Penduduk Mohon Projek Lebuh Raya Pan Borneo Dipantau Elak Jadi Punca Banjir


Penduduk Kampung Ketiau, Teriah binti Buntak, 61, di kedainya dinaiki air.-foto Bernama
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Pihak berkuasa digesa memantau projek Lebuhraya Pan Borneo bagi mengelak banjir KOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) -- Penduduk di negeri ini memohon pihak berwajib supaya memantau ketat projek pembinaan mega terutama Lebuh Raya Pan Borneo bagi memastikan projek terlibat tidak lagi menjadi punca bencana terutama banjir dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini.

Beberapa penduduk Kampung Ketiau meredah banjir ketika menunaikan solat di Masjdi Kampung Ketiau. Masjid tersebut antara yang terjejas susulan hujan lebat berterusan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sejak petang kelmarin. --fotoBERNAMA
Penduduk yang berdepan dengan bencana banjir di sini dan Tuaran ketika ditemui Bernama hari ini memberitahu projek pembinaan infrastruktur terutama Lebuh Raya Pan Borneo amat penting, namun semua kontraktor terlibat perlu mematuhi peraturan serta spesifikasi kerja ditetapkan bagi mengelak bencana.


Penduduk Kampung Ketiau, Putatan, Suit Mahali, 76, berkata kampung itu tidak pernah mengalami banjir namun situasi itu berubah apabila projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dimulakan di kawasan berhampiran sekitar dua hingga tiga tahun lepas.

Pesara kerajaan itu berkata hasil pemerhatiannya sebagai orang asal di kampung itu, sistem perparitan dan saliran mula tersumbat selepas projek itu dilaksanakan sehingga air naik ke kawasan kampung selain perparitan tidak diselenggara dengan betul.


“Kami amat mengalu-alukan Lebuh Raya Pan Borneo dan percaya projek ini akan memberi manfaat kepada rakyat tetapi kami harap pihak terlibat dapat membantu kami memastikan projek ini tidak menyebabkan banjir dengan memantau ketat dan selesaikan masalah banjir ini,” katanya.

Dilaporkan setakat 5 Sept lepas, projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah mencapai tahap 65 peratus siap dan kerajaan menerusi Bajet 2023 menyasarkan untuk menyiapkan projek tersebut menjelang 2024.


Hujan lebat berterusan petang semalam menyebabkan beberapa lokasi sekitar pantai barat Sabah terutama di daerah Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang dilanda banjir dengan 43 orang daripada 13 keluarga dipindahkan di Penampang setakat 8 pagi tadi.

Seorang lagi penduduk, Rosli Hamid, 49, berkata beliau mendapati air mula melimpah ke rumahnya kira-kira 11 malam tadi dan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sepanjang beliau menduduki kawasan itu kira-kira 10 tahun lepas.


"Saya rasa kerajaan perlu segerakan pembinaan sungai baharu berhampiran kampung ini agar air tidak lagi melimpah ke kampung ini," katanya yang merupakan seorang mekanik.

Seorang peniaga, Norbert Jadi, 50, yang tinggal di Taman Telipuk Ria, Tuaran pula berkata keadaan banjir di beberapa jalan sepanjang Inanam, Menggatal dan Tuaran dilihat semakin buruk hingga menyebabkan banyak kenderaan terkandas.


"Ada parit tersumbat dan tidak berfungsi. Kita berharap kontraktor atau pihak berwajib ambil berat tentang perkara ini," katanya.

-- BERNAMA

SOURCE: BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2022/10/penduduk-mohon-projek-lebuh-raya-pan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tan Sri Berlumba Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

Anak Tan Sri Berlumba Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 201 hits
Satu ciapan di Twitter menceritakan mengenai kemalangan yang berpunca oleh perlumbaan haram kereta telah berlaku di Lebuh Raya Persekutuan semalam
Tempat Simpanan Barang Pecah Di Lebuh Raya Barang Barang Achey Lesap Termasuk Dokumen Penting

Tempat Simpanan Barang Pecah Di Lebuh Raya Barang Barang Achey Lesap Termasuk Dokumen Penting

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 210 hits
Achey berharap ada pihak tampil memulangkan kembali barang barang miliknya yang hilang PELAWAK Achey memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat s...
Sharkar Banjir Atau Pun Tidak Pilihan Raya Umum Ke 15 Boleh Di Teruskan

Sharkar Banjir Atau Pun Tidak Pilihan Raya Umum Ke 15 Boleh Di Teruskan

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 249 hits
TEMERLOH Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin berpendapat sama ada berlaku banjir atau tidak hujung tahun ini pilihan raya umum ke 15 boleh diteruskan Katanya kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meng...
Harapan Johor Ulang Pendirian Fokus Persiapkan Jentera Musim Banjir Bukan Sibuk Pilihan Raya

Harapan Johor Ulang Pendirian Fokus Persiapkan Jentera Musim Banjir Bukan Sibuk Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 143 hits
Pakatan Harapan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap khabar angin yang sedang bertiup kencang ketika ini berkaitan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat Harapan Johor mengulangi pendirian bahawa keutamaan pada ketika ini adalah untuk mem...
Penduduk Kl Disaran Pindah 2 Hari Sebelum Banjir

Penduduk Kl Disaran Pindah 2 Hari Sebelum Banjir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 230 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata apabila banjir surut mangsa banjir boleh berada di PPS selama dua hari lagi untuk memastikan rumah mereka telah dicuci dan selamat diduduki KUALA LUMPUR Penduduk di kawasan berpotensi banj...
Porak Poranda Mtsn 19 Roboh Diterjang Banjir 3 Siswa Tewas

Porak Poranda Mtsn 19 Roboh Diterjang Banjir 3 Siswa Tewas

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 135 hits
Porak Poranda MTsN 19 Roboh Diterjang Banjir 3 Siswa Tewas Peristiwa robohnya tembok sekolah bersamaan dengan hujan deras pada sore tadi tersebut diakibatkan oleh terjangan banjir yang menyebabkan tiga siswa tewas dan dua lainnya luka luka
Kenapa Umno Nak Pru Musim Banjir

Kenapa Umno Nak Pru Musim Banjir

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 190 hits
PRU BANJIR Tadi sembang2 dengan seorang pengamat politik Best juga info dia Kenapa UMNO nak PRU ketika banjir Pengundi luar tak boleh pulang Harapkan pengundi tegar UMNO yang tinggal di kampung Itu 38 base mereka Itu pada mereka sudah cukup...
Satu Beg Kelengkapan Anak Metmalaysia Jangka 10 Juta Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Bersedia

Satu Beg Kelengkapan Anak Metmalaysia Jangka 10 Juta Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Bersedia

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 197 hits
Kesan trauma melalui pengalaman berdepan banjir besar kira kira 10 bulan yang lalu di Klang dan Shah Alam Selangor masih meninggalkan kesan yang teramat Banjir terburuk yang melanda warga Shah Alam dan menyifatkan sebagai bencana banjir ter...
Cuaca Ekstrem Di Wonosobo Sebabkan Tanah Longsor Hingga Banjir

Cuaca Ekstrem Di Wonosobo Sebabkan Tanah Longsor Hingga Banjir

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 182 hits
Tanah longsor terjadi di sejumlah lokasi di Kabupaten Wonosobo Jawa Tengah Pelaksana tugas Kepala Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Abdul Muhari menuturkan longsor terjadi menyusul cuaca e...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula