Penduduk Tongod Anggap Str Sebagai Penyelamat


 
Penduduk Tongod juga mencadangkan agar inisiatif kerajaan yang lain seperti program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke Tongod untuk meringankan kos sara hidup. Foto Arkib
TONGOD, 30 Jan – Penduduk di Tongod, daerah yang dikenali sebagai daerah paling miskin di Malaysia, melihat bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai ‘penyelamat’ yang memberikan peluang untuk bertahan sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang paling memerlukan.
Tongod mencatat kadar kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia iaitu 5.9 peratus berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIS) 2022 oleh Jabatan Perangkaan.
Ibu tunggal dari Kampung Tongod, Jolleta Salim, 45, berkongsi bahawa STR membantu menampung kos rawatan dua anaknya berusia 15 dan 20 tahun yang menghidap talasemia dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, terletak 190 kilometer dari Tongod.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara mencerminkan tekad kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat negara ini bertambah baik. Foto Kementerian KewanganBantuan itu katanya menjadi ‘penyokong’ penting dalam menempuh hidup sebagai ketua keluarga dan membiayai lima anaknya dengan latar ekonomi yang semakin mencabar.
“STR memberi manfaat kepada semua penduduk di daerah Tongod terutamanya yang kurang berkemampuan. Selain kos rawatan, saya guna STR untuk menampung perbelanjaan sekolah dan barang dapur,” katanya kepada Bernama.
Seorang petani dari Kampung Kiliwatong, Morven Janal, 44, pula berharap kerajaan meneruskan STR yang disifatkan cukup besar ertinya kepada penduduk di luar bandar terutama mereka yang tidak berpendapatan tetap sepertinya.

Beliau yang menghidap penyakit resdung sejak empat tahun lepas menggunakan duit bantuan STR untuk menampung kos rawatan termasuk perjalanan ke hospital yang melebihi RM100 setiap kali janji temu dengan pakar di hospital sama.
“Saya berjimat dengan duit STR ini, selain untuk kos kesihatan, bantuan ini juga menampung keperluan keluarga termasuk persekolahan lima anak,” katanya.
Suri rumah dari Kampung Sanan Entilibon di sini, Patrisiah Lumin, 44, berkata banyak faedah diperoleh daripada STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang membantu menampung kos rawatan kesihatan serta pendidikan lima anaknya.
“Pendapatan keluarga hanya bergantung kepada hasil bertani suami. Dengan bantuan ini kami mampu beli buku, pakaian sekolah anak dan menampung kos rawatan darah tinggi dan kencing manis saya,” katanya.

Patrisiah juga berharap bantuan STR mahupun SARA diteruskan setiap tahun kerana bantuan itu penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga.
Beliau juga mencadangkan agar inisiatif kerajaan yang lain seperti program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke Tongod untuk meringankan kos sara hidup.
Dalam pada itu, Pegawai Pembangunan Masyarakat di Tongod Kamrin Satah berkata terdapat 1,082 penerima STR di daerah Tongod dengan 502 penerima diberikan baucar secara tunai manakala 580 penerima dibayar menerusi akaun bank.
“Pemberian STR ini menepati sasaran kerana penerima sedia ada merasakan ia dapat meringankan beban mereka, terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/penduduk-tongod-anggap-str-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenal Energi Terbarukan Sebagai Solusi Terbaik Untuk Penghematan Listrik

Mengenal Energi Terbarukan Sebagai Solusi Terbaik Untuk Penghematan Listrik

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 147 hits
Energi terbarukan rumah kini semakin populer sebagai alternatif untuk mengurangi ketergantungan terhadap listrik konvensional Dengan meningkatnya kebutuhan listrik serta harga yang terus naik banyak rumah tangga yang mulai beralih ke sumber...
Beli Blender Dessini 1 8l 4 In 1 Paling Berbaloi Lengkap Sebagai Blender Juicer Chopper Dan Grinder

Beli Blender Dessini 1 8l 4 In 1 Paling Berbaloi Lengkap Sebagai Blender Juicer Chopper Dan Grinder

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum Beli Blender Dessini 1 8L 3 in 1 di Tik Tok Memang berbaloi Lengkap Sebagai Blender Juicer dan Grinder Hai Ramai ke peminat barangan elektrik Brand Dessini kat sini Pertama kali saya guna brand Dessini pastilah set periuk di...
Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 170 hits
Pengenalan Membaca sebagai Tonggak Pencapaian dalam Kehidupan Mengapa Membaca Penting dalam Kehidupan Membaca merupakan kunci untuk membuka pintu pelbagai ilmu dan pengetahuan Dalam kehidupan seharian minat membaca bukan sahaja menambah mak...
Sukatan Mentega Dan Gula Sebagai Panduan Membuat Kueh

Sukatan Mentega Dan Gula Sebagai Panduan Membuat Kueh

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 133 hits
SUKATAN MENTEGA DAN GULA SEBAGAI PANDUAN MEMBUAT KUEH Semoga Bermanfaat
Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 190 hits
Syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd mengiktiraf Petroleum Sarawak Bhd milik negeri Sarawak sebagai agregator gas negeri tetapi tidak termasuk gas asli cecair Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata P...
Mp Pas Serang Pmx Tapi Rakyat Balun Kaw Kaw Tuduhan Pmx Sebagai Bapa P

Mp Pas Serang Pmx Tapi Rakyat Balun Kaw Kaw Tuduhan Pmx Sebagai Bapa P

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 131 hits
Rata rata membidas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas itu termasuk mengingatkan bahawa indeks persepsi rasuah jatuh dua tahun berturut turut ketika Pas berada dalam kerajaan 33 bulan Perikatan Nasional Malah ada yang menyindir Pas apab...
Ecrl Akan Tetap Dikenang Sebagai Legasi Ds Najib Jangan Siapa Pertikaikan

Ecrl Akan Tetap Dikenang Sebagai Legasi Ds Najib Jangan Siapa Pertikaikan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 95 hits
Ada yg mempersoalkan apakah rasionalnya DS Najib Razak mengemukakan idea malah sudahpun melancarkan projek pembinaan perkhidmatan pengangkutan keretapi ECRL ketika era pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Hari ini kita akan c...
Hamzah Datang Sabah Panggil Rakyat Sebagai Palui Guris Perasaan Sabaha

Hamzah Datang Sabah Panggil Rakyat Sebagai Palui Guris Perasaan Sabaha

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 166 hits
Tindakan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengungkapkan perkataan palui dan ditujukan kepada rakyat Sabah disifatkan sebagai perbuatan biadap Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata w...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tum Tum Raya Shiha Zikir Ieda Zikir

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Syawal Rindu Chord

Rayuan Haji 2025 Mungkin Hanya 2844 Kekosongan Untuk Diisi 84000 Orang

Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia