Penduduk Gempar Tiga Ekor Buaya Muncul Di Sungai Lalang


 Oleh OTHMAN YAHAYA
SALAH seekor buaya yang ditemui berjemur di tebing Sungai Lalang di Kampung Pinang Luar, Sungai Petani hari ini. Pemberita Zaid Mohd NoorSUNGAI PETANI: Penduduk Kampung Pinang Luar yang tinggal di tebing Sungai Lalang di sini gempar dengan kemunculan tiga ekor buaya di kawasan kediaman mereka sejak Ahad lalu.
Reptilia itu yang berukuran kira-kira tiga meter panjang dilihat berenang di sungai berkenaan, selain menjadikan beberapa tempat di tebing sungai dan bawah jambatan untuk berjemur.
Penduduk, Mukhtar Jasin, 57, berkata, dia sempat merakam video kemunculan seekor buaya dipermukaan air pada pukul 12 tengah hari Ahad lalu.
“Ketika itu saya sedang membersih semak samun di belakang rumah, saya terkejut terdengar pekikan monyet sambil bertempiaran lari ke dalam hutan.
“Beberapa minit kemudian seekor buaya muncul dan berenang di permukaan air berdekatan rumah saya sebelum dikesan berjemur di bawah jambatan berdekatan,” katanya.
Peniaga kedai makan yang tinggal di kampung sama, Abu Bakar Mustaffa, 47, berkata, dia turut melihat buaya berkenaan yang sering berjemur di tebing sungai itu.
“Reptilia itu dilihat berjemur di tebing berdekatan jambatan bersebelahan kedai makan saya kira-kira 20 minit.
“Buaya itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi dan tidak bertindak agresif walaupun menyedari kehadiran penduduk kampung sebelum memasuki semula ke dalam sungai,” katanya.
Suraya Darus,46, berkata, sebagai penduduk asal kampung itu, dia pernah diberitahu arwah bapanya sungai itu memang menjadi tempat tinggal beberapa ekor buaya.
“Arwah ayah saya sering memaklumkan terserempak beberapa ekor buaya berjemur dan berenang di dalam sungai berkedalaman lebih empat meter itu,” katanya.
Sungai Lalang itu itu juga menjadi laluan nelayan Kampung Pinang Luar untuk ke Sungai Batu, Semeling dan Pantai Merdeka.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelindungan Haiwan dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memberitahu, sungai tersebut dikenal pasti antara sungai yang mempunyai beberapa ekor buaya sejak beberapa tahun lalu.    
“Pihak Perhilitan sering melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dan tidak menolak kemungkinan reptilia berkenaan mungkin keluar dari kawasan habitat asal selepas tebing sungai itu dibersihkan oleh JPS baru-baru ini.
“Penduduk di kawasan berkenaan diminta berhati hati termasuk tidak mengganggu reptilia itu, selain menghindari berada berdekatan tebing sungai berkenaan terutamanya ketika air pasang,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/penduduk-gempar-tiga-ekor-buaya-muncul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keanehan Seekor Buaya Yang Muncul Dari Sungai Tallo Makassar

Keanehan Seekor Buaya Yang Muncul Dari Sungai Tallo Makassar

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 438 hits
Buaya berukuran sekitar 2 meter yang muncul dari Sungai Tallo Jalan Perintis Kemerdekaan Kecamatan Tamalanrea Kota Makassar membuat warga heboh Ada keanehan pada buaya tersebut yakni tidak menyerang meski didekati orang Karena hal inilah wa...
Info Banjir Paras Air Tiga Sungai Di Kelantan Lepasi Tahap Waspada

Info Banjir Paras Air Tiga Sungai Di Kelantan Lepasi Tahap Waspada

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 460 hits
Paras air tiga sungai di Kelantan melepasi tahap waspada susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak semalam Menurut laporan infobanjir water gov my setakat jam 11 pagi hari ini Sungai Kampung Lembaga di Gua Musang mencatatkan paras ...
Jana Kuasa Loji Tiga Gaung Sungai Yangtze Pecah Rekod Dunia

Jana Kuasa Loji Tiga Gaung Sungai Yangtze Pecah Rekod Dunia

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 328 hits
Jana kuasa Loji Tiga Gaung Sungai Yangtze pecah rekod dunia Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Nov 2020 3 30
Sering Muncul Dan Resahkan Warga Singkil Buaya 4 Meter Masuk Perangkap Bksda

Sering Muncul Dan Resahkan Warga Singkil Buaya 4 Meter Masuk Perangkap Bksda

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 266 hits
Kepala BKSDA Provinsi Aceh Agus Arianto buaya dengan berat antara 400 dan 500 kilogram itu sudah dievakuasi ke Banda Aceh
Wanita Tak Jadi Bunuh Diri Nampak Kelibat Buaya Dalam Sungai

Wanita Tak Jadi Bunuh Diri Nampak Kelibat Buaya Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 1486 hits
Hasrat seorang jurutera di sebuah syarikat swasta untuk menamatkan nyawanya sendiri terbatal selepas ternampak kelibat buaya setelah terjun ke dalam sungai Wanita tak jadi bunuh diri nampak kelibat buaya dalam sungai Jurutera Tenaga Nasiona...
Pangdam Jaya Mau Bubarkan Fpi Uas Tetap Akan Muncul Lagi

Pangdam Jaya Mau Bubarkan Fpi Uas Tetap Akan Muncul Lagi

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 258 hits
Pangdam Jaya Mayjen Dudung Abdurahman melontarkan pernyataan akan membubarkan Front Pembela Islam Penegasan itu dilontarkan menyusul ramainya soal pencopotan baliho Imam Besar Front Pembela Islam Habib Rizieq Shihab Hari ini aksi yang dilak...
Terlalu Banyak Idea Tentang Cerita Hantu Mamat Khalid Muncul Dengan Drama Eksklusif Kampong Pisang

Terlalu Banyak Idea Tentang Cerita Hantu Mamat Khalid Muncul Dengan Drama Eksklusif Kampong Pisang

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 356 hits
Terlalu banyak idea tentang cerita hantu Mamat Khalid muncul dengan drama eksklusif Kampong Pisang Bersiri Siri SELEPAS lima buah filem di bawah francais merekodkan kejayaan pecah panggung pengarah terkenal Mamat Khalid mengembangkan lagi k...
Cik B Selepas Belakon Kini Akan Muncul Sebagai Penyanyi

Cik B Selepas Belakon Kini Akan Muncul Sebagai Penyanyi

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 556 hits
Nampaknya anak perempuan usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang lebih mesra dengan panggilan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen semakin mendapat perhatian netizen apabila muncul sebagai pelakon Cik B walau bagaimanapun sejak ke...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan