Penduduk Beri Amaran Sumpah 7 Keturunan Jika Bina Empangan


Kow Gah Chie
Dikemas kini dengan laporan penuh.Bagi penduduk kawasan terpencil di Kampung Terian, Ulu Papar, Sabah, kediaman mereka dikelilingi hutan yang hanya boleh dilalui menaiki kereta pacuan empat roda itu sudah begitu selesa.
Bagaimanapun, cara hidup 300 masyarakat Kadazan Dusun (KDM) itu dikatakan terancam selepas penduduk berdepan kemungkinan dipindahkan sekiranya Empangan Papar, yang dicadangkan kerajaan Warisan sebelum ini, dibina.
Ketua Menteri sementara Mohd Shafie Apdal, menegaskan empangan itu perlu bagi memastikan bekalan air buat ibu kota negeri, Kota Kinabalu, manakala pengkritik menuntut alternatif lain.
Baru-baru ini, penduduk telah mempamerkan kain rentang di jalan masuk Kampung Terian, dengan menegaskan bahawa mereka hanya akan mengundi calon yang menentang pembinaan empangan dan yang memperjuangkan tanah mereka sehingga mati.
“Empangan diteruskan kena sumpah tujuh keturunan,” tulis penduduk menerusi kain rentang itu.
Kampung Terian merupakan satu dari tujuh kampung yang dipercayai pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Felix Tunggal akan tenggelam ekoran pembinaan Empangan Papar.
Malah, dua kampung juga terpaksa dipindahkan kerana lokasinya yang berdekatan dengan sungai.
Idea pembinaan empangan di bukit berhampiran Kota Kinabalu bukan baru.
Sewaktu pentadbiran BN. turut terdapat usul mewujudkan Empangan Kaiduan di daerah Penampang, yang kemudian dibantah Warisan.
Setelah kerajaan negeri diambil alih Warisan, pihak itu mengusulkan pembinaan di Sungai Papar di kawasan daerah Papar.
Pelopor yang menentang pembinaan Empangan Papar terdahulu turut merupakan petugas khas membantah Empangan Kaiduan (Takad).
Pengerusinya, Diana Sipail (bawah) berkata penduduk telah mengadakan upacara keagamaan sejak 2010 sejak Empangan Kaiduan pertama kali diusulkan dan percaya kesannya bertahan sehingga kini.
“Sumpahan akan terkena kepada pihak yang mengambil barang pemilik asal dan untuk kes ini tanah kami.
“Pada 2010, kami ada 300 orang dari tujuh kampung buat upacara agama. Kesannya masih ada sehingga hari ini,” jelas Diana.
Namun, dia mengatakan sumpahan itu hanya bertujuan membawa nasib buruk pada sasaran supaya mereka tidak akan mendapat apa yang diinginkan selama tujuh keturunan.
Warga emas, Kulami Talah, 85, meluahkan rasa bangga selepas membesarkan 13 anaknya melalui sumber alam di kawasan itu.
“Saya tidak mahu tenggelam, jika tenggelam saya mahu sumpah tujuh keturunan,” Kulami memberitahu Malaysiakini ketika di rumahnya.
Dia percaya masa depan anak dan 51 cucunya dalam bahaya jika tanah itu diambil. Wanita 80-an itu juga berkata dia masih mencari makan dan mengawasi ladang yang diuruskan oleh keturunannya.
Anak perempuannya, Evelyn Sipail (bawah) turut mahukan tanah nenek moyangnya kekal sebegitu.
“Kami tak akan pindah dari sini sebab ini tanah tumpah darah kami. Permintaan kami batal empangan, empangan kami tidak mahu, Ulu Papar itu syurga kami, empangan itu neraka,” katanya.
Seorang warga emas wanita, Loggini Gambidau berkata dia tidak pernah meninggalkan kampung jadi dia bersama penduduk lain tidak wajar diganggu oleh kerajaan negeri.
“Tanah ini beri kami lebih dari makanan dan saya mahu masa depan anak dan cucu saya terjamin,” katanya.
Loggini turut menambah dia telah terlibat melakukan pelbagai sekatan bagi mengelakkan kemasukan orang luar sebelum ini.
Projek Empangan Papar telah menjadi topik hangat kempen bagi kerusi Moyog, kawasan di mana empangan itu akan dibina.
Parti pembangkang seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah telah membantah projek itu secara terang-terangan namun BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal berdiam diri.
Pemimpin Warisan Darrel Ignatius Leiking kini bertanding untuk mempertahankan kerusi buat partinya. Pada tahun 2019, Leiking menggesa kerajaan negeri untuk mendengar keluhan masyarakat.
Pada 2019, Leiking mendesak kerajaan negeri “mendengar” bantahan itu, tetapi tidak menyatakan bantahannya secara jelas.
Ketika ditemui Malaysiakini, Penduduk Kampung Terian Nousi Giun (bawah), 39, dan Oly Verron Den, 26, turut meluahkan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan Warisan ke atas Empangan Papar, meskipun pada awalnya turut membantah pembinaan Empangan Kaiduan.
“Kerajaan ditawarkan dengan beberapa cara lain untuk projek empangan (tetapi pilih untuk tak terima) apabila cara alternatif itu berjaya di negara lain.
“Sudah tentu saya marah dan rasa dikhianati. Saya akan tolak Warisan kali ini,” kata Nousi dengan menambah kali ini dia akan membuat keputusan yang bijak.
 Jelasnya, apa yang diperlukan Kampung Terian adalah jalan yang berturap yang dikatanya telah diterima oleh kampung KDM yang lain.
Tambahnya, perkara itu penting terutamanya sekarang selepas ramai anak muda yang pulang ke kampung ekoran masalah ekonomi.
Jalan tidak berturap menghubungkan Kampung Terian ke kawasan bandar telah dibuat pada tahun 2009 tetapi ia tidak boleh dilalui pada musim hujan.
Perjalanan dari kampung itu ke Kota Kinabalu memerlukan kenderaan pacuan empat roda dan mesti melalui dua sungai. Sebagai alternatif, penduduk terpaksa berjalan kaki kira-kira lapan jam untuk sampai ke bandar.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/penduduk-beri-amaran-sumpah-7-keturunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Borhan Zawawi Angkat Sumpah Exco Baharu Selangor

Borhan Zawawi Angkat Sumpah Exco Baharu Selangor

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 242 hits
Borhan Aman Shah dan Mohd Zawawi Ahmad Mughni kedua duanya daripada PKR mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah hari ini KLANG Dua exco Selangor yang baharu dilantik mengangkat ...
Malu Dihina Influencer Pesuruhjaya Sumpah Lapor Polis Dan Ambil Tindakan Sivil

Malu Dihina Influencer Pesuruhjaya Sumpah Lapor Polis Dan Ambil Tindakan Sivil

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 350 hits
1 092 total views 801 views today JOHOR BAHRU Seorang wanita membuat laporan polis hari ini susulan dakwaan seorang personaliti media sosial menghina bentuk fizikalnya menerusi laman Facebook secara langsung Suharnizan Md Sidek 37 yang juga...
Cinta Dengan Gadis Keturunan Baba Nyonya Pablo Akur Tidak Kesampaian

Cinta Dengan Gadis Keturunan Baba Nyonya Pablo Akur Tidak Kesampaian

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 344 hits
Tiada jodoh antara kami Saya anggap mungkin kami belum bersedia ke arah lebih serius dalam ikatan perkahwinan Perpisahan ini tidak membabitkan orang ketiga Tidak sama sekali Keputusan berpisah ini dibuat secara bersama dan baik source
Mbah Mijan Akhirnya Angkat Bicara 7 Keturunan Penusuk Syekh Ali Jaber Bakal Menanggung Kejahatannya

Mbah Mijan Akhirnya Angkat Bicara 7 Keturunan Penusuk Syekh Ali Jaber Bakal Menanggung Kejahatannya

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 368 hits
Ahli metafisika Mbah Mijan sedih mendengar kabar ulama panutannya Syekh Ali Jaber kena tusuk di Lampung Minggu Astagfirullah Ustaz Syekh Ali Jaber ulama panutan saya ditusuk orang tak dikenal saya sedih kalo dengar kabar begini suka bingung...
Pasha Sumpah Demi Apa Chord

Pasha Sumpah Demi Apa Chord

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 346 hits
C Fm C Fm C Amaku tenang bila engkau disampingku Dm Em Fmaku tenang bila engkau disisiku Em Aaku rapuh bila kau tinggalkan aku Dm Em F rindu ini takkan G Cada habisnya C di langkahku Ams lalu menuju padamu Dm Fmdi hatiku slalu mengarah pada...
Will Govt Uphold Keningau Batu Sumpah Principles

Will Govt Uphold Keningau Batu Sumpah Principles

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 209 hits
MP SPEAKS Below is Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang speech when launching the solar power system for Tamu Sangadau Kepayan Kota Kinabalu on Sunday Sept 20 2020 The solar power system for Tamu Sangadau in Kepayan is evidence of the DAP and W...
Pn Bn Sekutu Ada 41 Kerusi Mahu Angkat Sumpah Km Hari Ini Sumber

Pn Bn Sekutu Ada 41 Kerusi Mahu Angkat Sumpah Km Hari Ini Sumber

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 247 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 12 53 pmMesyuarat para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah di Hotel Magellan Sutre di Kota Kinabalu mendedahkan PN BN dan sekutunya sekarang memiliki 41 kerusi DUN dan mahu calon mereka mengangkat sumpah seba...
Perlantikan Ketua Menteri Tyt Belum Perkenan Tiada Angkat Sumpah Hari Ini

Perlantikan Ketua Menteri Tyt Belum Perkenan Tiada Angkat Sumpah Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 407 hits
Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak akan diadakan hari ini Istana Negeri akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut hari ini Maklumat tersebut diperoleh selepas kenderaan yang membawa Pe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord