Pendirian Kementerian Pendidikan Bercanggah Perlembagaan



PUTRAJAYA: Keengganan Kementerian Pendidikan membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan bangunan sekolah menengah sebagai pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, di bawah Perkara 115(1) dan (2) jelas menetapkan supaya agensi-agensi kerajaan, kementerian atau jabatan, perlu menghulurkan bantuan kepada SPR dalam memastikan proses demokrasi berjalan lancar untuk rakyat memilih wakil dan kerajaan.
Beliau berkata, keputusan kementerian berkenaan melarang penggunaan sekolah menengah di Johor atas alasan mengganggu persiapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pertama kali berlaku dalam sejarah pengurusan proses pilihan raya di negara ini.
“Tidak pernah berlaku sebelum ini selama mana SPR melaksanakan urusan pilihan raya sejak merdeka melalui pelaksanaan 14 kali pilihan raya umum (PRU) dan lebih 400 pilihan raya kecil diadakan.
“Selain bercanggah dengan ketetapan peruntukan Perlembagaan, keputusan Kementerian Pendidikan tidak adil kepada SPR dan jika tidak dibincangkan semula, ia pasti akan memberi masalah besar kepada SPR untuk kelancaran proses pengundian pada 12 Mac ini.
“Ini kerana PRN Johor melibatkan lebih 2.5 juta pengundi yang akan terlibat dan mereka akan keluar mengundi hanya pada satu hari tarikh tersebut,” katanya di sini semalam.
Wan Ahmad berkata, sehingga sekarang nama-nama pengundi telah selesai dicetak mengikut senarai pusat-pusat mengundi yang telah diwartakan termasuk pusat-pusat mengundi di semua sekolah menengah yang dikenal pasti dan diwartakan.
Justeru, katanya, proses menyusun semula pusat mengundi bakal menimbulkan situasi kelam kabut kepada para pengundi apabila mereka memperoleh saat-saat akhir lokasi pusat-pusat mengundi yang ditetapkan dan diwartakan sebelum ini jika ia ditukar ke tempat lain.
Katanya, ia tentunya memberi masalah besar kepada SPR untuk menggantikan pusat-pusat pengundian itu dan bukan satu perkara mudah untuk mencari tempat dijadikan pusat-pusat mengundi lain.
“Ini melibatkan aspek-aspek keselamatan kawasan, dokumen-dokumen, kertas dan peti undi, selain aspek kawalan ketenteraman awam di mana melibatkan garis kawasan-kawasan larangan mengikut yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan pilihan raya.
“KPM perlu melihat pelbagai masalah yang akan dihadapi SPR agar proses dan perjalanan PRN tidak tergugat. Saya tidak rasa penggunaan beberapa bilik darjah (dalam satu blok bangunan sama) sebagai bilik saluran tempat mengundi pada hari Sabtu boleh mengganggu gugat persiapan bilik untuk tujuan peperiksaan,” katanya.
Beliau memberitahu, pertimbangan lain boleh dilihat kerana tempoh peperiksaan berlaku dari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat adalah cuti hari minggu di Johor manakala hari pengundian yang diwartakan pada hari Sabtu diyakini tidak akan tergendala.
Justeru, katanya, adalah amat wajar Menteri Pendidikan memikir sedalam-dalamnya dari pelbagai sudut sebelum bertindak menghalang SPR menggunakan sekolah menengah yang diwartakan itu sebagai pusat-pusat mengundi pada 12 Mac ini.
“Apa yang paling merumitkan SPR untuk mengurus rakyat keluar mengundi ialah Buku Daftar Pemilih untuk kegunaan pada hari mengundi semua telah dicetak mengikut pusat-pusat mengundi di sekolah menengah berkenaan yang telah diwartakan,” katanya.
Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menegaskan, kementeriannya tetap dengan pendirian supaya sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat mengundi bagi PRN kerana tidak mahu segala persediaan peperiksaan SPM yang telah disusun atur, ‘diganggu gugat’.
Ini kerana katanya, pelajar yang menduduki peperiksaan itu adalah kohort SPM yang paling terkesan akibat Covid-19 selain mengambil kira setiap meja dalam bilik peperiksaan telah disediakan dengan kod bar dan disusun mengikut indeks lengkap dan teratur,
Oleh itu, sebarang perubahan mengenainya akan memberi kesan kepada keputusan atau susun atur penyelarasan keputusan peperiksaan. –UTUSAN ONLINE
Pendirian Kementerian Pendidikan bercanggah Perlembagaan

Baca Artikel Menarik:
Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli Projek PR1MA disabotaj Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’ ‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO] Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

The post Pendirian Kementerian Pendidikan bercanggah Perlembagaan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/15/pendirian-kementerian-pendidikan-bercanggah-perlembagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Kluster Babit Institusi Pendidikan Dikesan Di Labuan

2 Kluster Babit Institusi Pendidikan Dikesan Di Labuan

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 158 hits
Kluster Merinding 3 dan Sungai Pagar masing masing merekodkan 21 kes serta 40 kes PETALING JAYA Dua kluster baharu dengan 61 kes Covid 19 yang melibatkan pelajar institusi pendidikan dikesan di Labuan Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Is...
Yayasan Didik Negara Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Menteri Pendidikan

Yayasan Didik Negara Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 394 hits
Pada Jumaat yang lalu Yayasan Didik Negara iaitu sebuah yayasan di bawah KPM telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya YDN adalah sebuah yayasan yang berperanan mengge...
Pemeriksaan Suhu Badan Tidak Diwajibkan Di Premis Institusi Pendidikan

Pemeriksaan Suhu Badan Tidak Diwajibkan Di Premis Institusi Pendidikan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 239 hits
Pemeriksaan Suhu Badan tidak diwajibkan di Premis Institusi Pendidikan Pemeriksaan suhu badan tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022 di Premis Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Siaran media boleh dimuat turun mel...
36 Nilai Pendidikan Moral Dan Definisi

36 Nilai Pendidikan Moral Dan Definisi

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 127 hits
Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda senarai 36 nilai murni pendidikan moral dan juga definisi untuk setiap nilai sebagai rujukan pelajar dan untuk dijadikan nota SENARAI NILAI MORALBIDANG 1 PERKEMBANGAN DIRI NILAI MORAL DEFINI...
Mandalika Diharapkan Jadi Kek Untuk Pendidikan

Mandalika Diharapkan Jadi Kek Untuk Pendidikan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 122 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir berharap Kawasan Ekonomi Khusus Mandalika selain menjadi lokasi penyelenggaraan olahraga balap motor juga nantinya dapat menjadi KEK untuk pendidikan salah satunya pendidikan hospitality
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua