Penduduk Peniaga Sudah Lali Hadapi Banjir Di Meru




KLANG – Penduduk dan peniaga di sekitar Meru di sini sudah lali apabila kawasan kediaman dan premis perniagaan mereka dilanda banjir jika hujan lebat.
Seorang penduduk, Laila Mohd Norani, 30, berkata, rumah sewa didiaminya itu sudah dua kali dinaiki air pada tahun ini.
Laila
“Hujan lebat tanpa henti berlaku sejak petang semalam (Khamis), namun air memenuhi keseluruhan rumah jam 4 pagi tadi (Jumaat).
“Sebelum ini banjir melanda April lalu sewaktu Hari Raya Aidilfitri, ingatkan itu yang terakhir, tapi kami berdepan sekali lagi banjir,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Lot Persiaran Hamzah di sini.
Persiaran Hamzah Alang turut dilimpahi air akibat hujan berterusan sejak petang Khamis.
Menurut Laila, dia bersama suami dan dua anaknya berusia 10 dan dua tahun mengambil keputusan untuk menumpang sementara di rumah kakaknya di Kapar Setia.
“Air naik terlalu cepat dan saya hanya sempat memindah barangan penting sahaja ke tempat lebih selamat, manakala perabut dan kabinet televisyen basah akibat limpahan air,” ujarnya yang menetap di situ sejak dua tahun lalu.
Beberapa kediaman penduduk dan premis perniagaan di Lot Persiaran Hamzah di sini, ditenggelami banjir pada Jumaat.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan rendah di Meru mendapati kediaman dan premis penduduk dilimpahi air termasuk di Jalan Persiaran Hamzah Alang sejauh 200 meter.
Bagaimanapun, jalan terbabit masih boleh dilalui kenderaan awam meskipun digenangi air sejak awal pagi Jumaat.
Seorang peniaga kedai makan, Mohd Yatim Asri, 48, berkata, premis perniagaannya itu terpaksa ditutup sementara akibat dilimpahi air.
Katanya, keadaan itu menjejaskan operasi perniagaan yang menjadi sumber pendapatan utama keluarga.
“Kami tidak boleh berniaga kerana air naik membasahi lantai kedai dan berharap ada jalan penyelesaian diambil pihak berwajib menangani isu ini,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Azri Mustafa, 37, berkata, kira-kira 30 penduduk yang menetap di Taman Seri Puteri terpaksa berdepan banjir apabila kediaman mereka dinaiki air bermula petang Khamis.
Azri
Bagaimanapun, katanya, keadaan bertambah teruk pada pagi Jumaat hingga dia dan keluarga serta penduduk terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru.
“Taman perumahan ini terletak di kawasan rendah, biasanya jika hujan lebat pastinya kawasan kami dinaiki air terlebih dahulu.
“Rata-rata penduduk sudah berpindah dan saya sendiri akui belum sempat tidur kerana bimbang banjir semakin buruk.
“Saya dan isteri serta empat anak kami mula berpindah ke PPS jam 4 pagi tadi dan sehingga kini hujan masih belum berhenti,” jelasnya.
Seorang pengawal keselamatan, Saiful Mat Jusof, 48, berkata, dia terpaksa mengambil cuti kecemasan apabila kediamannya di Kampung Meru mula dilimpahi air sejak jam 6 petang Khamis.
Menurut Saiful, buat masa ini, dia yang menetap bersama seorang adik lelakinya berteduh di dalam kereta sementara menunggu banjir surut.
“Saya tidak bercadang berpindah ke PPS buat waktu ini, tetapi ia bergantung sejauhmana keadaan banjir.
“Kampung ini berada di kawasan agak rendah dan salah satu punca utama air banjir bertakung adalah kerana sistem perparitan tidak diselenggara secara sistematik,” ujarnya.
Sebuah kereta tersadai ditenggelami banjir di Taman Seri Puteri, Meru.
Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di Selangor menunjukkan peningkatan apabila seramai 312 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di dua PPS di Meru.
Menerusi info di portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyaksikan seramai 286 mangsa daripada 70 keluarga telah dipindahkan ke PPS SK Sungai Binjai.
PPS di Balai MPKK Bukit Kapar pula menempatkan seramai 26 mangsa daripada tujuh keluarga, setakat jam 2 petang Jumaat.


Source link
The post Penduduk, peniaga sudah lali hadapi banjir di Meru appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/penduduk-peniaga-sudah-lali-hadapi-banjir-di-meru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Penduduk Bimbang Banjir Besar Tahun Ini

Kelantan Penduduk Bimbang Banjir Besar Tahun Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 79 hits
Kota Bharu mula dinaiki air penduduk bimbang banjir besar tahun iniHarapandailyKota Bharu mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam dengan pusat pemindahan sementara mulai dibuka hari ini Sebanyak 17 PPS dibuka di ibu negeri K...
Kelantan Jambatan Runtuh Dibadai Arus Banjir Penduduk Tak Dapat Keluar Beli Barang Keperluan

Kelantan Jambatan Runtuh Dibadai Arus Banjir Penduduk Tak Dapat Keluar Beli Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 59 hits
Hazira Ahmad Zaidibhnews bh com myJambatan menghubungkan Kampung Temalir dan Kampung Temalir Lama di Kuala Krai Kelantan runtuh susulan hujan lebat dan arus deras Sungai Pahi Foto ihsan penduduk KUALA KRAI Jambatan menghubungkan Kampung Tem...
Mangsa Banjir Hampir Mencecah 100 000 Setakat Petang Tadi

Mangsa Banjir Hampir Mencecah 100 000 Setakat Petang Tadi

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 73 hits
Malaysiakini nbsp Situasi banjir di lapan negeri kian buruk dengan angka keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 96 883 orang setakat 4 petang ini KELANTAN adalah negeri paling terjejas dengan 65 9...
Banjir Di Kelantan Tahun 2024 Info Penting Untuk Rakyat

Banjir Di Kelantan Tahun 2024 Info Penting Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 120 hits
Banjir tahun 2024 kembali menjadi cabaran besar bagi rakyat Kelantan Hujan lebat yang berterusan sejak penghujung November menyebabkan banyak kawasan di negeri ini terjejas Dalam menghadapi situasi mencabar ini penting untuk rakyat mengambi...
Persediaan Banjir Untuk Ibu Ibu Mengandung Panduan Lengkap

Persediaan Banjir Untuk Ibu Ibu Mengandung Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 74 hits
Persediaan banjir untuk ibu ibu mengandung panduan lengkap Musim banjir boleh menjadi satu cabaran besar bagi semua terutamanya bagi ibu ibu mengandung Keadaan ini memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi untuk memastikan keselamatan...
Kpdn Pastikan Bekalan Asas Cukup Di Negeri Terjejas Banjir

Kpdn Pastikan Bekalan Asas Cukup Di Negeri Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 64 hits
MELAKA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memastikan bekalan barangan keperluan asas untuk negeri yang terjejas banjir adalah mencukupi Timbalan Menterinya Dr Fuziah Salleh menjelaskan bahawa KPDN telah memberikan lesen...
Jumlah Mangsa Banjir Naik Kepada 140 107 Di 715 Pps

Jumlah Mangsa Banjir Naik Kepada 140 107 Di 715 Pps

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 64 hits
FMT ReportersMenurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat 38 daerah di Kelantan Terengganu Kedah Perlis Perak Negeri Sembilan Selangor Melaka dan Johor terjejas PETALING JAYA Seramai 140 107 mangsa banjir daripada 42 214 keluarg...
Wanita Guna Papan Tanah Liat Halang Air Banjir Masuk Rumah Rumah Saya Okay Harap Membantu

Wanita Guna Papan Tanah Liat Halang Air Banjir Masuk Rumah Rumah Saya Okay Harap Membantu

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 80 hits
Idea bernas seorang wanita yang menghalang air banjir memasuki rumahnya dengan hanya menggunakan tanah liat dipuji ramai Malah ramai yang mencuba dan ternyata berhasil Menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok Nurul Atyra yang menggunakan te...
Jom Pesta Banjir Yaaaampusalammm

Jom Pesta Banjir Yaaaampusalammm

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 53 hits
Zunar Cartoonist Fan ClubYaa MARI MARI Pesta banjir yang dicadang oleh pemimpin bersatu
Melaka International Halal Festival

2 Lelaki Ditahan Curi Nasi Sandwich Duit Di Kedai Serbaneka

Disember 2024

Sultan Pahang Titah Metmalaysia Agensi Terbabit Lebih Kerap Kemas Kini Data Ramalan Cuaca Dan Banjir

Are You Waiting For The Genesis Hypercar Here Is All We Know So Far

Man Suspected To Have Started Fire That Affected 5 Homes Arrested

Cara Aktivasi Windows Dan Office Dengan Mudah Bisa Secara Offline Dan Online

Sistema Por Gest O Exclusivo De Modo A Ticas Ssotica


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup

5 Faktor Utama Yang Membuatkan Harga Kereta Elektrik China Murah


Ppim Kemuka Syor Lindungi Pengguna Sinar Ahad 01 12 2024

Lirik Lagu Benar Aku Cinta Ronnie Hussein

Cangkul Dahlan

Akhirnya Kezaliman Ke Atas Ds Najib Terbukti Di Mahkamah

Sambal Telur Rebus Sedap Resipi Ringkas Mudah Kegemaran Ramai

Resipi Puding Roti Kastard