Pendapatan Kami Hanya Lepas Beli Beras Ikan Kembung Sahaja Penoreh


Oleh Muhamad Hafiz Bin Ab Mutalib

JAAFAR Setu tetap menoreh getah meskipun harga komoditi itu jatuh sehingga RM1.80 sekilogram di Felda Chuping, Padang Besar, Perlis, semalam. - FOTO/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIBPADANG BESAR: “Hasil pendapatan kami ketika ini hanya lepas beli ikan dan beras sahaja.”
Demikian keluhan para peneroka getah dari Felda Chuping di sini berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut yang mana purata harga bagi sekilogram getah sekerap ketika ini hanya sekitar RM1.80 atau RM1.60 – paling rendah pernah direkodkan sejak 20 tahun lalu.
Jika dibandingkan harga getah 10 tahun lalu pernah mencecah RM10 bagi setiap kilogram getah sekerap sebelum harga komoditi itu turun dan naik namun masih ditahap memuaskan lagi di bawah RM5.
Seorang peneroka, Jaafar Setu, 73, berkata, pendapatannya sehari selepas ditolak upah pekerja hanya sekitar RM30 sahaja dengan hasil getah sekerap pula dianggarkan 30 kilogram.
Bapa kepada empat orang anak yang mula menoreh getah di kawasan seluas 4.25 hektar sejak tahun 1990-an itu berkata, beberapa bulan lalu harga getah menjunam di bawah RM2 sekilogram.
“Nak dapat sehari RM30 itu pun bergantung kepada cuaca. Dalam sebulan, hanya sekitar 10 hari sahaja kami boleh menoreh, kalau hujan, langsung tiada pendapatan.
“Dalam keadaan kos sara hidup semakin tinggi, apa sangat boleh dibeli dengan RM30. Lepaslah beli ikan dan beras. Sekarang ini, harga bagi empat kilogram getah sekerap bersamaan dengan harga sekilogram ikan kembung. Bayangkan bagaimana keadaan kami sekarang apabila harga getah terlalu rendah,” katanya yang mengupah tiga pekerja ketika ditemui di Felda Chuping, di sini hari ini.
Tambahnya, jika tahun lalu, purata harga getah sekitar RM2 ke atas dia mampu menjana pendapatan antara RM60 atau lebih selepas ditolak semua kos termasuk upah pekerja setiap hari.
Seorang lagi peneroka, Shaari Daud, 75, berkata, sebelum ini, dia mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM1,500, sekarang hanya tinggal RM500.
Katanya yang mula meneroka kawasan ini sejak tahun 1978, harga getah kini adalah paling rendah sejak 20 tahun lalu dan tidak mustahil harga tersebut boleh turun lagi selepas ini.
“Hendak bayar pekerja lagi termasuk beberapa kos lain, berapa sangatlah yang tinggal. Jika dahulu, boleh juga simpan, sekarang nampaknya hanya lepas makan seharian sahaja,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Felda negeri, Izan Asmawi Habidan, 39, pula berkata, kerajaan perlu mencari jalan menaikkan harga komoditi tersebut seterusnya membantu para peneroka serta penoreh getah yang semakin tersepit.
Beliau yang juga peneroka generasi kedua Felda Chuping turut berharap agar kerajaan meletakkan harga siling getah sekurang-kurang RM3 sekilogram bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka.
“Jika kami (peneroka) terjejas, bagaimana pula nasib penoreh yang mengambil upah iaitu sekitar RM1.10 bagi setiap kilogram? 
“Setiap hari jika tidak hujan kami akan keluar selepas Subuh untuk menoreh. Namun pendapatan sejak akhir-akhir ini sangat rendah,” kata bapa kepada empat orang anak itu. – UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/pendapatan-kami-hanya-lepas-beli-beras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Hanya Ahmad Zahid Najib Sahaja Perlu Berkorban

Kenapa Hanya Ahmad Zahid Najib Sahaja Perlu Berkorban

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 347 hits
Oleh Zulkiflee Bakar DALAM wawancara bersama Utusan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah mahu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pengorbanan dengan memberi jalan kepada ...
Hiburan Lepas Beli Rumah Baru Fikir Neeta Manisha Belum Terfikir Untuk Berkahwin

Hiburan Lepas Beli Rumah Baru Fikir Neeta Manisha Belum Terfikir Untuk Berkahwin

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 494 hits
Penyanyi kecil molek Neeta Manisha berkata dia kini masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga walaupun umurnya kini sudah mencecah 26 tahun Menurutnya dia hanya mahu memikirkan soal kahwin apabila sudah memiliki kediaman sendiri na...
Hiburan Saya Hanya Tidur 2 Jam Sahaja Untuk Cari Duit Aliff Syukri Akui Dah Puas Cari Harta Benda

Hiburan Saya Hanya Tidur 2 Jam Sahaja Untuk Cari Duit Aliff Syukri Akui Dah Puas Cari Harta Benda

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 407 hits
Mendedahkan bahawa dirinya sudah puas menjalani kehidupan yang sentiasa mengejar kekayaan selama ini usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri kini bagai sedar akan hakikat sebenar apa yang dilakukannya itu bukanlah erti nilai sebua...
Kisah Budak Beli Rod Memancing Tapi Nak Bayar Guna Ikan Haruan Sebab Tak Ada Duit

Kisah Budak Beli Rod Memancing Tapi Nak Bayar Guna Ikan Haruan Sebab Tak Ada Duit

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 952 hits
Kisahi seorang kanak kanak yang membeli rod memancing namun membayarnya menggunakan beberapa ekor ikan haruan tular di media sosial dan meraih perhatian ramai warganet Menerusi perkongsian oleh Roob Ganesan di laman Twitter kanak kanak ters...
Neeta Nak Kahwin Lepas Beli Rumah

Neeta Nak Kahwin Lepas Beli Rumah

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 825 hits
Penyanyi Neeta Manishaa memberitahu bahawa dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang Menurut Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran 26 dia hanya akan memikirkan soal kahwin selepas memiliki rumah sendi...
Resepi Kerepek Popia Cheese Hanya Dengan 4 Bahan Sahaja

Resepi Kerepek Popia Cheese Hanya Dengan 4 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 731 hits
Buntu tidak tahu nak buat kudapan apa nak bagi kanak kanak makan maka korang sila cuba popia cheese krup krap ni Gambar hiasan Google Bukan budak jer yang suka malahan dewasa pun turut gemar sangat makan tambahan lagi sedang nonton filem be...
Jom Try Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam Memang Syok

Jom Try Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam Memang Syok

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 441 hits
Salah satu jenis ikan yang sedap direbus adalah ikan kembung Kemudian dimakan pula dengan air asam Memang lain macam rasanya Resipi ini sesuai untuk yang sedang berdiet Sebabnya tiada minyak masak digunakan Senang kata ikan rebus adalah hid...
Sempat Bohong Suami Kinem Jujur Terima Bantuan Rp 50 Juta Tidak Jadi Operasi Beli Motor Dan Sapi

Sempat Bohong Suami Kinem Jujur Terima Bantuan Rp 50 Juta Tidak Jadi Operasi Beli Motor Dan Sapi

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 258 hits
Pernyataan mengejutkan datang dari suami Kinem penderita kanker di Boyolali Jawa Tengah Setelah sempat mengatakan tak menerima uang bantuan suami Kinem yang bernama Nursam mengklarifikasi pernyataannya Rupanya uang bantuan itu telah diterim...
Foto Tak Mampu Beli Kfc Adik Zahirah Teruja Kali Pertama Ke Restoran

Foto Tak Mampu Beli Kfc Adik Zahirah Teruja Kali Pertama Ke Restoran

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 366 hits
Setiap kanak kanak pasti gembira mendengar restoran Kentucky Fried Chicken atau lebih sinonim dengan ayam gorengnya yang lazat sehingga menjilat jari Berkunjung ke restoran makanan segera KFC mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir ...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lelaki Maut Tunang Parah Selepas Kereta Dinaiki Bertembung Dengan Lori Di Simpang Melati Muadzam Shah

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future