Penduduk Proses Sendiri Padi Untuk Dapatkan Beras


bharian.com.my
Ole M Hifzuddin Ikhsan 
[email protected]
October 29, 2023 @ 10:23am
Zabidi menunjukkan beras yang dihasilkan daripada padi yang diproses menggunakan mesin mudah alih di rumahnya dekat Alor Berhala, Pendang.
PENDANG: Ketika penduduk bandar sukar mendapatkan bekalan beras tempatan, keluarga petani di luar bandar pula mempunyai pilihan bagi memproses padi untuk mendapatkan beras bagi kegunaan keluarga sendiri.

Penduduk Alor Berhala, Mohamad Zabidi Abdullah, 57, berkata tradisi menumbuk padi sememangnya biasa dilakukan di kampung itu, terutama keluarga pesawah suatu masa dahulu.

Namun selari peredaran zaman katanya, tradisi itu tidak lagi dilakukan dan kebanyakan penduduk hanya membeli beras atau menghantar padi ke kilang untuk diproses bagi mendapatkan beras.

"Dahulu setiap keluarga yang mengusahakan sawah mesti ada lesung padi, tapi kebanyakan lesung dan kayu uli sudah 'ghaib' ketika ini. Ketika saya kecil masih ada lagi orang menumbuk padi di kampung, tapi lama kelamaan tidak ada lagi.

"Sekitar 2018 saya bersama abang ipar, Zainol Hassan, 71, mula menanam pokok padi pulut. Jadi untuk proses beras pulut, kami beli mesin memproses beras di Thailand pada harga RM1,700 dan bawa pulang ke kampung," katanya ketika ditemui BH di sini.

Mohamad Zabidi berkata, memproses beras menggunakan mesin tidak sukar dan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja bagi seguni padi seberat 20 kilogram (kg).

Katanya, bagi setiap 20kg padi, maka hasil beras yang boleh diperoleh adalah kira-kira 14 kg dan selebihnya adalah beras hancur yang boleh diguna untuk membuat ikan pekasam pula.

"Padi yang diproses paling elok adalah yang sudah disimpan selama satu musim atau kira-kira enam bulan di dalam jelapang untuk membolehkannya kering sepenuhnya berbanding padi baharu dituai yang selalunya masih basah.

"Berkemungkinan besar, hanya kami di daerah ini ada mesin memproses padi bagi mendapatkan beras, tapi tujuan kami bukan untuk menjual beras, hanya proses untuk kegunaan keluarga dan diberikan kepada jiran sahaja," katanya.

Bagi Zainol pula, beras yang diproses sendiri mempunyai kualiti sama seperti beras import dari segi saiz, selain rasanya lebih enak berbanding beras diproses di kilang.

"Beras kampung biasanya mempunyai kanji yang banyak, jadi rasa nasi yang dimasak akan lebih manis dan berlemak berbanding beras kilang yang selalunya dibuang kanji ketika proses wap.

"Bagi yang sudah merasai keenakan beras kampung, mereka mesti berasa beras kilang kurang enak dan akan mencari beras kampung. Paling sedap nasi beras kampung dimakan panas-panas bersama ikan lampam pekasam," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/penduduk-proses-sendiri-padi-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bulog Miris Sulsel Pakai Beras Impor Padahal Daerah Lumbung Padi Ini Penjelasan Pj Gubernur

Bulog Miris Sulsel Pakai Beras Impor Padahal Daerah Lumbung Padi Ini Penjelasan Pj Gubernur

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 161 hits
Penyebab masuknya beras impor ke Sulses bukan karena produksinya Tapi didistribusi ke daerah akhirnya kekurangan untuk sendiri
Lazland Game Tanam Padi Di Lazada Dapat Beras Percuma

Lazland Game Tanam Padi Di Lazada Dapat Beras Percuma

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 509 hits
Ada satu game menarik di Lazada yang aku suka main sekarang ni iaitu Lazland game tanam padi Setiap hari aku mesti buka aplikasi Lazada bukan untuk online shopping tapi untuk main game ni Kadang kadang je aku shopping kat Lazada Apa yang be...
Bina Kolam Renang Untuk Anak Sebagai Hadiah Bapa Ni Kongsi Pengalaman Bila Buat Sendiri

Bina Kolam Renang Untuk Anak Sebagai Hadiah Bapa Ni Kongsi Pengalaman Bila Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 220 hits
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran Apatah lagi anak anak yang masih kecil Pasti setiap tahun ternanti nanti apakah hadiah yang bakal dimiliki pada...
Peruntukan Rm3 Bilion Tingkatkan Hasil Padi Mat Sabu

Peruntukan Rm3 Bilion Tingkatkan Hasil Padi Mat Sabu

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 168 hits
Oleh Abdullah Zaid Peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi projek pengairan diluluskan bagi memperkasakan projek penanaman padi lima musim dalam tempoh 2 tahun berskala besar di MADA Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad...
Harga Kawalan Benih Padi Diselaras Rm40 Rm45

Harga Kawalan Benih Padi Diselaras Rm40 Rm45

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 241 hits
Mohamad Sabu berkata penyelarasan itu tidak mengubah struktur pengeluaran pembekalan dan pengedaran benih padi sah sedia ada di seluruh negara PUTRAJAYA Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melaksanakan penyelarasan harga kawalan ...
Satu Malaysia Akan Terkejut Menunggu Hasil Padi Pak Aep Dua Bulan Lagi

Satu Malaysia Akan Terkejut Menunggu Hasil Padi Pak Aep Dua Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 227 hits
HarapanDaily comSYAM GHAZInsyaAllah 2 bulan lagi satu Malaysia akan terkejut Hasil padi tanpa racun dan baja lagi tinggi dari hasil padi yang guna baja dan racun kimia Seorang pejuang makanan organik dari Tasek Malaya Bandung Pak Aep pada t...
Switch To Padi Output Subsidies In The Works

Switch To Padi Output Subsidies In The Works

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 181 hits
Mohamad Sabu trying his hand at transplanting padi last month He told the Dewan Rakyat today of plans to change padi subsidies PETALING JAYA The agriculture and food security ministry is looking to shift the padi subsidy system to one that ...
Cara Dapatkan Sijil Konvensyen Suri Rumah 2023 Ijpw

Cara Dapatkan Sijil Konvensyen Suri Rumah 2023 Ijpw

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 508 hits
Alhamdulillah Program Konvensyen Suri Rumah 2023 telahpun tamat pada 28 Oktober 2023 Tahniah kepada semua peserta KONSURI tidak kiralah anda hadir fizikal atau online Anda semua awesome Disebabkan ramai menghadapi masalah mendapatkan e siji...
Cara Dapatkan Rm50 Epenjana Mysejahtera Saya Sudah Dapat

Cara Dapatkan Rm50 Epenjana Mysejahtera Saya Sudah Dapat

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 415 hits
Assalamualaikum Ramai yang sedia maklum kerajaan akan menyumbangkan sebanyak RM 50 mulai hari ini kepada sesiapa yang sudah install dan mendaftar dengan applikasi MySejahtera Jadi pastinya ramai yang berfikir ia masuk secara automatik Tidak...
Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Awie Alif Ba Ta Chord

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Newcastle Tumpul Tanpa Isak Diikat Villa 10 Pemain Utusan Malaysia

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Kodak Bakal Gulung Tikar Ini Penjelasan Mereka

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Sindiket Pelacuran Babitkan Dua Pelajar Tingkatan 2 Tumpas Ibu Ayam Didakwa