Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia


Apa maksud Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia & bilangan penggajian lhdn

Pendapatan berkanun penggajian punca Malaysia merupakan hasil pendapatan dalam bentuk tunai yang diterima oleh seseorang individu yang bekerja di sesebuah syarikat atau organisasi di Malaysia. Pendapatan ini termasuklah gaji atau upah bulanan, bonus, elaun, komisen, ganjaran dan faedah kewangan yang lain. 
Secara amnya, pendapatan berkanun penggajian ini dikira daripada aktiviti penggajian daripada sumber pekerjaan yang baik. Pendapatan daripada sumber kewangan yang baik adalah termasuklah gaji bulanan yang tetap dan pendapatan tambahan yang diperoleh daripada kerja lebih masa, prestasi kerja yang baik, pelaburan saham, penjualan hak cipta, atau sewaan hak milik.
Kesemua pendapatan ini akan dikenakan cukai pendapatan yang mana kadarnya telah ditetapkan oleh kerajaan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya mestilah diisytiharkan kepada LHDN pada setiap tahun taksiran.
Kebiasaanya, cukai ini akan dikenakan ke atas pendapatan yang dijana di Malaysia melebihi RM34,000 setahun dan dikenakan potongan cukai bulanan (PCB).
Senarai Contoh Pendapatan Berkanun Penggajian Kesemua jenis pendapatan berkanun penggajian ini mestilah hasil daripada sumber kewangan yang baik di sisi undang-undang Malaysia.
BACA SINI >> pekerjaan gaji tinggi BACA SINI >> semakan gaji penjawat awam 2024 BACA SINI >> perintah duti setem (pengecualian) 2024 Pendapatan ini akan dikenakan cukai ke atasnya mengikut kadar yang ditetapkan oleh LHDN.
Berikut merupakan senarai contoh pendapatan berkanun penggajian yang diterima oleh pekerja yang bekerja di sesebuah organisasi di Malaysia;
Gaji atau pendapatan bulanan – pendapatan ini diterima oleh pekerja secara tetap pada setiap bulan selagimana mereka menjalankan pekerjaan mereka mengikut waktu kerja yang telah ditetapkan. Ianya termasuklah upah, elaun dan bonus.  Elaun – ia merupakan pendapatan tambahan yang diberikan oleh pekerja kepada majikan disebabkan oleh melakukan kerja lebih masa atau melakukan kerja diluar atau melebihi skop kerja hakiki. Bonus – ia merupakan pendapatan yang diterima apabila seseorang pekerja menjalankan sesuatu pekerjaan dengan baik dan mempunyai prestasi yang baik mengikut keuntungan yang dijana oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Dividen – ia merupakan pendapatan yang diperolehi daripada apa sahaja aktiviti pelaburan saham dalam sesebuah syarikat. Royalti – hasil pendapatan daripada penjualan hak cipta dan hak paten seseorang. Pendapatan sewa – pekerjaan memberi sewa hak milik mereka seperti rumah sewa atau kereta sewa dan pendapatan dijana melaluinya. SUMBER: LHDN
Apa Maksud Pendapatan Berkanun Sewa Pendapatan berkanun sewa merupakan keuntungan daripada hasil pendapatan yang diterima dan diperolehi kerana memberi sewa harta milik mereka seperti hartanah kediaman kepada individu lain.
Individu yang memberi sewa akan menjana pendapatan melalui kaedah ini. Ianya tergolong daripada pendapatan jenis pasif.
Pendapatan ini juga akan dikenakan cukai ke atas pendapatannya oleh LHDN. 
Namun begitu, penolakan boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang diperoleh daripada sewa milik harta ini.
Jumlah bersih pendapatan berkanun sewa ini boleh ditolak dengan pembelanjaan rumah sewa ini dan lebihnya akan dikenakan cukai.
Antara penolakan yang dibenarkan adalah seperti berikut;
Cukai pintu dan cukai tanah hartanah tersebut. Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman perumahan. Premium insurans yang dilanggan oleh pemilik hartanah untuk melindungi hartanah tersebut daripada kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran. Perbelanjaan yang ditanggung untuk mengutip sewa. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar penyewa yang lain. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk melakukan pembaikian dan penyelenggaraan terhadap hartanah tersebut seperti menukar bumbung, membaiki paip dan sebagainya. Contoh Cara Kira Pendapatan Berkanun Sewa Pendapatan berkanun sewa merupakan antara salah satu pendapatan yang dikenakan cukai oleh LHDN.
Kadar progresif percukaian ke atas pendapatan sewa ini adalah sebanyak 0-28%.
Berikut merupakan cara-cara untuk mengira pendapatan berkanun sewa;
Sebagai contoh:
Pendapatan sewa kasar = jumlah sewa bulanan yang dikenakan ke atas individu penyewa x terma kontrak
= RM1,000 x 12 
= RM12,000
Perbelanjaan boleh ditolak = cukai taksiran + cukai tanah + penyeliaan hartanah
= RM 500 + RM50 + RM3,000
= RM3,550
Jumlah pendapatan berkanun sewa = RM12,000 – RM3,550
= RM8,450.
Apakah Cukai Ditanggung Oleh majikan Ya atau Tidak Setiap individu yang menjana pendapatan di Malaysia wajib dikenakan cukai pendapatan jika ianya melebihi kadar yang telah ditetapkan oleh LHDN.
Cukai pendapatan ini adalah menjadi tanggungjawab individu yang berpendapatan tersebut.
Mereka perlu menfailkan pendapatan mereka di LHDN menerusi Borang BE bagi individu. 
Akan tetapi, tanggungan cukai pendapatan pekerja ini juga boleh ditanggung oleh majikan secara penuh atau sebahagian mengikut perjanjian antara majikan dan pekerja.
Berdasarkan Seksyen 13(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan yang membayar cukai pendapatan pekerja dikategorikan sebagai perkuisit dan ianya merupakan sebahagian daripada pendapatan berkanun penggajian. 
Senarai Cukai Ditanggung oleh Majikan LHDN Cukai pendapatan merupakan cukai ditanggung oleh individu pekerja dengan majikan. Ia merupakan tanggungan peribadi seseorang.
Menurut Perenggan 13(1)(a) ACP, tanggungan cukai yang dibayar oleh majikan didefinisikan sebagai “perkuisit”.
Ianya dikenali sebagai pendapatan kasar daripada penggajian. Senarai cukai yang ditanggung oleh majikan taksiran 2023 pada 2024 ialah;
Elaun dikenakan cukai adalah seperti Elaun penjagaan anak Elaun letak kenderaan Elaun petrol Elaun makanan Bil utility yang menggunakan nama pekerja Keahlian professional Biasiswa Hadiah Ganjaran berkaitan pekerjaan Senarai cukai ditanggung oleh majikan akan dikemaskinkan dari masa ke semasa.
FAQ 1. Apa maksud bilangan penggajian lhdn Bilangan penggajian lhdn bermaksud jumlah syarikat dan majikan yang anda bekerja sepanjang tahun taksiran cukai anda. Sebagai contoh untuk tahun 2024, berapa jumlah syarikat yang anda bekerja. Adakah 1, 2 atau 3. Begitulah.
Tuntasnya, pendapatan berkanun penggajian ini penting bagi semua pihak termasuklah indivdu dan kerajaan Malaysia.
Dengan adanya pendapatan berkanun penggajian ini, pekerja dan majikan akan lebih telus dalam urusan penggajian mereka.
Manakala, ianya juga penting untuk kerajaan kerana melaluinya, cukai akan dikenakan ke atas individu pekerja dan cukai tersebut akan disalurkan kepada kerajaan Malaysa bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.
Sumber Asal Yang Rasmi : Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/pendapatan-berkanun-penggajian

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
India Punca Beregu Malaysia Dihantar Pulang

India Punca Beregu Malaysia Dihantar Pulang

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 150 hits
Pemain beregu Malaysia Teo Ee Yi terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di Terbuka India minggu ini Hal ini kerana terdapat masalah dari sudut visa miliknya yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan memasuki India Menerusi hantaran di In...
Pulang Sosialisasi Pemilu Polres Rohil Temukan 11 Warga Rohingya Diduga Bakal Dijual Ke Malaysia

Pulang Sosialisasi Pemilu Polres Rohil Temukan 11 Warga Rohingya Diduga Bakal Dijual Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 63 hits
Anggota Polsek Panipahan menemukan 11 orang Rohingya dan 11 Warga Negara Indonesia yang akan menyebrang ke Malaysia secara ilegal
Nasi Goreng Malaysia Di Undi 50 Makanan Paling Teruk Di Dunia

Nasi Goreng Malaysia Di Undi 50 Makanan Paling Teruk Di Dunia

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 126 hits
Nasi goreng kambing adalah salah satu variasi nasi goreng tradisional yang berasal dari Malaysia tetapi juga populer di Singapura dan Indonesia Nasi goreng ini dibuat dengan campuran nasi daging kambing cincang wortel bawang merah bawang pu...
Here S How Malaysia S Central Database Hub Can Be Compromised By Cybercriminals

Here S How Malaysia S Central Database Hub Can Be Compromised By Cybercriminals

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 138 hits
The current PDPA laws in Malaysia exclude government agencies Hence if a data breach was to occur on the database who would be responsible for it Aaron Raj Techwire One of the biggest problems with data collected by government agencies is t...
Crispy Chocolate Jenama Coklat Tempatan Yang Terkenal Di Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 50

Crispy Chocolate Jenama Coklat Tempatan Yang Terkenal Di Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 50

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 176 hits
Crispy Chocolate nbsp jenama coklat tempatan yang terkenal di Malaysia meraikan ulang tahun ke 50Crispy Chocolate snek coklat terkenal di Malaysia yang dipasarkan ke 21 negara kini meraikan ulang tahunnya yang ke 50 Untuk meraikan pencapaia...
Malaysia Bakal Raih Hampir Rm1 Juta Hasil Penyertaan Di Piala Asia

Malaysia Bakal Raih Hampir Rm1 Juta Hasil Penyertaan Di Piala Asia

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 112 hits
Malaysia berpeluang untuk meraih wang ganjaran sebesar hampir RM1 juta selepas mengesahkan kemaraan ke pentas Piala Asia selepas 43 tahun Skuad kendalian Kim Pan gon juga berada dalam momentum terbaik selepas merekodkan dua kemenangan di pe...
Mcdonald S Malaysia Aims To Open 750 Restaurants By 2030

Mcdonald S Malaysia Aims To Open 750 Restaurants By 2030

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 131 hits
McDonald s Malaysia aims to open 750 more restaurants nationwide by 2030 creating various job opportunities for the public Its managing director and Local Operating Partner as well as the president of Ronald McDonald House Charities Malaysi...
Malaysia China Tourism Takes Off Shanghai And China Eastern Airlines Boost Flights To 62 Weekly

Malaysia China Tourism Takes Off Shanghai And China Eastern Airlines Boost Flights To 62 Weekly

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 128 hits
Shanghai Airlines and China Eastern Airlines are committed to a minimum of 62 weekly flights from China to Malaysia AFP PICKUALA LUMPUR Shanghai Airlines and China Eastern Airlines are set to boost flight services between Malaysia and China...
Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Jangan Pandang Belakang 2

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Sussurro House By Davide Adracco Architetto In Sao Miguel Do Gostoso Brazil

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Ex Manager S Jail Term Set Aside Fined Rm100 000 For Deposit Taking

Spm Candidates To Receive Results On May 27

Tagap Nama Jersi Baru Sabah

Lunch Treat Di Woodfire Shah Alam