Penduduk Pedalaman Di Sarawak Sukar Dapatkan Bpn


MALAYSIAKINI
Dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19, kerajaan melancarkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun, sesetengah penduduk luar bandar, mereka sukar mendapatkan bantuan itu.

Bagi sesetengah penduduk di pedalaman Sarawak, mendapatkan bantuan tunai antara RM500 hingga RM1,600 tidak semudah berjalan 15 minit ke bank.Malah, bandar terdekat pun tidak mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kata Ketua Penerangan PKR Sarawak, Abun Sui Anyit.

"ATM tidak tersedia di bandar kecil seperti Sungai Asap dan Pakan, atau di bandar terdekat dari kampung atau rumah panjang.

"Oleh itu, mustahil bagi penerima BPN yang sepatutnya mengeluarkan wang tunai untuk membeli makanan harian mereka kerana PKP menyekat pergerakan antara daerah di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abun Sui berkata, tinjauan menunjukkan bahawa banyak penerima yang berkelayakan belum menerima bantuan wang tunai.

"Di Lawas, tinjauan terhadap lebih dari 100 keluarga B40 menunjukkan bahawa lebih daripada 52 peratus keluarga belum menerima bantuan BPN.

"Di Bintulu, tinjauan terhadap 850 keluarga B40 mendedahkan bahawa lebih daripada 60 peratus penerima yang layak belum menerima BPN.

"Di Belaga, tinjauan terhadap 105 keluarga B40 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus belum menerima BPN," katanya.

Dia menambah bahawa ada masyarakat luar bandar yang tidak dapat menanggung kos pengangkutan untuk ke bank.

Abun Sui justeru meminta kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengesan keluarga berkenaan dan memberikan bantuan langsung.

"Sokong pasukan Jabatan Kebajikan untuk meninjau setiap daerah dengan segera dan untuk menilai komuniti yang paling memerlukan sokongan dengan memberi tumpuan kepada orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal dan keluarga miskin dengan anak kecil," katanya, sambil menambah bahawa ia juga dapat dijadikan landasan menyebarkan kesedaran tentang Covid- 19.

Abun Sui juga mendesak agar kerajaan tidak menggunakan pendaftaran dalam talian untuk komuniti tersebut mendapatkan bantuan kerana mereka mungkin tidak mempunyai akses internet.

Dia mengatakan bahawa kerajaan harus bekerjasama dengan bank untuk memberikan perkhidmatan pengeluaran wang semasa PKP kepada penduduk luar bandar.

Malaysia menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac yang mewajibkan perniagaan dan perkhidmatan yang tidak penting ditutup sementara orang ramai tidak boleh meninggalkan kediaman tanpa alasan munasabah.

Langkah itu, yang bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19 yang telah menyebabkan sebahagian besar ekonomi negara terhenti.

Sehingga tengah hari ini, Malaysia mencatatkan 5,389 kes Covid-19 dengan 89 kematian. Seramai 3,197 telah pulih sementara 2,103 orang lagi masih dalam rawatan.

PKP dijadualkan berakhir pada 28 April jika tidak dilanjutkan buat kali ketiga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/penduduk-pedalaman-di-sarawak-sukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Dan Cara Dapatkan Nombor Siri Bpn

Semakan Dan Cara Dapatkan Nombor Siri Bpn

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 2741 hits
SEMAKAN DAN CARA DAPATKAN NOMBOR SIRI BPN Apakah Bantuan Prihatin Nasional Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one off k...
Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 301 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah mengesahkan pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID 19 di Malaysia mempunyai sejarah penyakit lain dan lewat mendapatkan rawatan Hari ini kita ada pesakit termuda 23 tahun yang...
Dapatkan Akses Buku Digital Daripada Scribd Selama Sebulan Tanpa Kad Kredit

Dapatkan Akses Buku Digital Daripada Scribd Selama Sebulan Tanpa Kad Kredit

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 364 hits
Kini anda boleh mendapatkan akses percuma untuk kandungan buku digital dan audiobook daripada Scribd selama sebulan tanpa menggunakan kad kredit Duduk rumah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan pasti tidak banyak aktiviti yang boleh di...
Duduk Rumah Dan Dapatkan The Best Deal Daripada H Trends

Duduk Rumah Dan Dapatkan The Best Deal Daripada H Trends

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 518 hits
H Trends adalah kedai barangan kelengkapan bilik mandi dan dapur yang terletak di Jalan Ipoh KL telah beroperasi hampir 2 dekad Kami berharap dapat melewati ribuan pengguna dengan sokongan pelanggan lama dan baru Berikut adalah beberapa Sup...
Cara Untuk Dapatkan Sim Card Percuma 40 Gb Data Dari Yes 4g

Cara Untuk Dapatkan Sim Card Percuma 40 Gb Data Dari Yes 4g

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 2145 hits
Cara Untuk Dapatkan Simcard Percuma 40 GB Data dari YES 4G Assalamu alaikum Ummi nak kongsikan cara cara untuk mendapatkan SIM Card PERCUMA 40GB
Bayangkan Ini Ayah Kita Gadis Menangis Mohon Bantuan Dapatkan Pak Cik Ini Tempat Berteduh

Bayangkan Ini Ayah Kita Gadis Menangis Mohon Bantuan Dapatkan Pak Cik Ini Tempat Berteduh

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 311 hits
Sebagai manusia biasa pasti kita tidak lari dengan ujian dan dugaan yang Allah beri kepada kita Bukan untuk membebankan tetapi Tuhan lebih tahu kita dapat menghadapinya walau sukar bagi kita semua Satu perkongsian daripada Nazira Sanudin me...
Dari Pilot Kini Jadi Runner Bantu Orang Ramai Dapatkan Makanan

Dari Pilot Kini Jadi Runner Bantu Orang Ramai Dapatkan Makanan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 280 hits
Seorang juruterbang British Airways mengambil keputusan untuk menjadi runner sementara syarikat penerbangan itu menghentikan operasi buat sementara waktu berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini Peter mengambil keputusan untuk menja...
3 Hari Lagi Untuk Mohon Bantuanprihatinnasional Bpn

3 Hari Lagi Untuk Mohon Bantuanprihatinnasional Bpn

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 316 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri memaklumkan hanya 3 hari lagi untuk memohon atau merayu Bantuan Prihatin Nasional bantuan tunai sekali beri untuk B40 dan M40 yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan yang bakal memasuki fasa ke 4 LHDN ber...
Kenapa Wakil Atau Waris Berdaftar Tidak Dapat Tunaikan Bpn Di Bank Bsn

Kenapa Wakil Atau Waris Berdaftar Tidak Dapat Tunaikan Bpn Di Bank Bsn

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1462 hits
KENAPA WAKIL ATAU WARIS BERDAFTAR TIDAK DAPAT TUNAIKAN BPN DI BANK BSN Jika penerima sebenar tidak dapat hadir untuk pembayaran tunai Bantuan Prihatin Nasional maka wakil dibenarkan dengan syarat tertentu dan dokumen berkaitan juga perlu di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri