Pendamic Corona Virus Meningkatkan Sokongan Kpd Pn
Sedikit bicara politik...
MOHD SHAH RIM
Sejujurnya saya melihat Krisis C19 ini telah banyak meningkatkan sokongan orang melayu khususnya kepada PM Muhyiddin dan PN.
kalau kita lihat dan kaji sosio ekonomi dikalangan orang melayu sepanjang 60 tahun UmnoBN memerintah seolah-olah dibairkan sahaja orang melayu hidup susah walaupun banyak dasar2 dilancarkan untuk orang melayu, namun orang melayu terus hidup dalam kemiskinan samada dibandar mahupun di pendalaman.
Rakyat khususnya orang melayu bila hidup senang dan tidak bergantung kepada kerajaan, pemikiran mereka agak terbuka dan lebih rasional damun bila hidup susah mereka menganggap kerajaan itu bagaikan tuhan yg menjaga rezeki mereka. Panggila profesor dan bijak pandai untuk menjelaskan kepada mereka bahawa itu semuanya tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan kerja mudah dan buang masa.
Wujudnya Krisis Covid19 ini secara total hilang isu rampasan kuasa atau kerajaan pintu belakang (ayah Chik kata tebuk atap). Diawalnya rakyat dalam ketakutan (semua panik... belian panik dan panik balik kampung), 2 hari lepas itu rakyat yang berpendapatan hari jadi bingung, bagaimana nak teruskan kehidupan tanpa pendapatan. NGO2 mula gerakkan kerja bantu golongan miskin, masjid2 juga tidak ketinggalan).
Ramai yang tertunggu2 apa yang kerajaan boleh bantu... lepas seminggu baru umum (lembab sengoti PN) tapi dengan pengumuman pakej Prihatin ini ramai rakyat teruja dengan Makcii Kiah. Saya banya mengusi Makcik kiah tapi ramai yang marah khususnya geng Makcik Kiah kata saya tak bersyukur.
Pakej Makcik Kiah ini ramai juga yang kritik sebab banyak yang masih tidak lengkap dan semalam sekali lagi PM umumkan Pakej untuk PKS, ramai mula tarik nafas lega sedangkan apa yang diumumkan itu banyak disarankan terlebih dahulu oleh PH.
Orang melayu sudah termakan semua pakej2 ini, tak usahlah nak kata kalau PH buat lagi menarik sbb orang melayu tidak mudah utk menghuraikannya secara rasional.
kalau lepas Pendamic ini PN umum bubar Parlimen, PH akan kalah teruk khususnya kawasan melayu. Saya menjangkakan aktiviti sosial kembali pulid selepas 6 bulan jadi edah PRU15 tinggal 2 tahun 6 bulan sahaja lagi.
PASCA Covid19 ini kerajaan akan berdepan dengan cabaran yang besar... pengangguran dan krisis ekonomi. Keadaan tidak akan seimbang, majoriti rakyat melayu akan berdepan dengan masalah pekerjaan, peluang pekerjaan di sektor swasta banyak terbuka kpd orang cina sebab mereka miliki banyak perusahaan, ini berlaku bukan sebagai respon kpd Kerajaan Melayu PN tetapi kedudukan pegangan ekonomi dlm negara yg dibina oleh UmnoBN sedari dulu sdh macam ni... melayu terus mundur di kampung. Nak jadi petani yg maju pun banyak sekatan sedangkan zaman PH dalam tempuh 22 bulan sudah mula membiak petani2 melayu yang mengerjakan ladang sayur dan buah2an secara komersil dgn bantuan dan latihan dr kerajaan (tahniah YB DS Salahuddin Ayub)
Kesimpulanya, dalam waktu ini sokongan PN meningkat khususnya kalangan orang melayu namun Pasca Covid nanti kalau tempuh parlimen sehingga genap 5 tahun, peluang PH bergantung kepada kekuatan PN yg benar2 dapat menyelesaikan isu pengangguran dan krisis ekonomi selepas ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/04/pendamic-corona-virus-meningkatkan.html