Pendedahan Audio Untungkan Najib Rugi Mahathir



Sehingga ini masih tidak jelas apakah tujuan lain SPRM mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib Razak yang dikaitkan dengan percubaan menutup skandal 1MDB, selain untuk memalukan bekas Perdana Menteri itu.Pada tanggapan umum, memalukan Najib adalah satu-satunya tujuan SPRM berbuat demikian, meskipun Najib sudah pun dihadapkan dengan puluhan pertuduhan di mahkamah dan semakin hampir menuju ke penjara.Seolah-olah, meskipun Najib sudah dihadapkan ke mahkamah dan dikatakan dalam perjalanan menghuni penjara, tetapi berikutan sokongan rakyat terhadapnya dilihat terus bertambah, gambarannya masih ada yang tidak puas hati dengan kian bertambah sokongan yang diterimanya.Lalu, dikatakan kerana itulah rakaman audio itu didedahkan kepada media, bukan diserahkan terus kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.Malah, menjadi perbualan di mana-mana bagaimana mimik muka Latheefa Koya menahan ketawa dan tersenyum-senyum ketika memperdengarkan perbualan Najib dimarahi Rosmah Mansor, seolah-olah itulah matlamat yang mahu disasarkan kepada rakyat, selain perbualan-perbualan lain yang menjurus ke arah usaha menutup skandal 1MDB.Kalaulah berdasarkan rakaman audio itu terdapat kesalahan tertentu dilakukan oleh Najib, Rosmah Mansor, Dzulkifli Ahmad (bekas KP SPRM) dan lain-lain yang membolehkan mereka didakwa di mahkamah, langkah yang sepatutnya diambil oleh SPRM, sebaik menerima rakaman audio daripada sumber yang tidak diketahui itu ialah menyerahkannya kepada pihak polis agar siasatan segera dapat dilakukan serta lebih banyak pendakwaan di mahkamah dapat diambil.Ini kerana SPRM adalah agensi penguatkuasa undang-undang, bukan sebuah parti politik atau agensi perhubungan awam yang boleh disuruh itu dan ini asalkan ada ganjaran serta upah lumayan diberikan.Sebagai agensi penguatkuasa undang-undang dan mencegah rasuah, SPRM harus bertindak secara profesional dan berlandaskan undang-undang.Memang SPRM boleh menyiasat, menahan dan seterusnya menyediakan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan, tetapi memalukan orang dengan hebahan rakaman audio kepada media, khususnya terhadap bekas pemimpin negara sebelum rakaman itu diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat, tentulah tidak termasuk dalam skop tugas badan tersebut.Tak tahulah jika sejak Latheefa mengetuai SPRM, sudah ada bidang tugas tambahan badan itu yang tidak diwartakan kepada umum.Begitu pun, percubaan SPRM untuk memalukan Najib, menjejaskan reputasi atau mengurangkan sokongan terhadapnya dengan hebahan rakaman audio itu jelas nampak tidak menjadi.Sebaliknya, SPRM dan Latheefa lebih banyak dipersalahkan kerana tindakannya yang dianggap tidak profesional itu.Dalam PH sendiri, tidak ada yang mempertahankan tindakan SPRM itu di mana beberapa figura yang berlatar-belakangkan undang-undang seperti Ramkarpal Singh, Hanif Khatri Abdullah dan Rais Yatim terang-terang mengutuk dan mengecam SPRM serta Latheefa.Tidak terkecuali, Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin turut serta melontarkan kecaman dengan menganggap SPRM di bawah Latheefa seperti sudah hilang profesionalismenya.Apa yang diraih Najib, malah ialah simpati dan kasihan orang terhadapnya kerana Tun Mahathir Mohamad dianggap tidak putus-putus mahu membalas dendam, menyusah serta memalukannya melalui tindakan SPRM itu.Bahkan, tindakan memperdengarkan rakaman audio itu dilihat suatu perlakuan “overkill” terhadap Najib kerana setelah jatuh, sudahlah disiasat, direman, didakwa di mahkamah dan kini dimalukan pula dengan babak beliau dimarahinya oleh isterinya.Dalam konteks yang sama, rata-rata rakyat Malaysia percaya tidak mungkin Latheefa berani mendedahkan rakaman audio itu kepada media dalam sidang media khas yang dipanggilnya jika tanpa pengetahuan dan restu Perdana Menteri.Apalagi dengan perlantikan Latheefa mengetuai SPRM adalah merupakan pilihan Tun Mahathir sendiri, ia secara tidak langsung menguatkan lagi keyakinan adanya restu dan lampu hijau diberikan sebelum pendedahan kepada media itu dilakukan.Mereka yakin, adalah mustahil Latheefa bertindak sendirian kerana dari segi penanda aras pencapaian SPRM sebagai agensi pencegah rasuah, kejayaan badan itu adalah diukur melalui kes-kes yang berjaya dibawa ke mahkamah, bukannya dengan mendedahkan rakaman audio kepada media.Makna kata, selepas dua tiga jam awal pendedahan orangramai terpana dengan tindakan SPRM itu, selebihnya lebih banyak kecaman diterima badan itu, termasuk membabitkan nama Tun Mahathir sama.SPRM dikecam, Latheefa dikecam, Tun Mahathir juga dikecam, manakala yang perlahan-lahan meraih untung simpati rakyat ialah Najib.Lebih daripada itu, keyakinan orangramai terhadap perbicaraan Najib berkaitan 1MDB yang sedang berjalan turut menjadi semakin pudar dengan munculnya rakaman audio yang didedahkan SPRM ini.Apakah, berikutan namanya dan kerajaan kian dipersalahkan, Tun Mahathir selepas ini akan lepas tangan begitu saja dan menyalahkan Latheefa sepenuhnya atas tindakan tidak profesional mendedahkan rakaman tersebut?Berapa lama lagi agaknya Latheefa mampu bertahan dengan jawatannya? (ShahbudinHusin 09/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/pendwdahan-audio-untungkan-najibrugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Beza Bantahan Penyokong Ph Dengan Pembangkang Dalam Kes Pendedahan Audio Najib

Apa Beza Bantahan Penyokong Ph Dengan Pembangkang Dalam Kes Pendedahan Audio Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 440 hits
Walaupun pendedahan oleh SPRM tentang rakaman audio percakapan yg melibatkan Najib Rosmah serta beberapa orang penting kerajaan terdahulu adalah satu modal besar buat PH namun ramai dari pimpinan PH sendiri merasa tidak senang dgn cara SPRM...
Najib S Lawyers Want Audio Recordings Released By Macc As It May Be Useful For His Defence

Najib S Lawyers Want Audio Recordings Released By Macc As It May Be Useful For His Defence

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 315 hits
Datuk Seri Najib Razak wants the audio recording which includes what has become one of the most talked about conversation between a husband and his wife that was made public by the Malaysian Anti Corruption Commission His lawyer Tan Sri Muh...
Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 373 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata satu daripada 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam akan membuktikan beliau tidak menipu kerana tidak tahu dana SRC International dimasukkan ke akaunnya Klip audio d...
Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 757 hits
Penguasaan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua telah menjangkau lebih 18 bulan Dan selama lebih 18 bulan inilah juga Dr Mahathir masih lagi menggunakan alasan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi...
Respect Due Process In Najib S Audio Clips Anwar Reminds Macc

Respect Due Process In Najib S Audio Clips Anwar Reminds Macc

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 302 hits
PKR president Anwar Ibrahim today said due process must be respected even in light of arguments that former premier Najib Abdul Razak s audio recordings revealed by the MACC could be used as evidence in his ongoing trial Although there are ...
Dr M Samakan Dedah Klip Audio Dan Tunjuk Harta Najib Disita Sprm

Dr M Samakan Dedah Klip Audio Dan Tunjuk Harta Najib Disita Sprm

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 303 hits
LANGKAWI Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan 9 didakwa antara Najib Razak dan beberapa pegawai kerajaan tiada beza dengan pendedahan hasil...
Sprm Najib Dan Rakaman Audio

Sprm Najib Dan Rakaman Audio

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 489 hits
SPRM Najib dan Rakaman Audio 1 Pada 1 November 2018 Menteri Komunikasi Gobind Singh memutuskan kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes 1MDB bekas PM Najib Razak Alasan beliau RTM dan Bernama mempunyai banyak perkara l...
Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 300 hits
Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah di peringkat tertinggi ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini Foto Bernama PUTRAJAYA DIKEMASKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp