Penduduk Gebeng Tidak Wajar Dibiar Berjiran Dengan Radioaktif



Kelulusan membina Pelupusan Sisa Radioaktif (PDF) di Gebeng dianggap luar biasa kerana kawasan tersebut mempunyai manusia, aktiviti harian dan merupakan kawasan industri, bukannya kawasan terpencil tidak berpenghuni.
Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung, kelulusan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi membina tapak pelupusan sisa radioaktif kilang Lynas tersebut perlu dikaji semula dari semua aspek.
“Ini merupakan satu kelulusan paling “luar biasa” pada tahun 2021. Sekiranya PDF dibina di tapak Gebeng, lebih 10,000 pekerja di sana dan beribu-ribu penduduk di 5 Kampung, 9 buah institusi pelajaran dan 12 taman perumahan akan “berjiran” dengan sisa radioaktif.
“Tapak Pelupusan Kekal (PDF) tersebut akan disimpan dengan sisa yang berunsur Thorium dan Uranium. Adakah sesuai untuk menyimpan sisa-sisa radioaktif ini di kawasan yang pesat dengan kegiatan manusia? Dalam jangka masa panjang, siapa yang akan mengurus dan menyelenggara kemudahan tersebut?
“Laporan Agensi Alam Sekitar (EIA) turut menyentuh hujan lebat akan mengakibatkan air dalam PDF melimpah keluar, dan mungkin mencemarkan Sungai Balok. Bukankah risiko ini bakal menjejaskan mutu hasil tangkapan ikan dan keselamatan air? Adakah keputusan kelulusan ini bertanggungjawab tanpa mengambil kira aspek tersebut?” tanyanya dalam satu kenyataan.
Selain berdekatan dengan kawasan dipenuhi penduduk, menurut Chean Chung lagi, Gebeng mungkin tidak terkecuali daripada dilanda banjir besar pada masa hadapan, memandangkan perubahan iklim telah menyebabkan kawasan Karak dan Bentong yang tidak pernah dilanda banjir bandang mengalami kerosakan yang teruk dalam banjir pertengahan Disember lalu.
Katanya, jika tapak perlupusan sisa berkenaan ditenggelami banjir maka kesannya akan menjadi lebih buruk.
“Banjir yang berlaku kelmarin telahpun mencecah rekod paras air yang tinggi dalam tempoh 50 tahun. Kebanyakan tempat yang tidak pernah banjir telah tenggelam. Adakah EIA mengambil kira risiko perubahan iklim?
“Laporan turut menyatakan bahawa air bawah tanah tidak akan tercemar melainkan berlakunya kejadian luar biasa. Adakah kerajaan yang gagal mengesan banjir yang melanda minggu lepas, dapat memantau pencemaran air bawah tanah? Siapakah yang bertanggungjawab dan memberikan amaran awal?” katanya lagi.
Oleh itu, Chean Chung mahu pihak berkuasa mengkaji semula kelulusan yang diberi kerana di negara yang mempunyai industri berkaitan radioaktif, PDF biasanya dibina di kawasan gurun atau rizab Persekutuan yang tidak mempunyai penghuni, bukannya di tapak kawasan perindustrian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33760

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gebeng Tidak Sesuai Sebagai Tapak Perlupusan Sisa Radioaktif

Gebeng Tidak Sesuai Sebagai Tapak Perlupusan Sisa Radioaktif

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 152 hits
Kelulusan tapak pembinaan PDF Pelupusan Sisa Radioaktif Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng yang diberi oleh Jabatan Alam Sekitar kelmarin menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sekitar Gebeng Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Semambu C...
Gebeng Kawasan Industri Bukan Pelupusan Radioaktif Pkr

Gebeng Kawasan Industri Bukan Pelupusan Radioaktif Pkr

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 364 hits
Kelulusan tapak pembinaan PDF Pelupusan Sisa Radioaktif Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng yang diberi oleh Jabatan Alam Sekitar kelmarin menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sekitar Gebeng Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Semambu C...
Hujan Lebat Berterusan Penduduk Selangor Dinasihat Berwaspada

Hujan Lebat Berterusan Penduduk Selangor Dinasihat Berwaspada

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 170 hits
Hujan lebat yang dijangka akan berterusan sehingga esok di Selangor mewajarkan seluruh penduduk di kawasan rendah berjaga jaga sekiranya kediaman mereka dinaikki air Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari Jabatan Meteorolo...
Syaiful Mahu Beli Bot Nelayan Bantu Penduduk Kampung Di Sabah Cari Rezeki Kongsi Hasil Juara Mlm21

Syaiful Mahu Beli Bot Nelayan Bantu Penduduk Kampung Di Sabah Cari Rezeki Kongsi Hasil Juara Mlm21

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 182 hits
MAHU berkongsi rezeki pelawak Syaiful daripada kumpulan Tiro berhasrat membeli sebuah bot nelayan untuk kegunaan penduduk kampungnya mengunakan wang hasil kemenangan Maharaja Lawak Mega 2021 Kata Syaiful atau Mohd Syaiful Doli Sharif 32 sel...
Usaha Pindahkan Penduduk Terperangkap Banjir Perlu Disegerakan

Usaha Pindahkan Penduduk Terperangkap Banjir Perlu Disegerakan

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi taklimat situasi terkini keadaan banjir dalam negara oleh Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Dr Aminuddin Hassim di Pusat Kawalan Bencana Negara Foto BERNAMA PUCH...
Banjir Sri Muda Mb Selangor Selamatkan Penduduk

Banjir Sri Muda Mb Selangor Selamatkan Penduduk

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 216 hits
Kelembapan Kerajaan Persekutuan menurunkan aset penting dan pasukan keselamatan untuk membantu pemindahan mangsa banjir yang terperangkap di sebuah sekolah di DUN Seri Muda menyebabkan Menteri Besar Selangor terpaksa turun sendiri menyelama...
Subhanallah Pilu Hanya Sejam Rumah Tenggelam Penduduk Selamatkan Diri Atas Bumbung

Subhanallah Pilu Hanya Sejam Rumah Tenggelam Penduduk Selamatkan Diri Atas Bumbung

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 245 hits
Hanya sejam rumah tenggelam Penduduk selamatkan diri atas bumbung pilu tengok ibu masih berpantang bersama bayi terpaksa turut serta Ahad 19 Disember 2021 3 30 PMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBSebahagian penduduk Taman Sri Nanding berada di atas...
Pekt Alat Bersatu Wajar Ditamatkan Hassan Karim

Pekt Alat Bersatu Wajar Ditamatkan Hassan Karim

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 121 hits
Penggerak Komuniti Tempatan yang ditubuhkan oleh pemimpin Bersatu Datuk Zuraidah Kamaruddin bertindih fungsinya dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan amat wajar ditamatkan Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim PeKT di bawah Kem...
Rakyat Wajar Bangkit Dan Bertindak

Rakyat Wajar Bangkit Dan Bertindak

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 186 hits
Tindakan undang undang yang sepadan perlu diambil bukan sahaja kepada kerajaan pusat tetapi juga kepada kerajaan Negeri Ketua jabatan yang didapati gagal melakukan amanah dan tanggungjawab Mahkamah perlu menetapkan jumlah sebenar pampasan y...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia