Penerangan Tentang Sports Mode Oleh Mediatek Yang Dikatakan Satu Penipuan
Berikutan berita penipuan Mediatek pada app benchmark PCMark, seronok pulak admin baca komen-komen di group Facebook. Ada yang berseronok, yang gelabah, yang blur pun ada.
Meh admin nak cerita seringkasnya apa yang berlaku. Pihak PCMark telah menyedari ada coding (program) dalam cip Mediatek yang mengaktifkan “Sports mode” sementara ketika benchmark dilakukan. Mode ni akan push cip tu berusaha all out sambil mengabaikan suhu dan penggunaan tenaga. Dengan kata mudah dia ibarat bagi steroid kat atlet la. Kejap je benchmark ni so xde masalah la.
FAQ
Apa yang Mediatek dapat dari perbuatan ni?
Of course result benchmark mesti la tinggi, boleh diorg show off yg cip ni power, baru la laku.
——
Habis tu kalau dah power kenapa tak on je Sports mode tu sepanjang masa?
Tak boleh, sebab kalau on sepanjang masa, fon akan jadi panas dan kuat makan bateri. Sebab tu PCMark taknak iktiraf result benchmark cip mediatek ni, katanya result tu tak menunjukkan pengalaman sebenar cip tersebut. Betul la kan, ambik dadah mesti la power.
——
Jadi kami yang pakai Mediatek ni patut gelabah tak?
Kalau nak silakan. Tapi ia takkan mengubah apa-apa. Kalau anda sebelum ni sudah berpuas hati dengan kepantasan fon Mediatek tu, berita ni takkan buatkan device anda perlahan selepas ni. Cuma jangan show off sangat benchmark tu takut kena kecam.
——
Saya baru plan nk beli fon Mediatek ni, perlu ke saya batalkan niat saya?
Bergantung, kalau nak beli sebab result benchmark semata-mata, boleh fikirkan kembali. Tapi kalau memang nakkan handphone tersebut sebab penawaran lain, teruskan niat anda. Siri cip terbaru Mediatek masih lagi SoC yang capable untuk memuaskan hati anda.
The post Penerangan tentang “Sports Mode” oleh Mediatek yang dikatakan satu penipuan appeared first on Lepak CC.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lepakcc.com/penerangan-tentang-sports-mode-oleh-mediatek-yang-dikatakan-satu-penipuan/