Pendidikan Seks Untuk Suami Isteri



Hubungan seks adalah sebahagian keperluan hidup manusia, namun begitu keperluan itu tidak boleh dipenuhi secara sebarangan. Dalam Islam, perkahwinan ditetapkan sebagai cara memenuhi keperluan itu. 

Institusi perkahwinan bukan sahaja memenuhi tuntutan seks, bahkan asas kepada kebahagiaan hidup. Allah SWT mencipta manusia berpasangan agar saling berkasih sayang dan memerlukan antara satu sama lain. Perkahwinan amat dituntut dalam Islam.  

Namun, dalam pada itu, banyak ikatan perkahwinan berakhir dengan perceraian.  Sekarang ini satu fenomena yang membimbingakan apabila kadar perceraian pasangan Islam semakin meningkat. 

Kebimbangan ini mendorong cadangan agar pasangan suami isteri diwajibkan mengikuti kursus pascaperkahwinan, untuk meningkatkan kefahaman mengenai cara-cara mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Sebenarnya, kegagalan sesebuah rumahtangga berlaku disebabkan banyak punca. Tidak ada persefahaman, masalah ekonomi, dan persoalan berkaitan seks adalah antara punca berlaku perceraian. 

Dalam banyak kes perceraian, ramai yang tidak secara terbuka mengatakan berpunca masalah hubungan seks. Pasangan malu untuk memperkatakan punca sebenar atau permulaan yang membawa kepada merebaknya kepada masalah lain.

Dalam budaya Melayu, perkataan seks masih dianggap tabu atau ditegah daripada dipercakapkan. Kebanyakan anggota masyarakat masih berpegang kepada adat begitu keberatan untuk memperkatakan mengenai seks secara terbuka. 

Paling tidak munasabah, suami isteri malu untuk menyatakan apa yang mereka mahu dalam hubungan seks. Hubungan seks dilakukan atas dasar ‘teringin’, maka jadilah apa yang sepatutnya terjadi. Sedangkan, apa yang terjadi itu belum tentu seperti apa yang diharapkan. Ramai yang kecewa, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.    

Hubungan seks suami isteri bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu. Malah, lebih daripada itu, hubungan seks adalah pengikat kepada kasih sayang. Rasa dihargai dan menghargai. Maka itu, hubungan seks perlu dilakukan dengan ‘sempurna’ dan ikhlas.

Tanpa disedari, sebenarnya banyak pasangan suami isteri masih jahil mengenai hubungan seks. Inilah punca kepada ‘krisis’ hubungan seks suami isteri yang merebak kepada perceraian. Perkara ini jarang di ketengahkan untuk dibincangkan.   

Akibat hubungan seks yang tidak sempurna dan tidak ikhlas, maka hilanglah kasih sayang, saling memerlukan, dan saling menghormati. Apabila ada sahaja masalah, sukarlah dicari penyelesaian. Sedikit sahaja tidak kena, terus naik angin. Lebih parah jika kedua-dua pihak tidak mengaku kelemahan sendiri.

Pasangan yang lebih kerap melakukan hubungan seks dengan sempurna dan ikhlas mudah menyelesaikan masalah rumahtangga yang dihadapi. Malah, hubungan seks yang berterusan dapat membantu kehidupan yang lebih ceria dan baik. Kualiti dan produktiviti hidup banyak bergantung kepada bagaimana sempurna hubungan seks yang dilakukan.      

Ini memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenainya. Seseorang itu tidak dianggap telah ‘arif’ mengenai seks setelah kerap berjaya melakukan hubungan seks.  

Pengetahuan mengenai seks meliputi semua aspek seperti teknik, kitaran kesuburan, kesihatan alat seks, masalah seksual, penyakit berkaitan seks, batasan agama, merancang kelahiran, sekatan seks dan sebagainya.

Pengetahuan ini sebenarnya masih kurang di kalangan kebanyakan pasangan suami isteri. Biarpun telah lama berkahwin dan mempunyai anak, ramai yang masih keliru mengenai apa yang dilakukan dan dilalui selama ini.  

Hubungan seks di kalangan kebanyakan suami isteri hanya berasaskan kepada pengalaman. Memang pengalaman amat penting, tetapi perlu juga kepada pengetahuan yang tepat berdasarkan kajian akademik yang khusus oleh pakar berkaitannya.    

Soal seks perlu dilihat mengikut preskripsi lebih luas. Soal seks bukan sekadar keperluan nafsu, tetapi adalah satu kehendak agama. Islam menetapkan betapa murninya sesuatu berkaitan seks. Sebab itu, melakukan hubungan seks suami isteri adalah sebahagian daripada perkara wajib ditunaikan apabila pasangan berkehendakan kepadanya.  

Ajaran Islam adalah panduan hidup yang lengkap. Sesuai kepentingan seks dalam kehidupan manusia, maka Islam menetapkan garis panduan yang terbaik. Tidak ada agama lain yang banyak membincangkan masalah seks berbanding ajaran Islam. Pendidikan seks  diutamakan bukan bermakna ajaran Islam hanya mementingkan kepuasan nafsu. 

Hal yang berkaitan seks dibincangkan cara menyeluruh dan telus dalam banyak buku fikah. Ini bertujuan memberi panduan bagaimana soal seks perlu diuruskan secara murni. Hubungan seks yang tidak menepati peraturan banyak mendatangkan keburukan kepada manusia.

Sudah tiba masanya kongkongan fikiran sempit mengenai seks dibuka dan dijadikan sebahagian daripada pengetahuan ilmiah. Sekarang ini sudah banyak buku, dan ruangan di majalah dan akhbar yang ditulis oleh pakar berkaitan seksual, sakit puan, sakit tuan dan seumpamanya.

Malang sekali, ramai pula yang ‘malu’ untuk membacanya. Jangan kita menilai seseorang hanya berdasarkan topik yang dibaca. Individu yang membaca buku atau ruangan berkaitan seks dianggap gila seks dan bernafsu kuat. Jadi, jika hendak membacanya perlulah sorok-sorok. Inilah silapnya orang kita.  

Malah, ramai memadang sinis dan menuduh akhbar dan majalah yang mengadakan ruangan membincangkan mengenai seks sebagai tidak bermoral. Akhbar dan majalah seperti itu tidak disentuh oleh mereka yang meletakkan diri mereka ‘orang baik-baik’. 

Jika anda benar-benar menghargai dan sayang kepada pasangan anda, ajaklah mereka berkongsi pengetahuan melalui pembacaan buku, dan akhbar dan majalah yang menyediakan penduan khusus mengenai hubungan seks dan yang berkaitan dengannya. 

Kita harus menerima hakikat bahawa banyak pasangan yang sebelum ini bermasalah dalam hubungan seks kini bagaikan pengantin baru setelah membaca panduan dalam majalah. 

Ada kisah benar dalam satu ruangan akhbar menyebut, si isteri menderita dalam hubungan seks sepanjang 15 tahun perkahwinan. Namun, masalah itu dapat diatasi hanya setelah dia mengamalkan apa yang dibaca dalam buku dan majalah berkaitan hubungan seks.  
 
Untuk menghurai halangan ini, kita memerlukan penglibatan sama pakar agama, psikologi, sosialogi, pendidikan, kesihatan, media dan lainnya perlu berganding bahu untuk mengkaji dan memperkenalkan satu bentuk pendidikan seks yang sesuai suami isteri. Jangan anggap perkara itu remeh atau keterlaluan, tetapi fikirkan manfaatnya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/rfw_25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Kahwin Isteri Tak Melawa Suami Tetap Kena Jaga Hatinya Barulah Poket Suami Tebal

Lepas Kahwin Isteri Tak Melawa Suami Tetap Kena Jaga Hatinya Barulah Poket Suami Tebal

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 601 hits
Orang kata rezeki berkahwin ni lagi murah walaupun kita rasa tak cukup Itu janji Allah Tapi jika kita ada silap sikit mungkin nak rasa rezeki tu mengalir seperti air agak susah Ramai di kalangan kita tak perasan pun tapi 3 perkara ini jika ...
Isteri Mengadu Penat Tak Larat Itu Tandanya Nak Suami Tolong

Isteri Mengadu Penat Tak Larat Itu Tandanya Nak Suami Tolong

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 620 hits
Para suami bukan sekadar perlu memberikan nafkah skil mendengar dan memahami kehendak isteri elok juga diketahui Mendengar dengan baik dan memahami juga sebahagian daripada keperluan isteri yang yang perlu dipenuhi Bertuahlah jika suami yan...
Suami Isteri Pergi Serentak Infografik Jelas Menunjukkan Bagaimana Kejadian Ini Terjadi

Suami Isteri Pergi Serentak Infografik Jelas Menunjukkan Bagaimana Kejadian Ini Terjadi

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 380 hits
SUASANA hiba dan sebak menyelubungi pekarangan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam dengan kehadiran lebih 50 kenalan kepada Muhammad Hamadi Zakaria 31 dan Nur Syuhadah Zaini 31 Suami Isteri Pergi Serentak Infografik Jela...
Selalu Bahagiakan Isteri Dan Bertanggungjawab Netizen Puji Alif Satar Suami Mithali

Selalu Bahagiakan Isteri Dan Bertanggungjawab Netizen Puji Alif Satar Suami Mithali

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 571 hits
Sejak semalam nama penyanyi Alif Star trending di Twitter bukan kerana kontroversi tetapi kerana sikapnya sebagai seorang suami yang bertanggungjawab memahami dan selalu membahagiakan isteri Baru baru ini isteri Alif iaitu Shadila Halid mem...
Jauh Di Sudut Hati Untuk Melihatnya Tersenyum Seperti Dulu Suami Muda Setia Jaga Isteri Terlantar

Jauh Di Sudut Hati Untuk Melihatnya Tersenyum Seperti Dulu Suami Muda Setia Jaga Isteri Terlantar

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 520 hits
KASIH sayang seorang suami hingga ke syurga Itulah ungkapan paling sesuai buat suami muda ini yang sabar dan gigih menjaga isterinya yang terlantar sejak setahun yang lalu Shahidatul Nadiana 25 disahkan menghidap penyakit asma kronik selepa...
Isteri Stres Penat Rehat Saja Tak Cukup Pelukan Suami Ubat Paling Mujarab

Isteri Stres Penat Rehat Saja Tak Cukup Pelukan Suami Ubat Paling Mujarab

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 679 hits
Bila badan penat secara tak sengaja jadi stres Para ibu tidak perlu menafikan kenyataan ini Tapi peranan para suami boleh membantu secara tidak langsung mengembalikan keceriaan Orang selalu kata kalau penat rehat Manakala kalau mengantuk ti...
Luahan Isteri Geli Nak Cium Suami Yang Mulut Berbau Dan Boroi Selepas 8 Tahun Hidup Bersama

Luahan Isteri Geli Nak Cium Suami Yang Mulut Berbau Dan Boroi Selepas 8 Tahun Hidup Bersama

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 676 hits
Selalu kita mendengar ada sesetengah lelaki bergelar suami selalu mengadu isteri mereka sudah tidak cantik seperti dulu Siap membanding bezakan isteri sendiri dengan isteri orang lain yang juga sudah mempunyai ramai anak tetapi masih mampu ...
Isteri Nakal Suami Terpaksa Bermalam Di Bilik Hello Kitty Dengan Rakan Lelaki

Isteri Nakal Suami Terpaksa Bermalam Di Bilik Hello Kitty Dengan Rakan Lelaki

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 833 hits
Tweet dan foto yang dimuat naik oleh Amy menerusi laman Twitter Tindakan seorang isteri yang membuat prank kepada suaminya dengan menempah bilik hotel berkonsepkan kartun Hello Kitty ternyata menjadi bahan jenaka netizen di laman Twitter Be...
Isteri Halau Suami Dera 3 Anaknya Selepas Jalin Hubungan Dengan Kekasih Pengkid

Isteri Halau Suami Dera 3 Anaknya Selepas Jalin Hubungan Dengan Kekasih Pengkid

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 289 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun membuat laporan polis terhadap ibunya yang didakwa mendera dia dan dua lagi adiknya sejak empat bulan lalu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut