Penduduk Kampung Pertikai Keputusan Shafie Teruskan Projek Empangan Papar


Sebuah gerakan akar umbi meneruskan bantahan terhadap projek empangan Papar bernilai RM3 bilion susulan pengumuman Ketua Menteri, Shafie Apdal baru-baru ini yang pembinaan empangan itu akan diteruskan.
Pasukan Petugas Menentang Empangan Kaiduan (Takad) berkata, projek mega itu, yang meliputi 4 kampung di Papar dan 9 lagi di Penampang, akan memusnahkan cara hidup lebih 3,000 penduduk kampung.
Kumpulan itu mempertahankan empangan Papar ialah pengolahan semula projek empangan Kaiduan lama yang dimulakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu, yang turut dibantah mereka.
Jurucakapnya, Diana Sipail, berkata Shafie bertindak berlawanan janji pilihan raya Warisan terdahulu untuk membatalkan projek itu sepenuhnya.
“Penduduk Ulu dan Hilir Papar serta kampung lain di sepanjang sungai kecewa dan sedih dengan pengumuman Shafie,” katanya kepada FMT.
“Kenyataannya kelihatan angkuh dan tidak konsisten dengan janji dibuat partinya yang bertanding di kawasan terjejas dengan projek itu.”
Selasa lalu, Shafie ketika menghadiri sebuah acara di papar berkata, projek itu akan diteruskan untuk memastikan masalah air dihadapi daerah dan kawasan sekitarnya, termasuk ibu negeri itu dapat diselesaikan.
Katanya, walaupun sebahagian masyarakat membantah projek itu, kerajaan negeri perlu melihat secara keseluruhan keperluan rakyat yang memerlukan bekalan air bersih setiap masa.
Pakar ekonomi, Madeline Berma berkata, pembinaan empangan Papar dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air dan elektrik, selain menyediakan air minuman bersih di pantai barat Sabah menjelang 2024.

“Kajian menunjukkan empangan memainkan peranan penting dalam memanfaatkan sumber air,” katanya kepada FMT.
“Bagaimanapun, pengajaran daripada empangan mega Bakun dan Murum di Sarawak menunjukkan pembinaan empangan Papar akan memusnahkan alam sekitar dan melanggar hak Orang Asal yang tinggal di kawasan tersebut.
“Empangan itu akan menyebabkan masyarakat terjejas kehilangan tempat tinggal dan melibatkan kos sosio-persekitaran yang tinggi.”
Berma yang juga felo di Akademi Sains Malaysia, berkata kerajaan boleh mempertimbangkan pencarian sumber tenaga alternatif lain untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik.
“Bina tadahan air lebih kecil dan mikro-hidro berskala kecil (di bawah 100kw) serta piko-hidro (di bawah 5kw) yang tidak memerlukan empangan kerana ia menggunakan aliran semula jadi sungai.”
Katanya, kerajaan negeri perlu mengadakan rundingan dengan pemegang taruh.
“Sebaiknya kerajaan negeri membuat penilaian terhadap impak alam sekitar dan sosial sebelum keputusan akhir dibuat untuk membina empangan Papar.
“Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan bebas (FPIC) daripada masyarakat terjejas.
“FPIC memberi hak kepada masyarakat Orang Asal untuk menentukan secara berkesan hasil daripada keputusan dibuat mengenai sebarang projek yang menjejaskan tanah dan sumber mereka.”
Sipail berkata, penduduk kampung belum diberikan maklumat telus dan rasmi mengenai projek tersebut.
Beliau mendakwa bantahan mereka belum didengari dan mereka tidak dilibatkan dalam mana-mana proses untuk mencari penyelesaian bersama.
Justeru, katanya, kumpulan itu dan penduduk kampung terlibat akan meneruskan perjuangan mereka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk mengambil tindakan undang-undang, jika hak mereka ke atas tanah tersebut diabaikan serta dilanggar.
Jackly Laksimin dari gerakan Selamatkan Sungai Papar, berkata mereka tidak faham mengapa kerajaan negeri tidak mempertimbangkan alternatif lebih awal yang disarankan pakar geologi, Felix Tongkul dari Universiti Malaysia Sabah.
Tongkul mencadangkan pembinaan tadahan air berbanding empangan.
“Kita menunggu dialog bersama menteri bertanggungjawab, tetapi ini belum berlaku. Tiada penjelasan mengenai lokasi sebenar, peta perancangan dan kajian impak berkaitan.”
Kumpulan tersebut membantah projek empangan Kaiduan yang pada awalnya dirancang untuk Ulu Papar di Penampang. Empangan baru, yang akan ditempatkan di Kampung Mondorongin, Papar, bakal mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 1 bilion liter air setiap hari. FMT
The post Penduduk kampung pertikai keputusan Shafie teruskan projek empangan Papar appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/04/penduduk-kampung-pertikai-keputusan-shafie-teruskan-projek-empangan-papar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Teruskan Projek Empangan Papar Walaupun Ekonomi Sabah Teruk Soal Sapp

Kenapa Teruskan Projek Empangan Papar Walaupun Ekonomi Sabah Teruk Soal Sapp

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 279 hits
Edward Dagul mengingatkan Shafie Apadal yang pembinaan empangan Papar akan menyebabkan kira kira 12 kampung tenggelam dan menjejaskan 3 000 penduduk yang tinggal di hulu Sungai Papar serta kawasan sekitarnya KOTA KINABALU Timbalan Presiden ...
Gempar Penduduk Kampung Dikejutkan Dengan Kelahiran Anak Lembu Berkepala Dua

Gempar Penduduk Kampung Dikejutkan Dengan Kelahiran Anak Lembu Berkepala Dua

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 375 hits
Gempar Penduduk kampung dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala duaKelahiran seekor anak lembu berkepala dua mengejutkan penduduk kampung yang terletak di Dejiang Wilayah Guizhou China Foto Pear VideoPENDUDUK di sebuah kampung di t...
Harap Semua Pihak Terima Keputusan Mahkamah Kata Shafie

Harap Semua Pihak Terima Keputusan Mahkamah Kata Shafie

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 243 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berharap semua pihak menerima keputusan dibuat Mahkamah Rayuan hari ini KOTA KINABALU Semua pihak di Sabah diharap menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Neger...
Penduduk Kampung Baru Ditipu

Penduduk Kampung Baru Ditipu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 272 hits
RINA HAMZAHSebelum ini masa jadi pembangkang Annuar Musa dan Najib pernah kata harga pasaran tanah di Kampung Baru adalah sekitar RM3000 kaki persegi sebab dekat dengan KLCC Sekarang dah ada kuasa Annuar Musa kata pembelian tanah Kampung Ba...
Danga Heights Mcc S 039 Pore Meterai Kerjasama Bina Projek Rm8 Bilion Di Skudai

Danga Heights Mcc S 039 Pore Meterai Kerjasama Bina Projek Rm8 Bilion Di Skudai

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 229 hits
JOHOR BAHRU Di sebalik kelembapan ekonomi dunia akibat pandemik COVID 19 Johor dilihat masih lagi berupaya untuk menarik pelaburan berskala besar daripada pelabur asing Ini dapat dibuktikan dengan pemeteraian penjualan tanah secara maya ant...
Macam Mana Tegakkan Slogan Tanpa Turut Kaji Projek Bn Pn

Macam Mana Tegakkan Slogan Tanpa Turut Kaji Projek Bn Pn

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 258 hits
Pada 5 September 2020oleh PENTADBIRBagaimana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki boleh menegakkan slogan SPRM adil tegas dan amanah tanpa turut mengkaji projek rundingan terus sewaktu pemerintahan BN dan PN sa...
Buat Jalan Guna Kualiti Rendah Pengarah Syarikat Buat Untung Atas Projek Infrastruktur Rakyat

Buat Jalan Guna Kualiti Rendah Pengarah Syarikat Buat Untung Atas Projek Infrastruktur Rakyat

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 294 hits
Tindakan rakus dua pengarah syarikat yang diberi amanah untuk menjalankan 10 Projek Menaik Taraf Jalan di Sarawak menyebabkan mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ini kerana dua pengarah syarikat yang bergelar Datuk di...
Disney Bergelut Untuk Teruskan Black Panther Selepas Kematian Chadwick Boseman

Disney Bergelut Untuk Teruskan Black Panther Selepas Kematian Chadwick Boseman

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 282 hits
Pemergian Chadwick Boseman secara tiba tiba masih sukar untuk diterima ramai peminat dan memberi kejutan besar kepada komuniti Hollywood Rakan rakan Boseman di Marvel Studios paling terkesan dengan berita sedih itu kerana mereka tidak menge...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin