Pengabdian Fitrah Michael Ang






Awal tahun 2019, ketika atmosfera hiburan tanah air dipanaskan beberapa insiden termasuk penularan video 'pesta' meneguk minuman keras oleh peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan adegan buka tudung pelakon Emma Maembong, pengarah dan penerbit Michael Ang tidak ketinggalan menghangatkan suasana dengan melontarkan pandangannya dalam media sosial.

Bagaimanapun, tindakan Michael sekadar membiakkan kecaman hebat khalayak kerana ramai menganggap lelaki berketurunan Tionghoa itu tidak layak untuk menyentuh perihal keimanan seseorang memandangkan dirinya bukanlah seorang Muslim.

Ironi, faktor itulah yang menjadi penyebab Michael terpaksa merahsiakan status agamanya biarpun sudah setahun bergelar mualaf kerana khuatir akan menerima kecaman daripada netizen.

Cuma selepas kad perakuan agama Islam miliknya terdedah, mahu atau tidak, lelaki berusia 43 tahun itu harus mendedahkan status terkininya kepada umum.

Menerusi Instagram peribadi miliknya beberapa hari lalu, Michael akhirnya membuka rahsia sudah pun bergelar seorang Muslim dengan memuat naik sekeping gambar tertera perkataan ‘Allahu Akbar’.

Sungguh,pengarah drama Hero Seorang Cinderella itu mengakui sangat gementar untuk berdepan penerimaan masyarakat selepas membuat pengumuman keramat berkenaan. Bagaimanapun, reaksi umum jauh meleset daripada jangkaan awal.

“Jujurnya, saya sangat bimbang memikirkan, adakah apa yang saya takuti selama ini akan menjadi realiti. Contohnya, orang kecam saya masuk Islam kerana ingin mendapatkan projek penerbitan dengan mudah.

“Saya tidak mahu dengar semua itu sebab keislaman saya adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ini urusan saya dengan Tuhan. Tetapi alhamdulillah, respons yang diterima semuanya positif. Saya sangat menghargainya dan terima kasih banyak-banyak,” tuturnya bersulam senyum ceria.

Mimpi

Bagi seorang mualaf, kisah penghijrahan mereka pasti menjadi perhatian kerana golongan ini akan menerima hidayah dalam pelbagai bentuk, contohnya menerusi mimpi.

Perkara sama juga berlaku kepada Michael lebih dua tahun lalu apabila dia bermimpi dibawa masuk ke satu kawasan yang tertera tulisan Jawi pada bahagian dinding.

“Mula-mula saya tidak tahu lokasi kawasan itu. Tetapi apa yang saya nampak dalam mimpi itu seakan-akan sama dengan keadaan di dalam Kaabah. Itu pun selepas saya mencari video Kaabah dalam YouTube.

“Cuma pada waktu itu, saya tidak terus menukar agama. Saya ambil masa untuk belajar dan banyak bertanya kepada rakan-rakan terutamanya pelakon di set penggambaran.

“Saya seorang yang gemar bertanya dan banyak membaca termasuklah al-Quran. Dari situ, perlahan-lahan saya menerima hidayah terutama selepas diberikan sesuatu yang bersifat sangat peribadi, barulah saya ambil keputusan memilih Islam,” ujar Michael yang bergelar Muslim pada Februari tahun lalu.

Ketika ditanya tentang ilmu yang dipelajarinya setakat ini, tanpa berselindung pengarah kelahiran Melaka itu berkata, dia mempelajari cara menunaikan solat fardu dalam bahasa Inggeris.

“Saya cuba untuk belajar solat dalam bahasa Arab tetapi sukar. Sedangkan bahasa Melayu pun saya sedikit pelat, jadi saya mulakan dalam bahasa Inggeris,” katanya yang masih mengekalkan nama asal, Michael Ang Hai Swee biarpun telah memeluk Islam.

Masih bertatih mempelajari banyak hal tentang agama Islam, Michael mengakui, situasi berdepan kerenah netizen dalam laman sosial secara tidak langsung banyak mendatangkan pengajaran kepadanya. Bergelar Muslim tidak bermakna seseorang itu sudah cukup sempurna. Realitinya, setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

“Saya banyak belajar daripada isu semasa terutama selepas dikutuk netizen berhubung komen saya terhadap isu membabitkan rakan-rakan artis awal tahun lalu.

“Dari situ saya sedar. Jadi, perkara penting yang saya belajar adalah, jika salah, kita perlu perbetulkan dan terus belajar agar tidak mengulang hal serupa pada kemudian hari,” ujarnya.

