handouts Umno Veteran

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 365 hits
Umno Veterans Club secretary Mustapha Yaakub has told PAS president Abdul Hadi Awang to repent over the latter s remark justifying the party s distribution of cash to voters during the 15th general election This according to Mustapha is bec...
Umno Mohon Mahkamah Membatalkan Kemenangan Perikatan Nasional Di 74 Kerusi Parlimen

Umno Mohon Mahkamah Membatalkan Kemenangan Perikatan Nasional Di 74 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 216 hits
Umno mohon mahkamah membatalkan kemenangan Perikatan Nasional di 74 kerusi parlimen
Bn Akan Cabar Kemenangan Hadi Di Marang

Bn Akan Cabar Kemenangan Hadi Di Marang

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 296 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Barisan Nasional akan mencabar kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang dan keputusan dua lagi kerusi Parlimen di Terengganu dalam pilihan raya umum ke 15 Menurut laporan media petisyen u...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kali Pertama Korban Eidul Adha

Lu Fikir Bagus Sangat Ka Orang Bodoh Pun Buat Duit Kenapa Lu Tak

Pgslot Top 91 By Margot Pgslot Tm69 Co Pgslot Web 1 2568

Pgslot Pgsoft Top 30 By Alicia Fitbloggin Com Pg 6 2568

The Huawei Matepad Pro 12 2 Delivers A Flagship Pc Level Experience

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan