Penentuan Aidilfitri Rukyah Di Utama Berbanding Hisab Mufti Selangor
Hari Raya Aidilfitri atau 1 Syawal 1443H diputuskan jatuh pada hari ini, 2 Mei selepas hilal atau anak bulan telah kelihatan pada tarikh cerapan walaupun dikatakan luar daripada kriteria Imkanurrukyah. Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, sebelum perisytiharan dibuat, pihak berkuasa telah melakukan siasatan terhadap penemuan anak bulan oleh saksi sebelum memutuskan sama ada hendak menerima atau menolak kesaksian tersebut.
“Keutamaan diberikan kepada kesaksian berdasarkan rukyah walaupun umat Islam cuma berpuasa 29 hari.
“Perkara itu seperti dinyatakan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud ‘Barangsiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa bulan itu’.
“Situasi itu turut dijelaskan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW riwayat al-Bukhari yang bemaksud ‘janganlah kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan pula kalian berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan, maka sempurnakanlah hitungannya,” katanya dalam kenyataan.
Dr Anhar turut menjelaskan, kaedah kriteria Imkanurrukyah untuk menentukan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah digunakan di negara ini sejak 1992.
Penilaian tersebut kemudian ditambah baik bermula awal Muharram pada tahun lalu setelah kajian semakan semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30 tahun.
“Imkanurrukyah sebagaimana diamalkan oleh Malaysia dan negara-negara serantau sepeti Indonesia, Brunei dan Singapura adalah hilal dianggap boleh kelihatan apabila matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang tiga darjah dan elongasi matahari bulan tidak kurang 6.4 darjah,” katanya.
Beliau menambah, kriteria itu dibuat berdasarkan pemerhatian yang berterusan terhadap data dan rekod kenampakan hilal di seluruh dunia.
“Kaedah tersebut menjadi alternatif menurut ilmu falak dalam membentuk satu takwim hijriah yang sistematik dan saintifik serta tidak bertentangan dengan kehendak syarak termasuklah dalam menentukan permulaan Ramadan dan Syawal,” ujarnya.
Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan perisytiharan Hari Raya Adilfitri pada hari ini.
Bagaimanapun pengumuman tersebut mengejutkan orang ramai apabila Aidilfitri tiba awal sehari berbanding jangkaan pada 3 Mei.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2022/05/penentuan-aidilfitri-rukyah-di-utama.html