Ramadan kedua

Lebih setahun memendam rahsia dan terpaksa ‘menyembunyikan’ gerak-geri serta peri laku kerana enggan status agamanya diketahui, status besar dalam fitrah seorang Michael Ang akhirnya terbuka pada hari-hari terakhir menjelang ketibaan Ramadan pada minggu depan.

Jauh dalam lubuk hati Michael, dia berasa sangat lega kerana tidak perlu lagi menyorokkan kebenaran.

“Sejujurnya sewaktu kerap bergurau dengan rakan-rakan pelakon tentang isu membabitkan agama, rasa bersalah juga apabila ada yang bertanya adakah saya sudah memeluk Islam tetapi saya tidak bagi jawapan.

“Sebelum ini banyak kali saya tersasul ketika membuat siaran langsung di Instagram apabila turut mengaminkan doa, menyebut insya-Allah dan memberi salam.

“Jadi, apabila memberitahu perihal sebenar kepada semua orang, saya sangat lega kerana dapat jawab salam orang seperti biasa dan tidak perlu sorok apa-apa lagi,” katanya.

Lebih istimewa, kedatangan Ramadan kali ini disifatkan Michael lebih bermakna kerana dapat menjalankan ibadah puasa seperti umat Islam lain.

“Alhamdulillah, ini tahun kedua saya berpuasa Ramadan. Cuma tahun lepas ada jugalah tidak berpuasa selama enam hari (ketawa). Saya sifatkan Ramadan kali ini lebih bermakna sebab boleh jadi diri sendiri.

“Namun, dalam banyak hal, paling penting yang saya teringin lakukan adalah menunaikan solat Jumaat buat pertama kali di masjid. Lagi pun pelakon Alif Satar sudah berjanji untuk mengajak saya solat bersama Jumaat ini (hari ini),” ujarnya lagi.

Michael juga melahirkan perasaan syukur kerana keputusannya memeluk Islam menerima respons positif daripada seluruh keluarganya sejak mula-mula mengucap kalimah syahadah.

“Sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, saya fikir mahu duduk rumah sahaja tetapi tiba-tiba dapat panggilan daripada ibu meminta saya pulang untuk makan tengah hari.

“Setibanya di rumah keluarga, saya diberi kejutan istimewa apabila seluruh ahli keluarga memakai pakaian raya dan menghidangkan makanan seperti lemang. Itu adalah perkara paling manis pernah saya lalui,” katanya menutup perbualan.

Lebih setahun menyimpan kemas rahsia diri, pengarah dan penerbit Michael Ang akhirnya membuat pendedahan sudah pun bergelar seorang Muslim pada Februari tahun lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/pengabdian-fitrah-michael-ang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Dah Janji Nak Rahsia Kenali Ustaz Firdaus Wong Orang Kuat Disebalik Pengislaman Michael Ang

Kami Dah Janji Nak Rahsia Kenali Ustaz Firdaus Wong Orang Kuat Disebalik Pengislaman Michael Ang

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 583 hits
Kami Dah Janji Nak Rahsia Kenali Ustaz Firdaus Wong orang kuat disebalik pengislaman Michael Ang
Sudah Setahun Memeluk Islam Sering Berpuasa Di Bulan Ramadan Michael Ang Sah Masuk Islam

Sudah Setahun Memeluk Islam Sering Berpuasa Di Bulan Ramadan Michael Ang Sah Masuk Islam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 636 hits
Sudah Setahun Memeluk Islam Sering berpuasa di bulan Ramadan Michael Ang sah masuk Islam Siapa sangka pelakon dan pengarah Michael Ang hari ini telah mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu Perkara tersebut disampaikan ...
Selamat Kembali Wahai Saudaraku Menitis Air Mata Adam Corrie Bila Dapat Tahu Michael Ang Peluk Islam

Selamat Kembali Wahai Saudaraku Menitis Air Mata Adam Corrie Bila Dapat Tahu Michael Ang Peluk Islam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 430 hits
Selamat Kembali Wahai Saudaraku Menitis Air Mata Adam Corrie Bila Dapat Tahu Michael Ang Peluk Islam Seperti semua sedia maklum pengarah drama terkenal Michael Ang telah mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam sejak setahun yang...
Michael Ang Mimpi Masuk Rumah 4 Segi Berbau Ros

Michael Ang Mimpi Masuk Rumah 4 Segi Berbau Ros

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 303 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Penghujung Syaaban ini industri seni khususnya menerima perkhabaran gembira apabila pengarah tersohor Michael Ang mengumumkan berita beliau memeluk agama Islam sejak setahun lalu Berduyun duyun ucapan syu...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever