Pendidikan Senjata Ampuh Lawan Penjajah Baru Covid 19


 Siti Hafidah
Guru perlu miliki minda dan jiwa merdeka untuk bina generasi merdeka SALAM kemerdekaan, salam perjuangan buat semua wira-wira watan.
Alhamdulillah, tahun ini merupakan kali ke-64 kita menyambut kemerdekaaan. ‘Malaysia Prihatin’ merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Tema ini bertepatan dengan aspirasi kerajaan bahawa seluruh rakyat Malaysia sama-sama cakna dan prihatin melawan musuh yang kita pada masa kini iaitu virus COVID-19 .
Sambutan kemerdekaan adalah saat terbaik untuk kita merenung dan merayakan sumbangan para guru dalam sejarah bangsa kita – bangsa Malaysia. Di tangan para guru ini lahir angkatan anak muda yang merupakan teras kepada kebangkitan nasionalisme di negara ini, namun fakta jarang sekali kita angkat
Sejarah kemerdekaan tidak dilatari dengan perjuangan tokoh politik semata-mata, tetapi para guru khususnya guru-guru Melayu untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Lahirnya Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS), Persatuan Guru Melayu Perak, Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang, Persatuan Guru Melayu Kedah adalah benteng mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu dan kumpulan pendesak kepada gerakan penjajah dan elit melayu keinggerisan.
Kewujudan SITC sebagai institusi yang melatih bakal guru telah menjadi markas kebangkitan semangat nasionalisme. Memetik kata-kata O.T Dussek kepada pelajarnya :
“Bahasa kamu saya percaya, diucapkan satu dari rumpun-rumpun bahasa terbesar dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke taraf yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila martabat bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah martabat bangsa kamu” (The Straits Times 23 November 1935)
Kata-kata peransang dari Dussek ini telah memberangsangkan semangat para guru Melayu yang menerima latihan perguruan di institut ini bangkit berjuang mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu. Nama-nama seperti Cikgu Mohamad Nor Ahmad, Cikgu Muhammad Darus Abdul Rahman, Cikgu Saleh Ibrahim, Cikgu Othman, Cikgu Che Tom adalah pejuang tegar yang menyuarakan isu-isu bahasa, nasib guru Melayu dan pendidikan anak-anak Melayu.
Sebuah lagi institusi yang menyumbang kepada gerakan kesedaran dalam khususnya kalangan anak muda ialah Maahad Il- Ehya Assyarif Gunung Semanggul (Miagus) yang memiliki tingkat kesedaran politik yang tinggi.
Sesungguhnya SITC dan Miagus telah menjadi almameter gerakan kebangkitan menentang penjajahan British. Gerakan perjuangan guru-guru Melayu dan tokoh ulama yang mendidik generasi muda ketika itu telah melahirkan pejuang tulen kemerdekaan.
Hari ini kita perlu mengenang jasa para guru dan para ulama dalam babak-babak perjuangan kemerdekaan. Mereka telah berjaya membina generasi kalis penjajahan sehingga benteng akidah dan identiti watan terjaga dan terpelihara. Namun musuh tidak sekadar meninggalkan negara kita begitu sahaja tetapi melahirkan benih-benih generasi yang berkulit melayu tetapi otak dan minda keinggerisan. Perjuangan membina jati diri bangsa masih panjang dan berliku.
Kini, kita berdepan ancaman penjajahan COVID-19, warga guru perlu memiliki minda dan jiwa merdeka demi membina generasi merdeka. Setiap kita perlu memerdekakan akal kita melalui penerokaan ilmu dengan semangat keberanian dan keperwiraan.
Para guru perlu berani mempelajari dan mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran demi membebaskan generasi dari keciciran pendidikan. Tanpa kita memerdekaan akal dan jiwa kita, bangsa akan menjadi mundur dan terdedah kepada penjajahan norma baharu. Amat wajar kita menjadikan pendidikan sebagai senjata ampuh untuk melawan penjajah baharu atas nama COVID-19.
Ayuh bersama-sama kita selamatkan generasi , mari kita basmi kejahilan dan kemiskinan dengan kreativiti, inovasi dan reformasi pendidikan.
Jalur Gemilang berkibar megah,
Simbol perpaduan seluruh negara,
Malaysia bebas dari dijajah,
Semoga negara aman sentiasa.
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia prihatin aman sejahtera.
(*) Ustaz Mohd Azizee Hasan. Presiden i-Guru


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/pendidikan-senjata-ampuh-lawan-penjajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintah Tegaskan Semua Vaksin Efektif Lawan Varian Baru Covid 19

Pemerintah Tegaskan Semua Vaksin Efektif Lawan Varian Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 248 hits
Hingga saat ini sudah ada lima merek vaksin yang tersedia untuk program vaksinasi di Indonesia yaitu CoronaVac Vaksin Covid 19 Astrazeneca Moderna dan Sinopharm
Who Pantau Varian Baru Covid 19 Dikenali Sebagai Varian Mu

Who Pantau Varian Baru Covid 19 Dikenali Sebagai Varian Mu

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 228 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang memantau varian baharu Covid 19 yang dikenali sebagai varian Mu
Covid 19 20 897 Kes Baru Pada Hari Kemerdekaan

Covid 19 20 897 Kes Baru Pada Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 229 hits
Kementerian kesihatan telah melaporkan 20 897 kes Covid 19 dalam 24 jam terakhir Gambar Hiasan Kes baharu Covid 19 kembali melebihi 20 000 PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 20 897 kes baharu Covid 19 menjadikan jumlah jangkitan...
Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 240 hits
18 762 Kes Positif Baharu COVID 19 PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 18 762 kes baharu Covid 19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1 765 016 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Kerja Keras Bersama Jadi Kunci Lawan Covid 19

Kerja Keras Bersama Jadi Kunci Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 223 hits
Juru Bicara Penanganan COVID 19 dr Reisa Broto Asmoro mengatakan sekolah melibatkan orangtua dan wali murid dalam lomba yang diselenggarakan secara dalam jaringan atau online
Covid 19 Semua Program Strategi Kesihatan Lawan Covid Dikendali Kkm Bersatumenerajui

Covid 19 Semua Program Strategi Kesihatan Lawan Covid Dikendali Kkm Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 248 hits
Semua program berkaitan vaksinasi dan strategi kesihatan melawan COVID 19 hanya akan dikendalikan Kementerian Kesihatan melalui menterinya yang baru dilantik Khairy Jamaluddin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub...
Hiburan Asid Tranexamic Trend Baru Lawan Masalah Tona Kulit Tak Sekata Anda Perlu Cuba

Hiburan Asid Tranexamic Trend Baru Lawan Masalah Tona Kulit Tak Sekata Anda Perlu Cuba

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 263 hits
Serabut betul memikirkan pelbagai cela di wajah Paling memeningkan apabila parut jerawat tompokan hitam membuatkan tona kulit nampak tak sekata Sedih sangat Pelbagai cara dan petua sudah dicuba bahkan kandungan seperti Vitamin C Niacinamide...
Pasar Awam Bayan Baru Ditutup Peniaga Positif Covid 19

Pasar Awam Bayan Baru Ditutup Peniaga Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 191 hits
Pasar Awam Bayan Baru ditutup peniaga positif Covid 19 GEORGE TOWN Pasar Awam Bayan Baru di sini diarah tutup mulai hari ini berikutan terdapat kes positif Covid 19 dalam kalangan peniaga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Ar ...
Kes Baru Covid 19 Menurun Ke Paras 19 000

Kes Baru Covid 19 Menurun Ke Paras 19 000

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA NOW Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3 567 disusuli Sabah sebanyak 2 310 Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak menunjukkan dos pada picagari sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer Bio NTech dos pertama k...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid