Penerangan Lengkap Tentang Aplikasi Touch N Go Dan Nikmati Pelbagai Kemudahan Tng


Penerangan Lengkap Tentang Aplikasi Touch N GO dan Nikmati Pelbagai Kemudahan TNG 2 Sebelum kita pergi lebih details, kami ingin kongsikan dahulu pelbagai ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada aplikasi Touch N Go ini. Mula-mula mari kita kenali senarai kemudahan Aplikas Touch N Go yang ada selain RFID, e-wallet dan beberapa kemudahan lain yang biasa kita dengar dan guna.
Kenali Aplikasi Touch N Go (TNG) Sebagai pengguna biasa seperti orang awam kebanyakkan, kami akan kongsikan pandangan ringkas menurut kaca mata kami mengenai TNG ini. Mungkin tidak lengkap dan sempurna, tetapi mungkin memudahkan anda semua memahami apps TNG yang sediakan banyak kemudahan.
Sebelum itu, bagi mereka yang belum ada aplikasi TNG ini, boleh download aplikasi TNG yang rasmi ini disini.
➤ DOWNLOAD APPS TOUCH N GO! Senarai Perkhidmatan di Aplikasi Touch n GO Mengikut Kategori Secara umumnya, terdapat 7 kategori yang akan kami senaraikan seperti dibawah.
TRANSPORT & TRAVEL✔ Easybook
✔ redBus
✔ Firefly
✔ Flight
✔ KLIA Ekspress
✔ Shell
✔ PayDirect
✔ TNG Card
✔ RFID
✔ Parking
✔ BateriKu
✔ Carsome
✔ TheLorry
✔ TRAPO
✔ myTukar
✔ SafeTrip
✔ ParkInsure
✔ Road Tax
✔ iBook Ya, seperti yang ramai dah biasa guna, antara kemudahan terbaik dan paling umum diketahui ramai ialah menggunakan aplikasi Touch N Go untuk pembayaran tol di exit highway di seluruh negara kita. Selain e-wallet tersebut, 1 lagi kemudahan yang menarik ialah RFID yang mana 1 lagi penggunaan teknologi pembayaran tol yang membenarkan pengguna membuat tambah nilai secara personal sahaja menggunakan transaksi online (akaun sendiri).
Baiklah mari kita lihat Perkhidmatan Kewangan (Financial Services) pula.
Financial Services✔ GO+
✔ Visa Card
✔ GOremit
✔ GOinvest
✔ GOprotect
✔ CarInsure
✔ MotoInsure
✔ CI Insure
✔ WalletSafe
✔ SafeTrip
✔ SafeHome
✔ ParInsure
✔ GOpinjam
✔ CTOS Di dalam perkhidmatan kewangan ini, ada banyak perkara menarik yang perlu kita terokai kerana perkhidmatan yang diberikan rata-rata memang memudahkan kita. Bagi kami, antara perkhidmatan kewangan yang sangat bermanfaat ialah GO+, GOinvest dan GOpinjam. Kenapa? InsyaAllah akan kita kemaskini dalam masa terdekat bagi setiap perkhidmatan yang diberikan.
Seterusnya ialah perkhidmatan bill & prepaid.
Bills & Prepaid✔ TNB
✔ Bills
✔ MY Prepaid
✔ Sohoj
✔ PayHub
✔ Maxis
✔ SOS Top up Untuk perkhidmatan bill dan prepaid pula mungkin tidak terlalu berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan oleh ewallet lain atau aplikasi bank. Jadi mungkin kami tidak akan pergi mendalam mengenai perkhidmatan ini.
Seterusnya ialah perkhidmatan penghantaran makanan (Food & Delivery).
Food & Delivery✔ Fave
✔ Tealive
✔ Burger King
✔ FamiDelivery
✔ BAIJIA Delivery
✔ Beep
✔ Coolblog
✔ Marrybrown
✔ ZUS Coffee
✔ FunNow Bagi perkhidmatan food delivery, bagi kami ianya hanyalah himpunan kepada aplikasi-aplikasi yang sudah kita ada di dalam telefon seperti Fave, Burger King, ZUS Coffee dan sebagainya. Tapi, memang menarik juga jika kita dapat kumpulkan semua di bawah satu apps betul tak?
Tickets & Entertaiment✔ A+ Rewards
✔ Movies
✔ Klook
✔ FunNow
✔ Apple Zone
✔ MFL Seterusnya ialah perkhidmatan tiket dan hiburan. Di bawah tab tickets & entertaiment, terdapat banyak aplikasi lain yang boleh digunakan seperti MFL, Klook dan A+ Rewards. Jika ini belum dapat membuatkan anda rasa teruja, mungkin aplikasi Movies dapat penuhi hajat anda untuk dapatkan tiket-tiket movies.
Kemudahan aplikasi yang seterusnya ialah shopping. Ya, pasti ramai yang suka bahagian ini bukan?
Shopping✔ MR DIY
✔ FamiDelivery
✔ Presto
✔ KK Mart
✔ eShop
✔ Bonuslink
✔ Senheng
✔ JomBeli
✔ BP Healthcare
✔ Lazada
✔ Watsons
✔ Alpro Pharmacy Sebenarnya, aplikasi seperti Watsons, Lazada, Senheng dan sebagainya sudah mempunyai website atau aplikasi mereka yang sendiri. TNG hanya menghimpunkan semua aplikasi ini dibawah aplikasi TNG dan sudah pasti kelebihan utama ialah segala transaksi akan cuba di aplikasikan menggunakan pembayaran menggunakan ewallet Touch N Go.
Akhir sekali ialah perkhidmatan Specialty dan Services.
Specialty & Services✔ Merchant
✔ BP Healthcare
✔ MyCyberShield Perkhidmatan Specialty dan Services ini terdiri daripada Merchan, BP Healthcare dan MyCyberShield. Jika ingin ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini, pihak kami akan cuba ulaskan nanti.
Kenapa Gagal Install dan Daftar Akaun Touch N’ GO eWallet? Keperluan Telefon Mudah Alih Untuk mendaftar akaun TNG, sila pastikan telefon mudah alih anda memenuhi keperluan berikut:
Sistem Pengendalian Mudah Alih: Versi Android 5.0 atau yang lebih tinggi. Status Peranti: Peranti anda tidak boleh dijailbreak atau di-root. Versi Aplikasi TNG eWallet Terkini: Sila pastikan anda mempunyai versi terkini aplikasi Touch ‘n Go eWallet dipasang. Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, tetapi anda masih tidak dapat mendaftar akaun dengan kami, sila pertimbangkan situasi berikut.
Nombor Mudah Alih atau Nombor ID Sudah Didaftarkan: Nombor mudah alih atau nombor ID anda (MyKad/Passport) mungkin telah didaftarkan kepada akaun Touch ‘n Go eWallet yang sedia ada. Ini mungkin kerana nombor mudah alih anda sebelum ini telah digunakan oleh pemilik akaun eWallet lain, atau seseorang secara tidak sengaja telah memasukkan nombor ID anda semasa proses pendaftaran mereka. Akaun Terdahulu dengan Nombor Mudah Alih atau Nombor ID yang Sama: Jika anda sebelum ini telah mendaftarkan akaun dengan nombor mudah alih atau nombor ID yang sama dan tidak dapat mengingati nombor PIN 6 digit anda, sila ikuti langkah “Lupa PIN” yang disediakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk artikel kami di sini. Menukar Nombor Mudah Alih dan Tidak Boleh Log Masuk:
Akaun yang Disahkan: Jika anda mempunyai akaun yang disahkan, anda boleh mendapatkan akses semula dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun dengan Pengesahan Wajah. Tonton video pendek di sini.
Akaun yang Tidak Disahkan: Bagi akaun yang tidak disahkan, anda boleh mendapatkan akses semula dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun dengan alamat emel yang didaftarkan. Tonton video pendek di sini. Negara Bukan dalam Senarai: Jika negara anda tidak disenaraikan, kami mohon maaf atas kesulitan ini. Sila pastikan bahawa kami sedang berusaha untuk memasukkan pengguna dari negara anda ke dalam aplikasi kami. Nombor Mudah Alih Tidak Disokong: Sila ambil perhatian bahawa Touch ‘n Go eWallet hanya boleh digunakan dengan nombor mudah alih Malaysia (+60) dan Singapura (+65). Hubungi Kami (Touch N’ GO) Sebenarnya terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan seperti yang telah dikongsikan diatas yang telah disediakan oleh TNG ini. Namun begitu antara perkhidmatan utama yang memerlukan perhatian dan sentiasa mendapat pelbagai persoalan adalah lebih tertumpu kepada Touch N’ GO dan Touch N’ GO eWallet. Jadi berikut kami sediakan butiran lengkap untuk anda hubungi mereka jika menghadapi sebarang permasalahan.
Touch N’ GO Touch N’ GO eWalletUntuk pertanyaan berkaitan dengan Kad RFID/Touch ‘n Go.Untuk pertanyaan berkaitan Touch ‘n Go eWallet:
✔ Pendaftaran/Masuk
✔ Pembayaran Touch ‘n Go eWallet
✔ Berkaitan dengan Kad Visa GO+
✔ GOinvest, GOpinjam, GOprotect+603-2714 8888
(Isnin hingga Jumaat 8.00am – 8.00pm)+603-5022 3888
(Isnin hingga Ahad 7.00am – 10.00pm)[email protected] floor, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 KL.
Isnin – Jumaat (Hari Bekerja Sahaja)
9.00am – 5.00pmGround floor, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 KL.
Isnin – Jumaat (Hari Bekerja Sahaja)
9.00am – 5.00pmLot L2.07, Level 2, Nu Sentral Shopping Mall, No. 201 Tun Sambanthan, 50470, KL.
Isnin hingga Ahad (Termasuk Hari Cuti)
10.00am – 10.00pmLot L2.07, Level 2, Nu Sentral Shopping Mall, No. 201 Tun Sambanthan, 50470, KL.
Isnin hingga Ahad (Termasuk Hari Cuti)
10.00am – 10.00pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/09/penerangan-aplikasi-touch-n-go-kemudahan-tng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Menyertai Sebagai Gogetter Aplikasi

Cara Daftar Menyertai Sebagai Gogetter Aplikasi

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 223 hits
CARA DAFTAR MENYERTAI SEBAGAI GOGETTER APLIKASI Seperti yang anda ketahui perbelanjaan taraf hidup kini semakin meningkat Seharusnya anda ingin mencari pendapatan sampingan bagi menambahkan pendanpatan anda Kini anda boleh mencai Part time ...
7 Aplikasi Travel Yang Wajib Ada Dalam Phone

7 Aplikasi Travel Yang Wajib Ada Dalam Phone

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 162 hits
Saya sangat saran kan anda untuk install 7 aplikasi travel ini dalam smartphone anda sebelum anda terbang ke luar negara untuk melancong business trip atau backpaker Ini bagi memudahkan urusan anda serta mengelakan kekalutan semasa tiba di ...
Aplikasi Misi Cara Daftar Dan Muat Turun Aplikasi

Aplikasi Misi Cara Daftar Dan Muat Turun Aplikasi

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 229 hits
MISI merupakan sebuah aplikasi penghantaran makanan yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri Aplikasi ini asalnya dibangunkan sebagai alternatif kepada Foodpanda Grabfood dan banyak lagi aplikasi seumpanya yang sedia ada dan dibangunka...
Bertemu Umkm Sandiaga Janji Bantu Pemasaran Dan Layanan Aplikasi Agar Ekonomi Kreatif Bangkit

Bertemu Umkm Sandiaga Janji Bantu Pemasaran Dan Layanan Aplikasi Agar Ekonomi Kreatif Bangkit

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 170 hits
Sandiaga mengatakan kebangkitan ekonomi untuk para komunitas adalah salah satu prioritas yang penting dalam memajukan perekonomian suatu daerah
Facebook Akan Tamatkan Sokongan Sms Dalam Aplikasi Messenger Berkuatkuasa 28 September

Facebook Akan Tamatkan Sokongan Sms Dalam Aplikasi Messenger Berkuatkuasa 28 September

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 116 hits
Facebook kini memaklumkan para pengguna menyatakan sokongan SMS pada aplikasi Messenger akan ditamatkan berkuat kuasa 28 September 2023 kelak Untuk makluman pada 2016 lepas Messenger telah dikemaskini dengan sokongan SMS Ini sekaligus membo...
Aplikasi Myjalan Kkr Aduan Jalan Berlubang Online

Aplikasi Myjalan Kkr Aduan Jalan Berlubang Online

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 150 hits
Aplikasi MYJalan telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya yang merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat supaya kerosakan jalan raya atau perabot jalan dapat dibaik pulih Seperti mana yang kita ta...
Aplikasi Keuangan Sederhana Solusi Terbaik Pemanfaatan Teknologi Untuk Umkm

Aplikasi Keuangan Sederhana Solusi Terbaik Pemanfaatan Teknologi Untuk Umkm

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 158 hits
Aplikasi Keuangan Sederhana Saat ini UMKM menjadi tulang punggung ekonomi global Mereka menciptakan lapangan pekerjaan berkontribusi pada pertumbuhan ekonomi dan membawa inovasi Namun satu tantangan utama yang dihadapi oleh UMKM adalah peng...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni