Penduduk Flat Sungai Baru Dijamin Akan Diberi Keadilan Kata Shahidan


AGENDA DAILY
Kampung Baru terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang mempunyai nilai yang tinggi.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru di sini akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemilik lot/ flat PKNS Sungai Baru.
Malah, beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju terbabit bagi memastikan persetujuan yang adil dapat dicapai, katanya lapor Bernama.
“Semua akan diberi keadilan sebaiknya. Kalau tidak pun saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum.
“Saya ingat pada Januari, saya kira akan selesaikan dan selepas itu kita akan lihat pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan,” katanya dalam sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab usul yang dibawa Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) berkaitan isu Sungai Baru, Kampung Baru.
Bagi menyelesaikan isu itu, Shahidan mencadangkan pemaju membayar dahulu nilai hartanah kepada pemilik dan membenarkan mereka membeli unit rumah gantian apabila ia siap dibina.
Langkah itu, katanya, bagi memastikan pemilik tidak menjadi mangsa rumah terbengkalai sekiranya pemaju tidak dapat melunaskan tanggungjawab mereka.
“Kita nak pastikan pemaju ada kekuatan kewangan dan bukan guna tanah untuk cari duit. Banyak pemaju kini boleh membayar dahulu,” katanya.
Terdahulu, ketika membahaskan usul itu, Khalid mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah di kawasan itu bagi tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta.
Usul berkenaan turut dibahas tiga lagi Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PEJUANG-Sri Gading), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Teresa Kok (PH-Seputeh).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/penduduk-flat-sungai-baru-dijamin-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pampasan Terlalu Rendah Mana Nak Cari Rumah Di Kl Keluh Penduduk Kampung Baru

Pampasan Terlalu Rendah Mana Nak Cari Rumah Di Kl Keluh Penduduk Kampung Baru

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 317 hits
Pampasan terlalu rendah mana nak cari rumah di KL keluh penduduk Kampung Baru Penduduk sekitar Kampung Sungai Baru Kampung Baru di sini sekali lagi menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap projek pembangunan semula kawasan itu...
Isu Penduduk Kampung Baru Dizalimi Sebenarnya Salah Siapa

Isu Penduduk Kampung Baru Dizalimi Sebenarnya Salah Siapa

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 364 hits
Dengan pampasan sebanyak itu didakwa sukar untuk penduduk mendapatkan rumah berharga RM250 000 di sekitar Kuala Lumpur apatah lagi ramai yang menganggap tindakan itu membebankan kerana usia mereka selain tidak bekerja untuk memulakan kehidu...
Hiburan Nama Tak Disebut Ketika Perlawanan Kl City Vs Jdt Shahidan Kassim Kata Sokay

Hiburan Nama Tak Disebut Ketika Perlawanan Kl City Vs Jdt Shahidan Kassim Kata Sokay

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 270 hits
Kelmarin status terkini Facebook milik Menteri Wilayah Persekutuan telah berjaya menarik perhatian netizen di media sosial Ini berikutan kehadirannya ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysi...
Jadikan Kg Baru Khazanah Warisan Bertaraf Dunia Bukan Usir Penduduk Amk

Jadikan Kg Baru Khazanah Warisan Bertaraf Dunia Bukan Usir Penduduk Amk

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 298 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN mahu memajukan Kampung Sungai Baru Kampung Baru Kuala Lumpur dengan cara pengusiran penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 Ketua Penerangan AMK Malaysia A...
Keadilan Janji Selesai Masalah Penduduk Tiada Kewarganegaraan

Keadilan Janji Selesai Masalah Penduduk Tiada Kewarganegaraan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 375 hits
Calon DUN Telang Usan Philip Jau Ding berkata KEADILAN akan cuba menyelesaikan masalah penduduk asli di DUN tersebut dan Daerah Baram yang tiada dokumen kewarganegaraan biar pun lahir di Sarawak Katanya rakyat tidak harus terus menyokong Ga...
Propaganda Tanah Penduduk Kampung Baru Hari Ini Lebih Rendah Dari Yang Ditawarkan Ph

Propaganda Tanah Penduduk Kampung Baru Hari Ini Lebih Rendah Dari Yang Ditawarkan Ph

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 281 hits
LIYANA MARZUKIPropaganda UMNO masa zaman Pakatan Harapan ialah wang pampasan penduduk Kampung Baru perlu ikut harga pasaran Hari ni penduduk kampung baru dapat tawaran terlampau jauh daripada yang dijanjikan Daripada RM3 000 bak kata Najib ...
I Am Hero Who Delayed Kg Baru Land Acquisition Shahidan

I Am Hero Who Delayed Kg Baru Land Acquisition Shahidan

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 331 hits
I am hero who delayed Kg Baru land acquisition Shahidan Following a fiery debate in Parliament s special chambers today Federal Territories Minister Datuk Seri Shahidan Kassim announced that the forced land acquisition in Kg Baru has been d...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


T16d12 Separuh Hari Pun Bolehlah

Resipi Telur Tomato Chinese Style Favourite Yusuf

Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda